Showing posts with label Set Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Set Ramadhan. Show all posts

Tuesday, 24 June 2014

TIPS BERPUASA UNTUK IBU MENYUSU

Pagi tadi MamaLuv kongsikan tip untuk kita kekal bertenaga dan cergas di bulan puasa. Jangan jadikan alasan berpuasa untuk kita tidak cergas dan  bertenaga.Tengahari nie pula, MamaLuv nak share Tips Berpuasa Khas Untuk Kaum Ibu Menyusu malah ibu hamil juga boleh turut mengikut tip ini. Seorang ibu menyusu yang bakal menempuh bulan ramadhan al-mubarak ini harus membuat persediaan awal bagi mengelak pekara-pekara yang tidak diingini berlaku seperti dehidrate, pening, mengigil-gigil kesejukan dan pelbagai lagi.

Perkara sebegini pernah berlaku pada MamaLuv kerana MamaLuv bertindak sambil lewa dan menganggapkan ia satu perkara biasa. Tetapi malangnya ia menganggu kesihatan MamaLuv di bulan puasa dan menganggu amalan ibadah MamaLuv. Sayangkan. Jadi MamaLuv harus mencari alternatif, Allah itu Maha Kaya MamaLuv jumpa jalan penyelesaiannya. MamaLuv bertemu dengan Mamaqaireen.com (Pn Dilla Jalil). Inilah tips yang MamaLuv amalkan 3 tahun yang lalu ketika MamaLuv menyusukan baby MamaLuv yang bongsu. Alhamdulillah saya kekal bertenaga dan cergas. Yang penting susu saya tetap maintain. Apa kata anda semua ibu menyusu di luar sana mencubanya. InshaaAllah membantu...

TIPS BERPUASA UNTUK IBU MENYUSU

Tips yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu menyusu :-


★SAHUR
1.Makan makanan berkhasiat.
2.Makan buah kurma
3.Minum air secukup
4.Ambil ESP + Mealshake + Performance Drink, B Com dan Alfalfa 2biji.

★KETIKA BERBUKA PUASA
1.Makan makanan seimbang
2.Minum air longan kering (rebus sendiri) atau apa2 air yang anda rasa boleh menambahkan susu..pastikan jangan ambil ais!
3.Ambil Vitalea, Vit C dan Alfalfa 2 biji

★SEBELUM TIDUR
1. Ambil ESP + Mealshake + Performance Drink
2. Amalakan mambaca surah Hujurat (banyakkan susu) dan Al-Waqiah (murah rezeki)

★MEMERAH
1.Perah pada waktu sahur
2.Perah pada waktu rehat di pejabat
3.Jika perlu lebihkan memerah pada malam hari

★MIND SETTING
1.Yakin boleh dan kawal emosi, elak dari stress
2.Kuatkan semangat
3.Dapatkan sokongan

1) Ketika nak makan nasi. Gumpalkan nasi sebanyak tiga kali ketul. Baca surah Al-Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal. Baca lagi, makan. Baca surah Al-Ikhlas setiap kali anda makan seketul gumpalan nasi tadi.

2) Dah habis tiga gumpal tu makanlah seperti biasa. Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, bacakan selawat satu kali dan makan sebiji buah kurma (ulang sehingga 7 kali bersamaan dengan 7 biji kurma).

3) Pastikan selepas berbuka sehingga bersahur banyakkan minum air masak. Letak botol di tepi katil untuk memudahkan kita minum setiap kali terjaga dari tidur.

credit to: mamaqaireen.blogspot.com


"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia


 

9 Tips Untuk Kekal Cergas Bertenaga Ketika Berpuasa

Cabaran 60 Hari - Day 7

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera semua..

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. Semalam MamaLuv lebih banyak share kepada anda semua tentang mana satu produk-produk shaklee yang sesuai untuk di amalkan ketika bulan puasa.Hari nie MamaLuv nak fokus pada tips-tips yang bersesuaian pula. 

9 tips kekal bertenaga ketika berpuasa
Kita mulakan dengan 9 tips kekal bertenaga ketika berpuasa :

1. Elakkan daripada tinggalkan sahur

Walaupun bersahur merupakan amalan sunat, namun ianya sangat digalakkan untuk diamalkan. Sabda Rasulullah saw, "sahurlah kamu, kerana dalam sahur itu terdapat berkat yang besar". Secara khususnya, di sepanjang tempoh masa 14 jam kita berpuasa, sel-sel tubuh kita masih memerlukan gizi yang secukupnya supaya badan dapat kekal bertenaga dan membolehkan kita melakukan kerja di waktu siang. Oleh itu, pilihlah menu yang mengandungi makanan berserat dan berprotein tinggi, namun awas makanan yang manis dalam kuantiti yang banyak perlu dihindari.

2. Jangan menangguh waktu berbuka
Berbukalah dengan makanan berkarbohidrat sederhana yang dapat memberi semula tenaga. Amalkan juga pengambilan suplemen seperti B Complex yang mampu memberi tenaga kepada tubuh badan kita.

3. Atur menu makanan
Amalkan makanan bergizi seimbang sama ada semasa bersahur mahupun berbuka. Walaupun dengan menu yang serba sederhana, yang penting 5 unsur gizi lengkap dipenuhi iaitu protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Untuk menghindari rasa lapar, makanan yang diambil perlulah terdiri daripada makanan tinggi serat yang lazimnya terdapat pada sayur dan buah.

4. Hindari minuman sejuk dan kandungan gula tinggi

Jangan minum air sejuk atau ais ketika berbuka kerana perut akan menjadi kembung akibat keadaan berasid di dalam perut yang 'terkejut' setelah seharian perut kosong. Sebaliknya biasakan berbuka dengan minuman suam dan air yang rendah kandungan gulanya. Berbukalah dengan kurma yang manis rasanya bagi menggantikan minuman manis.

5. Makan secara bertahap
Jangan terus makan sehingga kenyang ketika berbuka atau terus makan dalam hidangan yang besar kerana seharian perut kita kosong dan organ pencernaan berada dalam keadaan rehat.

6. Lakukan senaman ringan
Bersenam mampu melancarkan peredaran darah. Walaupun berpuasa, tiada alasan untuk tidak melakukan senaman ringan dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Contoh senaman ringan yang boleh diamalkan termasuk regangan tubuh, berjalan dan sebagainya. Lakukan sejam atau 2 jam sebelum berbuka. Selain itu, solat terawih juga dianggap senaman yang bagus kerana gerakan rukuk dan sujud itu sendiri boleh membakar kalori.

7. Banyak minum air antara waktu selepas berbuka sehingga sahur
Minumlah sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas air di antara waktu berbuka sehingga bersahur bagi menggantikan kehilangan air ketika berpuasa di siang hari.

8. Jangan terus tidur setelah bersahur
Tubuh badan kita memerlukan waktu untuk mencerna makanan dengan sempurna. Sehubungan dengan itu, elakkan daripada terus tidur selepas bersahur bagi memberi laluan kepada proses ini untuk berlaku.

9. Amalkan pengambilan Mighty 3 Gem ketika berbuka dan bersahur. Set Mighty 3 Gem terdiri daripada ESP, Mealshakes & Performance Drink (PD). Setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mengekalkan kecergasan dan tenaga badan khususnya di bulan Ramadhan dan sangat baik untuk diamalkan oleh semua lapisan individu termasuk ibu mengandung, ibu menyusu, warga tua mahupun kanak-kanak.


Berminat untuk mencuba Set Mighty 3 Gems. Info lanjut boleh klik disini

"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia


 

Monday, 23 June 2014

JOM KEKAL CERGAS & BERTENAGA DI BULAN RAMADHAN YANG BAKAL TIBA

Hari nie MamaLuv nak ajak semua peminat-peminat suplemen untuk KEKAL CERGAS & BERTENAGA DI BULAN RAMADHAN dengan Shaklee. Kenapa Shaklee ? Kerana pengalaman MamaLuv dengan ESP Shaklee, Performance dan Vitalea sungguh tidak menghampakan. Syukur Alhamdulillah boleh menjalankan ibadah puasa dengan cergas dan bertenaga.
 
Mari kita kenal dengan 3 produk yang menjadi permintaan tinggi di bulan puasa :
JOM KEKAL CERGAS & BERTENAGA DI BULAN RAMADHAN YANG BAKAL TIBA

Energizing Soy Protein
****************************
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.

Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,

Membekalkan tenaga,

Memberikan rasa kenyang

Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat

Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit

Membanyakkan susu badan (milkbooster)

Membantu mengekalkan kepejalan otot

Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal

mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat

 

Performance Drink
***********************
 

Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.


RECOMMENDED : Untuk sesiapa sahaja yang sedang bersiap sedia untuk menyambut Bulan Ramadhan termasuklah untuk ibu menyusu, ibu mengandung dan SESIAPA saja....

Berminat nak mencuba ?


"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...