Tuesday, 30 September 2014

Tip Bina Keyakinan Diri Anak

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

Minggu ini MamaLuv rasa nak share je semua tips yang MamaLuv tahu. Bila kita banyak membaca nie..ilmu pengetahuan pun banyak..rasa macam rugi jer kalau tak sharekan. Bak kata omputih Sharing is Caringkan. Jadi hari nie MamaLuv nak share dengan anda semua tentang tip bagaimana nak membina keyakinan diri anak kita.Keyakinan dibentuk dari kecil. Bagaimana mereka mengharungi zaman kanak-kanak banyak mempengaruhi karekter seseorang itu. Sebagai seorang ibu atau bapa kita memainkan peranan yang penting dalam memupuk jati diri anak kita. Kita diberi amanah yang sangat besar oleh Allah s.w.t. untuk menjadikan anak kita seorang insan yang terbaik.




Tips Bina Keyakinan Diri Anak Kita
Tip Cara Membina Keyakinan Diri Anak Kita:
1. Ajar anak anda mengenal Allah dan Rasulullah s.a.w. Jangan menakut-nakutkan anak anda dengan perkara-perkara yang tahyul seperti hantu dan sebagainya sebaliknya ajarkan anak anda supaya hanya takut kepada Allah dan mencontohi Rasulullah s.a.w. Ceritakan kepada anak anda tentang keperibadian Rasulullah agar satu hari nanti dia akan mencontohi keberanian baginda.

2. Contoh melalui teladan. Kanak-kanak sering belajar melalui pengamatan dan tentu sekali mereka akan mencontohi orang yang terdekat dengan mereka iaitu kedua orang tuanya. Tunjukkan keyakinan diri yang tinggi di hadapan anak anda agar ia boleh dicontohi oleh mereka. Ingat, yakin diri tidak sama dengan meninggi diri! Tunjukkan keyakinan di hadapan anak anda tetapi elakkan dari berkelakuan sombong dan meninggi diri.

3. Beri galakkan kepada anak anda. Ini termasuklah menggalakkan dia supaya berkawan dan bermain dengan rakan-rakan sebaya. Sokong anak anda jika dia ingin melakukan sesuatu hobi yang bermanfaat untuknya. Jangan sekat potensi mereka selagi perkara itu tidak bertentangan dengan agama dan moral kita.

4. Beri ganjaran kepada mereka. Iktiraf kejayaan mereka. Tentu ada sebabnya mengapa kanak-kanak tadika diberikan “bintang” oleh guru-guru mereka apabila mereka melakukan sesuatu perkara yang baik. Ia merupakan sejenis “ganjaran” atas sesuatu yang dilakukan mereka. Ganjaran ini dapat memberikan mereka rasa percaya diri yang tinggi dan dapat membentuk karekter mereka. Berikan ganjaran kepada anak anda. Tidak perlu yang mahal-mahal kadangkala perkataan “tahniah!” sudah memadai.

5. Beri mereka tanggungjawab. Amanah ataupun tanggungjawab merupakan satu cara yang baik untuk meningkatkan keyakinan diri seorang kanak-kanak. Tanggungjawab yang anda berikan kepada mereka dapat membuatkan mereka berasa dipercayai oleh ibu-bapa mereka sekaligus melonjakkan keyakinan diri mereka. Mungkin anda boleh beri tanggungjawab untuk mengemas bilik mereka setiap hari. Pastikan anda sentiasa mengawal dan sekali sekala berikan hadiah kepada mereka sebagai pembakar semangat.

6. Hormati orang lain. Ajar anak anda supaya menghormati orang lain terutama orang yang lebih tua. Pastikan anda tidak menunjukkan sikap yang tidak baik seperti mengata atau mencaci orang lain di hadapan anak anda. Merendah-rendahkan orang lain adalah satu tanda bahawa seseorang itu tidak mempunyai keyakinan diri.

7. Biarkan anak anda gagal! Mungkin point yang terakhir ini agak ekstrem tetapi cara ini dapat memupuk keyakinan seseorang untuk lebih berusaha. Anda sebagai seorang ibu atau bapa harus memberikan galakan supaya anak anda mencuba lagi sehingga berjaya. Elakkan dari mengejek atau mentertawakan kegagalan mereka. Jadilah seorang ibu-bapa yang positif yang menanam sikap positif ke dalam fikiran anda anda.

Ingin mencari makanan tambahan/supplement untuk anak anda?


"Be Healthy & Stay Healthy" 

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...