Cabaran 60 Hari - Day21
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. Sungguh cepat masa berlalu, kita sudah pun di pertengahan bulan ramadan. Mesti ramai di antara kita mengambil kesempatan di bulan puasa ini untuk menurunkan berat badan. Tapi adakah anda berjaya atau berlaku sebaliknya berat badan anda bertambah. Masih belum terlambat kot kalau MamaLuv nak share dengan anda semua tips diet kuruskan badan untuk sepanjang bulan puasa ini. Jom kita baca dan selidik apakah tips yang bersesuaian...
Tips Diet Kuruskan Badan Sepanjang Bulan Puasa (Ramadhan)
1. Paling penting untuk kita lakukan adalah mengenalpasti kadar metabolisme tubuh badan. Ini kerana individu yang mempunyai kadar metabolisme tinggi, mereka tidak mempunyai masalah pertambahan berat badan walaupun makan banyak ketika berbuka.
2. Bagi individu yang mempunyai kadar metabolisme rendah, harus lebih berhatihati dalam soal permilihan kuantiti dan jenis makanan ketika berbuka. Elak makan melebihi keperluan harian kerana ia akan menimbulkan masalah berat badan apatah lagi tiada aktiviti yang berat di waktu malam selepas berbuka.
3. Ramai yang menganggap bersahur itu sesuatu yang remeh tetapi hakikatnya sahur adalah sama pentingnya dengan bersarapan. Bersahur akan membantu badan mengimbangi zat gizi yang tidak diperolehi tubuh selama sehari berpuasa. Jadi, prinsip bersahur bukan untuk kenyang semata-mata tetapi lebih kepada makanan yang bergizi tinggi.
4. Mulakan saat berbuka dengan makan makanan yang mudah, ringkas dan dalam kuantiti yang sedikit demi sedikit tetapi berulang-ulang. Kejutan ‘jutaan’ makanan secara tiba-tiba akan membuatkan perut berasa tidak selesa dan anda mudah berasa meloya.
5. Jangan lupakan sayuran dan buah-buahan di dalam menu berbuka dan bersahur anda. Seelok-eloknya apabila berbuka puasa, makanan yang diambil perlulah bergantung pada keperluan individu.
6. Sebaiknya elak atau kurangkan pengambilan makanan yang berempah dan pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih perut dan gastrik. Selain itu, elakkan juga daripada minum minuman berkarbonat atau kandungan kafein yang tinggi kerana ia akan memburukkan lagi keadaan perut yang kosong setelah seharian berpuasa.
7. Elakkan makan banyak selepas menunaikan solat terawih dan tidur ketika perut masih kenyang kerana ia akan merangsang kepada kegemukan.Korang dinasihatkan untuk tidur sekurang-kurangnya tiga jam selepas makan.
8. Kurangkan pengambilan lemak dan bukan karbohidrat dalam menu diet kita. Ini kerana satu gram lemak mengandungi sembilan kalori berbanding hanya empat kalori bagi satu gram karbohidrat.
9. Berpuasa tidak seharusnya dijadikan alasan untuk kita kurang minum air. Pastikan kita semua minum air secukupnya di antara waktu bersahur dan juga berbuka puasa.
10. Aktiviti senaman juga sebaiknya diteruskan meskipun kita berpuasa. Bezanya, kita boleh memilih aktiviti kecergasan berintensiti rendah dan kecergasan selama 30 minit setiap sesi untuk sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
11. Positifkan diri dengan membuat target badan yang realistik dan perancangan yang sesuai. Jangan memaksa diri mencapai perkara yang tidak logik dalam masa yang singkat.
12. Jangan asyik menimbang berat badan. Kita akan kecewa jika masih tiada perubahan. Cara paling fleksibel ialah menimbang berat badan tidak lebih sekali dalam seminggu.
Amacam..ada tak ikut tips-tips di atas, kalau belum..apa kata cuba tukar dan ikut tips-tips tu..InshaaAllah membantu..Semoga berjaya!!!
"Be Healthy & Stay Healthy"
Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:
✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment