Showing posts with label Kesihatan Kanak-Kanak. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan Kanak-Kanak. Show all posts

Tuesday, 30 September 2014

Tip Bina Keyakinan Diri Anak

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

Minggu ini MamaLuv rasa nak share je semua tips yang MamaLuv tahu. Bila kita banyak membaca nie..ilmu pengetahuan pun banyak..rasa macam rugi jer kalau tak sharekan. Bak kata omputih Sharing is Caringkan. Jadi hari nie MamaLuv nak share dengan anda semua tentang tip bagaimana nak membina keyakinan diri anak kita.Keyakinan dibentuk dari kecil. Bagaimana mereka mengharungi zaman kanak-kanak banyak mempengaruhi karekter seseorang itu. Sebagai seorang ibu atau bapa kita memainkan peranan yang penting dalam memupuk jati diri anak kita. Kita diberi amanah yang sangat besar oleh Allah s.w.t. untuk menjadikan anak kita seorang insan yang terbaik.




Tips Bina Keyakinan Diri Anak Kita
Tip Cara Membina Keyakinan Diri Anak Kita:
1. Ajar anak anda mengenal Allah dan Rasulullah s.a.w. Jangan menakut-nakutkan anak anda dengan perkara-perkara yang tahyul seperti hantu dan sebagainya sebaliknya ajarkan anak anda supaya hanya takut kepada Allah dan mencontohi Rasulullah s.a.w. Ceritakan kepada anak anda tentang keperibadian Rasulullah agar satu hari nanti dia akan mencontohi keberanian baginda.

2. Contoh melalui teladan. Kanak-kanak sering belajar melalui pengamatan dan tentu sekali mereka akan mencontohi orang yang terdekat dengan mereka iaitu kedua orang tuanya. Tunjukkan keyakinan diri yang tinggi di hadapan anak anda agar ia boleh dicontohi oleh mereka. Ingat, yakin diri tidak sama dengan meninggi diri! Tunjukkan keyakinan di hadapan anak anda tetapi elakkan dari berkelakuan sombong dan meninggi diri.

3. Beri galakkan kepada anak anda. Ini termasuklah menggalakkan dia supaya berkawan dan bermain dengan rakan-rakan sebaya. Sokong anak anda jika dia ingin melakukan sesuatu hobi yang bermanfaat untuknya. Jangan sekat potensi mereka selagi perkara itu tidak bertentangan dengan agama dan moral kita.

4. Beri ganjaran kepada mereka. Iktiraf kejayaan mereka. Tentu ada sebabnya mengapa kanak-kanak tadika diberikan “bintang” oleh guru-guru mereka apabila mereka melakukan sesuatu perkara yang baik. Ia merupakan sejenis “ganjaran” atas sesuatu yang dilakukan mereka. Ganjaran ini dapat memberikan mereka rasa percaya diri yang tinggi dan dapat membentuk karekter mereka. Berikan ganjaran kepada anak anda. Tidak perlu yang mahal-mahal kadangkala perkataan “tahniah!” sudah memadai.

5. Beri mereka tanggungjawab. Amanah ataupun tanggungjawab merupakan satu cara yang baik untuk meningkatkan keyakinan diri seorang kanak-kanak. Tanggungjawab yang anda berikan kepada mereka dapat membuatkan mereka berasa dipercayai oleh ibu-bapa mereka sekaligus melonjakkan keyakinan diri mereka. Mungkin anda boleh beri tanggungjawab untuk mengemas bilik mereka setiap hari. Pastikan anda sentiasa mengawal dan sekali sekala berikan hadiah kepada mereka sebagai pembakar semangat.

6. Hormati orang lain. Ajar anak anda supaya menghormati orang lain terutama orang yang lebih tua. Pastikan anda tidak menunjukkan sikap yang tidak baik seperti mengata atau mencaci orang lain di hadapan anak anda. Merendah-rendahkan orang lain adalah satu tanda bahawa seseorang itu tidak mempunyai keyakinan diri.

7. Biarkan anak anda gagal! Mungkin point yang terakhir ini agak ekstrem tetapi cara ini dapat memupuk keyakinan seseorang untuk lebih berusaha. Anda sebagai seorang ibu atau bapa harus memberikan galakan supaya anak anda mencuba lagi sehingga berjaya. Elakkan dari mengejek atau mentertawakan kegagalan mereka. Jadilah seorang ibu-bapa yang positif yang menanam sikap positif ke dalam fikiran anda anda.

Ingin mencari makanan tambahan/supplement untuk anak anda?


"Be Healthy & Stay Healthy" 

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.


Friday, 26 September 2014

Kenapa Bayi Bawah 6 Bulan Tidak Boleh Di Beri Makan

Cabaran 60 Hari - Day 49

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

Salam Petang..;-)

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan sihat selalu di samping keluarga tercinta. Hari nie MamaLuv nak kongsi dengan anda semua sebab-sebab kenapa bayi bawah 6 bulan tidak boleh di beri makan ! MamaLuv cukup tidak setuju dengan sesetengah ibu yang suka memberi bayinya yang bawah usia 6 bulan makan makanan pepejal. Tahukah anda perkara ini boleh memudaratkan bayi anda, jika bukan sekarang..tetapi pada masa yang akan datang juga. Kebiasaannya bagi orang-orang yang lebih tua dari kita melazimkan bayi sekecil sebulan umurnya agar diberi makanan berupa pisang lecek atau bijirin bayi. Walaupun sudah tertera pada label bijirin tersebut ‘hanya untuk 6 bulan ke atas sahaja’ tapi masih ramai yang mengamalkan pemberian bijirin lebih awal. Malah, ada yang mencampurkan bijirin tersebut di dalam botol susu agar mudah untuk diberikan kepada bayi.

Kenapa Bayi Bawah 6 Bulan Tidak Boleh Di Beri Makan

WHO mencadangkan agar bayi diberi makan pada usia 6 bulan (tahun 2001), begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom, dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan ibu menyusukan anaknya secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain, mahupun air masak) selama 6 bulan.

Namun, masih ramai yang tidak mengikuti polisi dan recommendation di atas kerana beberapa sebab:

-Anggapan bahawa bayi kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mencicip-cicip.
-Anggapan bahawa bayi lapar.
-Anggapan bahawa perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih awal.
-Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan.

Sayangnya anggapan di atas SALAH SAMA SEKALI ! Ini kerana

 1. SISTEM PENGHADAMAN YANG BELUM MATANG

Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.

Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza).

Tidakkah anda berasa kasihan dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya?

2. MASALAH KESIHATAN JANGKA MASA PANJANG

Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya?

Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal.

Tidakkah anda menyayangi anak anda dan masa depannya?

3. MASALAH DALAM PENYUSUAN

Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak.
Fikir-fikirkanlah tentang masa depan anak-anak kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena kencing bayi laki-laki di bawah usia 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.

Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun.

Sayangilah masa depan anak-anak kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita ‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya.

"Be Healthy & Stay Healthy" 

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.

Tuesday, 5 August 2014

Tip Pemakanan Elak Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak

Cabaran 60 Hari - Day 28

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,
 
MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. Bagaimana dengan sambutan hari raya anda semua? Masih mood raya ker? Alhamdullilah tahun nie MamaLuv sekeluarga dapat menyambut aidilfitri bersama keluarga tercinta secara sederhana. Yang penting anak-anak dan keluarga semua dan menyambutnya dalam suasana gembira. MamaLuv harap anda semua pun begitu hendaknya. Okaylah..hari nie terbuka pula hati MamaLuv nak kongsi sedikit dengan anda semua tentang Tip Pemakanan Elak Obesiti di kalangan kanak-kanak. Amalan pemakanan sihat memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan diri seseorang kanak-kanak. Pengabaiannya sejak di peringkat awal usia bakal menjadikan dia seorang yang obes sekali gus mengganggu gugat kemampuan diri dalam menjadi insan yang berkualiti.

Kanak-kanak montel sering dianggap comel sehingga ramai yang tanpa disedari membentuk generasi gemuk dan berpenyakit untuk masa akan datang. Secara asasnya, pendidikan pemakanan dibentuk oleh ibu bapa. Segala aspek bermula daripada pemilihan makanan, tabiat, cara makan dan jenis makanan adalah dicedok daripada apa yang diberikan, dibentuk dan ditunjukkan oleh anda!

Anda pasti mahu melihat anak membesar dengan sihat dan kuat. Jadi, dia perlu disediakan dengan makanan yang berkhasiat. Pada umur awal tumbesaran, adalah lumrah apabila sesetengah kanak-kanak kurang berselera makan dan sebaliknya. Namun, jangan memanjakan dia dengan memberi segala jenis makanan dengan harapan dia mendapat semua khasiat yang diperlukan. Dikhuatiri, anda gagal mengawal pemakanannya sehingga menyebabkan dia cenderung mengambil makanan tertentu secara berlebihan.

Sesungguhnya rumah merupakan tempat yang paling baik untuk memupuk amalan pemakanan secara sihat di kalangan anak-anak dan ahli keluarga yang lainnya. Pada masa yang sama, anda perlu menjadi agen iaitu menjadi pembentuk generasi sihat dengan mendidik si kecil untuk mengamalkan rutin pemakanan yang baik.

 Tip Pemakanan Elak Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak

Tip-Tip Pemakanan Elak Obesiti 

Seimbangkan Makanan

Hal ini dapat dilakukan dengan mengajar anak-anak untuk makan secara bersederhana bagi semua jenis kumpulan makanan seperti karbohidrat, protein dan lemak. Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran pula, ia perlu diambil dalam jumlah yang banyak tetapi tetap perlu diseimbangkan dengan jenis kumpulan makanan yang lain juga. Apa yang berlaku pada masa kini ialah si anak dibiarkan makan secara berlebihan. Lemak yang terlalu banyak daripada makanan yang diambil akhirnya disimpan di dalam tubuh lalu menjadi penyebab obesiti terjadi.

Minimumkan Makanan Ringan

Makanan ringan mengandungi perisa dan pewarna yang dapat memikat selera si dia untuk memakannya secara berlebihan. Pengambilan makanan ringan seperti snek, gula-gula dan seumpama dengannya boleh menyebabkan anak enggan mengambil makanan yang lebih berkhasiat. Ketahuilah, bahan tambahan yang terdapat dalam makanan sebegini juga boleh menjejaskan kesihatan anak anda apabila meningkat dewasa.

Sekat Minum Berkarbonat
Ada segelintir ibu bapa gemar memberi si kecil minuman berkarbonat sedangkan ia tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana kandungan gulanya yang tinggi. Gula yang tinggi boleh menyebabkan anak menjadi hiperaktif dan tidak dapat memberi tumpuan dengan sebaik mungkin. Selain daripada itu minuman berkarbonat turut mengandungi bahan tambahan, pewarna dan perisa yang boleh menyukarkan proses perkumuhan buah pinggang. Jika meminum air berkarbonat menjadi amalan biasa, kegagalan buah pinggang boleh berlaku di usia muda.

Banyakkan Minum Air

Anak perlu dididik minum air antara enam hingga lapan gelas sehari. Ia penting untuk fungsi fisiologi tubuh, mengawal suhu badan dan mengeluarkan toksik.

Wajibkan Sarapan

Setiap pagi, pastikan anak mengambil sarapan. Ia merupakan makanan yang wajib diambil sebagai sumber bekalan tenaga agar tumpuannya terhadap aktiviti seharian tidak terjejas.

Tingkatkan Aktiviti Fizikal

Galakkan anak anda bermain di luar rumah seperti taman permainan kanak-kanak. Secara tidak langsung, dia dapat mengurangkan aktiviti fizikal yang memerlukan hanya berada di dalam rumah dengan bermain permainan video atau menonton televisyen sambil makan. Galakkan juga dia untuk bersukan. Jika kurang berminat dengan aktiviti sukan, cukuplah sekadar berenang atau mengayuh basikal.

Hadkan Gula Tambahan

Gula tambahan sering dirujuk sebagai kalori kosong. Pengambilannya secara berlebihan meningkatkan risiko obesiti. Tindakan mengehadkan jumlah gula tambahan dalam diet kanak-kanak memang disyorkan. Anda perlu sedar hakikat ini apabila membuat keputusan mengenai jenis makanan dan minuman yang disediakan untuk anak. Hal ini kerana wujud gula tambahan dalam pelbagai makanan dan minuman yang diproses. Disebabkan nama ramuan yang kurang dikenali digunakan seperti sukrosa, maltose, dekstrin, sirap jagung dan sirap glukosa, ramai tidak menyedari bahawa mereka memberikan anak terlalu banyak gula.

Kurangkan Makanan Segera

Kebanyakan makanan segera mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Namun, tidak dinafikan kebanyakan restoran makanan segera masa kini mempunyai banyak pilihan makanan yang lebih berkhasiat. Jadi, kurangkan kekerapan anda memberi anak makanan segera sebaliknya memilih makanan yang berkhasiat apabila pergi ke restoran makanan segera.

Bijak Membeli Makanan

Pengendalian bijak dalam membeli bahan makanan untuk seisi rumah dapat mengawal gaya pemakanan si anak. Jika anda tidak membeli makanan tidak berkhasiat, maka anak anda tidak mengambil makanan berkenaan. Selain itu, setiap kali membeli-belah baca label makanan yang dibeli. Pastikan ia rendah kalori, kurang gula dan lemak.

Credit to : Editorial PaMa

"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

 
✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Wednesday, 7 May 2014

MEALSHAKES MENINGKATKAN SELERA MAKAN ANAK-ANAK


KEBANYAKAN ibu bapa pening memikirkan cara untuk meningkatkan selera makan anak-anak kecil. MamaLuv turut juga melalui masalah yang sama. Tidak dinafikan di usia begini, ibu bapa menghadapi cabaran yang cukup besar dalam menangani kerenah anak-anak yang cerewet makan. Ada juga ibu bapa yang memandang ringan tentang pemakanan anak-anak mereka terutama yang berusia satu hingga enam tahun. Tambahan lagi pelbagai pilihan boleh didapati dengan mudah. Oleh itu, anak-anak lebih gemar memilih makanan ringan daripada yang berkhasiat mengikut selera mereka.
Anak susah nak makan
Apakah punca si kecil hilang selera makan ?

✎Antara sebab utamanya ialah tabiat makan tidak betul dan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Berikut terdapat beberapa lagi masalah yang menyebabkan anak-anak mengalami masalah pemakanan, antaranya ialah:

➢ Terlalu banyak bermain

Kebiasaannya, kanak-kanak banyak menghabiskan waktunya untuk bermain hingga mengabaikan waktu makan. Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda harus menetapkan jadual makan kepada mereka setiap hari. Memang jika dibiarkan lama-kelamaan, anak-anak akan mengalami kekurangan berat badan seterusnya jatuh sakit akibat daripada jadual makan yang tidak teratur.

➢Tiada kawan

Kanak-kanak juga gemar makan berteman, cuba perhatikan jika si anak makan bersama rakan-rakan sebayanya dan makan berseorangan di rumah. Pasti ada bezanya bukan, kanak-kanak kelihatan lebih berselera jika makan beramai-ramai, apatah lagi berebut makanan. Oleh itu, jika tiba waktu makan, terutamanya di waktu cuti, apa kata anda makan di meja bersama keluarga, berkemungkinan selera anak anda akan meningkat.

➢Masalah kesihatan

Kanak-kanak yang meningkat usia sering kali mengalami masalah kesihatan seperti demam, selesema dan batuk. Masalah kesihatan yang dialami secara tidak langsung akan membuatkan selera makan anak-anak terbantut, seterusnya mereka lebih rela tidak makan. Oleh itu, si ibu perlu bijak menangani masalah ini, seperti menyediakan bubur yang menyelerakan untuk menarik selera anak anda untuk menjamah makanan. Jika mereka sakit dan dibiarkan berterusan, mungkin kesihatan anak anda akan semakin parah.

➢Masalah gigi rosak

Masalah gigi rosak di kalangan kanak-kanak juga mempengaruhi selera makan mereka. Gigi yang rosak membuatkan anak-anak sukar untuk menggigit dan mengunyah makanan. Apabila berhadapan dengan masalah ini, mereka akan berputus asa untuk makan, oleh itu pemakanan yang sesuai juga perlu diambil kira oleh si ibu bagi anak-anak yang mengalami masalah gigi.

➢Jenis makanan & cara masakan yang sama

Golongan dewasa akan jemu jika disajikan jenis makanan dan cara masakan yang sama setiap hari. Begitu juga dengan kanak-kanak, mereka mungkin akan menghadapi situasi yang sama, oleh itu apa kata anda cuba pelbagaikan jenis makanan dan cara masakan. Di samping itu, sajikan makanan dengan cara kreatif dan berwarna-warni agar anak tertarik untuk makan.

sumber: article dlm sinarharian.com.my


MEALSHAKES SHAKLEE DAPAT MENINGKATKAN SELERA MAKAN KANAK-KANAK 
 

Selain fungsinya yang meningkatkan sistem imun badan, MEALSHAKES juga membantu meningkatkan selera makan anak-anak kita. Oleh itu, saya sarankan pengambilan mealshake untuk mereka yang picky eater ni. Mealshake ni berperisa vanilla dan mempunyai bau yg sgt menyelerakan. Rasanya agak manis, seperti milk shake yang biasa kita order di restoran tu. Mungkin harganya agak mahal, namun untuk kesihatan anak-anak rasanya amat berbaloi.
  

Jika dihitung-hitungkan, pengambilan MEALSHAKES untuk kanak-kanak bwh usia 4 tahun hanya memerlukan 1 sudu kecil sehari yg dicampurkan dgn susu atau minuman kegemaran. Seperti anak-anak saya, sehari 1 sudu kecil dicampur dengan susu, rasa-rasanya boleh tahan hingga 4 bulan. Berbaloi kan?

"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Shaklee Independent Distributor ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) dan jimat sehingga 15-25%.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Monday, 5 May 2014

PROMO MAY 2014 - MEAL SHAKE


Meal Shake best!

PROMOTION BUY 6 FREE 1

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shake Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
 
Golongan yang sangat disarankan mengamalkan Meal Shake :

(1) Kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas untuk menampung nutrisi yang lompang bagi membantu
menaikkan selera makan serta meningkatkan antibodi badan
(2) Mereka yang sering "lupa bersarapan" dan inginkan sesuatu yang cepat serta mudah disediakan
(3) Ibu hamil yang mengalami alahan yang teruk sehingga hilang selera makan dan sering
muntah-muntah. Kombinasi bersama Performance Drink sangat disarankan untuk memastikan
badan cukup air.
(4) Mereka yang ingin menambah berat badan walaupun orang dewasa. Tidak dinafikan ada
orang dewasa yang mengalami masalah kurang berat badan.

Info istimewa mengenai Meal Shake :

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:


• Sarapan segera yang berkhasiat
• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera untuk para atlet
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium 

 

PERHATIAN : Mealshake bukanlah menjadi pengganti makanan (meal replacement) ataupun pengganti kepada susu yang diminum anak anda. Ianya hanya sekadar pemakanan tambahan. Anda masih perlu pastikan anak anda mengambil makanan mengikut piramid makanan yang disarankan

"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Shaklee Independent Distributor ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) dan jimat sehingga 15-25%.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...