Showing posts with label Set Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Set Bersalin. Show all posts

Wednesday, 24 October 2018

LUKA CEPAT SEMBUH, SAKIT PADA BAHAGIAN CEASER SANGAT MINIMAL DAN BERTENAGA



TESTIMONIAL : DR. NADIA ABDUL KADIR

Hi, Assalamualaikum.. Saya Dr. Nadia Abdul Kadir, berumur 34 tahun dan memiliki 4 orang cahaya mata.Saya ingin berkongsi kisah saya menghidap radang appendiks semasa hamil.
Semasa mengandungkan Baby A'isya (anak ke 4) saya 7 bulan lepas, saya mengalami 2 episod sakit pada bahagian kanan perut. 

Kali pertama dalam 32 minggu dan saya disahkan menghadapi Acute Appendicitis (keradangan pada appendik). 


Disebabkan kandungan masih awal dan pembedahan membuang appendiks adalah berisiko kepada baby, saya membuat keputusan untuk hanya mengambil antibiotiks (setelah berbincang dengan suami saya, Dr Shazly yang merupakan seorang pakar bedah).
Pada masa yang sama, saya meneruskan pengambilan SET HAMIL SHAKLEE dan juga NUTRIFERON. Alhamdulillah, sakit beransur hilang selepas 2 hari. Namun, pada kandungan berusia 36 minggu, saya sekali lagi diserang sakit perut yang sama seperti sebelum ini. 

Kali ini sangat sakit sampai saya terpaksa dimasukkan ke wad. Sekali lagi saya didiagnos sebagai Recurrent Appendicitis (Keradangan Appendiks yang berulang). Di wad saya diberi intravenous antibiotiks. Sekali lagi saya dan suami di dalam dilema untuk meneruskan pembedahan membuat appendiks atau tidak. Ini kerana, lagi 2 minggu saya dijadualkan untuk elektif cser (saya dah cser 3 kali). 

Kami membuat keputusan untuk tunggu dan lihat. Sekiranya sakit berlarutan, saya akan menjalani pembedahan. Alhamdulillah, setelah 2-3 hari, sakit beransur hilang dan doktor pakar membuat keputusan untuk membuang appendiks semasa cser. Pada 38 minggu, setelah pakar O+G mengeluarkan Baby A'isya, suami saya sendiri mengambil alih untuk mengeluarkan appendiks saya pula! Orang kata, sakit selepas cser + appendicectomy (pembedahan membuang appendiks) adalah lagi sakit berbanding cser sahaja. Ini kerana trauma pada tisu itu lagi banyak.

Bimbang akan perkara ini, saya dah standby VIVIX awal-awal. Sebaik sahaja dibenarkan minum oleh jururawat, saya terus amik 1 SUDU BESAR VIVIX. Alhamdulillah dengan izinNya, petang sebelum maghrib saya dah boleh bangun sendiri dan berjalan ke tandas untuk mandi. 

Malamnya pula saya boleh menjaga Baby A'isya sendirian (suami tidak dibenarkan menemani saya di wad). Setiap hari saya meneruskan pengambilan SET BERPANTANG SHAKLEE bersama VIVIX dan NUTRIFERON. Dan pada hari ke 5, saya diceramah oleh jururawat di klinik (diorang sayang saya sebenarnya..hihi..) kerana memandu ke klinik untuk cek jaundice. (Suami di dalam dewan bedah dan tidak dapat keluar hantar kami ke klinik).
Apapun, pengalaman berpantang kali ini sangat berbeza berbanding 3 kali cser sebelum ini.

Berminat untuk mendapatkan produk SET BERPANTANG Shaklee, anda boleh hubungi saya Emma Kartika 012-2285484 atau klik saja icon di bawah 

Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:


➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782

 Email : ikka1979@gmail.com 

✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 

➲ Cash On Delivery (COD) : Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 

 Penghantaran ke seluruh Malaysia


Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) & jimat sehingga 15-25%.

Monday, 3 November 2014

7 Cara Kempiskan Perut Buncit Menggeleber Selepas Bersalin

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua,

Good Morning

Wahai pembaca semua...

Kebanyakan kaum ibu sejurus lepas bersalin pasti gelisah memikirkan perubahan yang bakal berlaku pada tubuh badannya. Bahagian yang paling ketara perubahannya pasti di perut. MamaLuv pasti masalah perut buncit dan menggeleber lah yang paling ditakuti sebab Mamaluv sendiri juga mengalami masalah yang sama. Di sini MamaLuv nak share sedikit info dengan anda semua 7 cara untuk kita kempiskan perut buncit dan menggeleber selepas bersalin.


Cara 1 - SUSU IBU
  • Susukan anak dengan susu badan kita (susu ibu) sebaik sahaja lepas bersalin. Sebaiknya, lakukan penyusuan eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan dan dilanjutkan sehingga 2 tahun. Tahukah anda dengan menyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari.

CARA 2 - BERBENGKUNG : 


  • Mungkin ramai di kalangan ibu-ibu yang tidak gemar berbengkung selepas bersalin - rimas, panas, tidak selesa dan sebagainya. Tapi tahukah anda, berbengkung boleh membantu mengembalikan bentuk badan asal. Gunakan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tak diingini. Pemakaian bengkung yang tidak betul juga boleh memudaratkan.

CARA 3- BERTUNGKU/ BERTANGAS/ BERSAUNA : 

  • Amalan bertungku mungkin sudah makin kurang popular pada hari ini. Selepas bersalin, bertungku adalah kaedah tradisional ibu-ibu sejak dahulu untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut/ rahim. Bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan

CARA 4 - KAWALAN PEMAKANAN : 


  • Ibu menyusu tidak digalakkan berdiet berlebihan kerana khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi diperlukan terutamanya di bulan-bulan pertama menyusukan bayi anda. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati dan mengabaikan bentuk badan yang semakin merosot. Jika anda tidak menyusu atau bayi anda tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, lakukan kawalan pemakanan yang sesuai bagi mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber semakin teruk. Kurangkan pengambilan lemak dan minyak, ambil protein mencukupi bagi membina semula otot dan mengelakkan perut menggeleber. Lebihkan makanan yang membantu proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu.

CARA 5 - SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL : 


  • Senaman kardiovaskular dan abdominal tertentu boleh membantu anda mengempiskan perut. Dapatkan kaedah yang betul senaman khusus untuk membentuk perut ini dari jurulatih senaman atau bahan rujukan yang disediakan pakar. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang juga mampu mengurangkan lebihan lemak di bahagian perut dan sekaligus membina otot perut. Lakukan secara konsisten bagi mendapatkan kesan terbaik

CARA 6 - BETULKAN POSTUR TUBUH : 


  • Kebanyakan ibu-ibu terlalu sibuk untuk mengambil berat postur badan mereka. Tahukah anda, masalah postur yang tidak baik ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang juga menyebabkan masalah perut buncit dan menggeleber sukar diselesaikan. Jangan pandang remeh cara anda bergerak setiap hari

CARA 7 - DETOKSIFIKASI : 

  • Lebihan toksin dalam badan kebanyakannya terkumpul di bahagian perut. Ia menyebabkan anda mengalami masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Lakukan proses detoksifikasi dari masa ke semasa dan apabila perlu bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh anda terutamanya perut.
Mudahkan dengan 7 cara yang telah MamaLuv sharekan ini. Apa kata anda semua ikhtiar dengan 7 cara ini..MamaLuv pasti anda semua boleh lakukannya. InshaaAllah membantu. 

Jika anda masih tercari-cari SET BERSALIN yang SELAMAT dan BERKESAN, Shaklee lah pilihannya. Untuk keterangan, Klik Disini

Shaklee turut menyediakan SET KURUSKAN BADAN yang SELAMAT untuk ibu menyusu. Untuk keterangan, Klik Disini




Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, anda boleh hubungi saya Emma Kartika 012-2285484 atau klik saja icon di bawah 

Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:


➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782

 Email : ikka1979@gmail.com 

✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 

➲ Cash On Delivery (COD) : Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 

 Penghantaran ke seluruh Malaysia

Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) & jimat sehingga 15-25%.



Tuesday, 28 October 2014

7 MASALAH DAN TIPS KESIHATAN IBU SELEPAS BERSALIN


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

Good Morning

Wahai pembaca semua...

Buat kaum wanita yang baru bergelar ibu, ,menjaga kesihatan selepas bersalin adalah amat penting. Jangan sesekali mengambil langkah mudah untuk tidak berpantang. Amat merbahaya. Jadi hari nie MamaLuv nak share dengan anda semua tentang beberapa masalah dan tips kesihatan ibu selepas bersalin dan sedikit tips. 7 masalah kesihatan yang sering melanda ibu selepas bersalin ialah

1) Luka bsalin lambat baik
2) sembelit
3) keletihan melampau @ stress
4) sakit kepala
5) bentan
6) anemia
7) sakit pinggang & belakang

7 MASALAH DAN TIPS KESIHATAN IBU SELEPAS BERSALIN

Tips-tips untuk menjaga kesihatan ibu selepas bersalin adalah seperti berikut :-

1)Luka bersalin

Anda bersalin normal atau C-zer? Kedua-duanya pun tetap ada kesan luka kan? Tapi lagi payah utk menjaga luka bersalin c-zer. Sebelum luka itu betul-betul ok, mereka yang bersalin secara c-zer  tidak dibenarkan sama sekali untuk mengiring..so,ada yang akan mengalami masalah nak menyusukan baby. Luka bersalin normal biasanya akan sembuh dalam masa 10-14 hari dan ini bergantung kepada cara penjagaan diri  dan kebersihan diri lah yer. Luka c-zer biasaanya mengambil masa lebih lama untuk ok..yang bahagian luar biasanya cepat kering, tapi yang bahagin dalam tu yang lambat nak ok.

Macam mana nak cepatkan luka bersalin ni sembuh?

Biasanya orang tua akan menyuruh kita makan ikan haruan atau minum pati ikan haruan , tak kurang juga yang suruh makan ikan yu ,kan? Selain daripada itu..nak share sedikit yang MamaLuv ada buat ketika dalam pantang dulu dan melalui pengalaman kawan-kawan terdekat

Bersalin normal -

1) rendam punggung dlm air bergaram 2-3 kali sehari selama seminggu

2)pastikan luka kering selepas ke tandas..kalau ngilu nak keringkan dengan towel, gunakan tisu..tekap-tekap sehingga comfirm kering..ini SANGAT PENTING

3)JGN DUDUK terlalu lama atau bersila apatah lagi mencangkung

4)pastikan pengambilan serat secukupnya & air jugak mesti cukup (PENTING! Jika tidak..sembelit nanti..sakit woo)

5)sapu lotion kuning yg dibekalkan

Bsalin C-zer -

1) selepas mandi pastikan luka dikeringkan betul-betul

2)lepas luka kering, sapukan ubat atau lotion yang diberi oleh pihak hospital

3)elakkan sapu gel-gel atau minyak yang pelik-pelik untuk elak jangkitan (tapi kalau confident..terpulang)

2) Sembelit

Masalah sembelit secara alaminya diatasi dengan mengamalkan meminum air secukupnya. Org dulu-dulu ada yg  tak bagi kita minum air dengan kuantiti yang banyak, katanya nanti kembanglah dan luka lambat kering. Sebenarnya, kita perlu minum air secukupnya, minum dengan kerap dan bukan sekali minum terus banyak. Air ni penting untuk proses penyembuhan dan menggalakkan susu ibu dihasilkan.

INGAT! Minum kerap bukan sekali minum terus 1 liter ye..

Makanan pula, banyakkan makan sayur-sayuran & buah-buahan, cuma elakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang sejuk. Buah oren sesuai untuk di amalkan  ketika berpantang. Sayur pula cuba amalkan sawi, pegaga, cekur dan lobak putih.

Oh yer lagi satu,kalau rasa nak buang air besar, terus ke bilik air, jangan di tahan sebab nanti jadi lagi susah nak membuang. Seriau...

3) keletihan melampau @ stress

Sentiasa bertenang dan berzikir.

Buat kerja dan pengurusan rumah ikut kemampuan anda, jangan memaksa diri.

Dapatkan bantuan untuk penjagaan anda. Amalkan pengambilan supplemen untuk membantu anda bertenaga.

Pastikan pengambilan makanan seimbang dan minum air secukupnya.

4) Sakit kepala

Tidur terlentang boleh membantu kurangkan sakit kepala. Makan secara teratur,jangan ikat-ikat perut. Makan dengan kerap biar ada tenaga..bukan makan dgn banyak (PENTING! Bagi yg nk turunkan berat badan dgn cepat).

5) Bentan

Jaga pemakanan & elakkan mandi dgn air sejuk terutamanya pada minggu-minggu awal lepas bersalin. Ada yg kata ok jer dia mandi pakai air sejuk..terpulang. Badan masing-masing kan..rasa nak pakai badan tu lama? Jaga sendiri elok-elok yer :-)

Sentiasa pakai stoking & jangan tersepak benda-benda keras.

Pakai juga baju sejuk untuk elakkan angin yang boleh juga sebabkan sakit kepala.

6) Anemia

Makan makanan berkhasiat yang kaya dengan zat besi,asid folik dan vitamin B12 . Masa pantang kena pastikan menu yg diambil seimbang. Sangat penting sebab org yang anemia ni akan jadi tak bertenaga dan lemah seluruh badan. Ia jugak boleh jadi lagi parah kalau tak dijaga dengan betul

7) Sakit pinggang & belakang

Pastikan badan kita dalam posisi yang betul bila berjalan atau berdiri.

Berjalan-jalan boleh kurangkan rasa sakit ni..tapi jalanlah perlahan yer..dah nama pun tengah berpantang kan?

Kalau nak angkat barang, bengkokkan lutut & jangan membongkok

Berurut

Mandi air suam

Kalau perlu, tuam la kawasan yang sakit tu

Anda masih mencari Set Bersalin yang SELAMAT untuk anda dan bayi anda ? Suplemen Shaklee  ada menyediakan SET yang bersesuai untuk ibu selepas bersalin ini..

Vita-Lea: Multi-vitamin yang menyediakan 28 vitamin & mineral penting serta mengandungi zat besi yang penting untuk pembinaan sel darah merah.

Sustained Released Vita-C: Mempunyai sistem kawalan pelepasan secara semulajadi dgn penyaluran yang melepaskan vitamin C perlahan-lahan dalam masa 5 jam. ianya amat penting dalam membantu proses penyembuhan luka & penyerapan zat besi.

B-complex : mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh badan kite. Ianya penting untuk keseluruhan fungsi badan yang baik. Ia juga membantu penukaran makanan kepada tenaga dengan lebih efektif dan membantu melawan stress.

Zinc Complex : membantu mempercepatkan penyembuhan luka & mencegah keguguran rambut.

Add on : Alfalfa & Ostematrix


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut lagi tentang Set Bersalin Shaklee ini bolehlah klik disini 

Berminat untuk mendapatkan produk SET BERSALIN Shaklee, anda boleh hubungi saya Emma Kartika 012-2285484 atau klik saja icon di bawah 

Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.


 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:


➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782

 Email : ikka1979@gmail.com 

✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 

➲ Cash On Delivery (COD) : Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 

 Penghantaran ke seluruh Malaysia

Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) & jimat sehingga 15-25%.

Thursday, 23 October 2014

TESTIMONIAL SET BERSALIN - IBU CERGAS,LUKA CEPAT SEMBUH,SUSU BADAN BANYAK

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

Semoga anda semua berada di dalam keadaan yang baik dan sihat hendak-Nya. Hari ini MamaLuv nak share dengan anda semua set yang paling meletup di kedai MamaLuv nie. Kehangatan Set bersalin shaklee ini terasa sehingga membuatkan ramai kaum ibu memilihnya. Set bersalin Shaklee kini sudah menjadi sebutan dan nyata terbukti membantu ramai kaum ibu lebih sihat tubuh badan ketika pantang bersalin. Ramai sudah sedar betapa pentingnya pengambilan vitamin ketika pantang bersalin. Set bersalin ini mampu meningkatkan kualiti kesihatan kaum ibu ketika pantang bersalin. Ramai yang mengatakan set bersalin ini mampu memberi kecergasan, luka jahitan cepat sembuh, susu badan banyak malah tiada masalah sembelit. Mari kita lihat apa lagi kata-kata mereka yang sudah mengamalkannya


TESTIMONIAL 1


TESTIMONIAL SET BERSALIN - IBU CERGAS,LUKA CEPAT SEMBUH,SUSU BADAN BANYAK

TESTIMONIAL 2

TESTIMONIAL SET BERSALIN - IBU CERGAS,LUKA CEPAT SEMBUH,SUSU BADAN BANYAK

TESTIMONIAL 3

TESTIMONIAL SET BERSALIN - IBU CERGAS,LUKA CEPAT SEMBUH,SUSU BADAN BANYAK

TESTIMONIAL 4

TESTIMONIAL SET BERSALIN - IBU CERGAS,LUKA CEPAT SEMBUH,SUSU BADAN BANYAK

TESTIMONIAL 5

TESTIMONIAL SET BERSALIN - IBU CERGAS,LUKA CEPAT SEMBUH,SUSU BADAN BANYAK

TESTIMONIAL 6
TESTIMONIAL SET BERSALIN - IBU CERGAS,LUKA CEPAT SEMBUH,SUSU BADAN BANYAK


TESTIMONIAL 7

TESTIMONIAL SET BERSALIN - IBU CERGAS,LUKA CEPAT SEMBUH,SUSU BADAN BANYAK

TESTIMONIAL 8

TESTIMONIAL SET BERSALIN - IBU CERGAS,LUKA CEPAT SEMBUH,SUSU BADAN BANYAK

TESTIMONIAL 9

TESTIMONIAL SET BERSALIN - IBU CERGAS,LUKA CEPAT SEMBUH,SUSU BADAN BANYAK

TESTIMONIAL 10

TESTIMONIAL SET BERSALIN - IBU CERGAS,LUKA CEPAT SEMBUH,SUSU BADAN BANYAK

TESTIMONIAL 11

TESTIMONIAL SET BERSALIN - IBU CERGAS,LUKA CEPAT SEMBUH,SUSU BADAN BANYAK


Bagaimana ? Hebat tak Set Bersalin Shaklee ini...Hebatkan. Ramai yang telah memberi respond yang positif setelah menggunakan Set Bersalin Shaklee ini. MamaLuv sendiri jatuh cinta dengan produk shaklee ini di sebabkan keberkesanan "Set Bersalin" ini. Yang penting ianya SELAMAT dan terbukti BERKESAN. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut lagi tentang Set Bersalin Shaklee ini bolehlah klik disini 

Berminat untuk mendapatkan produk SET BERSALIN Shaklee, anda boleh hubungi saya Emma Kartika 012-2285484 atau klik saja icon di bawah 

KLIK DISINI
Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.


 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:


➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782

 Email : ikka1979@gmail.com 

✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 

➲ Cash On Delivery (COD) : Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 

 Penghantaran ke seluruh Malaysia

Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) & jimat sehingga 15-25%.



Wednesday, 15 October 2014

Cara Meringankan Kesakitan Bersalin

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

Good Morning..;-)

Semoga anda semua berada di dalam keadaan yang baik dan sihat hendak-Nya.

Ada tak di kalangan pembaca dan peminat vitaminswithluv sedang menghitung hari nak bersalin ? Jika ada teruskan membaca celoteh MamaLuv hari ini. Sebelum nie MamaLuv ada share entry tentang tanda-tanda awal nak bersalin kan, jadi hari nie MamaLuv nak share cara meringankan kesakitan bersalin pula. Jangan takut..jangan gabra..setiap orang melalui pengalaman yang berbeza..anda mungkin tidak seteruknya..anggaplah ia satu cabaran dan anugerah PAHALA dari Allah swt untuk kita sebagai wanita yang bakal bergelar ibu. Tak semua dapat merasa tau..jadi kita amat BERTUAH..;-)


Cara Meringankan Kesakitan Bersalin

Tahukah anda terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memudahkan proses bersalin - sama ada secara semulajadi atau dengan menggunakan pelega kesakitan. Sekiranya anda memilih untuk bersalin secara semulajadi dan selesa yang mungkin, anda mungkin boleh mempertimbangkan beberapa bentuk perubatan sampingan dan alternatif. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan ubat bius atau ubat penghalang kesakitan, terdapat pelbagai pilihan yang ada. 


Cara Meringankan Kesakitan Bersalin

Beberapa cara alternatif yang tersedia adalah :-
  • urutan perineal - urutan ini melibatkan pengurutan bahagian perineum untuk meregangkan ia semasa trimester ke-3. Selalunya ramai bidan yang menyokong teknik urutan ini. Pastikan anda memilih bidan yang terlatih, jika tidak ia akan menyebabkan koyakan yang teruk juga.
  • refleksologi - ia seperti terapi daya tekanan badan, tekanan di berikan kepada kaki (kadang-kadang tangan dan telinga) yang di percayai mempunyai keupayaan untuk mengakses organ-organ dalaman dan memendekkan proses bersalin
  • terapi fizikal - urutan dilakukan di tempat yang sakit dengan menggunakan pelbagai teknik termasuklah tapak tangan atau buku lima, botol air panas yang dibalut dengan tuala, bola tenis dan pek ais
  • kelahiran hypno - kaedah ini menggunakan teknik hipnois diri sendiri dan ketenangan untuk membantu anda rasa bersedia, lebih fokus dan mengurangkan kesedaran terdapat ketakutan dan kebimbangan
Selain dari teknik semulajadi, anda boleh memilih untuk melegakan kesakitan dengan ubat-ubatan. Contoh ubat bius atau ubat penenang. Ubat-ubat ini akan membuat anda merasa mengantuk dan loya. Beberapa ubat bius yang biasa di gunakan :-


  • nitrous oxide - gas tidak berbau, di sedut dan akan mengubahkan persepsi kesakitan anda. Mungkin menyebabkan pening kepala , kegelisahan dan loya
  • Opiods/Narcotics - mengurangkan kesakitan dan merangsangkan ketenangan. Mungkin menyebabkan mengantuk, loya dan tekanan pernafasan sementara pada anda dan baby
Beberapa ubat bius yang biasa digunakan termasuklah :-

Epidural Block dan Spinal Block - pelegaaan kesakitan lengkap di bahagian bawah badan. Cara ini paling famous kerana ia tidak melambatkan proses bersalin dan mempunyai sedikit atau kesan sampingan kepada bayi.

Suntikan ubat bius lokal - ia tidak melegakan kontraksi tetapi memberi sedikit ketenangan.Ia mungkin memberikan sedikit alahan dan tiada kesan negatif pada anda dan bayi

Pudendal Blocks - membantu melegakan kesakitan di bahagian bawah vagina dan perineum. Ia mungkin menyebabkan reaksi alahan dan dalam sesetengah kes mungkin berkesan pada sebahagian atau pada sebelah perineum sahaja.

Walau apa pun pilihan anda, berbincanglah dengan Pakar Sakit Puan anda bagi menyediakan kemudahan , keberkesanan dan keselamatan anda dalam menggunakan kaedah dan ubat-ubat tersebut...

Anda masih mencari set berpantang yang terbaik. Di shaklee juga mempunyai beberapa pilhan set berpantang mengikut kesesuaian dan budget anda. Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah klik disini



 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:



➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782

✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv 

✉ Email : ikka1979@gmail.com 

✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 

➲ Cash On Delivery (COD) : Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 

➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) & jimat sehingga 15-25%.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...