Wednesday, 16 July 2014

Atasi Masalah Kolesterol Anda Secara Semulajadi Dengan Fitosterol


Cabaran 60 Hari - Day22

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. Hari nie MamaLuv nak borak serba sedikit dengan anda semua tentang kolesterol. Percaya atau tidak kita semua ada kolesterol yang membezakan kita adalah tahap kolesterol masing-masing. Tidak semestinya kita yang berbadan kecil dan kurus tiada masalah kolesterol dan mereka yang berbadan besar atau gemuk ada masalah kolesterol. Tetapi adakah anda salah seorang dari 6 Juta Warga Malaysia yang menghadapi masalah tinggi kolesterol ?

Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai kolesterol yang tinggi. Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius di mana ia boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan dalam jangkamasa panjang ini akan memberikan impak negative terhadap kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular. Tetapi apa yang lebih membimbangkan kita sekarang dimana ramai individu yang masih tidak menyedari  bahawa paras kolesterol mereka terlalu tinggi!

Apa itu kolesterol ?

Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membrane, hormone, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

Dua sumber utama kolesterol

Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati anda tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian anda. Kolesterol yang anda makan akan meningkatkan paras kolesterol darah anda. Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.

Bagaimana kolesterol boleh menyebabkan penyakit jantung ?


Atasi Masalah Kolesterol Anda Secara Semulajadi Dengan Fitosterol
Terdapat dua jenis kolesterol utama dalam darah anda:

LDL >> LIPOPROTEIN KETUMPATAN RENDAH
HDL >> LIPOPROTEIN KETUMPATAN TINGGI

LDL di kenali sebagai kolesterol “jahat” kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah anda. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekatkan aliran darah, seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.

Sebaliknya, kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol “baik” kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan.  Dalam erti kata lain, HDL berperanan “membersihkan” saluran darah.

Oleh yang demikian , untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah
  
Apakah Penyebab Utama Tinggi Kolesterol ?

Makanan Malaysia yang tinggi lemak serta kalori, adalah di antara punca terjadinya masalah tinggi kolesterol. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari ; bagi mereka yangmenghidap penyakit jantung hendaklah menghadkan pengambilan kolesterol kurang daripada 200mg sehari. 

Walaupun begitu, cuba bayangkan anda sedang mengambil menu harian Malaysia seperti bawah :-


Atasi Masalah Kolesterol Anda Secara Semulajadi Dengan Fitosterol

Anda pasti tidak menyangka bahawa anda telah mengambil sebanyak 798mg kolesterol! Itu adalah hampir tiga kali ganda lebih dari pengambilan harian yang disyorkan!



Atasi masalah kolesterol anda secara semulajadi dengan fitosterol
Apa itu fitosterol ?

Fitosterol ?( di rujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran , kekacang, biji-bijian , legume, bijirin dan minyak sayuran. Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalam penerbitan sainstifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosterol.

Jadi bagaimanakah fitosterol berkesan ?
Struktur fitosterol adalah hampir sama seperti kolestrol dan dengan pengambilan fitosterol, ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dalam system penghadaman. Hasilnya, penyerapan kolesterol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol. Ini bermaksud, apabila anda mengambil lebih banyak fitosterol maka semakin kurang kolestrol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolesterol LDL

Berapa banyak Fitosterol yang anda perlukan ?

Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2000mg Fitosterol dalam diet harian anda untuk membantu menurukan paras kolesterol secara semulajadi. Dengan ini Shaklee telah menghasilkan satu produk baru iaitu Phytocol-ST untuk membekalkan anda 2000mg fitosterol tumbuhan sehari.

Berminat untuk mendapatkan produk Phytocol-STKlik dibawah untuk pembelian terus,


KLIK DISINI


"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...