Friday 28 November 2014

Masalah stretch marks Igauan Ngeri setiap wanita hamil

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Wahai pembaca semua.. 

Erk.....apa itu stretch marksKulit pecah, kemerahan-merahan dan berjalur menjadi igauan ngeri ibu-ibu hamil. Rupa stretch marks ini berbeza-beza. Bergantung kepada warna kulit anda, stretch marks pada awalnya mungkin kelihatan sedikit merah, kemudian merah gelap, coklat atau coklat gelap dan lama kelamaan warnanya semakin pudar kelihatan warna perak. Sesetengah stretch marks ini menjadi parut kekal. Walaupun stretch marks mungkin tidak dapat dihilangkan langsung, tetapi ada cara untuk anda mengurangkan kesannya.

Bagaimana stretch marks terjadi ?

Stretch marks biasanya terjadi di kawasan perut, punggung,paha, pangkal lengan, payu dara dan bahagian bahu. Ia muncul apabila kulit meregang dengan banyak dalam jangka masa yang singkat. Regangan ini menyebabkan kolagen dan elastin pada lapisan tengah kulit (dermis) pecah,lalu menampakkan salur darah pada lapisan kulit yang lebih dalam kelihatan. Sebab itulah stretch marks kelihatan kemerahan pada awalnya. Apabila salur darah ini mengecut, ia kelihatan keunguan dan kemudian putih kerana lemak di bawah kulit pula akan kelihatan.

Masalah stretch marks Igauan Ngeri setiap wanita hamil

Punca stretch marks terjadi?

Selain pertambahan berat badan , beberapa faktor turut mempengaruhi kemunculan stretch marks, antaranya

Genetik - sekiranya ibu anda mempunyai stretch marks, anda juga mungkin mengalaminya.

Jenis kulit- lebih mudah berlaku pada mereka yang berkulit gelap

Air- mengamalkan pengambilan air yang secukupnya mampu mengurangkan risiko mempunyai stretch marks

Menggaru- kulit yang meregang akan terasa gatal. Namun elakan daripada menggaru, sebaliknya sapukan losen atau bedak untuk mengurangkan gatal

Senaman - senaman setiap hari memastikan kulit lembut dan bebas daripada toksin. Ia akan membantu menyeragamkan warna kulit dan menambahkan keanjalannya. Senaman untuk ibu hamil, klik disini

Bagaimana nak merawat masalah stretch marks?

Sebaiknya anda merawat masalah stretch marks ini seawal kemunculannya. Bagi ibu hamil
lebih baik

1. Mengunakan krim stretch marks

  • Krim, gel dan losen yang mampu menghilangkan stretch marks, sebenarnya produk-produk ini merupakan pelembap.  Dapatkan produk yang mengandungi cocoa butter atau shea butter sebagai bahan utama.
  • Amalkan sebaik sahaja anda disahkan hamil. Ketika stretch marks berwarna kemerahan (peringkat awal) lebih mudah untuk di rawat banding tanda stretch marks lama yang sudah berwarna coklat.
  • sapukan pada bahagian perut, pinggul, paha dan punggung. Apabila kulit anda cukup pelembap, ia menjadi lebih lembut, anjal dan mampu meregang dengan lebih baik

2. Amalkan pemakanan yang berkhasiat

  • Pastikan anda mengamalkan diet yang sihat supaya berat badan tidak naik secara mendadak. 
  • Dapatkan vitamin A, E dan C secukupnya bagi mengekalkan kelembutan kulit.
  • Pengambilan diet yang tinggi protein. Protein akan merangsang komposisi kolagen kulit, dengan peningkatan kolagen ini akan mengurangkan kesan stretch marks yang ada. Dengan ini MamaLuv mencadangkan anda semua untuk mengamalkan produk Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee yang kaya dengan soya proteinnya. Dengan pengambilan secara konsisten sudah pasti akan merubah kepada keadaan kulit yang lebih baik.
Jangan biarkan masalah stretch mark menghantui anda sehingga anda tak boleh tidur Lupakan igauan ngeri anda sekarang dengan mengamalkan Energizing Soy Protein Shaklee (ESP)

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, anda boleh hubungi saya Emma Kartika 012-2285484 atau klik saja icon di bawah 


Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:


➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782

 Email : ikka1979@gmail.com 

✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 

➲ Cash On Delivery (COD) : Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 

 Penghantaran ke seluruh Malaysia

Thursday 20 November 2014

2 Langkah Mengatasi Sakit Sendi Supaya Anda Tak Jalan Macam Robocop

Pasti ada di antara anda semua yang mak, ayah, makcik, pakcik, saudara mara atau kawan-kawan yang sering mengadu masalah sakit sendi. Masalah sakit sendi ini lebih sinonim di kalangan warga emas tetapi di zaman sekarang ada juga orang muda yang menghadapi masalah sakit sendi ini. Masalah sakit sendi ini juga lebih dikenali penyakit arthritis bermaksud "radang sendi". Hari ini Emma nak share dengan anda semua langkah-langkah mudah mengatasi sakit sendi

Sebelum itu Emma nak ceritakan 



Apakah punca sakit sendi ?

♥ Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran,otot, ligamen, sendi atau pangkal Saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.

♥ Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.

♥ Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki

♥ Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)

♥ Penyakit sendi seperti arthritis

♥ Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit)

♥ Penyakit tulang

♥ Ketumbuhan

♥ Jangkitan kuman

♥ Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya

♥ Penyakit kronik

♥ Ubat-ubatan

♥ Berat badan berlebihan

Apakah jenis- jenis sakit sendi ?

Terdapat 2 jenis yang paling biasa ditemui iaitu

1. OSTEOARTHRITIS

Osteoarthritis merupakan jenis arthritis (sakit sendi) yang paling kerap ditemui. Ianya disebabkan oleh kerosakan tulang rawan sendi akibat umur yang meningkat (rawan menjadi haus). Rawan sendi berfungsi untuk menyerap hentakan dan juga melincirkan pergerakan antara dua permukaan sendi.

Siapakah yang berisiko? 

Dua kumpulan usia yang berbeza: 

Wargatua → kebiasaannya disebabkan oleh peningkatan usia (rawan menjadi haus)

Dewasa → kebiasaannya disebabkan oleh trauma (rawan rosak disebabkan kecederaan)

Apa yang menyebabkan Osteoarthritis? 

Sejarah trauma ataupun kecederaaan sukan di usia muda dan masalah kegemukan mempercepatkan proses pembentukan Osteoarthritis. 

Mereka yang lahir dengan masalah rawan semulajadi juga lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini. Kehausan tulang rawan yang lambat laun akan menyebabkan pergeseran antara dua tulang keras akan menimbulkan rasa sakit, bengkak dan hilang fungsi sendi.

Dengan peredaran masa sendi akan hilang bentuk dan unjuran tulang-tulang kecil akan tumbuh disekitar sendi. Unjuran-unjuran ini boleh patah, masuk ke dalam sendi dan menimbulkan pelbagai masalah yang lain.

2. ARTHRITIS RHEUMATOID

Arthritis Rheumatoid adalah penyakit keradangan yang kronik terutamanya menyerang sendi dalam badan anda. Ia juga boleh berlaku di bahagian-bahagian badan yang lain. Antara yang sering ditemui adalah GOUT & Sakit Sendi.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit arthritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit. Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui, bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout. Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka.

2 Langkah Mengatasi Sakit Sendi Dengan Shaklee

Langkah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat & Mengurangkan inflamasi

》Omega Guard Shaklee adalah Omega-3 yang melambatkan degradasi tulang rawan.

》ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi.

》Omega juga bertindak sebagai pelincir,ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas. 

》Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak Omega3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 

Langkah 2 : Mengekalkan sel tulang yang sihat

》Ostematrik kalsium penting untuk kesihatan tulang,otot dan ligamen. 

》Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. 

》Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tetapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthirtis.

Anda malu sahabat handai mengejek anda berjalan seperti robocop, atau anda sendiri serik diusia muda sudah berjalan seperti robocop atau anda tidak sanggup melihat mak/ayah anda mengadu sakit dan berjalan seperti robocop...jom ikhtiar dengan pengambilan set kesihatan sendi ini SEKARANG!


Berminat untuk mendapatkan produk OmegaGuard & Ostematrix Shaklee, anda boleh hubungi saya Emma Kartika 012-2285484 atau klik saja icon di bawah 


Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:


➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782

 Email : ikka1979@gmail.com 

✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 

➲ Cash On Delivery (COD) : Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 

 Penghantaran ke seluruh Malaysia

Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) & jimat sehingga 15-25%.

Friday 7 November 2014

8 Aktiviti Mudah Untuk Kekal Langsing dan Cergas


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Wahai pembaca semua...


Wanita mana yang tak nak tubuh badannya langsing, sentiasa kekal cergas dan sihatkan. Untuk mendapatkan badan yang kekal langsing dan kekal cergas, kita harus bersenam sekurang-kurangnya 45-60 minit secara disiplin. Mampukah kita melakukannya..kaNamun jika anda tahu rahsianya, anda tidak perlu berlatih selama itu. Masih banyak kalori yang boleh di bakar dalam tempoh 30 minit. Nak tahu caranya, mari MamaLuv kongsikan 8 aktiviti mudah untuk kekal langsing.

Cara Pertama- Berbasikal

8 Aktiviti Mudah Untuk Kekal Langsing dan Cergas

  • Anda dapat membakar kalori lebih banyak  apabila mengayuh basikal di kawasan yang mencabar. Kayuh dengan kelajuan sederhana pada jarak sekitar 10km. Keadaan jalan yang mencabar memerlukan konsentrasi yang tinggi dan dalam tidak sedar kita sudah membakar sebanyak 300kalori
Cara Kedua – Berenang

8 Aktiviti Mudah Untuk Kekal Langsing dan Cergas

  • Kebaikan berenang adalah ia melatih seluruh otot tubuh. Kalori juga boleh di bakar dengan banyak. 20 minit berenang dapat membakar 300kalori
Cara Ketiga- Lompat Tali

8 Aktiviti Mudah Untuk Kekal Langsing dan Cergas

  • Mampu membakar 300 kalori dalam hanya 15 minit melompat dengan irama yang rendah. Selangkan lompatan anda dengan double jump untuk sekali putaran tali. Tidak perlu paksa badan, rehatlah selama 30 saat jika letih. Elak dari melompat terus agar oto tidak terkejut dan cedera.
Cara Keempat – Guna Stepper

8 Aktiviti Mudah Untuk Kekal Langsing dan Cergas

  • Bersenam menggunakan cara ini seumpama kita memanjat tangga. Lajukan langkah anda untuk mencapai matlamat untuk membakar 300 kalori dalam tempoh 30 minit Sekiranya letih, perlahankan langkah satu persatu selama satu minit.
Cara Kelima – Squash

8 Aktiviti Mudah Untuk Kekal Langsing dan Cergas

  • Bermain squash selama 15- 20minit anda dapat membakar 300 kalori. Sekiranya anda fokus ketika memukul bola, tenaga yang anda gunakan mampu membakar kalori, apatah lagi anda perlu bergerak pantas ketika bermain
Cara Keenam- Berlari

8 Aktiviti Mudah Untuk Kekal Langsing dan Cergas

  • Berlari di kawasan yang tidak rata berbanding di trek lebih cenderung untuk membakar lemak sebanyak 300 kalori. Mulakan larian anda dengan berlari-lari anak dan tingkatkan kelajuan mengikut kemampuan. Lakukan selama 30 minit
Cara KeTujuh – Bermain Bola


8 Aktiviti Mudah Untuk Kekal Langsing dan Cergas

  • Anda mampu membakar 300 kalori dengan bermain bola selama 15 minit. Jika anda keseorangan anda masih boleh bermain dengan berlari sambil mengerakkan bola. Jaringkan bola sambil melompat juga turut membantu. Tahukah anda, ketika mahu menjaringkan bola, ia memerlukan konsentrasi, Yang bagusnya konsentrasi memerlukan kalori . Ketika inilah pembakaran kalori berlaku.
Cara Kelapan – Berlari di Treadmill


8 Aktiviti Mudah Untuk Kekal Langsing dan Cergas
  • Walaupun anda berlari setempat, senaman ini mampu membakar sehingga 9kcal kalori dalam tempoh seminit. Jika anda lakukan secara konsisten selama 30minit, anda mampu membakar sehingga 300 kalori. Hebat kan. Bagaimana nak mengekalkan stamina selama 30 minit : 

  • a. Mulakan dengan berlari dengan kelajuan 5b. 
    b. Tambahkan kelajuan sedikit demi sedikit selepas tempoh 1min
    c. Sewaktu anda berlari pada kelajuan 9, berlarilah selama 2min
    d. Kemudian turunkan semula pada kelajuan lima. Ulangi langkah ini sehingga tamat tempoh 30minit
Mudah sahajakan untuk kita kekal langsing dan cergas. Apalagi mulakan hari ini untuk melakukan 8 aktiviti mudah diatas. InshaaAllah ia turut membantu kita membakar 300 kalori sehari. Jom amalkan gaya hidup sihat. 


Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, anda boleh hubungi saya Emma Kartika 012-2285484 atau klik saja icon di bawah 



Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:


➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782

 Email : ikka1979@gmail.com 

✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 

➲ Cash On Delivery (COD) : Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 

 Penghantaran ke seluruh Malaysia

Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) & jimat sehingga 15-25%.


Wednesday 5 November 2014

Omega Guard Bertindak MEMBAKAR LEMAK ??

Wahai pembaca semua...
Omega Guard Shaklee atau lebih di kenali ramai Omega 3 merupakan minyak ikan yang diestrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk seperti ikan sardin, mackarel dan lain-lain lagi. Sangat berbeza daripada Omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan Omega 3 paling tulen dan lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA. Selalunya Omega 3 ini di amalkan untuk kesihatan minda dan sakit kronik seperti sakit jantung dan masalah kolestrol tinggi. Tetapi tahukah anda Omega 3 juga diamalkan oleh mereka yang ada masalah berat badan di mana Omega Guard amat bagus bertindak dalam memBAKAR LEMAK.



Bagaimana Omega Guard bertindak membakar lemak ? Mari MamaLuv huraikan dengan lebih mendalam lagi..

Dengan mengambil Omega 3 biji sehari selepas sarapan atau makan tengahari mampu memberi rasa kurang lapar kepada kita. Bagaimana ?
Asid lemak Omega-3 membakar lemak dengan cara membantu tubuh bertindakbalas terhadap satu hormon yang dipanggil Leptin.
Leptin kemudian memberitahu tubuh untuk mengurangkan selera makan. Ia mengawal rasa lapar dan mengawal paras gula dalam darah  
Leptin meningkatkan metabolisme anda dengan meningkatkan pengeluaran tiroid (tiroid membantu mengawal metabolisme tubuh). Ia membakar lemak dan bertukar menjadi tenaga

Sekiranya tubuh tidak bertindak balas dengan baik terhadap Leptin maka sebaliknya berlaku – Anda berasa lapar, dan akan menyimpan lebih banyak lemak. Oleh itu, disyorkan pengambilan asid lemak Omega-3 untuk bagi membantu tubuh bertindakbalas dengan baik terhadap Leptin sekaligus meningkatkan metabolisme tubuh.

 Satu kajian di Jepun dan Czech Republic menunjukkan individu yang mengikuti program senaman yang mengambil Omega-3, kadar pembakaran lemak tubuh adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya. 

 Pengambilan asid lemak Omega-3 bukan sahaja menggalakkan pembakaran lemak malah menghalang pembentukannya. Secara tidak langsung ia dapat membantu menyelesaikan masalah perut buncit dan obesiti.
Dah jelaskan bagaimana Omega Guard boleh bertindak menjadi agen membakar lemak. Kesimpulannya, secara tidak langsuung Omega Guard dapat membantu kita untuk kuruskan badan dengan mengurangkan selera makan kita di samping membakar lemak dengan lebih cepat.

Jika anda mempunyai masalah lemak badan yang berlebihan dan dalam proses mengurangkan berat badan anda. MamaLuv mengesyorkan supaya anda mengamalkan OmegaGuard Shaklee sekarang !

Berminat untuk mendapatkan produk Omega Guard Shaklee, anda boleh hubungi saya Emma Kartika 012-2285484 atau pembelian terus klik saja icon di bawah 

Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.


 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:


➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782

 Email : ikka1979@gmail.com 

✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 

➲ Cash On Delivery (COD) : Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 

 Penghantaran ke seluruh Malaysia

Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) & jimat sehingga 15-25%.

Monday 3 November 2014

7 Cara Kempiskan Perut Buncit Menggeleber Selepas Bersalin

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua,

Good Morning

Wahai pembaca semua...

Kebanyakan kaum ibu sejurus lepas bersalin pasti gelisah memikirkan perubahan yang bakal berlaku pada tubuh badannya. Bahagian yang paling ketara perubahannya pasti di perut. MamaLuv pasti masalah perut buncit dan menggeleber lah yang paling ditakuti sebab Mamaluv sendiri juga mengalami masalah yang sama. Di sini MamaLuv nak share sedikit info dengan anda semua 7 cara untuk kita kempiskan perut buncit dan menggeleber selepas bersalin.


Cara 1 - SUSU IBU
  • Susukan anak dengan susu badan kita (susu ibu) sebaik sahaja lepas bersalin. Sebaiknya, lakukan penyusuan eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan dan dilanjutkan sehingga 2 tahun. Tahukah anda dengan menyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari.

CARA 2 - BERBENGKUNG : 


  • Mungkin ramai di kalangan ibu-ibu yang tidak gemar berbengkung selepas bersalin - rimas, panas, tidak selesa dan sebagainya. Tapi tahukah anda, berbengkung boleh membantu mengembalikan bentuk badan asal. Gunakan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tak diingini. Pemakaian bengkung yang tidak betul juga boleh memudaratkan.

CARA 3- BERTUNGKU/ BERTANGAS/ BERSAUNA : 

  • Amalan bertungku mungkin sudah makin kurang popular pada hari ini. Selepas bersalin, bertungku adalah kaedah tradisional ibu-ibu sejak dahulu untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut/ rahim. Bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan

CARA 4 - KAWALAN PEMAKANAN : 


  • Ibu menyusu tidak digalakkan berdiet berlebihan kerana khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi diperlukan terutamanya di bulan-bulan pertama menyusukan bayi anda. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati dan mengabaikan bentuk badan yang semakin merosot. Jika anda tidak menyusu atau bayi anda tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, lakukan kawalan pemakanan yang sesuai bagi mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber semakin teruk. Kurangkan pengambilan lemak dan minyak, ambil protein mencukupi bagi membina semula otot dan mengelakkan perut menggeleber. Lebihkan makanan yang membantu proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu.

CARA 5 - SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL : 


  • Senaman kardiovaskular dan abdominal tertentu boleh membantu anda mengempiskan perut. Dapatkan kaedah yang betul senaman khusus untuk membentuk perut ini dari jurulatih senaman atau bahan rujukan yang disediakan pakar. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang juga mampu mengurangkan lebihan lemak di bahagian perut dan sekaligus membina otot perut. Lakukan secara konsisten bagi mendapatkan kesan terbaik

CARA 6 - BETULKAN POSTUR TUBUH : 


  • Kebanyakan ibu-ibu terlalu sibuk untuk mengambil berat postur badan mereka. Tahukah anda, masalah postur yang tidak baik ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang juga menyebabkan masalah perut buncit dan menggeleber sukar diselesaikan. Jangan pandang remeh cara anda bergerak setiap hari

CARA 7 - DETOKSIFIKASI : 

  • Lebihan toksin dalam badan kebanyakannya terkumpul di bahagian perut. Ia menyebabkan anda mengalami masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Lakukan proses detoksifikasi dari masa ke semasa dan apabila perlu bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh anda terutamanya perut.
Mudahkan dengan 7 cara yang telah MamaLuv sharekan ini. Apa kata anda semua ikhtiar dengan 7 cara ini..MamaLuv pasti anda semua boleh lakukannya. InshaaAllah membantu. 

Jika anda masih tercari-cari SET BERSALIN yang SELAMAT dan BERKESAN, Shaklee lah pilihannya. Untuk keterangan, Klik Disini

Shaklee turut menyediakan SET KURUSKAN BADAN yang SELAMAT untuk ibu menyusu. Untuk keterangan, Klik Disini




Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, anda boleh hubungi saya Emma Kartika 012-2285484 atau klik saja icon di bawah 

Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:


➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782

 Email : ikka1979@gmail.com 

✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 

➲ Cash On Delivery (COD) : Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 

 Penghantaran ke seluruh Malaysia

Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) & jimat sehingga 15-25%.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...