Friday 31 October 2014

4 Tips Melapangkan Waktu Mengikut Islam

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Wahai pembaca semua...

Pernah tak anda terasa waktu itu bergerak begitu pantas dan 24 jam tidak cukup untuk kita ? Kalau boleh nak tambah lagi waktu itu. Tapi malangnya kita tidak boleh minta lebih dari 24 jam yang diberi tetapi kita boleh mohon untuk melapangkan waktu itu. Kita semua di dunia ini diberikan waktu yang sama iaitu 24 jam sehari. Kadang-kadang disebabkan kesibukan bekerja kita akan merasakan waktu itu berlalu dengan begitu sahaja tanpa kita sedari. Sedangkan kita rasa kerja yang kita sedang lakukan itu masih belum selesai. Itu bermakna kita perlu mohon pada NYA kerberkatan waktu untuk memudahkan lagi urusan kita. Kita sebagai umat islam keberkatan waktu adalah yang di cari-cari. Biarlah waktu dan saat yang kita lalui..diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan apa yang kita laksanakan dapat diselesaikan dengan sempurna. Untuk mendapatkan keberkatan waktu itu, hari nie MamaLuv ingin share dengan anda semua apa yang MamaLuv amalkan.  Tips melapangkan waktu ini, Mamaluv dapat dari sebuah buku motivasi Indonesia di tulis oleh Ippho Santosa.


4 Tips Melapangkan Waktu


Berikut adalah tips melapangkan waktu :

1. Menunaikan setiap solat diawal waktu. Kadang-kadang kita nak selesaikan kerja dulu, baru nak solat. Waktu akan terasa cepat berlalu dan kerja terasa lambat siap. Tetapi sekiranya kita solat dulu, baru sambung kerja, terasa kerja senang dan cepat saja di selesaikan.

2. Solat Dhuha - Solat Dhuha adalah sedekah kita pada diri kita sendiri, solat sunat yang banyak fadhilatnya dan antara solat sunat yg disarankan tidak patut ditinggalkan. (Almost wajib)


3. Meluangkan masa bersama ibubapa walaupun sekejap. Yabg tinggal jauh mungkin boleh telefon/whatsapp/sms bertanya khabar.


4. Memulakan pekerjaan diawal hari atau berpagi-pagian. Selepas solat dhuha adalah waktu paling sesuai untuk memulakan apa saja pekerjaan kita.

InsyaAllah, kita akan terasa waktu kita lebih panjang dan lapang.

Mudah-mudahan 4 Tips Melapangkan Waktu ini dapat membantu anda semua untuk menguruskan waktu dengan lebih senang dan mendapat keberkatan dari NYA.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, anda boleh hubungi saya Emma Kartika 012-2285484 atau klik saja icon di bawah 

KLIK DISINI
Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:


➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782

 Email : ikka1979@gmail.com 

✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 

➲ Cash On Delivery (COD) : Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 

 Penghantaran ke seluruh Malaysia



Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) & jimat sehingga 15-25%.

Wednesday 29 October 2014

10 Kebaikan SEKS Bagi Yang Konsisten

Wahai pembaca semua...

Hari nie Mamaluv nak bercerita tentang ilmu 18SX di mana amat baik untuk kesihatan pasangan suami isteri dan sekadar mendapat informasi dan pengetahuan untuk lelaki dan wanita bujang. MamaLuv nak berkongsi dengan anda semua tentang kebaikan SEKS.  Bukan apa..MamaLuv rasa tertarik pula nak share ilmu yang MamaLuv dapat dengan terbacanya aktikel ini di sebuah majalah tentang kebaikan seks kepada kesihatan tubuh badan kita. Tahu kah anda terdapat 10 kebaikan bagi yang konsisten melakukan hubungan SEKS ini. Seks bukan sekadar mendapat keseronokan atau menjaga hubungan dengan pasangan masing-masing. Tetapi, di sebalik kenikmatan antara suami isteri, seks membantu menjaga kesihatan seseorang itu. Di katakan kehidupan seks yang sihat dapat mengelakkan risiko sakit jantung dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup.


10 Kebaikan SEKS Bagi Yang Konsisten

Seks adalah aktiviti yang paling menyenangkan dan kegiatan yang sihat untuk badan. 
10 kebaikan yang boleh di perolehi oleh suami isteri daripada aktiviti ini ialah :

1. Jantung Tetap Sihat

  • menurut penelitian yang dilakukan ole sebuah university di belfast, melakukan aktiviti seks sebanyak 3 kali dalam seminggu dapat mengurangkan risiko serangan jantung atau strok

2. Meningkatan Sistem Ketahanan Badan
  • Boleh meningkatkan tahap antibodi immunoglobin A yang berfungsi melindungi badan daripada jangkitan virus dan bakteria. Turutt juga meningkatkan steroid semulajadi yang menjaga badan agar bebas daripada terkena penyakit

3. Awet Muda
  • Suami isteri yang melakukan aktiviti seks 3 kali seminggu akan kelihatan muda 10 tahun. Kulit kelihatan halus dan mengurangkan kedutan kerana kadar estrogen tetap terjaga

4. Bakar Kalori dan Lebih Menarik
  • Melakukan seks selama 30 minit, ia sama dengan membakar 150 kalori. Erti lain, berat badan akan terjaga dan anda kelihatan lebih menarik Ia juga merupakan senam aerobik yang boleh menegangkan kulit dan membantu membentuk sel-sel baru sehingga kulit kelihatan lebih segar.

5. Pelawan Stress Yang Terbaik
  • Seks dianggap senaman yang meningkatkan denyutan jantung dan membuat otak melepaskan zat-zat kimia yang meningkatkan kadar hormon serotonin. Hormon ini akan membuatkan mood seseorang itu menjadi baik, menurunkan stress dan mengurangkan tekanan

6. Tingkat kualiti hidup dan hubungan lebih baik
  • mampu meningkatkan kualiti hidup dan hubungan suami isteri lebih baik. Namun, masalah dalam seks boleh menjadi bencana dan kehidupan seks yang tidak sihat boleh memberi kesan negatif pada pasangan

7. Jumlah Sperma Meningkat
  • Semakin kerap melakukan hubangan seks semakin meningkat jumlah sperma dan seseorang akan merasa lebih dekat dalam hubungan. Kualiti sperma yang baik dapat membantu memudahkan pasangan untuk mendapat zuriat

8. Melawan Kanser Prostat
  • Penyelidikan mendapati suami yang melakukan pancutan secara tetap (lima kali seminggu atau lebih) kemungkinan kurang risiko terkena kanser prostat

9. Mengurangkan kesakitan
  • Bagi pasangan yang mengalami masalah sakit sendi, sakit kepala atau ketegangan pra haid, seks boleh membantu melegakan kesakitan di alami. Hormon oxytocin dan endorphin yang melepaskan ketika hubungan seks akan membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.

10. Tidur Lebih Baik
  • Pasangan suami isteri akan tidur lebih nyenyak selepas hubungan seks. Ini kerana orgasme tubuh akan melepaskan hormon oxytocin dan endorphin yang membantu anda mendapatkan tidur malam yang lebih baik.
Info  : Majalah Rapi

Di Shaklee juga kami turut menyediakan suplemen untuk kesihatan kesuburan suami isteri. Terdapat beberapa SET KESUBURAN mengikut keperluan masalah kesuburan anda. 

Cadangan untuk SET KESUBURAN ini ialah :-

Set A: Gla+Zinc
Set B: Gla+Alfalfa+Zinc
Set C: Gla+ALfalfa+zinc+vitamin E
Set D: GLa+Alfalfa+Coq10

Pilih ikut bajet anda!!!! Mudah sahaja.....

1) Zinc Complex 

  • Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif . Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). So, zinc ni mmg penting untuk kesuburan.
2) Vit E 
  • membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita..Uniknya vitamin E shaklee kerana turut mengandungi silenium manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron.
3) GLA Complex
  • membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti.
4) Alfalfa Complex
  • membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah).
*** Suami ambil 1-5 (1 biji setiap hari)*** Isteri ambil 1-6 (1 biji setiap hari, Alfalfa 3-5 biji sehari)

5) COQ HEALTH PLUS
  1. Sebagai Boost energy, bolehmeningkatkan stamina dan mengelakkan keletihan. 
  2. Coq10 berfungsi sebagai pengeluar tenaga dalam sel yang banyak berada dalam mithocondrian.
  3. Ia menghasilkan ATP iaitu molekul untuk menghasilkan tenaga. 
  4. Ia banyak dijumpai di dalam organ yang banyak perlukan tenaga contohnya di jantung, hati ginjal dan pankreas. 
  5. Pakar saintis menyatakan bahawa CoQ10 menggalakkan penghasilan tenaga bagi sperma untuk bergerak lebihlaju menuju ke telur ovum. 
Namun harus diingat, soal rezeki ini semuanya dari Allah. Kita sebagai manusia harus berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. InsyaAllah..


Berminat untuk mendapatkan produk SET KESUBURAN Shaklee, anda boleh hubungi saya Emma Kartika 012-2285484 atau klik saja icon di bawah 

Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.


 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:


➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782

 Email : ikka1979@gmail.com 

✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 

➲ Cash On Delivery (COD) : Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 

 Penghantaran ke seluruh Malaysia

Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) & jimat sehingga 15-25%.

Tuesday 28 October 2014

7 MASALAH DAN TIPS KESIHATAN IBU SELEPAS BERSALIN


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

Good Morning

Wahai pembaca semua...

Buat kaum wanita yang baru bergelar ibu, ,menjaga kesihatan selepas bersalin adalah amat penting. Jangan sesekali mengambil langkah mudah untuk tidak berpantang. Amat merbahaya. Jadi hari nie MamaLuv nak share dengan anda semua tentang beberapa masalah dan tips kesihatan ibu selepas bersalin dan sedikit tips. 7 masalah kesihatan yang sering melanda ibu selepas bersalin ialah

1) Luka bsalin lambat baik
2) sembelit
3) keletihan melampau @ stress
4) sakit kepala
5) bentan
6) anemia
7) sakit pinggang & belakang

7 MASALAH DAN TIPS KESIHATAN IBU SELEPAS BERSALIN

Tips-tips untuk menjaga kesihatan ibu selepas bersalin adalah seperti berikut :-

1)Luka bersalin

Anda bersalin normal atau C-zer? Kedua-duanya pun tetap ada kesan luka kan? Tapi lagi payah utk menjaga luka bersalin c-zer. Sebelum luka itu betul-betul ok, mereka yang bersalin secara c-zer  tidak dibenarkan sama sekali untuk mengiring..so,ada yang akan mengalami masalah nak menyusukan baby. Luka bersalin normal biasanya akan sembuh dalam masa 10-14 hari dan ini bergantung kepada cara penjagaan diri  dan kebersihan diri lah yer. Luka c-zer biasaanya mengambil masa lebih lama untuk ok..yang bahagian luar biasanya cepat kering, tapi yang bahagin dalam tu yang lambat nak ok.

Macam mana nak cepatkan luka bersalin ni sembuh?

Biasanya orang tua akan menyuruh kita makan ikan haruan atau minum pati ikan haruan , tak kurang juga yang suruh makan ikan yu ,kan? Selain daripada itu..nak share sedikit yang MamaLuv ada buat ketika dalam pantang dulu dan melalui pengalaman kawan-kawan terdekat

Bersalin normal -

1) rendam punggung dlm air bergaram 2-3 kali sehari selama seminggu

2)pastikan luka kering selepas ke tandas..kalau ngilu nak keringkan dengan towel, gunakan tisu..tekap-tekap sehingga comfirm kering..ini SANGAT PENTING

3)JGN DUDUK terlalu lama atau bersila apatah lagi mencangkung

4)pastikan pengambilan serat secukupnya & air jugak mesti cukup (PENTING! Jika tidak..sembelit nanti..sakit woo)

5)sapu lotion kuning yg dibekalkan

Bsalin C-zer -

1) selepas mandi pastikan luka dikeringkan betul-betul

2)lepas luka kering, sapukan ubat atau lotion yang diberi oleh pihak hospital

3)elakkan sapu gel-gel atau minyak yang pelik-pelik untuk elak jangkitan (tapi kalau confident..terpulang)

2) Sembelit

Masalah sembelit secara alaminya diatasi dengan mengamalkan meminum air secukupnya. Org dulu-dulu ada yg  tak bagi kita minum air dengan kuantiti yang banyak, katanya nanti kembanglah dan luka lambat kering. Sebenarnya, kita perlu minum air secukupnya, minum dengan kerap dan bukan sekali minum terus banyak. Air ni penting untuk proses penyembuhan dan menggalakkan susu ibu dihasilkan.

INGAT! Minum kerap bukan sekali minum terus 1 liter ye..

Makanan pula, banyakkan makan sayur-sayuran & buah-buahan, cuma elakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang sejuk. Buah oren sesuai untuk di amalkan  ketika berpantang. Sayur pula cuba amalkan sawi, pegaga, cekur dan lobak putih.

Oh yer lagi satu,kalau rasa nak buang air besar, terus ke bilik air, jangan di tahan sebab nanti jadi lagi susah nak membuang. Seriau...

3) keletihan melampau @ stress

Sentiasa bertenang dan berzikir.

Buat kerja dan pengurusan rumah ikut kemampuan anda, jangan memaksa diri.

Dapatkan bantuan untuk penjagaan anda. Amalkan pengambilan supplemen untuk membantu anda bertenaga.

Pastikan pengambilan makanan seimbang dan minum air secukupnya.

4) Sakit kepala

Tidur terlentang boleh membantu kurangkan sakit kepala. Makan secara teratur,jangan ikat-ikat perut. Makan dengan kerap biar ada tenaga..bukan makan dgn banyak (PENTING! Bagi yg nk turunkan berat badan dgn cepat).

5) Bentan

Jaga pemakanan & elakkan mandi dgn air sejuk terutamanya pada minggu-minggu awal lepas bersalin. Ada yg kata ok jer dia mandi pakai air sejuk..terpulang. Badan masing-masing kan..rasa nak pakai badan tu lama? Jaga sendiri elok-elok yer :-)

Sentiasa pakai stoking & jangan tersepak benda-benda keras.

Pakai juga baju sejuk untuk elakkan angin yang boleh juga sebabkan sakit kepala.

6) Anemia

Makan makanan berkhasiat yang kaya dengan zat besi,asid folik dan vitamin B12 . Masa pantang kena pastikan menu yg diambil seimbang. Sangat penting sebab org yang anemia ni akan jadi tak bertenaga dan lemah seluruh badan. Ia jugak boleh jadi lagi parah kalau tak dijaga dengan betul

7) Sakit pinggang & belakang

Pastikan badan kita dalam posisi yang betul bila berjalan atau berdiri.

Berjalan-jalan boleh kurangkan rasa sakit ni..tapi jalanlah perlahan yer..dah nama pun tengah berpantang kan?

Kalau nak angkat barang, bengkokkan lutut & jangan membongkok

Berurut

Mandi air suam

Kalau perlu, tuam la kawasan yang sakit tu

Anda masih mencari Set Bersalin yang SELAMAT untuk anda dan bayi anda ? Suplemen Shaklee  ada menyediakan SET yang bersesuai untuk ibu selepas bersalin ini..

Vita-Lea: Multi-vitamin yang menyediakan 28 vitamin & mineral penting serta mengandungi zat besi yang penting untuk pembinaan sel darah merah.

Sustained Released Vita-C: Mempunyai sistem kawalan pelepasan secara semulajadi dgn penyaluran yang melepaskan vitamin C perlahan-lahan dalam masa 5 jam. ianya amat penting dalam membantu proses penyembuhan luka & penyerapan zat besi.

B-complex : mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh badan kite. Ianya penting untuk keseluruhan fungsi badan yang baik. Ia juga membantu penukaran makanan kepada tenaga dengan lebih efektif dan membantu melawan stress.

Zinc Complex : membantu mempercepatkan penyembuhan luka & mencegah keguguran rambut.

Add on : Alfalfa & Ostematrix


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut lagi tentang Set Bersalin Shaklee ini bolehlah klik disini 

Berminat untuk mendapatkan produk SET BERSALIN Shaklee, anda boleh hubungi saya Emma Kartika 012-2285484 atau klik saja icon di bawah 

Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.


 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:


➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782

 Email : ikka1979@gmail.com 

✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 

➲ Cash On Delivery (COD) : Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 

 Penghantaran ke seluruh Malaysia

Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) & jimat sehingga 15-25%.

Thursday 23 October 2014

TESTIMONIAL SET BERSALIN - IBU CERGAS,LUKA CEPAT SEMBUH,SUSU BADAN BANYAK

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

Semoga anda semua berada di dalam keadaan yang baik dan sihat hendak-Nya. Hari ini MamaLuv nak share dengan anda semua set yang paling meletup di kedai MamaLuv nie. Kehangatan Set bersalin shaklee ini terasa sehingga membuatkan ramai kaum ibu memilihnya. Set bersalin Shaklee kini sudah menjadi sebutan dan nyata terbukti membantu ramai kaum ibu lebih sihat tubuh badan ketika pantang bersalin. Ramai sudah sedar betapa pentingnya pengambilan vitamin ketika pantang bersalin. Set bersalin ini mampu meningkatkan kualiti kesihatan kaum ibu ketika pantang bersalin. Ramai yang mengatakan set bersalin ini mampu memberi kecergasan, luka jahitan cepat sembuh, susu badan banyak malah tiada masalah sembelit. Mari kita lihat apa lagi kata-kata mereka yang sudah mengamalkannya


TESTIMONIAL 1


TESTIMONIAL SET BERSALIN - IBU CERGAS,LUKA CEPAT SEMBUH,SUSU BADAN BANYAK

TESTIMONIAL 2

TESTIMONIAL SET BERSALIN - IBU CERGAS,LUKA CEPAT SEMBUH,SUSU BADAN BANYAK

TESTIMONIAL 3

TESTIMONIAL SET BERSALIN - IBU CERGAS,LUKA CEPAT SEMBUH,SUSU BADAN BANYAK

TESTIMONIAL 4

TESTIMONIAL SET BERSALIN - IBU CERGAS,LUKA CEPAT SEMBUH,SUSU BADAN BANYAK

TESTIMONIAL 5

TESTIMONIAL SET BERSALIN - IBU CERGAS,LUKA CEPAT SEMBUH,SUSU BADAN BANYAK

TESTIMONIAL 6
TESTIMONIAL SET BERSALIN - IBU CERGAS,LUKA CEPAT SEMBUH,SUSU BADAN BANYAK


TESTIMONIAL 7

TESTIMONIAL SET BERSALIN - IBU CERGAS,LUKA CEPAT SEMBUH,SUSU BADAN BANYAK

TESTIMONIAL 8

TESTIMONIAL SET BERSALIN - IBU CERGAS,LUKA CEPAT SEMBUH,SUSU BADAN BANYAK

TESTIMONIAL 9

TESTIMONIAL SET BERSALIN - IBU CERGAS,LUKA CEPAT SEMBUH,SUSU BADAN BANYAK

TESTIMONIAL 10

TESTIMONIAL SET BERSALIN - IBU CERGAS,LUKA CEPAT SEMBUH,SUSU BADAN BANYAK

TESTIMONIAL 11

TESTIMONIAL SET BERSALIN - IBU CERGAS,LUKA CEPAT SEMBUH,SUSU BADAN BANYAK


Bagaimana ? Hebat tak Set Bersalin Shaklee ini...Hebatkan. Ramai yang telah memberi respond yang positif setelah menggunakan Set Bersalin Shaklee ini. MamaLuv sendiri jatuh cinta dengan produk shaklee ini di sebabkan keberkesanan "Set Bersalin" ini. Yang penting ianya SELAMAT dan terbukti BERKESAN. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut lagi tentang Set Bersalin Shaklee ini bolehlah klik disini 

Berminat untuk mendapatkan produk SET BERSALIN Shaklee, anda boleh hubungi saya Emma Kartika 012-2285484 atau klik saja icon di bawah 

KLIK DISINI
Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.


 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:


➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782

 Email : ikka1979@gmail.com 

✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 

➲ Cash On Delivery (COD) : Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 

 Penghantaran ke seluruh Malaysia

Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) & jimat sehingga 15-25%.



Monday 20 October 2014

6 Cara Atasi Masalah Rambut Beruban di Usia Muda

Wahai pembaca semua...

Rambut beruban di usia muda bukan satu perkara yang pelik lagi di zaman sekarang. Betul tak ? Pasti ada di kalangan keluarga anda atau sahabat anda yang sudah beruban di usia muda. Jadi hari nie MamaLuv nak share dengan anda semua 6 Cara Atasi Masalah Rambut Beruban di Usia Muda. Selalunya punca utama adalah disebabkan keturunan. Jika ada ahli keluarga sama ada ayah atau emak yang mempunyai uban sewaktu muda, kebarangkalian anak-anak untuk beruban juga tinggi. Ini disebabkan gen yang berpengaruh ada didalam tubuh badan seseorang itu. Ia akan menyebabkan rambut yang hitam bertukar keputihan. Ramai yang alami kini dan membuatkan mereka rasa bimbang keadaan itu.


Pelbagai faktor lain juga yang menyebabkan masalah rambut beruban di usia muda. 

Faktor-faktornya :-

1. Merokok- kerana kandungan nikotin di dalam darah yang cenderung menghapuskan zat dan gizi yang diperlukan dalam rambut.

2. Produk pewarna rambut dan syampu di pasaran - penggunaan bahan-bahan chemical yang kuat dan tidak betul untuk kesihatan rambut. Jika tidak tahu bahan yang digunakan, jangan sesekali mencuba produk itu dan berhati-hati memilih syampu yang sesuai. Kekerapan dalam menggunakan pewarna rambut akan meresap ke dalam pigmen rambut dan jangan sesekali menggunakan sembarangan produk tanpa memikirkan baik buruknya di kemudian hari.

3. Stress atau tekanan perasaan - Tekanan menyebabkan vitamin B berkurangan dalam badan, sekali gus menyebabkan uban tumbuh. Namun jangan terlalu bimbang kerana keadaan itu akan kembali normal semula jika tahap stres anda dapat dikawal dengan baik.

4. Kekurangan vitamin B - kerana vitamin B adalah sumber penting kepada kesihatan rambut manusia terutama buat mereka yang masih muda. Kurangnya vitamin B dalam tubuh badan, akan menyebabkan terjadinya pigmen pada rambut mereka. Kepentingan vitamin B juga dapat menjaga keseimbangan air dalam tubuh badan, membantu penyerapan lemak dalam usus dan membantu dalam kestabilan metabolisme badan. Bagi mengatasi masalah rambut beruban ini, remaja boleh mengambil banyak makanan seperti beras merah, kuning telur, susu, jantung dan hati ayam, gandum dan kacang hijau untuk menambahkan vitamin B dalam badan terutamanya kepada kesihatan rambut. Anda juga boleh mengamalkan B-Complex Shaklee sehari sebagai alternatif untuk memenuhi keperluan semua makanan yang saya sebut di atas. Hanya menelan 1 biji sehari anda akan dapat ke semua 8 jenis vitamin B yang lengkap.

6 cara atasi masalah rambut beruban di usia muda


1. Mencegah Tekanan

Tekanan yang sering dialami remaja pada zaman moden kini adalah salah satu penyebab munculnya uban kerana tekanan daripada pelajaran di sekolah atau di kolej. Dibebani dengan masalah-masalah tidak dapat menyiapkan bebanan tugasan kolej. Stres adalah faktor penyebab timbulnya penuaan pada rambut. Remaja perlulah lebih santai dalam mengatasi dengan itu dapat mencegah uban daripada terus timbul sebelum waktunya.

2. Menjaga kebersihan kulit kepala

Menggunakan syampu yang sesuai untuk rambut agar kulit kepala dan rambut lebih sihat. Penggunaan syampu anti penuaan dan limau purut mampu mengatasi masalah rambut beruban.

3. Corak pemakanan yang sihat

Nutrisi adalah salah satu penyebab timbulnya uban atau penuaan pada rambut. Diet secara berlebihan mengakibatkan kurangnya kandungan gizi yang diperlukan dalam badan dan ini menyebabkan tumbuhnya uban pada rambut. Cuba aturkan pola pemakanan yang baik dan seimbang supaya dapat mencegah masalah rambut beruban ini dengan cepat.

4. Keperluan zat besi

Tubuh badan manusia memerlukan zat besi yang tinggi dan apabila kurangnya zat besi akan munculnya uban pada rambut. Zat besi membantu memberikan zat warna pada rambut lalu rambut akan tumbuh dengan subur dan kehitaman. Makanan yang seperti sayur bayam dan buah lemon membantu anda mendapatkan kandungan zat besi yang tinggi dalam badan.

5. Rawatan yang teratur

Tidak perlu ke salun kecantikan rambut untuk mendapatkan rawatan ini kerana dengan rawatan sendiri juga mampu mencegah rambut daripada penuaan. Usap campuran labu dan minyak kelapa pada rambut sekurang-kurangnya lebih satu jam pada rambut kemudian bilas. Lakukan secara teratur agar dapat mencegah terjadinya tumbuh uban pada rambut anda.

6. Rahsia penggunaan daun kari pada rambut

Orang India menggunakan daun kari untuk menjaga keindahan rambut mereka. Sebab itu bila kita lihat rambut masyarakat India tumbuh dengan sihat dan hitam bersinar. Gosokkan rambut dengan beberapa helaian daun kari dan campurkan sedikit dengan air suam lalu sapukan daun itu ke rambut anda akan dapat hasilnya yang memuaskan. 

Selamat mencuba!

kredit : Majalah rapi

Harus diingatkan supaya tidak mencabut uban yang tubuh melata di rambut, MamaLuv pernah terbaca atau terdengar petua orang tua-tua dulu, kalau tumbuh uban jangan dicabut ­kerana uban akan lebih banyak tumbuh. Lebih ­menakutkan lagi akan mengalami masalah rambut botak kerana kerap mencabut uban yang gatal. Wallahualam..

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, anda boleh hubungi saya Emma Kartika 012-2285484 atau klik saja icon di bawah 

KLIK DISINI
Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.


 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:


➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782

 Email : ikka1979@gmail.com 

✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 

➲ Cash On Delivery (COD) : Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 

 Penghantaran ke seluruh Malaysia

Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) & jimat sehingga 15-25%.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...