Showing posts with label Tips Keharmonian Rumah Tangga. Show all posts
Showing posts with label Tips Keharmonian Rumah Tangga. Show all posts

Monday, 7 July 2014

50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia

Cabaran 60 Hari - Day 17


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. Tempoh hari MamaLuv ada terbaca di dalam sebuah buku tentang tip-tip terbaik dalam membina sebuah keluarga bahagia. Jadi hari nie MamaLuv nak share serba sedikit dengan pembaca  semua tentangnya...



50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia

50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia 

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.


kredit :  Dr Fadzilah Kamsah


Anda ingin mendapatkan rangkaian produk-produk kesihatan shaklee secara terus. Klik di bawah sekarang...



KLIK DISINI


"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

Saturday, 28 June 2014

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Assalammualaikum dan salam petang kepada pembaca semua,

Semoga anda sentiasa bergembira bersama keluarga tersayang. Mulai esok semua umat Islam di dunia akan mula berpuasa.Tarikh mula bulan puasa Ramadhan 2014 Di Malaysia. Menerusi takwim islam, tarikh awal ramadhan atau bulan puasa jatuh pada Ahad 29 Jun 2014 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1435H. Justeru, umat islam akan berpuasa selama 30 hari mulai 29 Jun 2014. Faktor penetapan awal bulan buasa adalah berdasarkan kelihatan anak bulan Ramadhan. Tarikh permulaan puasa bagi seluruh negeri di Malaysia juga akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi siaran televisyen. 

Tarikh Rasmi Permulaan Puasa 2014 Di Malaysia

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Dato’ Sri Syed Danial bin Syed Ahmad sebentar tadi telah mengistiharkan hari mula puasa bagi tahun 2014 bersamaan 1435H jatuh pada Ahad 29 Jun 2014. Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

pengedar sah shaklee bukit raja

Di kesempatan ini, MamaLuv ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di Malaysia.

pengedar sah shaklee bukit raja

Tarikh Penting Dalam Takwim Islam 2014
pengedar sah shaklee bukit raja

"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia


 

Tuesday, 24 June 2014

Positif dan Berjaya Dalam Mencapai Kebahagiaan dan Kesihatan Minda

Ikuti 10 tip ini untuk berfikiran positif dan berjaya dalam mencapai lebih kebahagiaan dan kesihatan dalam minda.

1.Kenalpasti pemikiran negatif yang ada dalam diri sebelum ia menjadi akar umbi. Jika anda rasa mood anda kembali suram, berhentilah daripada berfikir tentang mereka sebelum anda tunduk kepada mereka. Kawal emosi anda, jangan biarkan emosi mengawal anda.

2. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif. Secara tidak langsung, anda juga akan berfikiran positif.

3. Orang yang berfikiran negatif boleh menjangkiti orang lain. Jadi, jauhkan diri anda daripada orang yang selalu berfikiran negatif.

4. Bersenam dan makan makanan seimbang. Jika anda nampak hebat dari segi luaran, sudah tentu dalamannya juga hebat dan bagus.

5. Rajinkan diri untuk mengemas dan menyusun barang-barang anda. Anda harus dikelilingi oleh benda-benda yang anda suka dan membuatkan anda rasa hebat. Contohnya gambar keluarga, buku kegemaran, pokok hiasan, gambar kesenian atau apa saja yang bermakna buat anda.

6. Jika ada seseorang memberitahu anda yang anda tidak boleh melakukan sesuatu, maka ambillah ia sebagai cabaran dan buktikan kepada mereka yang anda boleh melakukannya. Ini adalah peluang kepada anda yang mana mereka tidak boleh atau takut untuk melakukannya. Jika anda menunjukkan mereka ia boleh dibuat, mungkin mereka mendapat sumber inspirasi daripada anda atas kejayaan yang anda perolehi. Anda boleh menjadi contoh kepada mereka untuk mereka berfikiran positif.

7. Apabila anda merasa sangat kecewa dengan kehidupan anda atas segala nasib malang yang menimpa anda, anda harus mengingatkan diri anda bahawasanya semua itu adalah dugaan daripada Tuhan yang hanya menguji kita. Yakin bahawa pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

8. Jadilah sukarelawan dengan melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan. Bukan sahaja anda menyedari tentang orang yang mempunyai masalah lebih besar daripada anda, namun terdapat keadaan emosional dan kerohanian yang harus anda alami ketika membantu mereka.

9. Hilangkan tekanan. Masalah anda akan menjadi lebih besar jika anda selalu dalam keadaan tertekan. Dengan itu, jauhkan diri anda daripada tekanan.

10.Teruskan berfikiran positif. Memulakannya adalah mudah. Cuma mengekalkannya adalah cabaran. Jadikan ia tabiat anda untuk sentiasa berfikiran positif sehingga ia menjadi sebahagian daripada hidup anda.



10 Tips Untuk Sentiasa Positive

credit to : http://rahsiatarikan.com/

 
"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

Thursday, 29 May 2014

Tanggungjawab Suami Ketika Isteri Hamil

Tanggungjawab suami ketika isteri hamil amat penting untuk memastikan anak mendapat haknya. Suami mempunyai tanggungjawab memastikan isterinya diberi perhatian dan kasih sayang. Apabila dalam tempoh kehamilan, emosi isteri mudah terganggu. Emosi yang terganggu akan memberi kesan kepada bayi yang dikandung. Oleh kerana itu, suami haruslah menjaga isterinya yang sedang hamil dalam keadaan baik, sihat dan stabil emosinya.


Suami boleh membantu melakukan perkara-perkara di bawah :

>> Sentiasa memberi dorongan kepada isteri yang menghadapi kesulitan ketika hamil. Berikan kata-kata semangat dan ucapan manis yang mampu memberi kekuatan dan ketenangan kepada isteri. Ada kala dengan ucapan begini, kesusahan yang dialami isteri mampu diatasi.

>>Suami terlibat bersama aktiviti ketika isteri hamil, menghantar dan bersama ketika pemeriksaan bulanan bersama doktor. Mengambil tahu perkembangan janin dan masalah yang mungkin dihadapi isteri

>>Menjauhkan perkara atau melakukan perkara yang memberi kesan negatif kepada si isteri seperti menyakitkan hatinya

>>Menyediakan makanan yang berkhasiat dan sesuai dengan isteri. Selera wanita hamil ada kala berubah dan menghadapi masalah. Boleh minta isteri amal makan kurma kerana mempunyai banyak khasiat seperti menguatkan rahim dan memudahkan bersalin.

>>Jangan membebankan isteri dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan kerana kehamilannya. Sebaiknya suami tidak menuntut haknya untuk bersetubuh kerana keadaan isteri yang lemah, mabuk, loya dan muntah ketika usia kandungan belum empat bulan.

>>Suami hendaklah bersabar dan tabah dengan kerenah isteri terutama ketika isteri menghadapi masalah mabuk dan tekanan emosi akibat hamil.

>>Suami harus banyak membantu isteri melakukan kerja rumah atau kerja yang perlu dibuat agar meringankan bebanan yang dihadapinya. Ketika hamil badan isteri perlu bekerja keras untuk menampung kehadiran janin dan tidak mampu membuat kerja yang biasa dilakukannya.

 
* Mahukan nutrisi lengkap untuk ibu hamil. MamaLuv suggest SET IBU HAMIL SHAKLEE. Klik di sini utk info 

*Masih mencari set berpantang yang selamat dan berkesan . MamaLuv suggest SET BERPANTANG SHAKLEE. KLIK DI SINI



 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) dan jimat sehingga 15-25%.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...