Wahai Ibu-ibu yang dihormati, mengetahui konsep asas dalam penyusuan susu ibu adalah amat penting. Kekerapan mengepam merupakan salah satu
usaha paling penting untuk banyakkan susu. Kalau kita amalkan banyak
makanan tambah susu sekalipun, tapi tak kerap pam, susu tetap tak akan
mencurah-curah.
Namun jika ibu-ibu tersangat lah sibuk, nak lari pergi toilet pun tak sempat, apatah lagi nak pam, cuba tips berikut:
ツ Melabur sedikit untuk pam susu jenis hands-free
Pam susu jenis ni adalah senyap dan membolehkan kita pam walaupun kedua-dua tangan kita sedang sibuk bekerja. Ada dari brand Medela dan brand Spectra 3, boleh pilih ikut mana berkenan di hati. Kalau kerja kat ofis tu, letak je pam dalam laci, sambil tangan type computer atau siapkan kerja atas meja. Sedar- sedar susu banyak terkumpul.
Takda duit nak beli? Atau tengah kumpul duit nak beli pam ni? Ok cuba solusi kat bawah pulak.
ツ Tanderm nursing sebelum kerja
Sebelum bertolak ke tempat kerja, susukan bayi. Sambil tu, pam di sebelah payudara. Contohnya bayi menyusu di belah kanan, kita pam di sebelah kiri.
ツ Pam sewaktu rehat tengahari
Semua syarikat memperuntukkan sekurang- kurangnya 1 jam untuk rehat tengahari, kan? Apa kata kita ubah rutin, dari makan di luar pejabat, kita makan di ruang surau atau bilik kosong, sambil makan, sambil pam susu
ツ Pam sebelum pulang ke rumah
Sejurus sebelum pulang ke rumah, pam susu dalam 15- 20 minit. Kenapa bukan bila dah sampai rumah? Jangka masa antara waktu rehat tengahari dan waktu bila dah sampai rumah adalah lama. Contoh kat tempat kerja pam pukul 1 tengahari. Balik kerja pukul 5. Selang masa adalah 4 jam. Kalau nak susu meriah, kena pam antara 2- 3 jam sekali. Kalau 4 jam pun ok lah., jangan pulak sampai selang masa 5-6 jam.
ツ Kita perlu faham cara payudara hasilkan susu. Lebih kerap payudara di perah/pam, lebih banyak lah susu akan terhasil. Janji, kena konsisten.
ツ Oh jangan lupa untuk teruskan pam setiap 2 jam bila dah balik rumah. Dan seboleh mungkin power pumping di tgh malam.
Yang Penting "Katakan pada diri sendiri, Ya! Aku pasti boleh!"
Think Positive!!
All the best working mothers!!
Jika anda berminat nak order
Set Menyusu | Set Berpantang | Set Hamil Shaklee
"Be Healthy & Stay Healthy"
Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:
✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar)
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment