Friday, 31 October 2014

4 Tips Melapangkan Waktu Mengikut Islam

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Wahai pembaca semua...

Pernah tak anda terasa waktu itu bergerak begitu pantas dan 24 jam tidak cukup untuk kita ? Kalau boleh nak tambah lagi waktu itu. Tapi malangnya kita tidak boleh minta lebih dari 24 jam yang diberi tetapi kita boleh mohon untuk melapangkan waktu itu. Kita semua di dunia ini diberikan waktu yang sama iaitu 24 jam sehari. Kadang-kadang disebabkan kesibukan bekerja kita akan merasakan waktu itu berlalu dengan begitu sahaja tanpa kita sedari. Sedangkan kita rasa kerja yang kita sedang lakukan itu masih belum selesai. Itu bermakna kita perlu mohon pada NYA kerberkatan waktu untuk memudahkan lagi urusan kita. Kita sebagai umat islam keberkatan waktu adalah yang di cari-cari. Biarlah waktu dan saat yang kita lalui..diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan apa yang kita laksanakan dapat diselesaikan dengan sempurna. Untuk mendapatkan keberkatan waktu itu, hari nie MamaLuv ingin share dengan anda semua apa yang MamaLuv amalkan.  Tips melapangkan waktu ini, Mamaluv dapat dari sebuah buku motivasi Indonesia di tulis oleh Ippho Santosa.


4 Tips Melapangkan Waktu


Berikut adalah tips melapangkan waktu :

1. Menunaikan setiap solat diawal waktu. Kadang-kadang kita nak selesaikan kerja dulu, baru nak solat. Waktu akan terasa cepat berlalu dan kerja terasa lambat siap. Tetapi sekiranya kita solat dulu, baru sambung kerja, terasa kerja senang dan cepat saja di selesaikan.

2. Solat Dhuha - Solat Dhuha adalah sedekah kita pada diri kita sendiri, solat sunat yang banyak fadhilatnya dan antara solat sunat yg disarankan tidak patut ditinggalkan. (Almost wajib)


3. Meluangkan masa bersama ibubapa walaupun sekejap. Yabg tinggal jauh mungkin boleh telefon/whatsapp/sms bertanya khabar.


4. Memulakan pekerjaan diawal hari atau berpagi-pagian. Selepas solat dhuha adalah waktu paling sesuai untuk memulakan apa saja pekerjaan kita.

InsyaAllah, kita akan terasa waktu kita lebih panjang dan lapang.

Mudah-mudahan 4 Tips Melapangkan Waktu ini dapat membantu anda semua untuk menguruskan waktu dengan lebih senang dan mendapat keberkatan dari NYA.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, anda boleh hubungi saya Emma Kartika 012-2285484 atau klik saja icon di bawah 

KLIK DISINI
Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:


➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782

 Email : ikka1979@gmail.com 

✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 

➲ Cash On Delivery (COD) : Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 

 Penghantaran ke seluruh Malaysia



Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) & jimat sehingga 15-25%.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...