Monday 30 June 2014

Advanced Joint Health Tablet Berkesan Merawat Sakit Sendi

Sakit sendi tu macam mana?

Bila anda berdiri dan jalan lama-lama, anda sakit lutut...?

kalau solat, nak rukuk atau sujud, lutut anda sakit..?

Kalau anda mengalami masalah-masalah tersebut, maknanya anda sakit sendi..
Tanpa sendi yang sihat, aktiviti biasa seperti membongkok, duduk,dan berjalan semua akan menjadi lebih mencabar. Ini kerana sendi berkhidmat sebagai hubungan antara tulang yang memberikan kestabilan dan kawalan pergerakan badan. Rawan merupakan komponen penting sendi yang menyediakan kusyen di antara tulang dan membantu menyerap kejutan daripada kesan fizikal. Semakin tua, kusyen pelindung rosak secara semula jadi. Faktor-faktor tambahan seperti fizikal yang berterusan tekanan dan terlalu keras boleh mempercepatkan lagi pecahan rawan dengan mencetuskan pelepasan bahan kimia yang menyerang rawan. Hasilnya? Ketidakselesaan sendi dan pergerakan terhad.

Kalau sakit sendi nak buat apa..?

Senang je, Shaklee ada mengeluarkan satu rumusan khas yang dipanggil Advanced Joint Health Tablet (secara ringkasnya AJHT)....

Apa itu..?

Vitamin tablet untuk kesihatan sendi agar anda kekal cergas bergerak sepanjang tahun ini...

Bagaimana ia berkesan?

Shaklee Advanced Joint health Tablet memberikan manfaat kepada sendi-sendi sihat dalam 3 cara:



AJHT berkesan merawat sakit sendi


1-Menyokong keselesaan sendi

Ekstrak Boswellia :

-Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.
-Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. ia menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

2-Bertindak sebagai kusyen

Ekstrak jagung :

-Membantu mengekalkan tulang rawan
-Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi.
-Banyak kajian menunjukan supplement ekstrak jagung dapat menggalakan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksible. dan kajian mengesyorkan yang supplement ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa yang panjang.

3-memelihara tisu penyambung yang sihat

Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C merupakan nutrien terpenting dalam kesihatan sendi. ini kerana zink, tembaga, mangan dan vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberi kekuatan dan struktur terhadap sendi.


TESTIMONIAL Advanced Joint Health Tablet

testimonial AJHT

Berminat untuk memiliki sebotol AJHT

"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

Bagaimana Minyak Ikan Membantu Pesakit Rheumatoid Arthiritis(RA)??..

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. Hari nie MamaLuv nak kongsikan bersama tentang penyakit menyerang sendi-sendi. Jika ia tidak dirawat lebih awal, ia boleh mengundang kepada kehilangan daya pergerakan.

Rheumatoid Arthritis (RA) merupakan penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan badan (penyakit autoimun). Ketidakseimbangan sistem pertahanan ini menyebabkan keradangan pada sendi, terutamanya di selaput synovium. Ini mengakibatkan cecair synovium yang berlebihan dalam sendi.


Oleh itu sendi menjadi sakit, bengkak dan tegang. Jika proses keradangan ini berterusan, kerosakan tulang akan berlaku dan akhirnya menyebabkan kecacatan sendi. Selain sendi, ia juga boleh melibatkan organ-organ lain seperti paru-paru, kulit dan mata.


Beberapa kajian kecil telah mendapati bahawa minyak ikan membantu mengurangkan gejala RA, termasuk sakit sendi dan kekakuan yang berlaku pada waktu pagi. Satu kajian menunjukkan bahawa pesakit RA yang mengambil minyak ikan mungkin dapat mengurangkan dos non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAID).

Terdapat 3 langkah suplements Shaklee dapat membantu penyakit RA. 


>> Langkah pertama membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat dengan Advanced Joint Health Tablet (AJHT). 

>>Langkah kedua mengurangkan inflamasi dengan OmegaGuard. 

>>Langkah ketiga mengekalkan sel tulang yang sihat dengan Ostematrix. 

************************************************************************************************************

OmegaGuard untuk pesakit Rheumatoid Arthiritis

Omega- 3

diperbuat dari minyak ikan bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.

Omega-3
-Melambatkan degradasi tulang rawan
-Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi - mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi
-Bertindak sebagai pelincir –> membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut & sakit..


Berminat untuk memiliki sebotol OmegaGuard

"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

Saturday 28 June 2014

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Assalammualaikum dan salam petang kepada pembaca semua,

Semoga anda sentiasa bergembira bersama keluarga tersayang. Mulai esok semua umat Islam di dunia akan mula berpuasa.Tarikh mula bulan puasa Ramadhan 2014 Di Malaysia. Menerusi takwim islam, tarikh awal ramadhan atau bulan puasa jatuh pada Ahad 29 Jun 2014 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1435H. Justeru, umat islam akan berpuasa selama 30 hari mulai 29 Jun 2014. Faktor penetapan awal bulan buasa adalah berdasarkan kelihatan anak bulan Ramadhan. Tarikh permulaan puasa bagi seluruh negeri di Malaysia juga akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi siaran televisyen. 

Tarikh Rasmi Permulaan Puasa 2014 Di Malaysia

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Dato’ Sri Syed Danial bin Syed Ahmad sebentar tadi telah mengistiharkan hari mula puasa bagi tahun 2014 bersamaan 1435H jatuh pada Ahad 29 Jun 2014. Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

pengedar sah shaklee bukit raja

Di kesempatan ini, MamaLuv ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di Malaysia.

pengedar sah shaklee bukit raja

Tarikh Penting Dalam Takwim Islam 2014
pengedar sah shaklee bukit raja

"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia


 

Fungsi dan Pentingnya Collagen ?

Cabaran 60 Hari - Day 11


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

Semoga anda sentiasa bergembira bersama keluarga tersayang. Disini MamaLuv nak kongsikan bersama tentang satu artikel tentang kolagen.

Apakah yang anda tahu mengenai kolagen? 

Mungkin ada diantara kita fikir bahawa kolagen adalah berkaitan dengan kulit dan kecantikan sahaja. Namun sebenarnya, kolagen adalah lebih dari itu. 

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buah pinggang,jantung serta sistem limfatik.
Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.
  • Kolagen I : terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
  • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
  • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.
FUNGSI KOLAGEN
  1. menghasilkan asid amino  penting seperti :
  2. lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  3. hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.
  4. alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  5. arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  6. mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  7. melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  8. menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  9. menampung air dalam tubuh.
  10. meningkatkan penyerapan kalsium.
  11. menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  12. meningkatkan isyarat induksi
  13. menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik
KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN

  1. memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  2. memelihara kelembapan kulit
  3. menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  4. menguatkan otot dan tulang
  5. membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  6. memelihara  kelenturan sendi
  7. mengurangkan keradangan(inflammation)
  8. memberi tenaga
  9. membantu pola tidur
  10. memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
TANDA TANDA PENUAAN
  1. kulit kusam
  2. tak bermaya
  3. tiada seri
  4. kulit kedut dan mula kendur
  5. pigmentasi kulit
  6. cepat letih dan lesu
  7. sakit badan dan sendi
  8. mudah lupa
  9. kurang penglihatan
KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit
==============================================================
SUMBER INFO : http://www.classiccollagen.com/collagen_Page.html
==============================================================
 Keistimewaan Collagen Powder Shaklee

Apakah keistimewaan Shaklee Collagen Powder ni?

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.

Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Berminat untuk mencuba Shaklee Collagen Powder ?

"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia


 

Friday 27 June 2014

KHASIAT & RAHSIA BUAH-BUAHAN

KHASIAT & RAHSIA BUAH-BUAHAN

Negara kita amat bertuah kerana para peladang, petani dan jabatan Pertanian kita mampu mengekalkan dan menyokong penanaman buah-buahan tempatan sendiri. Setiap buah-buahan mempunyai kebaikan - kebaikan tersendiri yang mungkin dapat atau telah membantu mengekalkan kesihatan tanpa perlu bergantung kepada ubat-ubatan tambahan.

Dari aspek botani, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga (buah epal, strawberi ), brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas). Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak.

Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.

Khasiat & Rahsia Buah-Buahan
1. Delima
 
Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.

Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.

2. Kurma - Hindar Gangguan Usus
 
Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil.

3. Pisang - Merawat Kudis dan Luka
 
Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.

4. Mangga - Penawar Penyakit Hernia
 
Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat.

5. Nanas - Penawar Penyakit Batu Karang
 
Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dan mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi.

6. Belimbing - Merawat Kencing Manis / Darah Tinggi
 
Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi.

7. Lemon Berkesan Merawat Tonsilitis

Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca daripada serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum atau nama saintifiknya Citrus limon. Lemon yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium, kalsium dan fosforus berkesan merangsangkan sistem pelalian untuk membunuh kuman streptokokus.

Serabut atau bulu-bulu putih yang terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan limau-limau sitrus yang lain mengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untuk kesihatan. Oleh itu serabut itu perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur dengan isi lemon sebelum dikisar halus. Lemon juga dengan vitamin B kompleksnya juga bertindak membunuh sejenis kuman bakteria dikenali sebagai stafilokokus. Ia turut berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, sifilis dan klamidia.

8. Pala Melegakan Kembung Perut


Pala sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Kulit arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi. Ia berasal dari keluarga myristicaceae, yang dikenali dengan nama saintifiknya Myristica fragrans juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit.

9. Pinang - dengan Pelbagai khasiat

Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama saintifiknya Areca catecu Linn dan berasal dari keluarga Arecaceae. Buah dan biji pinang bernilai tinggi dari segi perubatan. Biji pinang dikunyah bersama-sama daun sirih seperti yang lazimnya diamalkan oleh orang-orang tua sebagai salah satu petua untuk menguatkan gusi serta menghapuskan masalah mulut berbau busuk. Bagaimanapun, amalan memakan terlalu banyak pinang boleh memudaratkan kesihatan. Biji pinang juga mengandungi sejenis bahan yang boleh mencegah barah. Sabutnya pula digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk merawat cirit-birit. Ia juga berkesan untuk mengubati penyakit kulit seperti panau.

10. Pisang Kaki - Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung.

 
"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia


 

Nak Belanja Murah Dengan Shaklee

Ramai yang mengatakan produk Shaklee ini mahal. SHAKLEE MAHAL KE??

Masih ramai kat luar sana yang teragak-agak nak beli suplemen Shaklee kan..

Betul ke mahal sangat?? Bagi MamaLuv harga vitamin-vitamin Shaklee ni dah cukup MURAH sebenarnya. Kalau tak percaya, jom kita sama-sama kira. Terutamanya bagi anda yang sangat concern tentang bajet. Contoh ya...

Energizing Soy Protein (ESP)
=========================

1 tin ESP tahan 2 bulan (average).. Biasa 2-3 bulan
kalau diminum 3x sehari.. 2 bulan = 180 kali minum.
(1-2 sudu sekali bancuh)
Harga untuk 1 bulan RM75* sahaja (average)
Harga sekali minum = RM0.83 sahaja

Bandingan air kotak soya
Harga RM1.20 - 1.50 sekotak.
Untuk 3x minum setiap hari selama 1 bulan = RM135

Anda jimat RM60 setiap bulan!
Cuba bandingkan khasiatnya pula.. yang mana lebih baik untuk kesihatan?
Rendah gula? Non GMO?

--------------------------------------------
Sustained Release Vitamin C 500mg
===============================

Harga 1 botol Vitamin C Shaklee RM90* (average)
180bj, untuk 6 bulan
1 bj hanya RM0.50 sen sahaja.
1 bj vitamin shaklee = 7 1/2 bj buah oren
1 Bulan hanya RM15* sahaja (average)

Bandingan buah oren
1 kilo average RM5 = 6 bj buah oren~
1 biji buah oren = RM0.83
7 1/2bj buah oren = RM6.23
1 bulan = RM186.90

*Untuk mendapat khasiat yg sama 7 1/2 biji buah oren (500mg vitamin c sehari) anda perlu berbelanja RM6.23 sehari (dengan makan buah oren), tp dengan vitamin C shaklee hanya RM0.50* sen shj Jadi anda jimat RM171*

Jadi apa pendapat anda?
Harga Shaklee setanding kualitinya..
Vitamin yang DIJAMIN SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI 





Nak Belanja Murah Dengan Shaklee

Jangan tertipu dengan tanda harga. Teliti betul-betul. Kadang-kadang yang kita selalu lihat di farmasi murah, tp rupanya cuma 30 biji untuk sebulan. Rupa-rupanya juga vitamin SINTETIK, bukan yang asli pun. Kan dan tertipu!!!

**Harga yang tertera dalam contoh perkiraan di atas adalah berdasarkan harga runcit semasa. Pastinya anda mahu lagi murah dan menarik..Jika mahu hubungi MamaLuv untuk details lebih lanjut..yang pernah membeli dgn MamaLuv pasti tahu kan**

 
"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia


 

Kehebatan dan Keperluan Mengamal Zinc Complex

 Cabaran 60 Hari - Day 10


Assalammualaikum & Selamat Pagi semua..

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. Hari nie MamaLuv nak cerita tentang kebaikan produk Zinc Complex. Anda semua kenal tak produk Zinc Complex? Pasti anda semua kurang tahu tentang Zinc Complex nie, sebab ia tak lah seglamour produk shaklee yang lain seperti ESP, Vitalea, Vitamin C, Alfalfa dan lain-lain. Walaupun produk Zinc Complex nie tak seglamour produk shaklee yang lain , kehebatan dan keajaiban mineralnya terbukti berkesan dan membantu ramai orang. Dulu MamaLuv mula mengenali produk Zinc Complex ketika pantang bersalin. MamaLuv mengamalkannya untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan mencegah dari keguguran rambut yang banyak. Alhamdullilah ia membantu dan tiada lah MamaLuv mengalami stress kerna takut jahitan luka lambat sembuh dan banyak rambut gugur.  
Kehebatan dan Keperluan Mengamal Zinc Complex

Selain itu..Zinc Complex ada 8 kehebatan dan keperluan lain iaitu :-

1) Jerawat | Zink penting untuk memadamkan jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat.

Di samping itu, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

2) Keguguran Rambut | Kekurangan nutrisi penting yang menyokong pertumbuhan dan kekuatan akar rambut mengakibatkan keguguran rambut. Zink juga menguatkan kutikel rambut.

Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink atau suplement zink

3) Gangguan Prostat | Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan meningkatkan risiko kanser .

Pesakit dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

4) Mengandung |
Ia adalah mineral penting yang menyokong pemulihan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

5) Pembiakan | Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

6) Antioksidan | Zink bertindak sebagai antioksidan. Pada dasarnya ia terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia, termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

7) Fungsi Otak | Meningkatkan daya ingatan dan tempoh fokus.

8) Jangkitan | Zink membantu mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin.

Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

Berapa banyak yang perlu diambil:

Keperluan Zink dalam badan :
✿ Birth to 6 months : 2 mg
✿ Infants 7–12 months : 3 mg
✿ Children 1–3 years : 3 mg
✿ Children 4–8 years : 5 mg
✿ Children 9–13 years : 8 mg
✿ Teens 14–18 years (boys) : 11 mg
✿ Teens 14–18 years (girls) : 9 mg
✿ Adults (men) : 11 mg Adults (women) : 8 mg
✿ Pregnant teens :12 mg
✿ Pregnant women : 11 mg
✿ Breastfeeding teens : 13 mg
✿ Breastfeeding women : 12 mg


Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Kalsium (12% daripada keperluan harian).

BERMINAT ??


"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia


Thursday 26 June 2014

10 Perkara Yang Mempercepatkan Proses Penuaan

Bila bercerita tentang penuaan...sudah tentu yang paling tidak suka dan takut mesti kaum perempuankan. Kenapa nak takut...tak perlu takut..sebab sememangnya sudah menjadi hukum alam kita sebagai manusia. Yang muda pasti tua...Yang hidup pasti mati kan. Tetapi kita sebagai manusia mampu untuk menjaga kesihatan dan melambatkan proses penuaan itu. Petang nie MamaLuv nak share dengan anda semua tentang 10 PERKARA YANG MEMPERCEPATKAN PROSES PENUAAN

10 PERKARA YANG MEMPERCEPATKAN PROSES PENUAAN
1. Tidak cukup tidur atau terlebih tidur.
☛Apabila kita tidur, sistem badan kita automatik akan menjalankan tugasnya. Iaitu memperbaiki sistem badan yang rosak. Termasuklah kulit wajah dan badan. Pada jam 12-3pagi adalah waktu paling tepat sistem badan sedang menjalankan tugasnya.Jika tidak cukup tidur, toxin tidak
dapat dialirkan pada sistem limfa. Ini akan menyebabkan proses penuaan cepat berlaku. Namun jika terlebih tidur pula, bahan kumuh tidak akan dapat dialirkan pada waktu yang sepatutnya

2. Kurang minum air putih
☛ Minumlah 8 gelas sehari air masak/putih untuk membantu sistem limfa anda. Kekurangan minum air akan menyebabkan badan tidak dapat melakukan proses detox dengan sempurna. 80% tubuh kita terdiri daripada air. Jadi kekurangan air boleh menyebabkan dehydrasi. Sistem limfa akan tersumbat. Toxin tidak dapat dikeluarkan.

3. Tidak memakai tabir suria apabila keluar rumah.
☛ Tidak memakai perlindungan suncare akan menyebabkan kesan buruk daripada cahaya ultraviolet terus menembusi kulit. Ia akan merosakkan segala elastik dan collagen kulit yang akan menyebabkan jeragat,kedutan . Proses penuaan akan lebih cepat berlaku.

4. Malas menjaga kebersihan gigi.
☛ Banyak penyakit bermula dari masaalah kesihatan mulut anda. Kebanyakan orang tidak sedar masalah bakteria di dalam mulut boleh menyebabkan penyakit kadarvaskular. (penyakit jantung).
Bakteria dari dlm mulut,gigi yang rosak,atau jangkitan gusi boleh masuk dlm sistem badan dan boleh masuk pada sistem darah.

5. Kurang memperdulikan penjagaan rambut dan menggunakan terlalu banyak bahan kimia ke atas rambut anda.
☛ Apabila rambut tidak berada dlm keadaan yang baik,seseorang itu akan kelihatan jauh lebih tua dari usia sebenarnya.

6. Berfikiran negatif dan suka merungut.
☛ Secara tak langsung dia telah menjadikan dirinya seorang yang stress (tekanan). Dalam keadaan strees,tubuh akan merembes hormon cartisol steroid yang akan merosakkan sel-sel sihat.

7. Malas berjalan kaki dan tidak suka mengeluarkan peluh.
☛ Berjalan kaki adalah senaman yang paling mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Sekiranya anda lebih suke menonton tv daripada bergerak,makan tidak hairanlah anda kelihatan lebih tua dari usia sebenar.

8. Jarang buang air besar.
☛ Pembuangan air besar adalah satu proses yang amat penting kerana tubuh perlu membuang bahan2 yang tidak diperlukan lagi. Najis yang terkumpul di usus dan tidak dibuang,akan meresapi dinding usus semula dan melibatkan pelbagai jenis penyakit.

9. Tidak suka mempelajari sesuatu yang baru.
☛ Apabila minda tidak diaktifkan, proses penuaan berlaku dengan lebih cepat.

10. Tabiat meminum & memakan makanan segera.
☛ Makanan dan minuman segera kebanyakannya mengandungi bahan pengawet,pewarna,perasa seperti msg (mono /sodium /glutamate)(serbuk perasa).


*PERHATIAN*
Untuk maklumat lanjut tentang Penuaan dan Set Anti-Penuaan boleh klik disini

"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia


 

Tip Menjaga Luka Bersalin Pembedahan(Cesarean) agar cepat sembuh ✤

Cabaran 60 Hari - Day 9


Assalammualaikum & Selamat Pagi semua..

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. Hari nie MamaLuv nak share tip khas untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan secara pembedahan atau lebih di kenali "cesarean". Tidak semua kaum ibu bernasib baik untuk melahirkan baby mereka secara normal, ada yang terpaksa melalui pembedahan. Ini mungkin di sebabkan faktor keselamatan dan kesihatan baby dan ibu. Secara jujur..MamaLuv tiada pengalaman bersalin melalui cesarean nie, alhamdullilah semuanya keluar secara normal. Tetapi MamaLuv banyak berkongsi cerita dengan kaum ibu yang lain, google, membaca buku dan majalah tentangnya. 

11 Tips Untuk Anda Menjaga Luka Bersalin Pembedahan (Cesarean)
11 Tips Untuk Anda Menjaga Luka Bersalin Pembedahan (Cesarean) untuk cepat sembuh :

1. Bergerak lebih awal
 
 Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.


2. Makan makanan berzat dan seimbang
Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.


3. Minum air secukupnya
Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.


4. Elak daripada mengambil ubat tradisional
Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.


5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin
Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda.


6. Makan pil penahan sakit
Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.


7. Menyusu badan secara eksklusif
Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.


8. Pastikan luka kering dan bersih
Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.


9. Pakai bengkung
Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.


10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan
Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.


11. Dapatkan bantuan ahli keluarga
Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.

Tanda-tanda amaran atau serius selepas ceasarean;
1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, eloklah berjumpa doktor dengan segera.

(Sumber:alamhamil.com)


Anda masih mencari Set Bersalin yang bagus dan selamat ? 

Boleh mencuba Set Berpantang Shaklee. Klik disini untuk info lanjut.

"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia



Wednesday 25 June 2014

BERPANTANG SECARA MODEN

BERPANTANG SECARA MODEN ? Boleh ker? Nanti tak ada masalah kesihatan ker? Tak bentan ker? Meh sini MamaLuv nak bagi tahu...Berpantang secara moden ini bermaksud berpantang tanpa menggunakan Jamu untuk merawat kesihatan dalaman..tetapi yang luaran jangan pula kita abaikan. Masih perlu mengamalkan jamu seperti param dan pilis. Tak semua orang serasi dan suka dengan mengamalkan jamu ketika berpantang nie. Ada yang sampai muntah-muntah dan demam pun adakan...Jadi sebagai alternatif pada mereka yang tidak suka pada jamu, boleh memilih Set Berpantang Shaklee untuk memulihkan kesihatan dalaman.

MamaLuv nak bagi tahu SET BERPANTANG SHAKLEE memang hot sekarang!!


Ramai ibu-ibu yang dah beralih kepada pengambilan vitamin sepanjang berpantang....

Dan ramai ibu-ibu yang berpuas hati...dan yang PALING BEST...boleh diteruskan untuk sesi penyusuan sekali gus....

Jimat kan??

Bagi anda ibu-ibu hamil yang masih tercari-cari set berpantang untuk digunakan, saya sarankan set berpantang Shaklee.

Memang BEST!!

Jika anda seorang ibu yang sedang menunggu masa nk bersalin dah masih tak tau nak gunakan set berpantang yang mana dan risaukan baby kena kuning, mari beralih kepada SET BERPANTANG SECARA MODEN SHAKLEE.


Set Berpantang Tanpa Jamu
 
Mengapakah set ini dikatakan sangat berkesan?

=======================================
Ia merangkumi semua keperluan untuk tubuh ibu sepanjang dalam tempoh berpantang. Ribuan ibu telah menggunakannya dan sangat berpuas hati.

Dengan set ini, ibu-ibu :

1- boleh start makan seawal hari pertama selepas bersalin dan ianya sangat mesra ibu bf.
2- dapati luka pembedahan ataupun luka bersalin anda lebih cepat kering dan sembuh
3- merasakan diri anda cergas dan muka berseri2 sepanjang berpantang.
4- mendapat tenaga yang cukup untuk anda menyusukan bayi anda
5- bebas daripada sembelit yang teruk semasa tempoh berpantang.
6- penjimatan dari segi harga serta anda boleh sambung untuk melengkap kan tempoh penyusuan bayi anda secara ekslusif.

Setiap ibu ingin memberikan yang terbaik kepada anak yang dilahirkan...Dalam masa yang sama tidak mahu mengabaikan anak-anak yang lain serta keluarga…Jadi, TIDAK RUGI anda mencuba set berpantang shaklee yang sememangnya memberikan kesan terbaik untuk anda.Tepuk dada,pilihlah pilihan bijak anda....

Set Berpantang Shaklee yang paling HEBAT !!!
Untuk kecantikan LUAR dan DALAM!! Dan bukan itu sahaja
Susu makin Meriah ,Bayi kenyang, Kulit bersih dan GEBU !!!

KHASIAT DAN KEBAIKAN SET BERPANTANG SHAKLEE
==========================
=================

VITA LEA WITH IRON FORMULA
Ibu yg sdg berpantang di galakkan ambil vita lea sbb semasa dlm pantang bnyk makanan yg kita xboleh makan so tenaga kita akan berkurang. Ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin,oleh itu ibu perlu ambil makanan yg seimbang dan berkhasiat bg m'gantikan semula darah yg hilang. Mengandungi zat besi yg sgat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi blh menyebabkan ibu pucat,letih dan lesu serta tidak bermaya. Kalau nk bf baby,pengambilan zat besi adalah sgat penting. Vita lea tidak digalakkan di ambil dgn minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan efisinsi penyerapan zat besi oleh badan.

B COMPLEX
Membantu menstabilkan hormon badan kita Jika kurang B complex boleh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi.. Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang. Menukarkan makanan kpd tenaga

ZINC COMPLEX
Ibu2 yg xmakan ikan haruan atau pati ikan haruan zinc complex adalah pengganti yg tepat kpd makanan tersebut. Galian yg sgat penting dlm membantu proses pemulihan. Membantu proses baik luka dalam badan kita terutama luka dalaman (rahim). Pengambilan zink bg ibu yg menyusu akan membantu anak yg disusukan membesar dgn baik. Mengurangkan masalah rambut gugur Memabntu mengatasi masalah KEDINGINAN selepas bersalin.

VITAMIN C
Berkonsepkan pelepasan masa. Ia melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan dan demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara konsisten. Vitamin c sgat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran. Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan. Memperbaiki tisu sel yg rosak semasa bersalin.

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

OSTEMATRIX

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.ostematrix membantu dalam masalah sembelit ibu semasa berpantang…

LEBIH SELAMAT,SEMULAJADI & BERKESAN.

*FREE CONSULTATION FOR EVERY PURCHASE*

 

"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...