Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,
MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan sihat selalu di samping keluarga tercinta. Hari ini MamaLuv ingin berkongsi tentang ilmu penyusuan yang saya tahu. Ilmu penyusuan ni takkan tamat untuk dicari, digali & dipelajari. Okay...MamaLuv yakin pasti ada di kalangan ibu menyusu yang pernah menghadapi masalah kekurangan susu badan seperti mana MamaLuv pernah hadapi satu ketika dahulu. Jadi hari nie MamaLuv nak share 15 tip banyakkan susu badan.
Walau apa pun tipnya, MamaLuv nak ingatkan, pekara asas yang kita harus ambil berat ialah "SUPPLY vs DEMAND", di mana semakin banyak & tinggi demand@permintaan, maka akan makin tinggi supply@pengeluarannya. Jadi formula yang asas ini kena kita ingat ya.
Sekarang jom baca 15 tip yang lain
Walau apa pun tipnya, MamaLuv nak ingatkan, pekara asas yang kita harus ambil berat ialah "SUPPLY vs DEMAND", di mana semakin banyak & tinggi demand@permintaan, maka akan makin tinggi supply@pengeluarannya. Jadi formula yang asas ini kena kita ingat ya.
Sekarang jom baca 15 tip yang lain
1. Kekerapan Menyusu / Mengepam
- Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 2 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 2 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
- Pam setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika mengepam, ibu perlu berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pengepaman susu. Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan.
- Semakin kerap kita kosongkan payudara semakin banyak susu yang kita hasilkan. Kerapkan sesi pengepaman sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh
- Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Berdisiplin
- Berdisplin ketika mengepam susu. Jangan sesekali “ponteng” sesi pengepaman. Bila hujung minggu ataupun hari cuti, jangan ponteng mengepam. Masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#4 dan no#5.
- Latih diri untuk menyusukan baby dan pam susu serentak menggunakan breastpump tak kira la manual ataupon elektrik. Jadi anda tidak lagi perlu berhenti mengepam untuk menyusukan baby. Risau susu anda tak cukup kalau buat tandem pumping? Tandem pumping akan menyebabkan otak menghantar isyarat ke otak bahawa anda menyusukan "2 org anak"..maka..demand yang lebih diperlukan..maka, susu yang lebih banyak akan terhasil. Jadi anda boleh membuat stok dan baby pun kenyang.
5. Teknik Marmet
- Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 – 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampak sikit, tapi ada beza tuh.
6. Minum banyak Air
- Pastikan anda minum air yang banyak sepanjang tempoh penyusuan mahupun kita hanya mengepam susu. Anda digalakkan minum 3 liter air setiap hari.
7. Fikir Bayi Fikir Susu
- Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
8. Berdoa ,Berzikir dan Berselawat
Setiap Hari
- Amalkan membaca Ya Matin 33X hembuskan pada air minuman dan minum. Sebelum memulakan sesi mengepam dan menyusukan baby, bagi yang beragama Islam, eloklah dimulakan dengan membaca Bismillah.Masa menyusukan kita bolehla berzikir dan berselawat.Masa nak mengepam atau sedang mengepam kite boleh layan2 tengok gambar anak ataupun video anak kite sambil berselawat & berzikir Ya Matin. Membaca Ayat 60 Surah Al- Baqarah sebelum,semasa mengepam @ susukan bayi dan amalkan membaca Surah Al-Hujurat.Sentiasa berdoa kepada Allah agar terus dapat menyusukan baby dengan susu ibu.
9. Menyusu / mengepam Lebih Lama
- Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
- Seeloknya jika anda mengepam,amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar. Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
10. Penyusuan Malam
- Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.
11. Urutan
- Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.
12. Membuat Power Pumping (PP)
13. Jangan Diet2
- Ibu yang menyusukan akan cenderung berasa lapar terutamanya selepas mengepam. Jadi pastikan anda menyediakan snek sihat untuk dimakan selepas mengepam.Makan dengan seimbang dan cukup, jangan sekat-sekat makan sebab bila kita makan tak cukup, susu pun kurang.Takut gemuk Kuncinya..makan secara kerap tapi berhemah. Jangan la melantak makanan over sangat. Jangan lupa work out kalau takut out of shape.
14. Be Happy :)
- Stress & tidak cukup rehat akan menyebabkan susu merudum. Maka, apa pun masalah anda, bawa bertenang. Berusahalah untuk kekal ceria dan berfikiran positif. Dapatkan rehat yang secukupnya.
15. Pengambilan suplemen
- Dibolehkan tetapi pastikan ia daripada bahan alami yang tidak menyebabkan bayi mengalami kembung perut. Antaranya…
Tahukah anda “Keperluan protein sangat perlu diutamakan kerana protien
diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran. Proteinn merupakan nutrien utama
dalam pengeluaran susu ibu maka keperluan protien bagi seorang ibu turut
meningkat selain keperluan vitamin dan mineral turut meningkat antara 25
hingga 50% sementara sesetengah vitamin seperti asid folik dan zat besi
meningkat sehingga 100 hingga 300 peratus."
Pengambilan ESP @ Energizing Soy Protein sememangnya diketahui
mempercepatkan penghasilan susu badan, dengan syarat, anda mematuhi konsep asas
penyusuan susu ibu iaitu ‘supply and demand’
Anda juga boleh mendapat "SET IBU MENYUSU SHAKLEE" dari kami. Untuk info lanjut, klik disini
Anda juga boleh mendapat "SET IBU MENYUSU SHAKLEE" dari kami. Untuk info lanjut, klik disini
"Be Healthy & Stay Healthy"
Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:
✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia
**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.
No comments:
Post a Comment