Wednesday 23 April 2014

TAK TAHU BAGAIMANA NAK TEST KESUBURAN ?

Setelah kahwin setahun dan mencuba untuk hamil tapi gagal , pasangan suami isteri perlu jumpa doktor untuk peperiksaan peranakan, scanning rahim dan ovary, ujian benih suami dan xray HSG untuk buka saluran benih isteri.

Antara ujian yang boleh dilakukan ialah :



Ujian kesuburan

1. Vaginal scanning untuk mengesan penyakit dalam peranakkan - fibroid, cyst, endometriosis dll.
-Kalau ada senggugut dan rahim kearah tonkin/retroverted, munkin ada endometriosis yang perlu dirawat

2, Xray Hysterosalpingogram (HSG) . Ini bertujuan untuk membuka saluran fallopian yang munkin kuncup atau sumbat akibat dari penyakit jangkitan kuman , endometriosis atau fibroid. Ia dilakukan olih pakar xray (radiologist) dan sejurus lepas haid; jika haid habis hari ke7, HSG dilakukan pada hari ke9, 10 atau 11, iaitu sebelum subur/ovulation.
Satu alat dimasukkn pada pintu rahim dan ubat cecair khas disuntikan kedalam rahim, biasanya 5 filem xray akan diambil untuk laporan tentang saluran fallopian.

3. Ujian sperma suami - sebaiknya dilakukan waktu isteri sedang haid dan tidak ada hubungan sex selama 2-3 hari. Boleh keluarkan sperma dirumah dan dibawa keklinik/makmal dalam botol khas dalam tempoh 1-2 jam, atau boleh keluarkan air mani dimakmal/klinik

4. Ujian Hormon.
Bagi wanita yang kitaran haid tidak teratur, misalnya 3-4 bulan sekali haid dan juga gemok/obesity, ujian darah untuk menyukat paras hormon FSH, LH, Estradiol, Progesteron, Prolactin dan Thyroxin adalah penting.
Kemnkinan dia mengidap PCOS

sumber : Dr Hamid Arsyat blog



Emma Kartika ID : 887782
Pengedar Sah Shaklee Klang (Bandar Bukit Raja) 
SMS/WhatsApp: 012-2285484

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...