Monday, 18 August 2014

Tips Diet Yang Berkesan

Cabaran 60 Hari - Day 34

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. Hari nie MamaLuv nak cerita tentang diet. Ramai di kalangan kita yang menganggap diet itu "kurus"..ANDA SALAH !! Diet itu bukan kurus tetapi merupakan satu aturan pemakanan khusus untuk kesihatan dan satu usaha untuk menurunkan berat badan dengan mengaturkan pola pemakanan yang dengan nutrisi yang betul. Di sini MamaLuv nak share dengan anda semua tentang tips diet yang berkesan. Ada 7 tips diet yang berkesan perlu anda tahu...
Tips Diet Yang Berkesan

Tip-tip yang disenaraikan dibawah akan membantu anda untuk melihat perubahan yang lebih cepat kerana ia akan meningkatkan metabolisma, mengelakkan rasa lapar, menambahkan tenaga dan membuatkan anda berasa lebih baik secara keseluruhannya. Jom baca dan amalkan~~

1. Menambah Karbo Selepas Senaman

Perkara asas yang paling penting dalam diet adalah memastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Mengisi atau menambah semula bekalan karbo didalam badan selepas dari sesi senaman anda. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam keadaan yang lemah dimana penambahan karbo sangat diperlukan. Perlu diketahui juga bahawa pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.

2. Jangan Tidur Ketika Lapar


Langkah kedua yang akan membantu mempercepatkan pengurangan berat badan ialah tidak tidur ketika lapar. Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan berat badan. Hakikatnya adalah makan pada lewat malam tidak akan membantutkan usaha anda. Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protin adalah baik untuk anda.

3. Lengkapkan Dengan Protien

Protin adalah nutrien terpenting dalam plan diet anda. Protin akan membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot anda mendapat bekalan yang secukupnya.Pastikan anda mengambil protin yang baik bagi setiap hidangan anda dan mencapai keperluan harian anda.

4. Jadualkan ‘Cheat Day’

Ramai yang beranggapan bila diet, anda perlu elakkan semua jenis makanan yang anda suka jika inginkan hasil yang baik. Satu persepsi yang tidak betul.Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari hari seminggu untuk ‘Cheat Day’ dari anda memilih untuk makan pada bila-bila masa sahaja.

5. Saratkan Dengan Serat

Serat juga merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang.Sekurang-kurangnya anda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan. Sumber serat terdiri dari sayur, buah-buahan dan gandum penuh.

6. Kawal Pengambilan Minuman

Salah satu yang sering diabaikan dalam kebanyakkan plan diet ialah pengambilan minuman. Jika anda seorang yang gemar dengan minuman-minuman yang manis ini, anda mungkin telah mengambil kalori yang berlebihan tanpa anda sedari. Perlu diingat bahawa kalori melalui minuman juga dikira.Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini dengan air suam atau air kosong.

7. Makan Lebih Produk Tenusu (Dairy Product)


Akhir sekali, tip yang boleh mempercepatkan pengurangan berat badan ialah dengan mensasarkan untuk makan lebih banyak produk tenusu dengan kerap. Ramai yang menganggap mereka perlu menghadkan pengambilan produk tenusu ketika dalam usaha menurunkan berat badan tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Cuma pastikan anda memilih dari variasi rendah lemak.

Di shaklee, kami turut mempunyai set untuk menurunkan berat badan secara sihat.
Untuk keterangan lebih lanjut tentang Set Kurus Shaklee, boleh klik disini 

"Be Healthy & Stay Healthy"



Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia



**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...