Pada zaman dahulu, nenek moyang kita hidup dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi sebagai bahan makanan dan perubatan. Kita dapat lihat yang mereka semuanya sihat dan panjang umur. Malah kehidupan mereka begitu gembira. Namun pada hari ini pada usia muda lagi sudah ramai yang menghidap pelbagai penyakit kronik. Kita sendiri asyik sakit. Anak-anak pun selalu sakit. Keluar masuk hospital pun dah jadi perkara biasa. Tambah-tambah lagi kalau anak-anak kecil yang diletakkan di pusat jagaan. Kerap betul hidung berhingus!
Persoalannya?
Kenapa mudah sangat jatuh sakit?
Nak buat macam mana?
Kenapa mudah sangat jatuh sakit?
Nak buat macam mana?
Kelebihan Pengambilan Vitamin Meningkatkan Tahap Kesihatan
Banyak faktor yang mempengaruhi tahap kesihatan masyarakt sekarang. Kehidupan sekarang tidak sama macam zaman dahulu. Antara perbandingan yang dapat kita lihat ialah:
Makanan yang dulunya berzat, sekarang sudah kurang zatnya
Buah-buahan dan sayur-sayuran membina nutrien dari tanahnya. Tahukah kenapa petani di sesetengah tempat menanam tanaman mereka secara bergilir? Ia kerana selepas musim menuai, tanah akan hilang zatnya. Jadi mereka akan tanam tanaman legum untuk menggantikan zat tersebut. Tapi sekarang memandangkan permintaan pertanian tinggi, ramai petani dah tak buat macam tu. Tanaman yang sama ditanamn dan baja kimia digunakan supaya tanaman cepat besar. Jadi tanah yang kurang nutrien membekalkan nutrien yang kurang juga kepada pokok. Buah yang kita makan hari ini dah tak sama khasiatnya dengan buang yang sama 50 tahun dulu.
Proses yang mengurangkan zat buah dan sayur
Bukan saja proses memasak boleh merosakkan vitamin dalam makanan, tapi proses memetik, mengumpul, mengangkut, penyimpanan, pembersihan dan sebagainya dapat mengurangkan nutrien zat dan buah tersebut.
Bumi sudah tercemar!
Terlalu banyak pencemaran yang dah berlaku dimuka bumi ini. Pencemaran menyebabkan pemanasan global, pencemaran udara, pencemaran sungai dan sebagainya. Setiap hari kita terdedah kepada pelbagai jenis agen pencemaran samada melalui pernafasan, sentuhan, pemakanan, pendedahan kepada cahaya matahari dan sebagainya. Semua ini memberikan kesan kepada kualiti kesihatan kita.
Teknologi makanan segera
Pada zaman dulu nenek moyang kita kebanyakannya berkebun dan memperolehi makanan daripada hasil tanaman sendiri. Baja yang digunakan adalah baja asli. Tanaman yang dituai dan dimasak sendiri ternyata lebih bersih, segar, berkhasiat dan semulajadi. Secara tak langsung faktor inilah yang menjamin tahap kesihatan mereka agar kekal sihat dan bertenaga. Tapi zaman sekarang ni teknologi makanan membolehkan makanan segera boleh diperolehi dengan mudah. Makanan segera ni semestinya lah sudah melalui pelbagai proses daripada penuaian hinggalah penjualan. Macam-macam bahan pengawet, pewarna, perasa dan sebagainya yang dah dimasukkan semasa peringkat pemprosesan makanan. Bahan-bahan ini sebenarnya sangat tidak bagus untuk kesihatan.
Gaya hidup
Gaya hidup masyarakat sekarang yang sentiasa sibuk dan selalu nak cepat menyebabkan lebih ramai orang yang cenderung memilih makanan segera. Ada juga yang selalu 'skip' makan ataupun makan saja apa-apa pun asalkan tak lapar. Ini juga menyebabkan pengambilan nutrien yang tidak seimbang. Ditambah lagi dengan sikap kurang bersenam dan kurang minum air menyebabkan tahap kesihatan seseorang semakin merosot secara perlahan-lahan. Senyap-senyap tau-tau je dah ada penyakit!
Gaya hidup masyarakat sekarang yang sentiasa sibuk dan selalu nak cepat menyebabkan lebih ramai orang yang cenderung memilih makanan segera. Ada juga yang selalu 'skip' makan ataupun makan saja apa-apa pun asalkan tak lapar. Ini juga menyebabkan pengambilan nutrien yang tidak seimbang. Ditambah lagi dengan sikap kurang bersenam dan kurang minum air menyebabkan tahap kesihatan seseorang semakin merosot secara perlahan-lahan. Senyap-senyap tau-tau je dah ada penyakit!
Sumber diolah daripada: Mommy Lyna
Jadi, pengambilan vitamin dapat memberikan kelebihan dengan meningkatkan tahap kesihatan dalam badan setiap individu. Pengambilan vitamin dapat menampung kekurangan nutrien dalam pengambilan diet harian.
"Be Healthy & Stay Healthy"
Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:
✍ PM : http://www.facebook.com/messages/vitaminswithluv
✐ Blog : vitaminswithluv.blogspot.com
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang ( Bukit Raja, Meru dan Kapar)
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia
Setiap pembelian di vitaminswithluv akan melayakkan anda untuk menerima:
❃ Harga istimewa
❃ Hadiah percuma
Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) dan jimat sehingga 15-25%.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment