Thursday 24 July 2014

10 Tips Sebelum Balik Kampung Berhari Raya

Cabaran 60 Hari - Day 27

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta.Bagaimana dengan persiapan Hari Raya tahun ini? Barangkali sudah ramai yang telah membeli pakaian, kuih dan lain-lain lagi. Bagi mereka yang belum membuat persiapan Hari Raya, jangan bimbang kerana masa masih ada. Beribu-ribu tempat seperti bazar, kedai kain dan shopping complex yang menjual persiapan Hari Raya.

In Sha Allah minggu hadapan kita bakal meraikan Aidilfitri 2014. Tidak sabar menunggu saat itu. Apatah lagi bagi mereka yang tinggal jauh di perantauan, sudah pasti saat untuk balik ke kampung halaman merupakan saat yang mengujakan.

Di samping kita memikirkan persiapan untuk menyambut Hari Raya, jangan lupa persiapan sebelum balik ke kampung. Saya juga merupakan salah seorang perantau yang bakal pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya.

Oleh itu, hari ini saya ingin kongsikan 10 Tips  Sebelum Balik Kampung Berhari Raya. Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan kepada sesiapa sahaja yang perlu.



10 Tips Sebelum Balik Kampung Berhari Raya
10 Tips Sebelum Balik Kampung Berhari Raya

1.Pemeriksaan kenderaan - Tidak kiralah sama ada kita menaiki kereta atau motorsikal, kita perlu membuat pemeriksaan terhadap kenderaan kita. Terutama sekali bagi mereka yang akan berjalan jauh. Bolehlah hantar kenderaan kita ke pusat servis yang berdekatan atau periksa sendiri bagi mereka yang berkemahiran. Boleh jimat duit dan simpan untuk bersedekah nanti.

2.Peralatan penting - Bagi mereka yang memandu kereta, jangan lupa membawa jek kereta, tayar spare dan alatan yang lain. Biasanya, dalam kereta sudah tersedia sebuah beg yang mengandungi peralatan seperti player, spanar, skrew dan lain lagi. Ya, beg itu mesti diletakkan dalam bonet kereta. Kepada penunggang motosikal sediakan tiub tayar dan alatan untuk menukarkan tayar jika bocor.

3.Bawa air kosong - Air kosong ini bukan untuk di minum tetapi persediaan kalau radiator kereta jadi panas sehingga menyebabkan kereta jem. Sedialah 2 atau 3 botol 1 liter air.

4.Bawa CD atau pendrive - Bagi pemandu kereta, saya cadangkan bawalah CD atau pendrive yang mengandungi Al-Quran, Zikir, Qasidah atau nasyid. Sekurang-kurangnya dapat pahala.

5.Spek mata hitam - Bagi perjalan di siang hari, mungkin berdepan dengan kepanasan matahari atau silau. Jadi boleh guna spek mata hitam sebagai perlindungan.

6.Duit kecil atau Kad TouchNgo - Bagi mereka yang ada kad touchNgo isilah duit siap-siap supaya tidak kalut apabila sampai di tol. Duit kecil adalah perlu bagi mereka yang tidak ada kad TouchNgo.

7.Doa naik kenderaan - Doa merupakan perkara penting yang perlu kita ingat sentiasa. Doa naik kenderaan bukan sahaja perlu dihafal dan dibaca ketika hendak balik kampung sahaja tetapi setiap kali kita menaiki kenderaan.

8.Pakaian raya dan kelengkapan anak - Semua persiapan yang kita buat ini memang untuk berhari raya, jangan lupa bawa balik baju raya. Kalau tertinggal pakailah apa yang ada. Kalau sempat, beli dekat kampung. Hahahahaha!!!

9.Kelengkapan anak
- Bagi yang ada anak kecil susu dan pampers mereka jangan tertinggal pula.

10. Yang paling penting - "SUPLEMENT SHAKLEE & UBAT-UBATAN" . Kesihatan juga harus di jaga..jangan di abaikan.

Mudah-mudahan kita semua diberkati dan dirahmati. Selamat bercuti dan berhari Raya. Berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang.

  
"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Wednesday 23 July 2014

Waktu Sesuai Untuk Makan Vitamin

Cabaran 60 Hari - Day 26

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. Ramai customer-customer mamaluv yang bertanyakan tentang waktu sesuai untuk makan vitamin. Sebenarnya tiada waktu khusus untuk makan vitamin tetapi ada masa yang terbaik untuk makan vitamin supaya penyerapannya lebih optimum. Ialah kita dah beli vitamin mahal-mahal mesti nak lihat hasil yang baguskan..kalau tak sia-sia ajer. Tetapi sesiapa yang pernah berurusan jual beli dengan Mamaluv pasti akan mendapat tips dan jadual khas pengambilan vitamin.
Okay di sini..Mamaluv nak sedikit tips best untuk anda semua pengamal vitamin di luar sana.

Jika suplemen utk kulit amat :- Sesuai diambil waktu malam, sebelum tidur -


Kenapa??  Ini disebabkan penghasilan sel baru terhasil 2x ganda pada waktu mlm (tertinggi 11mlm-4pg) dan penghasilan kolagen lebih tinggi daripada siang

Untuk kalsium : diambil waktu malam, sebelum tidur


Kenapa ?? Ini di sebabkan kalsium digunakan ketika tidur dan dapat memudahkan kita melelapkan mata...sama dgn idea segelas susu sebelum tidur

Serat (fiber) : seelok-eloknya dimakan pada waktu pagi...elakkan mengambil vitamin sejurus sebelum serat

Untuk suplemen @ Enzim penghadaman : sebaik-baiknya bersama hidangan


Anda mahu membeli rangkaian produk-produk kesihatan Shaklee dari MamaLuv ? 
Mudah sahaja..Klik terus rajah di bawah untuk tempahan....;-)




KLIK DISINI


"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Tuesday 22 July 2014

Cara Mengatasi Masalah Perut Sebu & Berangin

Cabaran 60 Hari - Day25

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. Beberapa hari yang lepas MamaLuv di serang sakit perut sebu dan berangin. Ialah di bulan puasa nie makan tak kawal..makan ikut nafsulah katakan hehehehe. Tetapi nasib baik ada produk Shaklee yang membantu.Siapa yang pernah mengalami masalah perut sebu & berangin? Perut sebu & berangin terjadi disebabkan makan terburu-buru,campur makan makanan laut serta darat, minum air berselang seli dengan makanan dan minum minuman berais. Adakah anda tahu dengan Shaklee juga ada cara mengatasi masalah perut sebu. Cara mengatasi masalah perut sebu adalah dengan mengamalkan Peppermint Ginger Plus.

Cara Mengatasi Masalah Perut Sebu & Berangin
Apa itu Peppermint Ginger Plus ?

Peppermint Ginger diperbuat dari bahan semulajadi dan bukan bahan sintetik . Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan. Kelebihan Peppermint Ginger diterangkan melalui kandungan bahan herba terpilih iaitu 4 herba dari Barat dan Timur iaitu:

Pudina (Peppermint)

~Melegakan otot perut, Ia mempunyai kesan penenang
~Membantu dalam penghadaman.
~Membantu mengurangkan mabuk laut/darat.
~Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
~Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi.
~Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selsema
~Rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus.

Halia

~Halia meransang rembesan enim salvia untuk pencernaan makanan.
~Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakid haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
~Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan.

Pokok adas (fennal)

~Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu.
~Juga, Ia dapat membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus.

Cekur Manis (anise)

~Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.
~Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
~Melegakan haba dimusim panas dan lembab
~Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut


KEBAIKAN DAN KELEBIHAN PEPPERMINT GINGER PLUS

~Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
~Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
~Mereka yang sering mengalami masalah gastrik
dan angin
~Mereka yang sering mengalami kembung perut
~Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan.



Ingin mengatasi masalah perut sebu dan berangin anda dengan produk Peppermint Ginger Plus ? Klik terus rajah di bawah untuk tempahan

KLIK DISINI



"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Friday 18 July 2014

Cara Mengatasi Masalah Jeragat Anda

Cabaran 60 Hari - Day24

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. Lately nie ramai customer MamaLuv bertanyakan tentang produk shaklee untuk hilangkan jeragat. Masalah jeragat ini merupakan satu masalah kulit yang digeruni oleh kaum wanita kerana ia selalu menyerang kulit dimuka. Jeragat ini berpunca dari masalah hormon, persekitaran/cuaca, pemakanan dan faktor usia. Disini MamaLuv nak share dengan anda semua cara untuk mengatasi masalah jeragat.

✿✿ CARA UNTUK MENGATASI MASALAH JERAGAT ✿✿

1. Melalui Penjagaan Kulit Wajah - Salah satu rahsia kulit yang cantik ialah dari amalan membasuh muka yang kerap, paling minimum 2 kali sehari. Juga pastikan memakai toner dan pelembap sejurus selepas mencuci muka. Namun perlu dipastikan pembersih wajah, toner dan pelembap yang digunakan haruslah sesuai dengan kulit. Elakkan menggunakan produk yang boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kering. Pemakaian krim pelindung kulit yang mempunyai SPF yang tinggi amatlah perlu sekiranya selalu terdedah dengan matahari.

2. Melalui Pemakanan Harian - Kulit yang sihat memerlukan pemakanan sihat. Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan segar setiap hari bagi memastikan kulit mendapatkan vitamin C dari sumber yang segar walau sedikit. Selain itu, pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari juga penting kerana membantu melancarkan darah dan menyingkirkan toksin dari tubuh.

3. Melalui Suplemen/Vitamin - Pilihlah yang berasas kejadian alam seperti tumbuhan. Kerana supplemen begini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan alahan bertambah teruk dan mudarat. Jauhi ubat-ubat kimia yang akan menyebabkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang.

Anda tercari-cari suplement yang berasaskan alam semulajadi...?

Kami ada jawapannya...



Cara Mengatasi Masalah Jeragat

✿ Vitamin C @ Collagen
- Vitamin C membantu menghasilkan kolagen dengan lebih efisien
- Penghasilan kolagen juga dapat membantu menghilangkan jeragat malah mengatasi kulit berkedut, kering, kuku rapuh dan rambut gugur

✿ Vitamin E @ GLA Complex
- Vitamin E dapat melambatkan proses penuaan, keseimbangan hormon dan kawal pengeluaran minyak dalam liang kulit, membantu menghilangkan jeragat dan jerawat
- GLA Complex mencantikkan kulit dan di dalamnye juga ada Vitamin E yang melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihra integriti sel

✿ ESP
- ESP membantu memelihara kulit dan menyokong sistem imun.

✿ Air Putih
- Perlu minum 7-8 gelas sehari....barulah sistem badan berjalan lancar. Kulit jadi lembap dan membantu menyerap nutrien yang ada.



Jom atasi masalah jeragat anda dengan SET JERAGAT SHAKLEE. Klik terus rajah di bawah :

KLIK DISINI


"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Thursday 17 July 2014

KURANGKAN BACAAN PARAS GULA DALAM DARAH

Cabaran 60 Hari - Day23

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. Hari nie MamaLuv nak borak serba sedikit dengan anda semua tentang kencing manis@diabetes. Adakah anda tahu bahawa kadar nisbah penghidap diabetes di Malaysia adalah 1 daripada 5 orang?

Diabetes atau kencing manis merujuk kepada pesakit yang mempunyai kadar gula yang tinggi di dalam darah. 


Bagaimana diabetes boleh terjadi?

✔ Berkemungkinan kerana pengeluaran insulin yang tidak mencukupi
✔ Berkemungkinan kerana sel-sel badan yang tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin
✔ Berkemungkinan kerana kedua-dua sebab di atas

Apakah simptom pesakit diabetes?


☞ Mengalami polyuria (kerap membuang air kecil)
☞ Mengalami polydipsia (kerap rasa dahaga)
☞ Mengalami polyphagia (kerap rasa lapar)

VIVIX BOLEH MEMBANTU MENGURANGKAN KADAR BACAAN PARAS GULA DALAM DARAH 

ANDA


KURANGKAN BACAAN PARAS GULA DALAM DARAH
------------------
APA ITU VIVIX?
------------------
Vivix merupakan sejenis suplement yang berbentuk cecair yang pekat yang terhasil daripada muscadine grape serta beberapa tumbuhan lain yang banyak khasiatnya. Dan di dalam Vivix, terkandung satu ramuan yang dikenali sebagai resveratrol yang bersifat anti oksida, anti infammation, dan anti kanser.

--------------------------
---
APA ITU RESVERATROL?
--------------------------
---
Ianya merupakan sejenis phenol semulajadi yang terkandung di dalam buah anggur terutama jenis muscadine. Kajian menunjukkan bahawa resveratrol memainkan peranan yang sangat penting untuk melawan penuaan pada tahap sel

--------------------------
-------------
BAGAIMANA VIVIX & RESVERATROL BERFUNGSI MENGURANGKAN KADAR BACAAN GULA DALAM DARAH?
--------------------------
-------------
✔ Resveratrol dapat membantu meningkatkan sensitivi tubuh terhadap hormon insulin. Ini dapat membantu mengurangkan amount insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula di dalam darah
✔ Resveratrol membantu mengaktifkan enzim SIRT1 yang bertanggungjawab membantu dalam rembesan hormon insulin dan meningkatkan tahap sensivitinya.



Berminat untuk mendapatkan produk VIVIXKlik dibawah untuk pembelian terus,


KLIK DISINI

 

"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Wednesday 16 July 2014

Fakta Mengenai PHYTOCOL - ST Shaklee

Disini MamaLuv ingin menguraikan lagi beberapa fakta mengenai PHYTOCOL - ST Shaklee untuk pengetahuan anda semua. 

Apa itu Phytocol-ST Shaklee?

✎ Phytocol-ST Shaklee adalah formula proprietari yg membekalkan 2,000mg Fitosterol setiap hari. 
Apa itu Fitosterol?
 
✎ Dirujuk sebagai Sterol & Stanol
tumbuhan. Di temui dlm membran sel tumbuhan-tumbuhan. Ia boleh ditemui dlm kuantiti yg kecil di dlm pelbagai tumbuhan, sayur-sayuran & bijiran. Di anggarkan 200-400mg sterol tumbuhan & lebih kurang 50mg stanol tumbuhan yg kita makan setiap hari. 


Bagaimana pengambilan tablet ini dpt membantu kesihatan saya?

✎ Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2,000mg Fitosterol setiap hari, bersama diet remdah lemak tepu & rendah kolestrol disamping tinggi serat larut, bersenam & penurunan berat badan.




Bilakah masa yang sesuai untuk saya mengambil Phytocol-ST Shaklee?
 
✎ Untuk hasil terbaik, ambil produk ini : 2 tablet (2 kali sehari) dengan makanan.

Bolehkah saya mengambil Phytocol-ST Shaklee bersama Omega Guard Shaklee dlm masa yg sama?

 
✎ Ya. Tiada sebab kenapa anda tidak boleh mengambil kedua-dua produk ini demi menjaga kesihatan anda. Anda juga boleh mengambil CoQHealth Plus Shaklee yg boleh mengoptimumkan manfaat Phytocol-ST Shaklee.

Adakah produk ini sesuai untuk mereka yang tinggi kolestrol sahaja?

 
✎ Phytocol-ST Shaklee dpt membantu mengawal paras kolestrol dlm tubuh. Oleh demikian, ia disarankan pada sesiapa shj yg ingin menjaga kesihatan mereka.

Adakah Phytocol-ST Shaklee bebas gluten?

 
✎ Ya.


Berminat untuk mengamalkan Produk Phytocol-ST Shaklee

Anda boleh mendapatkannya sekarang. Klik di bawah untuk pembelian secara terus



KLIK DISINI


"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Atasi Masalah Kolesterol Anda Secara Semulajadi Dengan Fitosterol


Cabaran 60 Hari - Day22

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. Hari nie MamaLuv nak borak serba sedikit dengan anda semua tentang kolesterol. Percaya atau tidak kita semua ada kolesterol yang membezakan kita adalah tahap kolesterol masing-masing. Tidak semestinya kita yang berbadan kecil dan kurus tiada masalah kolesterol dan mereka yang berbadan besar atau gemuk ada masalah kolesterol. Tetapi adakah anda salah seorang dari 6 Juta Warga Malaysia yang menghadapi masalah tinggi kolesterol ?

Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai kolesterol yang tinggi. Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius di mana ia boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan dalam jangkamasa panjang ini akan memberikan impak negative terhadap kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular. Tetapi apa yang lebih membimbangkan kita sekarang dimana ramai individu yang masih tidak menyedari  bahawa paras kolesterol mereka terlalu tinggi!

Apa itu kolesterol ?

Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membrane, hormone, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

Dua sumber utama kolesterol

Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati anda tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian anda. Kolesterol yang anda makan akan meningkatkan paras kolesterol darah anda. Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.

Bagaimana kolesterol boleh menyebabkan penyakit jantung ?


Atasi Masalah Kolesterol Anda Secara Semulajadi Dengan Fitosterol
Terdapat dua jenis kolesterol utama dalam darah anda:

LDL >> LIPOPROTEIN KETUMPATAN RENDAH
HDL >> LIPOPROTEIN KETUMPATAN TINGGI

LDL di kenali sebagai kolesterol “jahat” kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah anda. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekatkan aliran darah, seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.

Sebaliknya, kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol “baik” kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan.  Dalam erti kata lain, HDL berperanan “membersihkan” saluran darah.

Oleh yang demikian , untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah
  
Apakah Penyebab Utama Tinggi Kolesterol ?

Makanan Malaysia yang tinggi lemak serta kalori, adalah di antara punca terjadinya masalah tinggi kolesterol. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari ; bagi mereka yangmenghidap penyakit jantung hendaklah menghadkan pengambilan kolesterol kurang daripada 200mg sehari. 

Walaupun begitu, cuba bayangkan anda sedang mengambil menu harian Malaysia seperti bawah :-


Atasi Masalah Kolesterol Anda Secara Semulajadi Dengan Fitosterol

Anda pasti tidak menyangka bahawa anda telah mengambil sebanyak 798mg kolesterol! Itu adalah hampir tiga kali ganda lebih dari pengambilan harian yang disyorkan!



Atasi masalah kolesterol anda secara semulajadi dengan fitosterol
Apa itu fitosterol ?

Fitosterol ?( di rujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran , kekacang, biji-bijian , legume, bijirin dan minyak sayuran. Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalam penerbitan sainstifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosterol.

Jadi bagaimanakah fitosterol berkesan ?
Struktur fitosterol adalah hampir sama seperti kolestrol dan dengan pengambilan fitosterol, ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dalam system penghadaman. Hasilnya, penyerapan kolesterol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol. Ini bermaksud, apabila anda mengambil lebih banyak fitosterol maka semakin kurang kolestrol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolesterol LDL

Berapa banyak Fitosterol yang anda perlukan ?

Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2000mg Fitosterol dalam diet harian anda untuk membantu menurukan paras kolesterol secara semulajadi. Dengan ini Shaklee telah menghasilkan satu produk baru iaitu Phytocol-ST untuk membekalkan anda 2000mg fitosterol tumbuhan sehari.

Berminat untuk mendapatkan produk Phytocol-STKlik dibawah untuk pembelian terus,


KLIK DISINI


"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...