Tuesday, 8 July 2014

Berniaga Shaklee Stresskan Hidup !

Cabaran 60 Hari - Day 18


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,


MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. Hari nie MamaLuv nak share serba sedikit tentang pengalaman yang MamaLuv lalui setelah setahun dengan Shaklee nie. Sebelum berniaga ini asalnya nak menjadi pengguna jer..tapi bila dah jadi pengguna tegar secara automatik dapat menjadi ahli shaklee sebab beli produk Shaklee terlalu banyak. Nak dapatkan produk dengan harga murah pun salah satu alasan kuat untuk menjadi ahli Shaklee. Bila dah jadi ahli shaklee...secara automatik pulak bertukar menjadi seorang Pengedar Sah Shaklee sebab asalnya hanya berkongsi cerita tentang keberkesanan dan kehebatan produk Shaklee dengan member-member dan ahli keluarga yang lain. Tak sangka ramai yang berminat untuk mencuba demi untuk kesihatan diri. 

Huhhhhhh..dari sini lah bermulanya episod pertama.

Bila dah mula berniaga Shaklee kehidupan MamaLuv bertukar menjadi huru-hara!! Yer HURU HARA !!! Kenapa HURU HARA ? Mana tak..dulu sebelum buat berniaga Shaklee nie tidur lebih dari cukup iaitu 6-7 jam,kadang-kadang terlajak sampai 9 jam pun ada.Tapi sekarang tidak lagi,masa untuk tidur sudah pun bertukar menjadi 4-5 jam sahaja. Dulu setiap hari dapat menonton TV..relax-relax lepas penat dan stress balik dari kerja. Sekarang, bila dah terjebak dengan berniaga online Shaklee dah jarang dapat menonton TV. Kadang-kadang tengok TV pun tidak...huhuhuhu. Bye..bye..cerita-cerita kegemaran semua. Apa dah jadi nie ? Tidur tak cukup..masa untuk rehat pun dah tak ada..Macam bosan jer hidupkan. Macam no life jer bak kata omputih.Haaa..itulah tamparan hebat berniaga Shaklee. Berkorbankan masa tidur sebab terlajak surfing internet untuk update blog dan update FB FanPage, bukan apa nak buat post gempak-gempak untuk share dengan peminat-peminat MamaLuv. Setiap hari surfing internet untuk mendapatkan info-info best dan terkini berkaitan product Shaklee untuk tambahkan pengetahuan. Bila banyak ilmu, mudah lah nak meyakinkan pembeli/customer. Kita pun jadi yakin  nak share di blog dan FanPage kan.

Berniaga Shaklee Stresskan Hidup !

Tapi dalam-dalam kepayahan dan kesungguhan berusaha ini..ada juga suara-suara biawak..bunyi-bunyi katak-katak kodok yang berkata

"Rugilah kau banyak cerita best kat TV.. kau tak tengok!" Hehehe...Tapi betul ke rugi ? Tak ada maknanya rasa rugi pun..Lagi mendatangkan untung pada MamaLuv adalah..sebab dengan berkat kesabaran, usaha dan kerajinan sharing di blog dan Fanpage, customer jadi ramai yang membuat pertanyaan dan berminat untuk membuat pembelian. Bila dah ramai customer buat pembelian bermakna BONUS Shaklee pun MASYUK..Haaa..di mana ruginya dan siapa yang rugi sebenarnya ?? Biawak dan katak kodok tadi kan hahaha :p

Episod kedua pula..

Yer memang betul berniaga Shaklee memang mengubah hidup saya. Dulu saya kurang suka bersosial. Sahabat andai pun dari kelompok yang sedia ada jer..ciput je, bergaul dengan orang tertentu je..tapi sekarang tak payah cakap lah... kawan-kawan ramai. Ramai kawan baru yang saya kenal datangnya dari serata negeri dan pelbagai golongan. Yang best tu ikatan ukhuwah yang dibina berasbabkan berniaga Shaklee ini pun sungguh indah dan luar biasa. Kenapa saya kata LUAR BIASA..sbb masing-masing ada kisah tersendiri. Yang hebatnya, di dalam kumpulan bisnes kami ini, tiada istilah takut bersaing, iri hati, curi customer, takut rugi...TIDAK SAMA SEKALI.Nak tahu kenapa ? Sebab kami dididik agar percaya bahawa SETIAP ORANG ADA REZEKI MASING-MASING YANG DISEDIAKAN OLEH ALLAH. Terpulang pada usaha kita sahaja bagaimana untuk mengejar rezeki itu. Kejarlah, carilah, gapailah secara sihat pasti mendapat redha-NYA dan dimurahkan serta dimudahkan. Alhamdulillah...Memang nikmat berniaga secara berjemaah ini. Saling support each other. Berkongsi ilmu. Berkongsi suka-duka agar tabah menghadapi cabaran untuk terus MENGEJAR IMPIAN MENUJU KE PUNCAK KEJAYAAN

Oh yer berniaga Shaklee bukan sekadar WANG semata. Malah lebih dari itu yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Nak rasai sendiri, jom daftar ahli Shaklee. PASTI ANDA JUGA AKAN DAPAT RASAI NIKMATNYA!! :)

Berminat nak tahu lebih lanjut?

Nak jana income 3,4,5 angka dengan  Shaklee?

Saya sedia membantu anda

"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...