Friday 30 May 2014

Mencegah Darah Tinggi @ HyperTension

Assalammualaikum & Selamat Tengahari semua..

Harapan MamaLuv agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik. Hari ini MamaLuv nak share tentang tekanan darah tinggi atau hypertension. Penyakit ini selalu dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia. Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.

Mencegah Darah Tinggi @HyperTension
Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah. 140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

 Tanda dan Gejala Tekanan Darah Tinggi

✿ Pengidap Hypertension/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala.

✿ Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala.

✿ Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertension/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertension/Tekanan Darah Tinggi).

✿ Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertension/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

*Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

 ^^Penyebab-penyebab Tekanan Darah Tinggi^^

Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:

✿ Cara hidup tidak aktif
✿ Umur melebihi 35 tahun
✿ Kegemukan
✿ Paras kolesterol tinggi
✿ Faktor keturunan & Sejarah keluarga
✿ Pengambilan alkohol yang berlebihan & merokok
✿ Pengambilan garam yang tinggi
✿ Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
✿ Penyakit buah pinggang


set darah tinggiShaklee juga mempunyai set cadangan utk merawat & mencegah darah tinggi. Set ini 
 >>>terdiri daripada CoQ Heatlh Plus, Garlic dan OmegaGuard.

1. CoQ Heatlh Plus

✿ Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 – 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan

✿ Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.

2. Garlic

✿ membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolestrol

✿ menggalakkan kesihatan kardiovaskular

✿ menurunkan kolestrol LDL, trigliserida dan kelikatan darah

3. OmegaGuard

✿ Omega 3 telah diuji dan dibuktikan untuk mengurangkan hipertensi(tekanan darah tinggi). Menurut kajian terbaru dari American Heart Association Journal telah menguji 5000 orang.

✿ Mereka mengenalpasti sejarah kesihatan dan mengukur tekanan darah pada awal kajian. Ia menunjukkan kebaikan Omega 3merendahkan tekanan darah berbanding orang yang tidak mengambilnya.

✿ Bertindak melancarkan saluran darah, membuang kolestrol . Kolestrol yang tidak terkawal menjadi bapa kepada penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.


 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia


 

Anatomi Payudara & Kenapa Harus Di Jaga Semasa Penyusuan ?

Disini ingin MamaLuv share sedikit info tentang anatomi payudara kita dan serba sedikit peringatan untuk menjaga payudara semasa penyusuan. Dua info ini adalah amat penting.  MamaLuv yakin pada ibu-ibu yang pertama kali menjadi seorang ibu pasti kurang tahu tentang ini semua..kerana sebelum ini MamaLuv pun begitu tetapi MamaLuv terlebih rajin untuk "Google' dan mendapatkan infonya sendiri untuk pengetahuan tambahan. Tak rugi kan bila kita tahu..sebabnya kita boleh share dengan orang...betapa hebatnya anugerah Allah swt pada kaum Hawa..;-)

Anatomi PayuDara dan Penjagaannya

Anatomi Payudara

Penting untuk mengetahui anatomi payudara supaya kita faham bagaimana ia berfungsi dan bagaimana mengekalkan fungsinya… (bukan senang untuk mengekalkan penghasilan susu berterusan selama 6 bulan dan seterusnya 2 tahun!)
  • Kelenjar Mamari atau kelanjar susu adalah suatu organ yang terdapat pada mamalia betina (perempuan) untuk menghasilkan susu untuk anaknya. Kelenjar eksokrin ini merupakan ciri mamalia iaitu menyusukan anak dan juga daripada mana nama kelas “mamalia” itu sendiri terhasil.
  • Struktur kelenjar susu.Komponen asas kelenjar susu adalah alveolus yang dilapisi sel perembes susu dan dikelilingi oleh sel mioepitelia. Alveolus ini berkumpul untuk membentuk sekumpulan lobus dan setiap lobus mempunyai duktus laktiferus yang menjurus ke bukaan pada puting susu.
  • Sel mioepitelia boleh mengecut, sama seperti sel otot, dan seterusnya menolak susu daripada alveolus melalui duktus laktiferus ke arah puting di mana susu akan terkumpul pada duktus sinus di bawah areola.Perkembangan dan kawalan hormon. Perkembangan kelenjar susu dikawal oleh hormon. Kelenjar susu sebenarnya terdapat pada kedua-dua jantina lelaki dan perempuan. Namun begitu kesan rembesan hormon pada ovari merangsang perkembangan kelenjar susu pada perempuan. Hormon estrogen menggalakkan perkembangannya manakala hormon testosterone merencat pertumbuhannya.
  • Pembentukan kelenjar susu sudah terbentuk sejak kelahiran lagi, iaitu pembentukan duktus laktiferus tetapi tiada alveolus. Semasa akil baligh hormon estrogen mula dirangsang untuk menghasilkan cabang-cabang duktus yang kemudiannya akan berkembang menjadi alveolus. Alveolus sebenar hanya akan terbentuk semasa kehamilan dengan pertambahan hormon estrogen dan progesteron yang akan membentuk lebih banyak cabang duktus serentak dengan pembentukan lebih banyak tisu adipos dan salur-salur darah.
  • Kolustrum akan mula dihasilkan pada peringkat akhir kehamilan dan seterusnya pada hari-hari awal selepas kelahiran. Susu sebenar akan dihasilkan beberapa hari selepas itu apabila kandungan progesteron mula menurun manakala kandungan prolaktin mula meningkat. Hisapan bayi akan merangsang pengeluaran oksitosin yang akan merangsang pengecutan sel mioepitelia yang menyebabkan pancutan susu.

Menjaga Payudara Semasa Penyusuan

Kita harus pastikan payudara sentiasa bersih dengan mengelapnya dengan kain lembap bersih sebelum dan selepas menyusukan bayi. Kita harus menggunakan bra yang lembut dan tidak merangsangkan. Pastikan coli lebar dan menutup seluruh payudara. Ibu-Ibu harus sentiasa membuat pemeriksaan payudara sendiri bagi memastikan tiada kesan luka pada aerola, tiada benjolan (susu tersumbat dalam payudara). Sekiranya ada, lakukan langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan dan cepat berjumpa doktor.

Langkah-langkah yang  MamaLuv amalkan dahulu bila mendapati susu tersumbat ialah
  • Amalan mandi air panas boleh membantu melancarkan proses penyusuan.
  • Menggilirkan payudara kita semasa menyusu. Penyusuan pada sebelah payudara sahaja mungkin menyebabkan bentuk dan saiz tidak seimbang.
Mudah-mudahan dengan info yang MamaLuv sharekan bersama ini dapat memberi serba sedikit gambaran pada anda semua..betapa hebatnya Penyusuan Susu Ibu ;-)

SAYA MENDOAKAN ANDA SEMUA SEMOGA BERJAYA!!!!

*Mahukan nutrisi lengkap untuk ibu menyusu. MamaLuv suggest SET IBU MENYUSU. Klik di sini utk info
*Masih mencari set berpantang yang selamat dan berkesan . MamaLuv suggest SET BERSALIN SHAKLEE. KLIK DI SINI

  • "Be Healthy & Stay Healthy"

    Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

    ✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

    ➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
    ✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
    ✉ Email : ikka1979@gmail.com 
    ✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
    ➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
    ➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia





SET BAJET MILK BOOSTER

Mengalami masalah bajet untuk set penyusuan? 

Ohhhh..MamaLuv taklah kejam mana nak paksa anda semua membeli FULL SET Ibu menyusu. MamaLuv juga paham dengan masalah-masalah yang tak dapat di elakkan, sebab satu ketika dulu sebelum MamaLuv terjebak dengan business shaklee nie pun MamaLuv bermula dengan Set-Set Budget. Cuma bila dah join business shaklee nie, baru nampak dan sedar sebenarnya FULL SET lebih jimat untuk pengunaan jangkamasa panjang. Tak mengapa..nak beli FULL SET kemudian-kemudian pun okay.. anggaplah set bajet ini sebagai sesi pengenalan anda dengan Set Ibu Menyusu Shaklee. Okay di vitaminswithluv kami menyediakan SET BAJET MILK BOOSTER untuk ibu-ibu yang mengalami kekangan bajet tapi masih bersemangat untuk menyusukan. Sedikit penerangan tentang SET BAJET MILK BOOSTER dari MamaLuv

Set Budget Milk Booster

1. Apa yang ada dalam SET BAJET MILK BOOSTER?
 
i. Energy Soy Protein (ESP) iaitu mengandungi 9 asid amino yang merupakan makanan yang penting sel-sel badan kita dan memekatkan susu
ii. Alfalfa adalah sebagai penggalak susu ibu dengan teknik ransangan daripada ibu.

2. Apakah kelebihan SET BAJET MILK BOOSTER?

 
ESP berperanan untuk ibu untuk kekal bertenaga dan cerdas kerana ESP ini akan mengenyangkan apabila diambil. Selain itu, ESP adalah untuk keperluan protein dan enzim dalam badan kita. Dengan permintaan untuk memberikan susu pada bayi akan menyebabkan ibu hilang banyak nutrisi dalam badan. ESP membantu untuk menampung kembali nutrisi yang hilang.

Selain itu, ESP bukan sahaja membantu untuk memekatkan susu tetapi ibu akan mendapatkan kelebihan yang lain iaitu kulit lebih cerah, sel-sel yang mati diganti sel-sel baru menyebabkan kulit tampak lebih sihat, gebu dan segar.

Alfalfa adalah membantu untuk menggalakkan penghasilan susu dengan kaedah dan teknik penyusuan yang betul disamping kekrapan menyusu. Alfalfa juga turut membantu untuk bahagian dalam wanita terutamanya bahagian intim.

3. Apakah rupa bentuk SET BAJET MILK BOOSTER?

 
i. ESP – dalam bentuk serbuk daam canister iaitu 580gram. (Boleh tahan hingga 1.5 – 2bulan). Pengambilan sehari maksimum 3 sudu. Tidak boleh dibancuh dengan air panas keranan menyebabkan protein musnah pada suhu yang tinggi.
ii. Alfalfa ada 2 jenis botol iaitu 330biji dan 700biji. Untuk ibu menyusu ambil 10 biji maksimum tetapi untuk permulaan ambil 3biji dahulu pun ok.

4. Berapakah harga untuk SET BAJET MILK BOOSTER?

 
Harga untuk set ini bermula dari RM203 (untuk alfalfa botol kecil) dan RM 247 (untuk alfalfa botol besar). Sekiranya anda ingin HARGA MURAH dari ini boleh jer..anda di jemput untuk menjadi AHLI SHAKLEE terus hubungi saya di 012-2285484 untuk keterangan lanjut. Pasti tawaran terbaik menunggu anda.

5. Bagaimana untuk membuat pesanan SET BAJET MILK BOOSTER?

i. Untuk response yang lebih cepat boleh tinggalkan sms/whataaps: “SET BAJET MILKBOOSTER” di 012-2285484 ataupun
ii. Anda boleh tinggalkan message di (https://www.facebook.com/messages/vitaminswithluv)


SAYA MENDOAKAN ANDA SEMUA SEMOGA BERJAYA!!!!
  • *Mahukan nutrisi lengkap untuk ibu menyusu. MamaLuv suggest SET IBU MENYUSU. Klik di sini utk info

    *Masih mencari set berpantang yang selamat dan berkesan . MamaLuv suggest SET BERPANTANG SHAKLEE. KLIK DI SINI

     "Be Healthy & Stay Healthy"

    Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

    ✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

    ➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
    ✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
    ✉ Email : ikka1979@gmail.com 
    ✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
    ➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
    ➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

Susu Ibu Pilihan Terbaik

Assalammualaikum & Selamat Pagi semua..

Harapan MamaLuv agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik. Hari nie MamaLuv nak share lagi pengalaman MamaLuv dalam dunia penyusuan ini. Ramai menganggap (termasuk saya sendiri pada mulanya) bahawa penyusuan ibu adalah suatu fenomena biologi yang akan berlaku secara semula jadi apabila seorang ibu melahirkan anak. Justeru apabila menghadapi masalah atau keadaan seperti kuantiti air susu ibu semakin berkurang, kita juga menganggap ia adalah perkara biasa saja… tidak dapat dielak dan tidak dapat diperbaiki.

Namun begitu, penyusuan ibu adalah sesuatu yang perlu dipelajari dan diberi perhatian penuh sekiranya kita berazam untuk melengkapkan penyusuan ibu secara eksklusif selama 6 bulan dan seterusnya 2 tahun atau lebih. Semasa ibu-ibu sibuk membuat persiapan menyambut kelahiran bayi, ramai terlupa atau tidak mengendahkan untuk menambah pengetahuan tentang penyusuan ibu sebaliknya sibuk dengan persiapan-persiapan fizikal seperti baju bayi, katil, mainan, alatan mandian dan lain-lain. Perkara-perkara tersebut memang perlu diberi perhatian kerana kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Namun ada satu yang TERBAIK yang kita lupakan iaitu SUSU IBU. Siapa berani menyangkal yang susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi???  Jadi berikan yang terbaik untuk bayi kita iaitu SUSU IBU. Sesungguhnya tiada susu di dunia yang mampu menandingi kehebatan susu ibu, malah pengeluar-pengeluar susu formula di dunia masih terus berusaha untuk menghasilkan susu formula yang “menyamai” khasiat susu ibu. Tetapi MamaLuv amat percaya yang original itulah yang terbaik dan tiada tandingannya!

Susu ibu TerbaikMemberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak kita. Kebaikannya tidak terkira. Untuk memastikan kita dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.
  • Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.
  • Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa
  • Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi terganggu
  • Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
  • Jangan guna nipple artificial· Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan.
  • Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
  • Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
  • Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda· Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
  • Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
  • Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
  • Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang. 

SAYA MENDOAKAN ANDA SEMUA SEMOGA BERJAYA!!!!
  • *Mahukan nutrisi lengkap untuk ibu menyusu. MamaLuv suggest SET IBU MENYUSU. Klik di sini utk info

    *Masih mencari set berpantang yang selamat dan berkesan . MamaLuv suggest SET BERPANTANG SHAKLEE. KLIK DI SINI

     "Be Healthy & Stay Healthy"

    Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

    ✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

    ➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
    ✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
    ✉ Email : ikka1979@gmail.com 
    ✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
    ➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
    ➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

Thursday 29 May 2014

Tanggungjawab Suami Ketika Isteri Hamil

Tanggungjawab suami ketika isteri hamil amat penting untuk memastikan anak mendapat haknya. Suami mempunyai tanggungjawab memastikan isterinya diberi perhatian dan kasih sayang. Apabila dalam tempoh kehamilan, emosi isteri mudah terganggu. Emosi yang terganggu akan memberi kesan kepada bayi yang dikandung. Oleh kerana itu, suami haruslah menjaga isterinya yang sedang hamil dalam keadaan baik, sihat dan stabil emosinya.


Suami boleh membantu melakukan perkara-perkara di bawah :

>> Sentiasa memberi dorongan kepada isteri yang menghadapi kesulitan ketika hamil. Berikan kata-kata semangat dan ucapan manis yang mampu memberi kekuatan dan ketenangan kepada isteri. Ada kala dengan ucapan begini, kesusahan yang dialami isteri mampu diatasi.

>>Suami terlibat bersama aktiviti ketika isteri hamil, menghantar dan bersama ketika pemeriksaan bulanan bersama doktor. Mengambil tahu perkembangan janin dan masalah yang mungkin dihadapi isteri

>>Menjauhkan perkara atau melakukan perkara yang memberi kesan negatif kepada si isteri seperti menyakitkan hatinya

>>Menyediakan makanan yang berkhasiat dan sesuai dengan isteri. Selera wanita hamil ada kala berubah dan menghadapi masalah. Boleh minta isteri amal makan kurma kerana mempunyai banyak khasiat seperti menguatkan rahim dan memudahkan bersalin.

>>Jangan membebankan isteri dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan kerana kehamilannya. Sebaiknya suami tidak menuntut haknya untuk bersetubuh kerana keadaan isteri yang lemah, mabuk, loya dan muntah ketika usia kandungan belum empat bulan.

>>Suami hendaklah bersabar dan tabah dengan kerenah isteri terutama ketika isteri menghadapi masalah mabuk dan tekanan emosi akibat hamil.

>>Suami harus banyak membantu isteri melakukan kerja rumah atau kerja yang perlu dibuat agar meringankan bebanan yang dihadapinya. Ketika hamil badan isteri perlu bekerja keras untuk menampung kehadiran janin dan tidak mampu membuat kerja yang biasa dilakukannya.

 
* Mahukan nutrisi lengkap untuk ibu hamil. MamaLuv suggest SET IBU HAMIL SHAKLEE. Klik di sini utk info 

*Masih mencari set berpantang yang selamat dan berkesan . MamaLuv suggest SET BERPANTANG SHAKLEE. KLIK DI SINI



 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) dan jimat sehingga 15-25%.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit




Khasiat Buah Kurma untuk Ibu Mengandung.

Khasiat Buah Kurma untuk Ibu Mengandung.

Di dalam Quran terdapat satu kisah yang berhubung kait dengan pemakanan buah tamar semasa mengandung iaitu di dalam surah Maryam ayat 23 hingga 26.Ia berkaitan dengan kisah Maryam yang menderita sakit semasa hendak melahirkan Nabi Isa.Allah menjelaskan, “Maka rasa sakit hendak melahirkan anak memaksa dia bersandar pada pangkal pohon kurma.

Dia berkata, ‘Aduhai alangkah baiknya jika aku mati sebelum ini dan aku menjadi sesuatu yang tidak bererti lagi dilupakan.’ Maka Jibrail menyeru dari tempat yang rendah dengan berkata, ‘Janganlah kamu bersedih hati,sesungguhnya Tuhanmu menjadikan anak sungai di bawahmu.Dan goncanglah pangkal pohon kurma ke arahmu pasti pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.Maka makan,minum dan bersenang hatilah kamu.’
khasiat buah kurmaSecara dasarnya,buah kurma sememangnya berkhasiat untuk ibu mengandung.Ia kaya dengan vitamin B6,asid folik,kalium,zat besi dan magnesium.Magnesium susah untuk diperoleh dalam bentuk semula jadi sedangkan ia penting untuk ibu-ibu mengandung kerana ia berfungsi memantapkan jantung dan sistem peredaran darah(blood circulation).Justeru pengambilan buah tamar yang kaya dengan pelbagai khasiat termasuk magnesium semula jadi bermanfaat untuk ibu-ibu mengandung.

Kajian sains menunjukkan,semasa sedang dalam proses melahirkan anak (labour),kadar gula dalam darah akan menurun dan keadaan ini mendatangkan kelesuan kepada si ibu.Pada masa itu si ibu memerlukan,antaranya karbohidrat bagi mengembalikan tenaga di samping kalium (potasium).Mengikut ensiklopedia kesihatan di health.yahoo.com di bawah tajuk Potassium Content Of Fruits,Vegetables,And Other Foods oleh Sydney Youngerman-Cole (RN,BSN,RNC),kalium ialah zat logam di samping memantapkan fungsi saraf serta otot.

Krispin Sullivan (CN),seorang pakar dalam bidang pemakanan Klinikal (Clinical Nutritionist),memperincikan hal ini di dalam artikel beliau yang bertajuk Great Pains: Tips for Having an Easy Childbirth.Beliau berkata ,semasa sedang melahirkan anak tenaga si ibu dapat dipulihkan dengan memberi buah-buahan,jus,sayur-sayuran ataupun yang seumpamanya,yang kaya dengan kalium,magnesium,natrium(sodium) dan sulfur.Bahan-bahan ini akan memudahkan proses kelahiran.

Seperti yang disebutkan sebelum ini,mengikut yang dilaporkan di laman web Pertubuhan Pemakanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu di www.fao.org buah tamar memang kaya denagn karbohidrat.Karbohidratnya wujud dalam bentuk glukosa dan fruktosa yang menyerap masuk ke dalam sistem darah dengan segera.

Tambahan daripada itu,ia juga kaya dengan kalium dan magnesium di samping mengandungi natrium (sodium) dan sulfur dengan kadar yang sederhana.Justeru,buah tamar sesuai untuk ibu-ibu mengandung sekali gus menampakkan peintah Allah supaya Maryam memakan buah tamar semasa hampir melahirkan Nabi Isa sememangnya saintifik berdasarkan penemuan semasa.

Di petik dari buku : Quran Saintifik (Dr.Danial Zainal Abidin)

 
* Mahukan nutrisi lengkap untuk ibu hamil. MamaLuv suggest SET IBU HAMIL SHAKLEE. Klik di sini utk info 

*Masih mencari set berpantang yang selamat dan berkesan . MamaLuv suggest SET BERPANTANG SHAKLEE. KLIK DI SINI



 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) dan jimat sehingga 15-25%.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Wednesday 28 May 2014

SET COMBO UNTUK ALFAFA COMPLEX

SPECIAL SET COMBO UNTUK ALFAFA COMPLEX

Pilih jer set yang mana menjadi pilihan hati kalbu ?


Nak semua pun boleh! No problem!!

Kita ada...

✔ set kurus
✔ set kesuburan
✔ set kulit
✔ set resdung
✔ set gout
✔ set milk booster

nak tau KEHEBATAN setiap set tu, boleh hubungi kami !



 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia



Keistimewaan Susu Ibu dan Risiko-Risikonya Jika Tidak Diberi Susu Ibu


Assalammualaikum & Selamat Pagi semua..

Harapan MamaLuv agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik. Hari ini MamaLuv nak share tentang keistimewaan susu ibu dan risiko yang mungkin dihadapi bayi tidak diberi susu ibu.
 
Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:

1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.
Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik -dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)


Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.


Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.

2. Diabetes.
Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.

3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.

4. Masalah pernafasan.
Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.
Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.

5. Jangkitan telinga.
Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.
6. Kanser.
Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.

7. Jangkitan saluran pencernaan.
Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan). Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.
Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.

8. Keberkesanan vaksin.
Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.
Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.

(Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)

9. Perkembangan rahang dan otot muka.
Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!


Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.


Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.

10. Obesiti
Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).

keistimewaan susu ibu


# Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.

[Nota peribadi: Susu ibu diciptakan spesifik untuk tiap-tiap bayi di dunia, mengandungi semua yang terbaik untuknya.]

Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answer, by Jack Newman M.D and Teresa Pitman

 ♥ happy sharing ♥ feel free to SHARE ♥

 sumber: rapi

*Mahukan nutrisi lengkap untuk ibu menyusu. MamaLuv suggest SET IBU MENYUSU. Klik di sini utk info 

*Masih mencari set berpantang yang selamat dan berkesan . MamaLuv suggest SET BERPANTANG SHAKLEE. KLIK DI SINI



 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia


10 PEKARA ASAS PERSEDIAAN AWAL IBU MENYUSU



Assalammualaikum & Selamat Pagi semua..

Harapan MamaLuv agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik. Hari ini MamaLuv nak share mengenai persediaan awal untuk menjadi seorang ibu menyusu yang berjaya. MamaLuv pasti mesti ada di kalangan ibu-ibu yang buat pertama kalinya hamil masih terpinga-pinga atau tertanya-tanya di dalam hati “apakah persediaan yang harus aku lakukan” & “bagaimana mahu bersedia dan di mana mahu bermula”untuk menyusukan bayi. Berdasarkan pengalaman MamaLuv pelbagai perkara yang telah MamaLuv kenal pasti dari awal kehamilan lagi supaya niat MamaLuv untuk menyusukan anak ke-3  tercapai sehingga 2 tahun 6 bulan. Alhamdullilah MamaLuv berjaya, walaupun banyak halangan dan cabaran yang MamaLuv lalui. Halangan dan cabaran itulah yang telah membuat MamaLuv berjaya memberikan yang terbaik untuk anak MamaLuv. Yang penting persediaan fizikal, mental, emosi dan spiritual kita perlu seimbang agar kita bergelar ibu benar-benar bersedia untuk menghadapi dunia baru bersama bayi kita. 
10 Perkara asas persediaan awal ibu menyusu

10 Perkara yang telah MamaLuv kenal pasti supaya niat kita untuk menyusukan bayi tercapai adalah :

1. NIAT
Adakah saya mahu menyusukan anak dengan sepenuhnya susu ibu ?
Ini yang paling penting. Niat kita. Mahu menyusu atau pun tidak? Mahu menyusu sekadar ingin mencuba jika ada susu? Mahu menyusu jika anak mahu? atau benar-benar tekad mahu menyusukan anak walau apapun dugaan? Tepuk dada tanya diri sendiri. Jika memilih untuk menyusukan anak anda secara eksklusif, maka anda harus tetap dengan perkara itu.Yakin bahawa itulah pilihan paling tepat dan kita tidak akan patah semangat di tengah jalan.

2.  SOKONGAN  SUAMI, KELUARGA & SAHABAT HANDAI
Ini adalah kedua penting! Anda di nasihatkan agar sentiasa berbincang dengan suami atau ahli keluarga segala maklumat dan urusan berkaitan dengan persediaan penyusuan. Ini supaya suami dan ahli keluarga juga boleh mendapat gambaran niat anda sebenar dan kebaikan mengenai penyusuan susu ibu. Secara tidak langsung mereka akan memberi dorongan dan semangat untuk anda. Bagi mereka yang bekerjaya, tidak salah juga untuk anda berkongsi pendapat dan berbincang di antara satu sama lain mengenai penyusuan susu ibu. Di mana ada yang pro, ada yang tidak pro, tetapi tidak mengapa. Teruskan niat anda.

3.  ILMU
Baca dan dapatkan lah pelbagai info mengenai susu ibu melalui internet, buku dan majalah Anda juga boleh menyertai mana-mana forum penyusuan susu ibu. Ini membolehkan anda meningkatkan pengetahuan mengenai susu ibu dengan secara tidak langsung ia akan menambahkan lagi semangat anda. Pergi ke kelas antenatal, kelas penyusuan, bertemu dgn kumpulan sokongan susu Ibu (kumpulan sokongan susu ibu tidak terhad kepada ibu yang telah melahirkan anak dan menyusukan sahaja, ibu yang mengandungkan anak pertama juga digalakkan menyertainya.

4.  HOSPITAL RAKAN BAYI
Pilih untuk bersalin di hospital rakan bayi dan berbincanglah dengan doktor yang bakal menyambut anak anda. Mereka lebih menitikberatkan penyusuan selepas kelahiran. Di hospital lah kunci awal kejayaan dalam penyusuan. Permulaan itu amat penting!
Jika anda memilih untuk bersalin di hospital rakan bayi – InshaaAllah, anda akan dibantu oleh jururawat. Anda akan di beri berpeluang untuk menyusukan bayi seawal kelahirannya. Anda berpeluang rooming in dengan bayi 24 jam bersama anda, bayi anda tidak akan diberi mana-mana susu formula melainkan atas preskripsi doktor (jika bayi bermasalah) dan banyak bantuan penyusuan walaupun anda tidak minta.
Jika anda memilih untuk bersalin di hospital bukan rakan bayi – tiada masalah. Anda berhak memilih di mana saja anda selesa untuk melahirkan buah hati anda .Cuma, maklumkan kepada doctor atau jururawat  tentang keinginan anda untuk menyusukan anak secara eksklusif. Beritahu doktor anda tentang “breastfeeding plan” anda seperti:
-       Saya mahu FULLY BREASTFEED anak yang bakal di lahirkan

5.   SET MINDA
Set di minda anda bahawa susu ibu cukup untuk keperluan bayi. Jika bayi masih menangis setelah di berikan susu, kenali tangisannya. Mungkin juga bayi sakit atau pun tidak selesa tetapi kita selalu beranggapan bayi tidak kenyang dan tidak cukup susu!
 
6.  KENALI BENTUK PUTING ANDA  
Tahu bentuk puting anda sama ada jenis tenggelam, leper atau timbul. Jika tenggelam atau leper, agak sukar untuk bayi menghisap. Cari jalan bagaimana untuk memperbetulkannya.

7.  CARA PERAH SUSU  
Belajar kaedah atau cara yang betul untuk memerah susu. Untuk ibu yang bekerjaya, perlukan peralatan lengkap untuk dibawakan ke pejabat.

BAGI IBU YANG BEKERJAYA, PEKARA DI BAWAH HARUS TAHU DALAM PERSEDIAAN IBU MENYUSU ….

8. PAM SUSU
Pam susu adalah penting bagi ibu bekerjaya. Pilih pam yang membantu ibu memudahkan proses pengepaman. Memahami segala kriteria pam susu yang bagus dan sesuai.

9. KONSEP PENGENDALIAN SUSU PERAHAN
Memahami konsep pengendalian susu perahan, dari segi penyimpanan,penggunaan stok susu perahan dan jangka hayat susu. Akan MamaLuv terangkan di post yang akan datang..;-)

10. PENJAGA BAYI
Pastikan penjaga bayi tahu bagaimana mengendalikan stok perahan susu ibu dengan betul , baik dan selamat.

SAYA MENDOAKAN ANDA SEMUA SEMOGA BERJAYA!!!!

*Mahukan nutrisi lengkap untuk ibu menyusu. MamaLuv suggest SET IBU MENYUSU. Klik di sini utk info 

*Masih mencari set berpantang yang selamat dan berkesan . MamaLuv suggest SET BERPANTANG SHAKLEE. KLIK DI SINI

 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...