Friday, 29 August 2014

Vitamin Untuk Perokok Tegar

Cabaran 60 Hari - Day 37

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta.Hari ini MamaLuv nak berkongsi vitamin yang bersesuaian untuk perokok. Alhamdulillah dengan mengumpul maklumat dan feedback dari customer-customer MamaLuv ada yang dulunya seorang perokok tegar kini sudah mulai berkurang utk merokok sejak beberapa bulan yang lepas. Perhatian ya....! Sesiapa yang mahu mencuba cara ini, ia hanya satu bentuk usaha bukan jaminan 100% anda akan berhenti. Jika tak berhenti pun anda akan mendapat kesihatan yang lebih baik. In Sha Allah...

Basically anda amat digalakkan untuk detox dulu dengan DTX Complex kerana hati perokok tegar ni jika di scan ianya akan berwarna lebih gelap berbanding dengan yang tidak merokok.Dalam masa yang sama amalkan vitamin C kerana perokok akan banyak kehilangan vitamin C dalam tubuh sepanjang aktiviti merokok. Nikotin akan mempengaruhi metabolisme tubuh yang menyebabkan tubuh kita tidak mampu menyimpan vitamin C dengan baik. Jadi perokok perlu mengambil vitamin C dengan kadar yang banyak untuk membersihkan nikotin dalam darah.

Artikel kajian perokok di US ada menyatakan :

Spray vitamin C into the back of the mouth and throat each time you want a cigarette. (Drug and Alcohol Dependence, 1993:337, p 211-213.)

So tak perlulah anda bersusah payah nak mencari dan membeli spray vitamin c ini kerana harganya pun agak mahal & sukar didapati di Malaysia nie. Amalkan sahaja Sustained Released Vitamin C Shaklee. Sebaik-baiknya hancurkan ia di dalam air dan di minum terus setiap kali selepas merokok. Bila nikotin dalam darah sudah disingkirkan, maka sedikit demi sedikit akan kurang ia bergantung pada badan si perokok terhadap nikotin itu. Seterusnya inshaaAllah keinginan terhadap nikotin akan berkurangan.


Vitamin Untuk Perokok Tegar

Antara suplemen-suplemen lain yang dicadangkan :

1) Vivix - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
2) Nutriferon - Merangsang sistem imun
3) Vitamin C - Antioksidan. Merokok mengurangkan vitamin C secara mendadak
4) B-Complex - Perlu dalam sistem selular enzim perokok yang rosak
5) Caratomax - Pemulihan membran mukosa. Perlindungan peparu
6) Alfalfa - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak, tisu
7) DTX Complex - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak, tisu


"Be Healthy & Stay Healthy" 

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia


**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.





Thursday, 28 August 2014

Cara Mengatasi Stretch Marks Ketika Hamil

Cabaran 60 Hari - Day 36

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. Minggu lepas MamaLuv diajukan beberapa soalan mengenai produk Shaklee yang berkait rapat dengan masalah stretch marks ketika hamil. Rata- rata kita mesti risau dengan stretch mark yang ada terutama ibu-ibu lepas bersalin. Tanda stretch marks ni membuatkan kita kurang keyakinan diri dan merasakan kulit tidak lagi secantik dahulu. Jangan biarkan lama-lama stretch mark ini kerana ianya akan membuatkan kita kelihatan tidak berkeyakinan. 

Cara Mengatasi Stretch Marks Sewaktu Hamil

Apa itu Stretch Marks?
Stretch Marks berlaku terutamanya pada ibu hamil di mana kulit mengalami regangan yang terlampau disebabkan pertumbuhan bayi dalam perut. Regangan yang terlampau akan membuatkan lapisan kulit kita pecah dan akan timbullah garisan yang tidak diingini. Kebiasaaannya ia berlaku di perut, paha, punggung dan juga di bahagian payudara. Ia juga berlaku bila keadaan ibu yang mengalami peningkatan berat badan yang mendadak semasa hamil.

Cara mengatasi stretch marks ketika hamil


1. Ambil makanan sihat untuk melembabkan kulit anda. Ambil vitamin prenatal dan makan makanan dengan kalori yang betul dari makanan berkhasiat iaitu yang mengandungi kalsium, protein, buah-buahan dan sayuran.

2. Minum 8 gelas air masak atau lebih untuk menjaga kelembapan dan elastisiti kulit.

3. Berjaga-jaga dengan peningkatan berat badan, pastikan peningkatan berat badan sewaktu hamil adalah mengikut amaun yang disyorkan.

4. Lembabkan bahagian-bahagian yang dijangka akan terjadinya stretch marks seperti di payudara, paha dan pinggul setiap pagi dan malam dengan pemakaian losen atau minyak coco butter dan sebagainya.



5. Pengambilan diet yang tinggi protein. Protein akan merangsang komposisi kolagen kulit, dengan peningkatan kolagen ini akan mengurangkan kesan stretch marks yang ada. Dengan ini MamaLuv mencadangkan anda semua untuk mengamalkan produk Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee yang kaya dengan soya proteinnya. Dengan pengambilan secara konsisten sudah pasti akan merubah kepada keadaan kulit yang lebih baik.

Cara Mengatasi Stretch Marks Ketika Hamil

"Be Healthy & Stay Healthy" 

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia


**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.



Wednesday, 20 August 2014

Bagaimana Nak Meningkatkan Metabolisme

Cabaran 60 Hari - Day 35

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. Hari nie MamaLuv nak cerita tentang metabolisme. Ialah metabolisme nie berkait rapat dengan aktiviti menurunkan berat badan. Salah satu tips untuk kurus@menurun berat badan ialah dengan meningkatkan tahap metabolisme kita. Anda semua pasti pernah tertanya-tanya atau berkata-kata pada rakan anda atau sesiapa saja..."budak tu makan banyak mana pun berat badan dia tak naik-naik pun..maintain jer slim, tp kalau kita makan banyak macam dia esok pasti rasa dah naik berkilo-kilo"...betul tak? Anda tahu apa puncanya ? Ha...puncanya ialah metabolisme..;-) 

Bagaimana Nak Meningkatkan Metabolisme

Apa itu metabolisme?
 

metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.
 

Metabolisme bagi setiap individu berbeza. 

Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

Persoalannya, bolehkah kadar metabolisme tersebut berubah?


Sudah tentu. Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.

Berikut merupakan 10 kaedah mudah untuk meningkatkan metabolisme anda:


10 Tip Meningkatkan Metabolisme Badan


  1. Minum Air Secukupnya. Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum. 
  2. Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.
  3. Makan! Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
  4. Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
  5. Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
  6. Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.
  7. Lakukan senaman menggunakan pemberat. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori.Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
  8. C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
  9. Pedas! Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
  10. Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh Oolong. Teh hijau dan teh Oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya. 
Di shaklee, kami mempunyai minuman berjenis teh yang membantu untuk meningkatkan tahap metabolisme dan juga tenaga. Ia di panggil Cinch Tea. Untuk keterangan lanjut. Klik disini

Untuk menurunkan berat badan secara sihat. Boleh dapatkan Set Kurus Shaklee. Keterangan lanjut boleh klik disini 

"Be Healthy & Stay Healthy" 

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia



**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.

Monday, 18 August 2014

Tips Diet Yang Berkesan

Cabaran 60 Hari - Day 34

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. Hari nie MamaLuv nak cerita tentang diet. Ramai di kalangan kita yang menganggap diet itu "kurus"..ANDA SALAH !! Diet itu bukan kurus tetapi merupakan satu aturan pemakanan khusus untuk kesihatan dan satu usaha untuk menurunkan berat badan dengan mengaturkan pola pemakanan yang dengan nutrisi yang betul. Di sini MamaLuv nak share dengan anda semua tentang tips diet yang berkesan. Ada 7 tips diet yang berkesan perlu anda tahu...
Tips Diet Yang Berkesan

Tip-tip yang disenaraikan dibawah akan membantu anda untuk melihat perubahan yang lebih cepat kerana ia akan meningkatkan metabolisma, mengelakkan rasa lapar, menambahkan tenaga dan membuatkan anda berasa lebih baik secara keseluruhannya. Jom baca dan amalkan~~

1. Menambah Karbo Selepas Senaman

Perkara asas yang paling penting dalam diet adalah memastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Mengisi atau menambah semula bekalan karbo didalam badan selepas dari sesi senaman anda. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam keadaan yang lemah dimana penambahan karbo sangat diperlukan. Perlu diketahui juga bahawa pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.

2. Jangan Tidur Ketika Lapar


Langkah kedua yang akan membantu mempercepatkan pengurangan berat badan ialah tidak tidur ketika lapar. Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan berat badan. Hakikatnya adalah makan pada lewat malam tidak akan membantutkan usaha anda. Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protin adalah baik untuk anda.

3. Lengkapkan Dengan Protien

Protin adalah nutrien terpenting dalam plan diet anda. Protin akan membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot anda mendapat bekalan yang secukupnya.Pastikan anda mengambil protin yang baik bagi setiap hidangan anda dan mencapai keperluan harian anda.

4. Jadualkan ‘Cheat Day’

Ramai yang beranggapan bila diet, anda perlu elakkan semua jenis makanan yang anda suka jika inginkan hasil yang baik. Satu persepsi yang tidak betul.Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari hari seminggu untuk ‘Cheat Day’ dari anda memilih untuk makan pada bila-bila masa sahaja.

5. Saratkan Dengan Serat

Serat juga merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang.Sekurang-kurangnya anda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan. Sumber serat terdiri dari sayur, buah-buahan dan gandum penuh.

6. Kawal Pengambilan Minuman

Salah satu yang sering diabaikan dalam kebanyakkan plan diet ialah pengambilan minuman. Jika anda seorang yang gemar dengan minuman-minuman yang manis ini, anda mungkin telah mengambil kalori yang berlebihan tanpa anda sedari. Perlu diingat bahawa kalori melalui minuman juga dikira.Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini dengan air suam atau air kosong.

7. Makan Lebih Produk Tenusu (Dairy Product)


Akhir sekali, tip yang boleh mempercepatkan pengurangan berat badan ialah dengan mensasarkan untuk makan lebih banyak produk tenusu dengan kerap. Ramai yang menganggap mereka perlu menghadkan pengambilan produk tenusu ketika dalam usaha menurunkan berat badan tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Cuma pastikan anda memilih dari variasi rendah lemak.

Di shaklee, kami turut mempunyai set untuk menurunkan berat badan secara sihat.
Untuk keterangan lebih lanjut tentang Set Kurus Shaklee, boleh klik disini 

"Be Healthy & Stay Healthy"



Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia



**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.

Wednesday, 13 August 2014

PUNCA GAGAL MENURUNKAN BERAT BADAN

Cabaran 60 Hari - Day 33

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. Semalam MamaLuv di ajukan beberapa soalan oleh customer kenapa beliau gagal menurunkan berat badan. Sedikit info yang MamaLuv boleh kongsi dengan anda semua punca utama kenapa anda gagal menurunkan berat badan.

PUNCA GAGAL MENURUNKAN BERAT BADAN

PUNCA GAGAL MENURUNKAN BERAT BADAN

1. Elak waktu makan
Ramai beranggapan dengan "skip" waktu makan, ia merupakan cara terbaik untuk kurus. Sebenarnya TIDAK. Ini bukanlah caranya.Sebaliknya, anda perlu mengisi perut pada setiap waktu makan. Pilih menu yang sihat dan seimbang. Contohnya sarapan pagi. Ia membekalkan tenaga terpenting untuk memulakan hari anda. Jikalau anda "skip", badan dan otak anda kurang bermaya.Begitu juga dengan makan malam. Anda sepatutnya makan lebih awal seperti sebelum waktu Maghrib. Atau lebih kurang dalam pukul 7 malam.

2. Enggan bersenam
Eeh.. mana boleh camni. Mahu atau tidak, anda MESTI bersenam. Tak cukup sekadar jaga pemakanan. Dengan senaman, kadar metabolisme tubuh anda akan meningkat. Seterusnya ia akan membantu proses pembakaran lemak dalam tubuh. Kemudian, barulah berat badan anda boleh turun. Kalau malas sangat2 nak bersenam, buat la regangan ringan sikit-sikit.. :))

3. Enggan menyentuh kalori
Badan anda perlukan kalori. Jadi, mahu atau tidak anda mesti ambil kalori. Cuma, jumlah pengambilannya perlulah bersesuaian.

Pengambilan jumlah kalori yang bersesuaian ialah;
Lelaki ~ 2500 kalori setiap hari
Wanita ~ 2000 kalori setiap hari

Anda tahu tak kesan pengambilan kalori yang terlalu sedikit pada tubuh??
Kadar metabolisme tubuh anda akan turun secara mendadak. Malah ia boleh menyebabkan ANEMIA.

4. Hanya makan buah dan sayur
Jika cuma ambil buah-buahan dan sayuran, tubuh anda tak cukup nutrisi dan mineral. Begitu juga dengan karbohidrat dan lemak. Tubuh anda perlukan semuanya pada kadar yang berpatutan.

5. Suka salad mayonis
Tak dinafikan, salad yang dicampurkan dengan mayonis memang sedap. Tapi jikalau salad yang anda makan telah ditambah pelbagai perisa (tinggi kalori), ianya tak bermakna langsung.Gerenti berat badan anda takkan turun. Huhuhu...

6. Tak minum susu langsung
Saya tahu ramai yang tak sukakan susu. Terutamanya susu rendah lemak. Sebab tak sedap, kan?Tapi, pengambilan susu rendah lemak membantu menguatkan tulang, melengkapkan keperluan nutrisi tubuh dan juga menurunkan berat badan anda.Kajian mendapati pengambilan susu rendah lemak mampu membuatkan anda berasa kenyang. Ini disebabkan oleh kandungan protein yang ada padanya.Sekiranya anda nak elakkan rasa lapar pada waktu malam, minumlah segelas susu rendah lemak. Di mana kandungan lemaknya kira-kira 8 gram/gelas.

7. Penurunan berat badan yang mendadak
Sepatutnya anda perlu risau dengan keadaan ini. Bukannya suka. Mesti ada yang tak kena pada diri anda. Dalam seminggu, penurunan berat IDEAL dalam lingkungan 0.5kg - 1kg.
Jika lebih dari julat tersebut, ia akan menimbulkan komplikasi. Di mana hati dan ginjal anda dipaksa bekerja keras untuk menggantikan glukosa dalam darah.Diharap dengan perkongsian ini, persoalan seperti "Kenapa aku dah puas berdiet, tapi berat masih gak tak turun-turun?" terjawab.

Di shaklee, kami turut mempunyai set untuk menurunkan berat badan secara sihat.
Untuk keterangan lebih lanjut tentang Set Kurus Shaklee, boleh klik disini

"Be Healthy & Stay Healthy"



Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia



**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.

Tuesday, 12 August 2014

Apakah itu Shaklee Advanced Joint Health Tablet ( AJHT ) ?

Cabaran 60 Hari - Day 32

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. Sejak kebelakangan ini , MamaLuv selalu di ajukan soalan apa itu AJHT Shaklee ?, AJHT sesuai untuk siapa? AJHT di perbuat dari bahan-bahan seperti apa?....dan pelbagai soalan lagi. Jadi hari nie MamaLuv nak jawab semua soalan-soalan bombastic itu...


Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet ( AJHT ) ?

Soalan-soalan yg biasa ditanya mengenai AJHT
Q : Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet? 
A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalammengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Q: Apakah ekstrak jagung? 
A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Q: Apakah Boswellia ? 
A: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa? 
A: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama? 
A: Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet? 
A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin? 
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C? 
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen.Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan? 
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran? 
 A : Ya.

Sumber:: Shaklee Advanced Joint Health Tablet booklet

Bagi yang selalu sakit-sakit sendi, tak kiralah ibu mengandung ke, selalu sakit-sakit belakang, ibu-ibu kita atau ayah-ayah kita, ahli-ahli sukan, or kita sendiri yg jenis aktif kan, ini amat sesuai utk mengurangkan sakit sendi..dan yang paling best, kesannya boleh dilihat seawal 5 hari! itu yang best tuh..yg slip disc ke, yang sakit lutut ke..boleh cuba.


"Be Healthy & Stay Healthy"



Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:


✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.

Monday, 11 August 2014

KEBAIKAN GLA COMPLEX KHUSUS UNTUK WANITA

Cabaran 60 Hari - Day 31

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. Rata-rata bulan nie semua orang akan bercerita tentang GLA Complex Shaklee. Hari nie MamaLuv nak cerita tentang kebaikan GLA Complex khusus untuk wanita dan kenapa GLA Complex menjadi rebutan wanita masa kini. Ini semua sebab nak cantik cara mudah dan jimat !!!  

Anda TAK PERCAYA ? 

Meh sini MamaLuv SHARE ...

 KEBAIKAN GLA COMPLEX KHUSUS UNTUK WANITA

RINGKASAN KEBAIKAN GLA COMPLEX SHAKLEE:

Untuk wanita muda 20an

++++Setiap hari adalah hari menggembirakan++++

Mengembalikan kitar haid yang normal

Melegakan sakit ketika datang haid

Mengekalkan kulit yang sihat & mengurangkan jerawat

Untuk wanita 30 - 40an

++++Penyelesaian kecantikan yang menyeluruh++++

Mengurangkan eczema

Memperbaiki kulit tumit kaki yang merekah

Melegakan kulit kepala yang gatal

Memperbaiki rambut yang kering dan rosak

Menguatkan kuku yang rapuh & mengelupas

Untuk Wanita 50an ke atas

++++Menerima perubahan usia dengan baik++++

Mengurangkan simptom putus haid seperti panas badan,perubahan mood & masalah tidur

Melegakan sakit sendi

Memperbaiki kulit yang kering

Mengurangkan garisan halus & kedutan untuk kulit tampak lebih muda



Kesimpulannya, GLA memang terbaik untuk kecantikan kulit wajah, rambut yang berkilat & bersinar, kuku yang cantik, kulit badan yang sihat serta keselesaan perut pada setiap kali datang bulan (period pain), period tidak teratur .Kalau tak percaya, anda harus mencubanya. Dah ramai yang dapat kesan positif hasil daripada pengambilan GLA Complex.



GLA juga sesuai untuk wanita yang ingin hamil. Alhamdulillah ramai yang berjaya hamil apabila mencuba GLA Complex ini. 


Jadi tunggu apa lagi??? Grab secepat mungkin sementara offer dibuka & masih ada masa lagi untuk kulit wajah anda menjadi glowing berseri-seri.



"Be Healthy & Stay Healthy"



Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.

Thursday, 7 August 2014

Anda Menghadapi Masalah Sukar Untuk Tidur ?

Cabaran 60 Hari - Day 30

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. Sejak kebelakangan ini MamaLuv ada terima beberapa panggilan tentang masalah sukar untuk tidur. Mereka yang mungkin mengalami masalah sukar tidur disebabkan oleh tekanan kerja yang dialami atau sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang untuk tidur yang lewat dan sekejap. Satu ketika dulu MamaLuv juga pernah menghadapi masalah yang sama, tetapi sekarang tidak lagi. Apa rahsianya? Sekejap nanti MamaLuv akan kongsikan dengan anda semua....

TAHUKAH ANDA, masalah gangguan tidur atau tidur yang tidak mencukupi membantutkan proses menurunkan berat badan bagi sesiapa yang sedang dalam proses menurunkan berat badan. Jurulatih kecergasan Mike Mahlker(mikemahler.com) menyatakan tidur yang cukup dan berkualiti akan meningkatkan penghasilan Melatonin yang akan menurunkan hormon yang boleh menyebabkan lemak tersimpan. Ini bermakna tidur yang berkualiti dan mencukupi boleh membakar kalori dan mengelakan kalori tersebut tersimpan sebagai lemak. Melatonin juga adalah merupakan antioksidan yang kuat, menghalang pengumpulan lemak perut dan peningkatan insulin dan sensitivity hormon leptin.Tidur juga adalah cara semulajadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia. Ini diakui oleh Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie.

Menurut kajian yang dilakukan di Universiti Warwick,mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.


Anda Menghadapi Masalah Sukar Untuk Tidur ?



Berdasarkan risiko – risiko diatas, kita sepatutnya berusaha untuk mendapatkan tidur yang mencukupi, kepada anda yang mengalami masalah kesukaran untuk tidur, tip-tip di bawah mungkin dapat membantu

5 Makanan yang boleh membantu untuk dapatkan tidur yang sempurna

1. Anggur

Anggur secara semulajadinya mengandungi kandungan Melantonin yang tinggi yang boleh mambantu mengawal jam badan (body clock) anda. (Men's Fitness)

2. Oat

Oat dan makanan yang berasaskan gandum (wholegrain) akan meransang penghasilan serotonin dalam otak. Serotonin adalah sejenis hormon yang terdapat dalam tubuh manusia yang mengawal mood, mengurangkan emosi negative dan membuatkan seseorang menjadi lebih bahagia (DiariBintang.com dan Men's Fitness)

3. Kacang Almond

Kacang Almond mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang membantu badan anda untuk tidur dan mendorong penghasilan serotin. (Men's Fitness)

4. Susu

Susu adalah sejenis sumber kalsium yang baik kepada badan yang mana akan dengan kombinasi tryptophan akan menghasilkan serotonin dan melatonin. Ini akan menghasilkan tidur yang berkualiti, (Men's Fitness)

5. Pisang

Buah yang kaya dengan magnesium ini akan membantu merehatkan otot badan ketika tidur, ia akan membantu mengurangkan pergerakan badan ketika tidur yang boleh menggangu tidur kita. (Men's Fitness).



JADI, demi untuk mendapatkan tidur yang sempurna, tidak salah untuk kita mencuba makanan diatas sebelum tidur, mungkin sedikit sebanyak dapat membantu pada mereka yang mengalami masalah sukar tidur. Tetapi perlu sentiasa beringat setiap makanan yang diambil perlulah dalam kuantiti sederhana dan masih dalam ruang lingkup keperluan kalori badan seharian.


Dengan Shaklee, produk Ostematrix boleh membantu anda menyelesaikan masalah sukar untuk tidur. Ostematrix ini gantian pada mereka yang tidak suka minum susu dan dalam masa yang sama ia boleh membantu dalam menjaga kesihatan tulang anda. 

Untuk pembelian terus  OSTEMATRIX, anda boleh klik gambar rajah di bawah....


"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.

Wednesday, 6 August 2014

Suplemen Khas Untuk Kekal Langsing & Kulit Cantik Licin Berseri

Cabaran 60 Hari - Day 29


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,
 
MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. Kecantikan dan wanita memang sudah menjadi sinonim bukan. Kita sebagai kaum wanita harus menjaga kecantikan malah bukan tertumpu pada kulit muka sahaja malah tubuh badan mesti di jaga. Semua wanita impikan kulit muka yang halus berseri dan tubuh badan yang langsing tetapi tak semestinya tubuh badan besar tak cantik, yang penting kena sihat. 


Hari nie MamaLuv nak share dengan anda tentang suplemen khas untuk kekal langsing dan kulit cantik licin dan berseri. Set suplemen ini dah bertahun MamaLuv amalkan, alhamdullilah ia memang banyak membantu MamaLuv untuk kekal cantik dan langsing. Anda harus cuba...

Suplemen Khas Untuk Kekal Langsing & Kulit Cantik Licin Dan Berseri

1) ESP
2) GLA Complex

Siapakah yang memerlukannya ?
Amat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat di sebabkan masalah hormon yangg tidak menentu.

Info Energizing Soy Protein (ESP)

1) Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasakan tumbuhan yang berkualiti tinggi


2) ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol, dan kaya dengan asid amino penting.


3) ESP terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya


4) Tumbuhan berprotein yang berkualiti tertinggi dengan kandungan 14 garam protein soya sihat dan 500 mg kalsium bagi setiap hidangan


5) Membantu mengekalkan kepejalan otot


6) Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal


7) Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat

INFO GLA COMPLEX

1) GLA, Vitamin E dan Minyak Benih Bunga Matahari


2) GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.


3) GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin-bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal.


4) Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel


5) menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid


6) menyokong sistem imun


7) Minyak Borage, mengandungi GLA semula jadi yang sangat pekat dalam bentuk yang dengan mudah terserap


TESTIMONIAL TERBAIK CUSTOMER 

Suplemen Khas Untuk Kekal Langsing & Kulit Cantik Licin Dan Berseri
"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:



Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782

✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv

✉ Email : ikka1979@gmail.com 

✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 

Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia


**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.

Tuesday, 5 August 2014

Tip Pemakanan Elak Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak

Cabaran 60 Hari - Day 28

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,
 
MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. Bagaimana dengan sambutan hari raya anda semua? Masih mood raya ker? Alhamdullilah tahun nie MamaLuv sekeluarga dapat menyambut aidilfitri bersama keluarga tercinta secara sederhana. Yang penting anak-anak dan keluarga semua dan menyambutnya dalam suasana gembira. MamaLuv harap anda semua pun begitu hendaknya. Okaylah..hari nie terbuka pula hati MamaLuv nak kongsi sedikit dengan anda semua tentang Tip Pemakanan Elak Obesiti di kalangan kanak-kanak. Amalan pemakanan sihat memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan diri seseorang kanak-kanak. Pengabaiannya sejak di peringkat awal usia bakal menjadikan dia seorang yang obes sekali gus mengganggu gugat kemampuan diri dalam menjadi insan yang berkualiti.

Kanak-kanak montel sering dianggap comel sehingga ramai yang tanpa disedari membentuk generasi gemuk dan berpenyakit untuk masa akan datang. Secara asasnya, pendidikan pemakanan dibentuk oleh ibu bapa. Segala aspek bermula daripada pemilihan makanan, tabiat, cara makan dan jenis makanan adalah dicedok daripada apa yang diberikan, dibentuk dan ditunjukkan oleh anda!

Anda pasti mahu melihat anak membesar dengan sihat dan kuat. Jadi, dia perlu disediakan dengan makanan yang berkhasiat. Pada umur awal tumbesaran, adalah lumrah apabila sesetengah kanak-kanak kurang berselera makan dan sebaliknya. Namun, jangan memanjakan dia dengan memberi segala jenis makanan dengan harapan dia mendapat semua khasiat yang diperlukan. Dikhuatiri, anda gagal mengawal pemakanannya sehingga menyebabkan dia cenderung mengambil makanan tertentu secara berlebihan.

Sesungguhnya rumah merupakan tempat yang paling baik untuk memupuk amalan pemakanan secara sihat di kalangan anak-anak dan ahli keluarga yang lainnya. Pada masa yang sama, anda perlu menjadi agen iaitu menjadi pembentuk generasi sihat dengan mendidik si kecil untuk mengamalkan rutin pemakanan yang baik.

 Tip Pemakanan Elak Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak

Tip-Tip Pemakanan Elak Obesiti 

Seimbangkan Makanan

Hal ini dapat dilakukan dengan mengajar anak-anak untuk makan secara bersederhana bagi semua jenis kumpulan makanan seperti karbohidrat, protein dan lemak. Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran pula, ia perlu diambil dalam jumlah yang banyak tetapi tetap perlu diseimbangkan dengan jenis kumpulan makanan yang lain juga. Apa yang berlaku pada masa kini ialah si anak dibiarkan makan secara berlebihan. Lemak yang terlalu banyak daripada makanan yang diambil akhirnya disimpan di dalam tubuh lalu menjadi penyebab obesiti terjadi.

Minimumkan Makanan Ringan

Makanan ringan mengandungi perisa dan pewarna yang dapat memikat selera si dia untuk memakannya secara berlebihan. Pengambilan makanan ringan seperti snek, gula-gula dan seumpama dengannya boleh menyebabkan anak enggan mengambil makanan yang lebih berkhasiat. Ketahuilah, bahan tambahan yang terdapat dalam makanan sebegini juga boleh menjejaskan kesihatan anak anda apabila meningkat dewasa.

Sekat Minum Berkarbonat
Ada segelintir ibu bapa gemar memberi si kecil minuman berkarbonat sedangkan ia tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana kandungan gulanya yang tinggi. Gula yang tinggi boleh menyebabkan anak menjadi hiperaktif dan tidak dapat memberi tumpuan dengan sebaik mungkin. Selain daripada itu minuman berkarbonat turut mengandungi bahan tambahan, pewarna dan perisa yang boleh menyukarkan proses perkumuhan buah pinggang. Jika meminum air berkarbonat menjadi amalan biasa, kegagalan buah pinggang boleh berlaku di usia muda.

Banyakkan Minum Air

Anak perlu dididik minum air antara enam hingga lapan gelas sehari. Ia penting untuk fungsi fisiologi tubuh, mengawal suhu badan dan mengeluarkan toksik.

Wajibkan Sarapan

Setiap pagi, pastikan anak mengambil sarapan. Ia merupakan makanan yang wajib diambil sebagai sumber bekalan tenaga agar tumpuannya terhadap aktiviti seharian tidak terjejas.

Tingkatkan Aktiviti Fizikal

Galakkan anak anda bermain di luar rumah seperti taman permainan kanak-kanak. Secara tidak langsung, dia dapat mengurangkan aktiviti fizikal yang memerlukan hanya berada di dalam rumah dengan bermain permainan video atau menonton televisyen sambil makan. Galakkan juga dia untuk bersukan. Jika kurang berminat dengan aktiviti sukan, cukuplah sekadar berenang atau mengayuh basikal.

Hadkan Gula Tambahan

Gula tambahan sering dirujuk sebagai kalori kosong. Pengambilannya secara berlebihan meningkatkan risiko obesiti. Tindakan mengehadkan jumlah gula tambahan dalam diet kanak-kanak memang disyorkan. Anda perlu sedar hakikat ini apabila membuat keputusan mengenai jenis makanan dan minuman yang disediakan untuk anak. Hal ini kerana wujud gula tambahan dalam pelbagai makanan dan minuman yang diproses. Disebabkan nama ramuan yang kurang dikenali digunakan seperti sukrosa, maltose, dekstrin, sirap jagung dan sirap glukosa, ramai tidak menyedari bahawa mereka memberikan anak terlalu banyak gula.

Kurangkan Makanan Segera

Kebanyakan makanan segera mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Namun, tidak dinafikan kebanyakan restoran makanan segera masa kini mempunyai banyak pilihan makanan yang lebih berkhasiat. Jadi, kurangkan kekerapan anda memberi anak makanan segera sebaliknya memilih makanan yang berkhasiat apabila pergi ke restoran makanan segera.

Bijak Membeli Makanan

Pengendalian bijak dalam membeli bahan makanan untuk seisi rumah dapat mengawal gaya pemakanan si anak. Jika anda tidak membeli makanan tidak berkhasiat, maka anak anda tidak mengambil makanan berkenaan. Selain itu, setiap kali membeli-belah baca label makanan yang dibeli. Pastikan ia rendah kalori, kurang gula dan lemak.

Credit to : Editorial PaMa

"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

 
✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...