Wednesday, 7 May 2014

MEALSHAKES MENINGKATKAN SELERA MAKAN ANAK-ANAK


KEBANYAKAN ibu bapa pening memikirkan cara untuk meningkatkan selera makan anak-anak kecil. MamaLuv turut juga melalui masalah yang sama. Tidak dinafikan di usia begini, ibu bapa menghadapi cabaran yang cukup besar dalam menangani kerenah anak-anak yang cerewet makan. Ada juga ibu bapa yang memandang ringan tentang pemakanan anak-anak mereka terutama yang berusia satu hingga enam tahun. Tambahan lagi pelbagai pilihan boleh didapati dengan mudah. Oleh itu, anak-anak lebih gemar memilih makanan ringan daripada yang berkhasiat mengikut selera mereka.
Anak susah nak makan
Apakah punca si kecil hilang selera makan ?

✎Antara sebab utamanya ialah tabiat makan tidak betul dan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Berikut terdapat beberapa lagi masalah yang menyebabkan anak-anak mengalami masalah pemakanan, antaranya ialah:

➢ Terlalu banyak bermain

Kebiasaannya, kanak-kanak banyak menghabiskan waktunya untuk bermain hingga mengabaikan waktu makan. Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda harus menetapkan jadual makan kepada mereka setiap hari. Memang jika dibiarkan lama-kelamaan, anak-anak akan mengalami kekurangan berat badan seterusnya jatuh sakit akibat daripada jadual makan yang tidak teratur.

➢Tiada kawan

Kanak-kanak juga gemar makan berteman, cuba perhatikan jika si anak makan bersama rakan-rakan sebayanya dan makan berseorangan di rumah. Pasti ada bezanya bukan, kanak-kanak kelihatan lebih berselera jika makan beramai-ramai, apatah lagi berebut makanan. Oleh itu, jika tiba waktu makan, terutamanya di waktu cuti, apa kata anda makan di meja bersama keluarga, berkemungkinan selera anak anda akan meningkat.

➢Masalah kesihatan

Kanak-kanak yang meningkat usia sering kali mengalami masalah kesihatan seperti demam, selesema dan batuk. Masalah kesihatan yang dialami secara tidak langsung akan membuatkan selera makan anak-anak terbantut, seterusnya mereka lebih rela tidak makan. Oleh itu, si ibu perlu bijak menangani masalah ini, seperti menyediakan bubur yang menyelerakan untuk menarik selera anak anda untuk menjamah makanan. Jika mereka sakit dan dibiarkan berterusan, mungkin kesihatan anak anda akan semakin parah.

➢Masalah gigi rosak

Masalah gigi rosak di kalangan kanak-kanak juga mempengaruhi selera makan mereka. Gigi yang rosak membuatkan anak-anak sukar untuk menggigit dan mengunyah makanan. Apabila berhadapan dengan masalah ini, mereka akan berputus asa untuk makan, oleh itu pemakanan yang sesuai juga perlu diambil kira oleh si ibu bagi anak-anak yang mengalami masalah gigi.

➢Jenis makanan & cara masakan yang sama

Golongan dewasa akan jemu jika disajikan jenis makanan dan cara masakan yang sama setiap hari. Begitu juga dengan kanak-kanak, mereka mungkin akan menghadapi situasi yang sama, oleh itu apa kata anda cuba pelbagaikan jenis makanan dan cara masakan. Di samping itu, sajikan makanan dengan cara kreatif dan berwarna-warni agar anak tertarik untuk makan.

sumber: article dlm sinarharian.com.my


MEALSHAKES SHAKLEE DAPAT MENINGKATKAN SELERA MAKAN KANAK-KANAK 
 

Selain fungsinya yang meningkatkan sistem imun badan, MEALSHAKES juga membantu meningkatkan selera makan anak-anak kita. Oleh itu, saya sarankan pengambilan mealshake untuk mereka yang picky eater ni. Mealshake ni berperisa vanilla dan mempunyai bau yg sgt menyelerakan. Rasanya agak manis, seperti milk shake yang biasa kita order di restoran tu. Mungkin harganya agak mahal, namun untuk kesihatan anak-anak rasanya amat berbaloi.
  

Jika dihitung-hitungkan, pengambilan MEALSHAKES untuk kanak-kanak bwh usia 4 tahun hanya memerlukan 1 sudu kecil sehari yg dicampurkan dgn susu atau minuman kegemaran. Seperti anak-anak saya, sehari 1 sudu kecil dicampur dengan susu, rasa-rasanya boleh tahan hingga 4 bulan. Berbaloi kan?

"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Shaklee Independent Distributor ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) dan jimat sehingga 15-25%.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...