Apakah Dia Pemakanan Sihat?
✄ Makan pelbagai jenis makanan, supaya tubuh kita memperolehi kesemua zat makanan yang diperlukan.
✄ Makan mengikut keperluan
✄ Makan lebih sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin penuh untuk menambah pengambilan serat.
✄ Mengurangkan pengambilan lemak, gula dan garam.
✿ SARAPAN PAGI
Sarapan pagi tidak perlu terlalu berat, cukup sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin. Sarapan pagi harus mengandungi kaborhidrat yang membekalkan kita tenaga, merangsang pemikiran otak, mencergaskan minda dan membantu kanak-kanak menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. Oleh itu, jangan tak makan sarapan pagi.
✿ MAKAN TENGAHARI
Makan tengahari perlulah seimbang seperti terdapat nasi, sayur, jus buah-buahan dan sedikit daging. Makanlah tengahari agar kita mendapat zat-zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita untuk kekalkan kesihatan. Waktu makan tengahari yang sesuai ialah antara pukul 11:00 pagi sehingga 1:00 petang.
✿ MAKAN MALAM
Makan malam adalah penting bagi melengkapkan pengambilan makanan yang mungkin tidak cukup di siang hari seperti pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan susu. Makan malam bersama keluarga adalah penting untuk merapatkan hubungan di antara ahli keluarga. Waktu makan malam yang paling sesuai ialah antara pukul 6:00 petang sehingga 8:00 malam.
"Be Healthy & Stay Healthy"
Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:
✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar)
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment