Monday, 3 November 2014

7 Cara Kempiskan Perut Buncit Menggeleber Selepas Bersalin

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua,

Good Morning

Wahai pembaca semua...

Kebanyakan kaum ibu sejurus lepas bersalin pasti gelisah memikirkan perubahan yang bakal berlaku pada tubuh badannya. Bahagian yang paling ketara perubahannya pasti di perut. MamaLuv pasti masalah perut buncit dan menggeleber lah yang paling ditakuti sebab Mamaluv sendiri juga mengalami masalah yang sama. Di sini MamaLuv nak share sedikit info dengan anda semua 7 cara untuk kita kempiskan perut buncit dan menggeleber selepas bersalin.


Cara 1 - SUSU IBU
  • Susukan anak dengan susu badan kita (susu ibu) sebaik sahaja lepas bersalin. Sebaiknya, lakukan penyusuan eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan dan dilanjutkan sehingga 2 tahun. Tahukah anda dengan menyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari.

CARA 2 - BERBENGKUNG : 


  • Mungkin ramai di kalangan ibu-ibu yang tidak gemar berbengkung selepas bersalin - rimas, panas, tidak selesa dan sebagainya. Tapi tahukah anda, berbengkung boleh membantu mengembalikan bentuk badan asal. Gunakan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tak diingini. Pemakaian bengkung yang tidak betul juga boleh memudaratkan.

CARA 3- BERTUNGKU/ BERTANGAS/ BERSAUNA : 

  • Amalan bertungku mungkin sudah makin kurang popular pada hari ini. Selepas bersalin, bertungku adalah kaedah tradisional ibu-ibu sejak dahulu untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut/ rahim. Bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan

CARA 4 - KAWALAN PEMAKANAN : 


  • Ibu menyusu tidak digalakkan berdiet berlebihan kerana khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi diperlukan terutamanya di bulan-bulan pertama menyusukan bayi anda. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati dan mengabaikan bentuk badan yang semakin merosot. Jika anda tidak menyusu atau bayi anda tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, lakukan kawalan pemakanan yang sesuai bagi mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber semakin teruk. Kurangkan pengambilan lemak dan minyak, ambil protein mencukupi bagi membina semula otot dan mengelakkan perut menggeleber. Lebihkan makanan yang membantu proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu.

CARA 5 - SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL : 


  • Senaman kardiovaskular dan abdominal tertentu boleh membantu anda mengempiskan perut. Dapatkan kaedah yang betul senaman khusus untuk membentuk perut ini dari jurulatih senaman atau bahan rujukan yang disediakan pakar. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang juga mampu mengurangkan lebihan lemak di bahagian perut dan sekaligus membina otot perut. Lakukan secara konsisten bagi mendapatkan kesan terbaik

CARA 6 - BETULKAN POSTUR TUBUH : 


  • Kebanyakan ibu-ibu terlalu sibuk untuk mengambil berat postur badan mereka. Tahukah anda, masalah postur yang tidak baik ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang juga menyebabkan masalah perut buncit dan menggeleber sukar diselesaikan. Jangan pandang remeh cara anda bergerak setiap hari

CARA 7 - DETOKSIFIKASI : 

  • Lebihan toksin dalam badan kebanyakannya terkumpul di bahagian perut. Ia menyebabkan anda mengalami masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Lakukan proses detoksifikasi dari masa ke semasa dan apabila perlu bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh anda terutamanya perut.
Mudahkan dengan 7 cara yang telah MamaLuv sharekan ini. Apa kata anda semua ikhtiar dengan 7 cara ini..MamaLuv pasti anda semua boleh lakukannya. InshaaAllah membantu. 

Jika anda masih tercari-cari SET BERSALIN yang SELAMAT dan BERKESAN, Shaklee lah pilihannya. Untuk keterangan, Klik Disini

Shaklee turut menyediakan SET KURUSKAN BADAN yang SELAMAT untuk ibu menyusu. Untuk keterangan, Klik Disini




Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, anda boleh hubungi saya Emma Kartika 012-2285484 atau klik saja icon di bawah 

Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:


➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782

 Email : ikka1979@gmail.com 

✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 

➲ Cash On Delivery (COD) : Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 

 Penghantaran ke seluruh Malaysia

Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) & jimat sehingga 15-25%.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...