Showing posts with label Chewable Vita- C Plus 100mg. Show all posts
Showing posts with label Chewable Vita- C Plus 100mg. Show all posts

Thursday, 19 June 2014

Cara Pujuk Anak Berpuasa

Mendidik dan memujuk anak-anak berpuasa pada usia muda memerlukan kebijaksanaan ibu bapa. Namun, ia perlu juga mengikut faktor umur dan kesihatan anak-anak tersebut.

Ketua Pegawai Koperasi Kuis Cell Sdn. Bhd., Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS), Puziah Abdul Wahab berkata, ada kanak-kanak yang dengan sendiri mahu berpuasa tanpa disuruh dan ada antara mereka langsung tidak mahu walaupun disuruh berkali-kali.

melatih anak-anak berpuasa
Oleh yang demikian, inisiatif seperti menceritakan kelebihan-kelebihan bulan Ramadan dan pahala orang berpuasa sedikit sebanyak boleh digunakan dalam bentuk kiasan yang mudah untuk difahami.

“Contohnya, kaitkan hadis yang mengatakan ‘akan dibuka segala pintu syurga ketika bulan puasa’.

“Dengan cara itu, mereka akan tertarik dan perasaan ingin tahu dengan lebih lanjut tentang fadilat tersebut dapat menyuntik semangat mereka sedikit demi sedikit,” katanya.

Begitupun katanya, ibu bapa tetap perlu bijak memainkan peranan dalam memikat anak-anak untuk berpuasa seperti dengan cara membawa mereka bersama-sama membeli juadah berbuka.

Cara ini mampu menarik minat mereka untuk terus berpuasa keesokan harinya.

“Kita boleh tanya sendiri menu apa yang mereka suka untuk berbuka dan ini akan membuatkan mereka seronok untuk berpuasa lagi,” tambahnya.

Pensyarah Psikologi Fakulti Pendidikan Universiti Malaya(UM), Profesor Madya Dr. Mariani Md.Nor pula berkata, bagi memujuk anak-anak belajar berpuasa mula-mula ibu bapa perlu beritahu apa maksud puasa, ganjaran, pahala dan dosa.

“Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak sangat gemarkan permainan dan menonton kartun. Oleh itu, galakkan mereka untuk menonton rancangan kartun berunsur keislaman seperti Upin dan Ipin yang banyak memberi teladan dan pengajaran,” katanya.

Ketiga, ibu bapa harus diingatkan bahawa kanak-kanak tidak boleh dipaksa untuk berpuasa.

Oleh yang demikian, mereka boleh diajar berpuasa mengikut peringkat demi peringkat.

Sebagai contoh, berpuasa dua jam, lima jam dan seterusnya mampu berpuasa penuh.

Tambah Dr. Mariani lagi, ganjaran memberi duit sebagai hadiah apabila mereka berpuasa penuh harus cuba dielakkan kerana tidak ada istilah tawar-menawar antara anak-anak dan ibu bapa.

Katanya, ibu bapa harus memahami di mana anak-anak itu adalah tetap kanak-kanak yang harus dilentur secara perlahan-lahan.

Selain daripada itu, ibu bapa perlu mengelak anak-anak daripada aktif bermain di luar kerana mungkin boleh meletihkan mereka.

Tidak hairanlah jika ini menjadi salah satu faktor mereka untuk berbuka puasa awal daripada waktu yang sepatutnya.

Walau bagaimanapun, ibu bapa turut perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan agar mampu menangani kerenah anak-anak.

“Selain daripada memberi motivasi dan semangat, usaha untuk menarik perhatian mereka seperti membuat senarai menu kesukaan seperti nasi goreng, ayam goreng, hot dog dan sebagainya dapat menaikkan semangat anak.

“Didik anak-anak supaya mengurangkan menonton televisyen juga adalah salah satu cara mudah untuk menyuruh mereka berpuasa.

“Ini kerana di televisyen terdapat banyak iklan makanan yang mungkin akan menggugat iman si kecil,” katanya.

Sumber: Utusan


Dapat Set Ramadhan Anak-Anak dari kami. Klik disini untuk info.

"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

Suplemen Bertenaga dan Kesihatan Si Kecil Anda Ketika Berpuasa

Cabaran 60 Hari - Day 2

Assalammualaikum & Selamat Pagi semua..

Harapan MamaLuv agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik. Hari nie MamaLuv nak share pengalaman MamaLuv melatih anak-anak kecil untuk berpuasa. Melatih anak-anak kecil untuk berpuasa buat pertama kalinya memang agar mencabar. Alhamdullilah pengalaman MamaLuv tidak lah seteruk mana yang MamaLuv sangkakan. Tahun lepas MamaLuv mula melatih si kak long untuk berpuasa penuh, walaupun dia tidak dapat berpuasa penuh selama sebulan..tapi alhamdullilah Si Kak Long berjaya untuk berpuasa penuh selama beberapa hari. Tahun nie pula inshaaAllah akan mula melatih si kakngah nya pula..Seperti tahun sebelum ini akan MamaLuv mengamalkan cara yang sama iaitu mengamalkan suplemen bertenaga untuk si kecil. Apakah suplemen bertenaga itu ? Kita baca dulu serba sedikit maklumat dan tips untuk kita kongsikan bersama..

⌨ MELATIH si kecil berpuasa juga bermaksud memastikan mereka mendapat makanan yang seimbang dan sihat. Selain memberi kesihatan yang baik kepada mereka, pemakanan seimbang adalah sumber tenaga untuk mereka mengharung sepanjang hari berpuasa.


⌨Apa kata kali ini sebagai ibu bapa, anda berikan anak kecil anda set ramadhan anakku untuk dalam proses latihan puasa sedari kecil lagi. Kombinasi MEALSHAKE dan PERFORMANCE DRINK adalah sangat superb. Ditambah dengan Vitamin C chew untuk pertahanan badan mereka.


Set Berpuasa untuk Si Manja

⌨Penting juga untuk pastikan makanan yang diambil itu kurang lemak, kurang berminyak dan kurang gula. Jangan sesekali melatih anak-anak memulakan buka dengan makanan atau minuman manis. Sebaliknya, amalkan seperti sunnah Rasulullah dengan memakan kurma. Kurma kaya dengan nutrisi dan baik untuk kesihatan sistem penghadaman kanak-kanak.

Anda boleh cuba resepi ini untuk anak anda supaya mereka kekal bertenaga dan kurang merengek terutamanya bab minta minum air

Tip menu Ramadan untuk kanak-kanak:
~ Sediakan masakan panas untuk bersahur. Biasanya, masakan panas boleh menambahkan selera anak-anak.

~ Masak juadah kegemaran anak-anak. Jika boleh, tanya dulu makanan ingin dimakan ketika bersahur.

~ Pelbagaikan jenis masakan. Anak-anak cepat jemu dengan masakan sama setiap hari.

~ Sediakan masakan berkuah seperti sup yang lebih mudah dimakan dan mengenyangkan.

~ Elak masakan pedas dan berempah yang boleh sebabkan ketidakselesaan sewaktu berpuasa.

~ Galakkan anak-anak mengambil buah-buahan dan minum banyak air sewaktu bersahur.

Menu sahur:
---------------
2 biji kurma (mulakan dengan saiz sederhana)
1 cawan nasi tambah lauk sayur, ikan atau ayam)
1 gelas air (Mealshake + Performance)

Menu berbuka:
----------------

2 biji kurma (mulakan dengan saiz sederhana)
1 cawan nasi putih
1/2 ekor ikan (saiz sederhana) masak kicap
2 sudu makan sayur sawi goreng
1 gelas air masak
1 biji Vita C chew


Dapatkan "Set Ramadhan Si Kecil" untuk anak anda menjelang menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak ini... 

"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

Tuesday, 25 March 2014

Chewable Vita-C Plus- 100mg


Chewable Vita- C Plus 100mg

Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik. Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren. Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

"Be Healthy & Stay Healthy"
 

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ PM : http://www.facebook.com/messages/vitaminswithluv
✐ Blog : vitaminswithluv.blogspot.com
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang ( Bukit Raja, Meru dan Kapar)
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia
 

Setiap pembelian di vitaminswithluv akan melayakkan anda untuk menerima:

❃ Harga istimewa
❃ Hadiah percuma
 

Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) dan jimat sehingga 15-25%.
 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...