Showing posts with label Ibu Menyusu. Show all posts
Showing posts with label Ibu Menyusu. Show all posts

Friday, 5 September 2014

Set Penyusuan Lengkap Shaklee

Cabaran 60 Hari - Day 41

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan sihat selalu di samping keluarga tercinta.Tahniah kerana memilih untuk menyusukan si manja. Susu ibu adalah yang terbaik jika ibu mengambil makanan seimbang & membekalkan susu yang berkualiti. Ada segelintir ibu yang menyusukan, tetapi bayinya nampak pucat & sangat kurus . Ini terjadi kerana pemakanan si ibu tidak seimbang atau zat-zat makanan ibu tidak dapat diserap dengan betul lantas mempengaruhi kualiti susu ibu. Kuantitinya mungkin banyak, tapi kualitinya kurang.

Baiklah, hari ini Mamaluv nak membantu anda untuk memilih set penyusuan shaklee yang sesuai dengan anda dan juga budget anda. Ingin MamaLuv nyatakan disini...senarai-senarai set penyusuan shaklee yang lengkap terdiri daripada

1.Set Penyusuan 3M (Breastfeeding Optimum) Siapa yang perlu ambil set ini? Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, ibu yang nak mula menyimpan stok, ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

Set SET 3M (BREASTFEEDING OPTIMUM)
Mengandungi:
180biji Vitamin C ----------------makan 1biji/hari --->Tahan 6bulan
120biji B complex  --------------makan 1biji/hari ---> Tahan 4bulan
120biji Vitalea @ multivitamin---makan 1biji/hari ---> Tahan 4bulan
330biji Alfalfa ----------------makan 2-10biji/hari --->Tahan 1-5 bulan
850g Energizing Soy Protein ---------------- ambil 3sudu/hari ----> Tahan 1.5-2 bulan
120 biji Ostematrix ------makan  4biji/hari ---> Tahan 1bulan

2.Set E. Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. 

Set E = Set B + Ostematrix
mengandungi:
180biji Vitamin C ----------------makan 1biji/hari --->Tahan 6bulan
120biji B complex  --------------makan 1biji/hari ---> Tahan 4bulan
120biji Vitalea @ multivitamin---makan 1biji/hari ---> Tahan 4bulan
330biji Alfalfa ----------------makan 2-10biji/hari --->Tahan 1-5 bulan
120 biji Ostematrix ------makan  4biji/hari ---> Tahan 1bulan


3. Set B. Siapa yang memerlukan set ini ? Untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B ?  -Vitalea / Multivitamin dengan iron formula -Vitamin B kompleks -Vitamin C - Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus kepada imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai perangsang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.

SET B
 mengandungi:
180biji Vitamin C ----------------makan 1biji/hari --->Tahan 6bulan
120biji B complex  --------------makan 1biji/hari ---> Tahan 4bulan
120biji Vitalea @ multivitamin---makan 1biji/hari ---> Tahan 4bulan
330biji Alfalfa ----------------makan 2-10biji/hari --->Tahan 1-5 bulan

4. SET Eu-four- Pack Siapa yang memerlukan set ini ? Set ini diberi nama sebagai " Eu - Four Pack ". Ini kerana ia mengandungi 4 vitamin yang penting untuk tubuh. Apa yang menarik dengan Eu-Four Pack ini? Ia boleh dimakan oleh suami isteri malah ibu dan ayah kita juga! Selamat dan sesuai diambil oleh ibu menyusu dan ibu yang mengandung. Ia sangat baik untuk keperluan tubuh ibu dan pembesaran anak yang dikandung mahupun yang disusukan. Ia juga sesuai untuk ibu atau wanita yang mempunyai masalah tumit kaki berbisa, sejuk-sejuk badan, mereka yang sering keletihan dan sukar bangun tidur.

Set Eu-four-Pack
                                                                        mengandungi:
180biji Vitamin C ----------------makan 1biji/hari --->Tahan 6bulan
120biji B complex  --------------makan 1biji/hari ---> Tahan 4bulan
120biji Vitalea @ multivitamin---makan 1biji/hari ---> Tahan 4bulan
120 biji Ostematrix -----makan  4biji/hari ---> Tahan 1bulan

5.Set B + Energizing Soy Protein (ESP) Siapa yang memerlukan set ini ? Sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

SET B + ESP  
mengandungi:
180 biji Vitamin C ----------------makan 1biji/hari --->Tahan 6bulan
120 biji B complex  --------------makan 1biji/hari ---> Tahan 4bulan
120 biji Vitalea/ multivitamin---makan 1biji/hari ---> Tahan 4bulan
330 biji Alfalfa ----------------makan 2-10biji/hari --->Tahan 1-5 bulan
850g Energizing Soy Protein ---------------- ambil 3sudu/hari ----> Tahan 1.5-2 bulan




set penyusuan lengkap shaklee

"Be Healthy & Stay Healthy" 

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.

Wednesday, 3 September 2014

15 Tip Banyakkan Susu Badan

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan sihat selalu di samping keluarga tercinta. Hari ini MamaLuv ingin berkongsi tentang ilmu penyusuan yang saya tahu. Ilmu penyusuan ni takkan tamat untuk dicari, digali & dipelajari. Okay...MamaLuv yakin pasti ada di kalangan ibu menyusu yang pernah menghadapi masalah kekurangan susu badan seperti mana MamaLuv pernah hadapi satu ketika dahulu. Jadi hari nie MamaLuv nak share 15 tip banyakkan susu badan. 

Walau apa pun tipnya, MamaLuv nak ingatkan, pekara asas yang kita harus ambil berat ialah  "SUPPLY vs DEMAND", di mana semakin banyak & tinggi demand@permintaan, maka akan makin tinggi supply@pengeluarannya. Jadi formula yang asas ini kena kita ingat ya. 

15 Tip Banyakkan Susu Badan

Sekarang jom baca 15 tip yang lain

1. Kekerapan Menyusu / Mengepam
  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 2 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 2 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam. 
  • Pam setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika mengepam, ibu perlu berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pengepaman susu. Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. 
  • Semakin kerap kita kosongkan payudara semakin banyak susu yang kita hasilkan. Kerapkan sesi pengepaman sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.

2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 
  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3. Berdisiplin
  • Berdisplin ketika mengepam susu. Jangan sesekali “ponteng” sesi pengepaman. Bila hujung minggu ataupun hari cuti, jangan ponteng mengepam. Masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#4 dan no#5.

4. Tandem Pumping
  • Latih diri untuk menyusukan baby dan pam susu serentak menggunakan breastpump tak kira la manual ataupon elektrik. Jadi anda tidak lagi perlu berhenti mengepam untuk menyusukan baby. Risau susu anda tak cukup kalau buat tandem pumping? Tandem pumping akan menyebabkan otak menghantar isyarat ke otak bahawa anda menyusukan "2 org anak"..maka..demand yang lebih diperlukan..maka, susu yang lebih banyak akan terhasil. Jadi anda boleh membuat stok dan baby pun kenyang.
5. Teknik Marmet
  • Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 – 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampak sikit, tapi ada beza tuh.
6. Minum banyak Air 

  • Pastikan anda minum air yang banyak sepanjang tempoh penyusuan mahupun kita hanya mengepam susu. Anda digalakkan minum 3 liter air setiap hari.

7.  Fikir Bayi Fikir Susu

  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
8. Berdoa ,Berzikir dan Berselawat Setiap Hari
  • Amalkan membaca Ya Matin 33X hembuskan pada air minuman dan minum. Sebelum memulakan sesi mengepam dan menyusukan baby, bagi yang beragama Islam, eloklah dimulakan dengan membaca Bismillah.Masa menyusukan kita bolehla berzikir dan berselawat.Masa nak mengepam atau sedang mengepam kite boleh layan2 tengok gambar anak ataupun video anak kite sambil berselawat & berzikir Ya Matin. Membaca Ayat 60 Surah Al- Baqarah sebelum,semasa mengepam @ susukan bayi dan amalkan membaca Surah Al-Hujurat.Sentiasa berdoa kepada Allah agar terus dapat menyusukan baby dengan susu ibu.

9. Menyusu / mengepam Lebih Lama
  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya. 
  • Seeloknya jika anda mengepam,amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar. Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
10. Penyusuan Malam 
  • Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.
11. Urutan 
  • Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

12. Membuat Power Pumping (PP)

  • Kerap buat power pumping. 




13. Jangan Diet2
  • Ibu yang menyusukan akan cenderung berasa lapar terutamanya selepas mengepam. Jadi pastikan anda menyediakan snek sihat untuk dimakan selepas mengepam.Makan dengan seimbang dan cukup, jangan sekat-sekat makan sebab bila kita makan tak cukup, susu pun kurang.Takut gemuk Kuncinya..makan secara kerap tapi berhemah. Jangan la melantak makanan over sangat. Jangan lupa work out kalau takut out of shape.
14. Be Happy :)
  • Stress & tidak cukup rehat akan menyebabkan susu merudum. Maka, apa pun masalah anda, bawa bertenang. Berusahalah untuk kekal ceria dan berfikiran positif. Dapatkan rehat yang secukupnya.
15. Pengambilan suplemen

  • Dibolehkan tetapi pastikan ia daripada bahan alami yang tidak menyebabkan bayi mengalami kembung perut. Antaranya…

Tahukah anda “Keperluan protein sangat perlu diutamakan kerana protien diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran. Proteinn merupakan nutrien utama dalam pengeluaran susu ibu maka keperluan protien bagi seorang ibu turut meningkat selain  keperluan vitamin dan mineral turut meningkat antara 25 hingga 50% sementara sesetengah vitamin seperti asid folik dan zat besi meningkat sehingga 100 hingga 300 peratus."

Pengambilan ESP @ Energizing Soy Protein sememangnya diketahui mempercepatkan penghasilan susu badan, dengan syarat, anda mematuhi konsep asas penyusuan susu ibu iaitu ‘supply and demand’

Anda juga boleh mendapat "SET IBU MENYUSU SHAKLEE" dari kami. Untuk info lanjut, klik disini


"Be Healthy & Stay Healthy" 

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:



➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782

✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv

✉ Email : ikka1979@gmail.com

✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484

➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam

➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.



Tuesday, 2 September 2014

Lecithin Untuk Ibu Menyusu. Apa kepentingannya ?

Cabaran 60 Hari - Day 38

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan sihat selalu di samping keluarga tercinta. Hari ini MamaLuv ingin berkongsi tentang salah satu produk Shaklee kegemaran MamaLuv iaitu Lecithin. Sejak mengenali Lecithin, MamaLuv terus jatuh cinta dengannya dan tidak akan lupa untuk mengamalkannya setiap hari. Pada mereka yang pernah mengamalkan Lecithin pasti tahu kenapa? Sebabnya lecithin ini lebih sinonim dengan mereka yang mahu menurunkan berat badan. Tetapi tahukah wahai kaum ibu semua kebaikan Lecithin lebih dari itu. 
Lecithin Untuk Ibu Menyusu

Tahukah anda kebaikannya kepada ibu yang menyusu? Banyak kebaikannya.Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat. Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu. Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi. Maka selamatkah Lecitihin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan? Jawapannya ialah ya selamat diambil. Sila dapatkan jadual pemakanan dari pengedar seandainya anda mahukan cara pengambilan yang lebih baik.

Apa itu Lecithin ?

LECITHIN merupakan Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi) yang membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A,D,E, K, Beta Caretone.Boleh didapati dari tisu binatang dan tumbuhan (plant), Untuk komersial didapati dari telor, jagung & kacang soya. Ia merupakan Fat Emulsifier – Metabolisma lemak

KANDUNGAN

-Asid linoleik (essential fatty acid) – amat diperlu oleh badan. Tapi badan tidak boleh
menghasilkannya sendiri dan ia perlu diambil melalui diet harian
-Kolin – satu komponen neurotransmitter
-Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
-Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

KHASIAT DAN KEGUNAAN LECITHIN



1. PALING UTAMA – untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids). Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama koleterol.Ia membantu menurunkan total serum kolesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).Membantu mengawal paras triglycerides.Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat dipembuluhan-pembuluhan darah. Juga membantu mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

2. PENTING UNTUK FUNGSI OTAK - Acethylcholine penting untuk fungsi otak berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan sebagainya. Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan,penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari LECITHIN. Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah lecithin, dan 70% lemak di hati (liver) adalah juga lecithin.

3. UNTUK KAUM TUA - Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua. Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dan sebagainya.

4. UNTUK PENGHADAMAN - Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil Bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman.

5. UNTUK SEL - Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel. Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

6. UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG) - Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung. Ia amat mujarap jika di ambil bersama-sama EPA dan Fiber.



Dari hasil penyelidikan (R&D) ,lecithin daripada soyabean berkesan memecahkan deposit kolesterol dan Lecitin daripada telur boleh tetapi tidak begitu berkesan. 

Mengapa MamaLuv pilih Lecithin Shaklee ?


Ini kerana ia kacang soya – sumber semulajadi yang terpilih. Kapsulnya mempunyai ciri-ciri lecithin sebagaimana di anugerahkan oleh alam.Tiada pengawet, perwarna, perasa tiruan

Kepekatan 1 kapsul :

520 mg lecithin
78 mg phosphatidycholine
47 mg phosphatidylinosito

sumber : stayhealthy.my



"Be Healthy & Stay Healthy" 

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.



Tuesday, 24 June 2014

TIPS BERPUASA UNTUK IBU MENYUSU

Pagi tadi MamaLuv kongsikan tip untuk kita kekal bertenaga dan cergas di bulan puasa. Jangan jadikan alasan berpuasa untuk kita tidak cergas dan  bertenaga.Tengahari nie pula, MamaLuv nak share Tips Berpuasa Khas Untuk Kaum Ibu Menyusu malah ibu hamil juga boleh turut mengikut tip ini. Seorang ibu menyusu yang bakal menempuh bulan ramadhan al-mubarak ini harus membuat persediaan awal bagi mengelak pekara-pekara yang tidak diingini berlaku seperti dehidrate, pening, mengigil-gigil kesejukan dan pelbagai lagi.

Perkara sebegini pernah berlaku pada MamaLuv kerana MamaLuv bertindak sambil lewa dan menganggapkan ia satu perkara biasa. Tetapi malangnya ia menganggu kesihatan MamaLuv di bulan puasa dan menganggu amalan ibadah MamaLuv. Sayangkan. Jadi MamaLuv harus mencari alternatif, Allah itu Maha Kaya MamaLuv jumpa jalan penyelesaiannya. MamaLuv bertemu dengan Mamaqaireen.com (Pn Dilla Jalil). Inilah tips yang MamaLuv amalkan 3 tahun yang lalu ketika MamaLuv menyusukan baby MamaLuv yang bongsu. Alhamdulillah saya kekal bertenaga dan cergas. Yang penting susu saya tetap maintain. Apa kata anda semua ibu menyusu di luar sana mencubanya. InshaaAllah membantu...

TIPS BERPUASA UNTUK IBU MENYUSU

Tips yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu menyusu :-


★SAHUR
1.Makan makanan berkhasiat.
2.Makan buah kurma
3.Minum air secukup
4.Ambil ESP + Mealshake + Performance Drink, B Com dan Alfalfa 2biji.

★KETIKA BERBUKA PUASA
1.Makan makanan seimbang
2.Minum air longan kering (rebus sendiri) atau apa2 air yang anda rasa boleh menambahkan susu..pastikan jangan ambil ais!
3.Ambil Vitalea, Vit C dan Alfalfa 2 biji

★SEBELUM TIDUR
1. Ambil ESP + Mealshake + Performance Drink
2. Amalakan mambaca surah Hujurat (banyakkan susu) dan Al-Waqiah (murah rezeki)

★MEMERAH
1.Perah pada waktu sahur
2.Perah pada waktu rehat di pejabat
3.Jika perlu lebihkan memerah pada malam hari

★MIND SETTING
1.Yakin boleh dan kawal emosi, elak dari stress
2.Kuatkan semangat
3.Dapatkan sokongan

1) Ketika nak makan nasi. Gumpalkan nasi sebanyak tiga kali ketul. Baca surah Al-Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal. Baca lagi, makan. Baca surah Al-Ikhlas setiap kali anda makan seketul gumpalan nasi tadi.

2) Dah habis tiga gumpal tu makanlah seperti biasa. Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, bacakan selawat satu kali dan makan sebiji buah kurma (ulang sehingga 7 kali bersamaan dengan 7 biji kurma).

3) Pastikan selepas berbuka sehingga bersahur banyakkan minum air masak. Letak botol di tepi katil untuk memudahkan kita minum setiap kali terjaga dari tidur.

credit to: mamaqaireen.blogspot.com


"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia


 

Monday, 23 June 2014

Mencegah Kehilangan Air Sepanjang Ramadhan

Cabaran 60 Hari - Day 6

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera semua..

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. Minggu nie MamaLuv lebih nak share pengalaman MamaLuv bersama Shaklee di bulan puasa.

Ramadhan bakal tiba..Dah habis ke ganti puasa?
 
Bagi sesiapa yang belum habis ganti harus cepat-cepat lah menganti nyer.. ヅ !!

Buat ibu-ibu menyusu, perlu elakkan diri dari dehydration..

Jika tidak anda akan terasa terlalu letih dan dalam masa yang sama susu pun mula merudum...Ini yang kita harus elakkan!

Jom baca macam mana kita nak elakkan diri dari dehydration semasa bulan puasa...


Performance Di Bulan Puasa

Ambil la Performance Drinks Shaklee...


Antara khasiat dan kebaikan Performance Drink Shaklee ni:

✐Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

✐Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

✐Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

✐Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

✐Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.

✐Ia bukan saja sesuai untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak-budak demam pun elok mengambilnya sebab biasa la budak-budak bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh mencegah dehydration tu.


Berminat nak mencuba ?

"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia





Wednesday, 18 June 2014

Konsep Asas Dalam Penyusuan Susu Ibu

Wahai Ibu-ibu yang dihormati, mengetahui konsep asas dalam penyusuan susu ibu adalah amat penting. Kekerapan mengepam merupakan salah satu usaha paling penting untuk banyakkan susu. Kalau kita amalkan banyak makanan tambah susu sekalipun, tapi tak kerap pam, susu tetap tak akan mencurah-curah.

konsep asas dalam penyusuan bayi
BUANG ALASAN = Saya Takda Masa Nak Pam + Saya Bekerja ✤
 

Namun jika ibu-ibu tersangat lah sibuk, nak lari pergi toilet pun tak sempat, apatah lagi nak pam, cuba tips berikut:

ツ Melabur sedikit untuk pam susu jenis hands-free

Pam susu jenis ni adalah senyap dan membolehkan kita pam walaupun kedua-dua tangan kita sedang sibuk bekerja. Ada dari brand Medela dan brand Spectra 3, boleh pilih ikut mana berkenan di hati. Kalau kerja kat ofis tu, letak je pam dalam laci, sambil tangan type computer atau siapkan kerja atas meja. Sedar- sedar susu banyak terkumpul.

Takda duit nak beli? Atau tengah kumpul duit nak beli pam ni? Ok cuba solusi kat bawah pulak.

ツ Tanderm nursing sebelum kerja

Sebelum bertolak ke tempat kerja, susukan bayi. Sambil tu, pam di sebelah payudara. Contohnya bayi menyusu di belah kanan, kita pam di sebelah kiri.

ツ Pam sewaktu rehat tengahari

Semua syarikat memperuntukkan sekurang- kurangnya 1 jam untuk rehat tengahari, kan? Apa kata kita ubah rutin, dari makan di luar pejabat, kita makan di ruang surau atau bilik kosong, sambil makan, sambil pam susu

ツ Pam sebelum pulang ke rumah

Sejurus sebelum pulang ke rumah, pam susu dalam 15- 20 minit. Kenapa bukan bila dah sampai rumah? Jangka masa antara waktu rehat tengahari dan waktu bila dah sampai rumah adalah lama. Contoh kat tempat kerja pam pukul 1 tengahari. Balik kerja pukul 5. Selang masa adalah 4 jam. Kalau nak susu meriah, kena pam antara 2- 3 jam sekali. Kalau 4 jam pun ok lah., jangan pulak sampai selang masa 5-6 jam.

ツ Kita perlu faham cara payudara hasilkan susu. Lebih kerap payudara di perah/pam, lebih banyak lah susu akan terhasil. Janji, kena konsisten.

ツ Oh jangan lupa untuk teruskan pam setiap 2 jam bila dah balik rumah. Dan seboleh mungkin power pumping di tgh malam.

Yang Penting  "Katakan pada diri sendiri, Ya! Aku pasti boleh!"

Think Positive!!

All the best working mothers!!

Jika anda berminat nak order

Set Menyusu | Set Berpantang | Set Hamil Shaklee 


"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia
 

10 Mitos VS Fakta Penyusuan Susu Ibu

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua..

Harapan MamaLuv agar anda semua diberkatiNya dan hari ini merupakan hari yang terbaik buat anda. Saya masih ingat lagi apabila saya mengetahui kehamilan saya yang ke-3,saya terus berniat untuk breastfeed baby ke-3 saya ini sehingga 2 tahun, jadi tiap-tiap hari akan mencari info baru tentang penyusuan susu ibu ini. Pelbagai info dan bacaan yang saya dapat. Salah satunya tentang 10 Mitos VS Fakta Penyusuan Susu Ibu 

10 Mitos dan Fakta Penyusuan Susu Ibu

✐Mitos 1 : Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur

Fakta : Payudara ibu mmg akan bertambah saiz sepanjang 9 bulan kehamilan kerana pembentukan kalenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak. Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas lahir, saiz payudara ibu akan menurun dgn cepat dan drastik manakala bagi ibu yang menyusukan, saiz payudara akan menurun secara perlahan-lahan.

✐Mitos 2 : Bayi asyik "melekat" dengan ibu

Fakta : Ibu adalah orang pertama yang bayi kenal. Apabila menyusukan secara eksklusif 10-12 kali sehari, mmg tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa "melekat" dgn ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3/5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun amatlah singkat! Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh menyusu dengan ibunya.

✐Mitos 3 : Susu ibu tidak sesedap susu formula

Fakta : Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan "sedap" mengundang masalah kesihatan ! Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8g berbanding 4.8g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung dalam susu formula. Oleh itu, bayi mendapat nutrien mudah daripada susu ibu.

✐Mitos 4 : Susu formula mengandungi pelbagai nutrien

Fakta : Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar-warkan "khasiat dan nutrien" yang terkandung di dalam susu formula, hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis ! Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim & protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia !

✐Mitos 5 : Payudara kecil, susu kurang

Fakta : Semua ibu secara semulajadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kalenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi !


✐Mitos 6 : Kolostrom adalah susu kotor, nanah daripada payudara

Fakta : Kolostrom berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrom hanya hadir pada 3/4 hari pertama hayat seorang bayi & hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang ! Kolostrom mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrom adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrom susu ibu. Kolostrom yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.

✐Mitos 7 : Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan

Fakta : Ibu menyusu (mallah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan & mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana & mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan & dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu, kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.

✐Mitos 8 : Susu ibu terlalu cair (banyak air)

Fakta : Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu pekat lemak berkrim di lapisan atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga & akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir (hindmilk) yang pekat yang akan menyenyangkan !

✐Mitos 9 : Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi

Fakta : Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi ! Bintil-bintil kecil disekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.

✐Mitos 10 : Penyusuan susu ibu mengambil nutrien daripada ibu.
Ibu perlu makan lebih !

Fakta : Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu, ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus berwaspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusukan bayi mereka !

sumber: momchoice.com


Dapatkan "set ibu menyusu" dari produk shaklee di vitaminswithluv. Klik disini untuk info lebih lanjut tentang produk.

Ingin tahu serba sedikit tips-tips untuk ibu menyusu dari MamaLuv. Klik disini

"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...