Monday, 6 October 2014

Cabaran 7 Hari Entry- Day 1 : 3 Fakta Menarik Tentang Saya & Gambar

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

Good Morning..;-) 

Mulai hari nie dan 6 hari yang akan datang, MamaLuv menyahut cabaran berblogging dalam group business kami iaitu "OB" untuk melakukan entry post yang menarik lebih banyak kepada kisah peribadi MamaLuv.Ha..bukan senang MamaLuv nak berceritakan kisah-kisah peribadi di sini.Jadi ini kalilah masa yang best untuk mengenali MamaLuv dengan lebih rapat lagi....tapi kalau nak kenal dengan lebih dekat lagi kenalah jadi customer MamaLuv dulu...Tak gitu..;-)


Cabaran 7 Hari Entry : 3 Fakta Menarik Tentang Saya & Gambar

Rasa macam teruja pulak post gambar family penuh dalam entry kali nie. Tapi bagi memenuhi tajuk cabaran hari pertama nie tentang 3 Fakta Menarik Tentang Saya dan Gambar, saya postkan satu gambar saya bersama family ayahanda saya. Kenapa saya kata bersama family ayahanda saya..bukan family saya sahaja.

SILA SCROLL DI BAWAH.....
>
>
>
>
>
>
>
>
Okay...Gambar ini nak kata gambar terkini fresh dari ladang sangat pun tidak. Gambar ini diambil pada Hari Raya Pertama Aidilfitri Tahun 2013. Gambar ini terdiri dari sebelah kiri : ayah saya, mak tiri saya, adik tiri saya, saya, suami saya dan 3 orang anak dara saya yang aktif, bijak lagi comel. Apa yang specialnya tentang gambar ini ialah..inilah pertama kali kami berpotret sekeluarga secara complete di pagi hari raya selama 9 tahun saya berkahwin...;-). Kenapa ? Tak Percaya ? Kena percaya okay !  Bukan nak kata tak pernah berphoto potret keluarga...pernah...tapi tak pernah lagi di pagi raya. Sebab apa?  Tak tahu lah kenapa..mungkin sebab tiada kesempatan masa, terlupa dan tiada rezeki. Mujur tahun 2013 kami di beri kesempatan...Alhamdullilah.

Okay..berbalik kepada topik kita hari ini. 3 Fakta Menarik Tentang Saya yang anda semua patut tahu....

Fakta 1 - Saya merupakan anak tunggal. Parent saya divorce sudah puluhan tahun lamanya. Alhamdullilah..walaupun mereka dah berpisah, mak dan ayah saya masing-masing sudah mempunyai keluarga baru sendiri dan mereka hidup aman dan damai. Alhamdullillah saya di kurniakan juga seorang adik. Saya mempunyai seorang adik tiri perempuan yang masih belajar di Universiti dalam jurusan kedoktoran. 

Fakta 2 - Mereka kalau tak kenal saya, pasti ada yang kata saya seorang yang sombong dan garang. Tapi kalau dah kenal saya...tak tahulah nak cakap...cuba selidik dengan mereka-mereka yang dah kenal saya hehehe yang dah jadi customer saya ker..yang dah jadi anak-anak didik shaklee saya ker..saya nie sebenarnya seorang yang happy go lucky..mudah mesra dengan orang tetapi saya nie seorang yang mudah sensitif juga. Saya jenis yang tak suka simpan dalam hati..kalau tak suka..tak puas hati..memang akan suka bersuara bukan nak cari gaduh ke atau apa pun..tapi lebih untuk mendapat kepuasan hati dan tak suka simpan-simpan dan pendam. Buat apa simpan dan pendam..nanti makan hati berulamkan jantung ohh...hehehe. Saya juga seorang yang keras hati dan berkeyakinan tinggi. Apa yang saya mahu...saya akan cuba dapatkan sampai saya dapat. Hook or by crook mesti dapat..tak kisah lah dapat dalam masa yang terdekat atau pun lambat. Yang penting DAPAT !!

Fakta 3 - Saya seorang yang kidal tetapi hanya menulis kidal. Yang lain masih menggunakan tangan kanan okay. Orang kata mereka yang kidal ini mempunyai pemikiran yang special skit, befikir dengan lebih cepat dan mudah untuk mengawal emosi. Tarikh lahir saya sama dengan tarikh lahir ayahanda saya cuma tahun jer lah yang berbeza. Ia bukan dirancang tau..tetapi kuasa ALLAh swt. Jadi selagi rezeki dan ada kelapangan waktu..kami pasti celebrate bersama-sama. Bestkan. Saya doakan semoga Allah swt berikan kesihatan yang baik dan panjangkan lagi usia ayahanda saya supaya saya boleh merebut peluang yang special ini. Aminn..

MamaLuv rasa cukup sudahlah introduction tentang MamaLuv. Yang selebihnya...sudi-sudi lah membina ukhuwah dengan saya..;-). Settle sudah post hari petama cabaran 7 Hari Entry. Kita tunggu kisah keesokkan harinya...Tunggu!!!!

"Be Healthy & Stay Healthy" 

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.





1 comment:

  1. Lebih kurang sama je..daku ni kidal, tapi main bowling, badminton tangan kanan..emmmm pelik kan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...