Showing posts with label Kesuburan. Show all posts
Showing posts with label Kesuburan. Show all posts

Tuesday, 17 June 2014

GAYA HIDUP PUNCA TIDAK SUBUR

GAYA HIDUP PUNCA TIDAK SUBUR

--> Metro Ahad, 1 September 2013 <--

Berikut adalah antara intipati dlm keratan akhbar Metro..

 

gaya hidup punca tidak subur

1) PANDUAN MEMPERKUKUHKAN KESIHATAN REPRODUKTIF

  • Dapatkn BERAT BADAN yg ideal
  • Urus TAHAP STRESS dgn bijak
  • Amalkan seks selamat
  • Hindari MEROKOK --> kuat merokok boleh jejas kualiti sperma
  • Elakkan pengambilan ALCOHOL
  • Amalkan DIET YG SEIMBANG

2) LANGKAH TAMBAHAN YANG BOLEH DI AMBIL

  • Rancang kehamilan pd usia muda--> usia 22-30 thun adalah paling subur utk wanita
  • Kenali pusingan haid --> penting utk suami isteri tahu apa itu ovulasi
  • Makan makanan semula jadi --> kaya dgn nutrisi, anti oksidan, dan asid folik.

=============================================================================

SUPLEMENT SHAKLEE YG DAPAT BANTU TINGKAT KESUBURAN:

➳ Vitalea : multivitamin yg lengkap dgn asid folic, iron dan sebagainya dpt bantu bdn lebih sihat . Bdn yg sihat secara tidak langsung dpt menghasilkn telur/sperma yg berkualiti

➳ Bcomplex : lengkap dgn 8 jenis vitamin B yang dapat bantu kurangkan stress dan dapat bantu badan utk bersedia terhadap persenyawaan bagi wanita

➳ Vitamin c : antioksian penting utk bantu lawan radikal bebas, bantu badan lebih sihat dgn meningkatkan tahap imunity bdn dan seterusnya dapat bantu hasilkan telur/sperma yg berkualiti

➳ Zinc : vitamin PENTING bagi kaum lelaki bg membantu tingkatkn kuantiti sperma.

➳ CoQHealth10 : bantu sperma utk lebih bertenaga, dan bergerak lebih pantas

➳ Vitamin E dan Selenium : Vitamin E shaklee telah di lengkapi dgn silenium. Sangat bagus utk kesuburan terutama lelaki. ia dpt bantu menghasilkan sperma yg berkualiti

➳ GLA : bantu stabilkan hormon dan bantu betulkan kitaran haid. 


Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

Wednesday, 14 May 2014

Mudah Hamil Tetapi Mudah Keguguran

Keguguran di awal kehamilan adalah sesuatu yang kerap terjadi di kalangan wanita dan ramai pakar perubatan berpendapat bahawa keguguran adalah sebahagian dari proses pembiakan wanita yang normal. Kajian telah menunjukkan ramai di kalangan wanita yang tidak mengetahui mereka sebenarnya keguguran kerana ia terjadi terlalu awal. Kajian menunjukan 70% dari telur yang berjaya disenyawakan, gugur di awal kehamilan pada saat ujian air kencing masih belum positif. 
 
Apabila saat ujian air kencing sudah positif, 1 dalam 5 kehamilan ini pula akan mengalami keguguran.

Walau bagaimanapun, keguguran pada mana-mana peringkat kehamilan boleh memberikan tamparan yang hebat terhadap anda lebih-lebih lagi apabila anda sudah mencuba sekian lama untuk hamil. Ramai yang tertanya-tanya mengapa ia terjadi dan tidak kurang juga yang cuba menyalahkan diri sendiri. Jesteru itu, amat penting untuk anda memahami bahawa, kebanyakkan dari sebab keguguran tidak dapat anda elakkan dan ia terjadi dengan sendiri.
 
Walaupun 10-20% keguguran tidak diketahui punca dan sebabnya, berikut adalah 8 sebab yang kerap dikaitkan dengan keguguran.

1. Kromosom yang tidak normal<p> </p>
Mengikut kajian perubatan, 60% daripada penyebab keguguran adalah disebabkan oleh kromosom yang tidak normal. Kromosom adalah struktur kecil di dalam sel yang membawa unsur-unsur genetik, dengan total 23 pasang, satu set dari ibu dan satu set dari bapa. 

Kadang-kadang, apabila telur dan sperma bertemu, salah satu dari kromosom menjadi rosak dan embrio yang terhasil mempunyai kromosom yang tidak normal yang akan mengakibatkan keguguran. 

Dalam kes yang sangat jarang, pasangan didapati mempunyai kecacatan pada kromosom mereka tetapi ketidaknormalan ini yang tidak memberi sebarang kesan negatif kepada diri mereka sendiri, tetapi boleh menyebabkan keguguran berulang sekiranya kehamilan berlaku.

Apa yang boleh anda lakukan

Jika anda mengalami keguguran pertama kali, jangan terlalu risau. Kemungkinan untuk anda hamil lagi dan melahirkan anak yang sihat adalah tinggi. Walau bagaimanapun, jika kehamilan kedua juga mengalami keguguran lagi, anda mungkin ingin mempertimbangkan samada tisu janin anda dihantar ke makmal untuk ujian kromosom. Sekiranya keputusan didapati normal, ujian-ujian yang lebih terperinci mungkin akan disarankan. Bagi mereka yang mengalami kromosom tidak normal, rujukan kepada pakar genetik mungkin akan disarankan. 

2. Kecacatan pada sistem peranakan

Jika anda dilahirkan dengan rahim yang tidak normal, keguguran senang berlaku kerana embrio yang tersenyawa gagal tertanam dengan sempurna dan keguguran akan berlaku. Mengikut kajian perubatan, kecacatan pada rahim seperti Bicornuate Uterus atau Uterine Septum menjadi penyebab kepada 10 peratus daripada keseluruhan keguguran. Pangkal rahim yang longgar yang dipanggil "cervical incompetence" juga boleh membawa kepada keguguran dan ia kerap terjadi pada awal trimester ke dua disebabkan oleh janin yang semakin membesar meninggikan tekanan dalam rahim menyebabkan pangkal rahim terbuka dan janin akan gugur dengan senang. 

Apa yang boleh anda lakukan

Anda mungkin akan disarankan menjalani ujian Hysteroscopi atau Laparoscopi untuk diagnosa yang tepat samada anda mengalami ketidaknormalan pada rahim. Sekiranya diagnosa sudah dipastikan dengan tepat, pembedahan yang sesuai mungkin akan disarankan. Sekiranya berlaku pangkal rahim yang longgar doktor mungkin akan mengesorkan pembedahan ikat pangkal rahim atau dipanggil cervical cerclage.

3. Masalah ketumbuhan pada sistem peranakan

Masalah peranakan lain seperti Fibroid juga boleh mengganggu sistem peranakan anda dengan menghalang implantasi yang berkesan dan boleh menyebabkan keguguran. Penyakit endometriosis juga dikaitkan dengan keguguran kerana bahan kimia dari sista endometriosis adalah toksik terhadap janin dan boleh menyebabkan keguguran. 

Apa yang boleh anda lakukan

Sekiranya pasti anda mengalami fibroid, pembedahan membuang fibroid yang dipanggil myomectomy mungkin akan disarankan. Jika endometriosis menjadi punca masalah anda, pembedahan membuang sista dan tisu-tisu endometriosis menjadi penting sekiranya anda ingin hamil semula.

4. Masalah Immunologi

Terdapat masalah perubatan di mana badan wanita hamil mengeluarkan antibodi yang boleh menyerang janin dan menyebabkan keguguran berlaku. Masalah ini atau lebih dikenali sebagai Sindrom Antiphospholipid terjadi disebabkan janin yang terbentuk dari sperma dianggap sebagai objek asing atau virus pada tubuh wanita hamil. Tubuh wanita seterusnya akan membentuk antibodi dan menyerang janin yang terbentuk dan berlakulah keguguran.

Apa yang anda perlu lakukan

Walaupun rawatan terhadap masalah ini masih dalam peringkat eksperimen dan hasilnya tidak begitu memuaskan, doktor selalunya akan menyarankan rawatan ubat aspirin, heparin atau steroid untuk mengurangkan risiko keguguran anda. 

5. Penyakit perubatan yang tidak terkawal 

Masalah penyakit tiroid, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang yang tidak terkawal dikaitkan dengan persekitaran yang tidak sesuai untuk janin hidup dengan sihat seterusnya akan menjurus kepada masalah keguguran.

Apa yang anda perlu lakukan

Pastikan masalah perubatan anda terkawal sebelum merancang untuk hamil. Jumpa doktor dan tukar cara hidup kepada yang lebih sihat. 

6. Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)

Dalam kes PCOS, tahap ketidakseimbangan hormon menyebabkan ovulasi menjadi tidak teratur dan haid tidak menentu. Di samping terdedah kepada risiko kencing manis, PCOS juga menyebabkan pesakit kebal pada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Ini boleh menjadi punca kepada keguguran berulang. Kajian menunjukkan 10-20 peratus wanita yang kerap gugur didapati mengalami PCOS.

Apa yang anda perlu lakukan

Jumpa doktor anda untuk memastikan anda bebas dari kencing manis sebelum hamil. Doktor mungkin akan menyarankan Pil Metformin sekiranya anda kebal pada insulin.Pastikan berat badan anda dalam BMI yang optimal dengan bersenam dan diet yang sesuai.

7. Jangkitan Kuman

Jangkitan kuman seperti rubella, cytomegalovirus, toxoplasmosis dan bacterial vaginosis boleh menyebabkan keguguran, tetapi ia jarang jarang terjadi. Agak sukar untuk mendapatkan jangkitan rubella disebabkan pemberian vaksin diperingkat sekolah dan risiko untuk toxoplasmosis semasa hamil pula adalah kurang dari 0.2%.

Apa yang anda perlu lakukan

Sekira anda pengemar kucing, keguguran bukan sebab untuk anda membuang kucing anda kerana kemungkinan besar anda sudah pun imun pada jangkitan ini, jadi risiko janin terjangkit dengan jangkitan toxoplasmosis adalah sangat rendah. Kajian perubatan menunjukkan 60% wanita sudahpun imun kepada toxoplasma sebelum mereka hamil lagi.

Walaubagaimanapun, jumpa doktor sekiranya anda risau keguguran anda mungkin berpunca dari jangkitan kuman. Ujian darah boleh mengesahkan anda pernah mengidap penyakit ini tetapi mungkin tidak dapat memberikan jawapan samada ia penyebab keguguran anda. Rawatan Antibiotik mungkin akan disarankan.

8. Gaya Hidup tidak sihat (Rokok, Alkohol, Dadah, Toksin Alam Sekitar)

Kajian perubatan mendapati Nikotin yand disedut dari rokok dapat mengalir ke dalam darah dan menebusi uri anda dan seterusnya mengganggu bekalan darah dan pertumbuhan janin. Statistik menunjukkan perokok mempunyai dua kali risiko untuk gugur berbanding dengan bukan perokok. Minum alkohol yang keterlaluan juga dikaitkan dengan keguguran. 

Kajian juga menunjukkan wanita yang bekerja di ladang, di bilik operasi, pejabat dan klinik pergigian makmal mempunyai kadar keguguran yang lebih tinggi dari biasa di atas sebab sebab yang tidak diketahui.

Apa yang anda perlu lakukan

Elakkan semua tabiat yang boleh merosakkan badan anda sebelum mencuba untuk hamil untuk memastikan kandungan yang sihat. Sekiranya anda mengesyaki tempat kerja anda boleh memberikan kesan terhadap kehamilan anda, beritahu doktor anda tentang kerisauan anda.

Tanda-Tanda Keguguran

Pada awal kehamilan, anda mungkin kerap mengalami kejang pada perut dan rasa tidak selesa, ia selalunya normal tetapi jika ia disertai dengan pendarahan faraj yang banyak, anda mungkin mengalami keguguran. Doktor anda mungkin akan memeriksa faraj anda dan ujian Ultra Sound mungkin akan dilakukan untuk memastikan adakah janin masih hidup. 
 
Sekiranya pasti tidak ada degupan dan sisa keguguran masih banyak tertinggal, doktor anda mungkin akan menyarankan prosedur yang dipanggil D&C untuk memastikan tiada risiko jangkitan kuman pada rahim anda.

 SUMBER: Health.mylauchpad

Set Keguguran Shaklee

Jika anda ingin mengetahui info lanjut tentang Set Keguguran Shaklee, boleh hubungi Mamaluv ya :)

"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang  ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) dan jimat sehingga 15-25%.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Wednesday, 23 April 2014

TAK TAHU BAGAIMANA NAK TEST KESUBURAN ?

Setelah kahwin setahun dan mencuba untuk hamil tapi gagal , pasangan suami isteri perlu jumpa doktor untuk peperiksaan peranakan, scanning rahim dan ovary, ujian benih suami dan xray HSG untuk buka saluran benih isteri.

Antara ujian yang boleh dilakukan ialah :



Ujian kesuburan

1. Vaginal scanning untuk mengesan penyakit dalam peranakkan - fibroid, cyst, endometriosis dll.
-Kalau ada senggugut dan rahim kearah tonkin/retroverted, munkin ada endometriosis yang perlu dirawat

2, Xray Hysterosalpingogram (HSG) . Ini bertujuan untuk membuka saluran fallopian yang munkin kuncup atau sumbat akibat dari penyakit jangkitan kuman , endometriosis atau fibroid. Ia dilakukan olih pakar xray (radiologist) dan sejurus lepas haid; jika haid habis hari ke7, HSG dilakukan pada hari ke9, 10 atau 11, iaitu sebelum subur/ovulation.
Satu alat dimasukkn pada pintu rahim dan ubat cecair khas disuntikan kedalam rahim, biasanya 5 filem xray akan diambil untuk laporan tentang saluran fallopian.

3. Ujian sperma suami - sebaiknya dilakukan waktu isteri sedang haid dan tidak ada hubungan sex selama 2-3 hari. Boleh keluarkan sperma dirumah dan dibawa keklinik/makmal dalam botol khas dalam tempoh 1-2 jam, atau boleh keluarkan air mani dimakmal/klinik

4. Ujian Hormon.
Bagi wanita yang kitaran haid tidak teratur, misalnya 3-4 bulan sekali haid dan juga gemok/obesity, ujian darah untuk menyukat paras hormon FSH, LH, Estradiol, Progesteron, Prolactin dan Thyroxin adalah penting.
Kemnkinan dia mengidap PCOS

sumber : Dr Hamid Arsyat blog



Emma Kartika ID : 887782
Pengedar Sah Shaklee Klang (Bandar Bukit Raja) 
SMS/WhatsApp: 012-2285484
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...