Wednesday, 9 July 2014

13 FAKTA TENTANG PEMAKANAN KESIHATAN YANG ANDA PERLU TAHU

Cabaran 60 Hari - Day 19

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,


MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. Tak semua di kalangan kita yang tahu tentang makanan tambahan@vitamin nie. Ada yang mengatakan ia satu pembaziran dan ada juga yang mengatakan ia tidak penting. Tetapi adakah anda pasti ia satu pembaziran dan tidak penting. Jom kenali lebih dalam lagi tentang makanan tambahan@vitamin nie...

13 FAKTA TENTANG MAKANAN TAMBAHAN YANG ANDA PERLU TAHU
13 FAKTA MAKANAN TAMBAHAN YANG ANDA PERLU TAHU :

Kenapa kita tak dapat bergantung pada pemakanan sahaja untuk keperluan nutrisi? 

MamaLuv biasa dengar orang cakap 'saya boleh dapat semua nutrisi melalui pemakanan sihat'


Ok. Fine.

Cuba kita tengok 13 Fakta ini :


#1. Masyarakat kita sebernya terlebih makan tapi tak cukup zat

Jarang sekali kita dengar orang meninggal kat Malaysia ni disebabkan kebuluran. Tapi, ramai tidak sedikit yang mengalami masalah penyakit kronik yang banyaknya disebabkan diet yang tak seimbang. Obesiti, Kencing manis, Darah tinggi, jantung - Itu fenomena biasa!

Kajian populasi di US (Malaysia tiada statistik lagi, tapi lebih kurg sama je actually) mendapati : Kekurangan nutrisi adalah seperti berikut ~ 90% in vit. B6, 75% in magnesium,68% in calcium, 57% in iron, 50% in vitamin A, 45% in vitamin B1, 41% in vitamin C, 34% in vitamin B2, 34% in vitamin B12....and the list goes on.

#2. Zat dalam tanah kita semakin berkurangan
Industri pertanian sekarang mementingkan kuantiti dari kualiti. Tanah tidak dibaja semula. Tumbuhan di modofikasi secara genetik (GMO) - satu umbut pisang boleh diproses dalam makmal dan di klon atas agar plate menjadi 1500 anak pisang! Itu tak termasuk penggunaan racun seranggan yang berleluasa lagi. Kualiti sayur dan buahan sekarang tak sama cam dulu.

Saya pernah ada kawan yg mengusahakan nenas, complain produk dia tak dapat masuk ke Singapore sbb dapat di kesasn mereka meracun 2 kali - So, tendang balik ke Malaysia. Jual kat sini je. Siapa makan? Cer citer.. huhu

Ada juga yang akan komen, sedikit racun dibenarkan.. memang betul, tapi kalu lama-lama terkumpul, jadi bukit jugak kan.. Sebab tu kes kanser semakin meningkat.

#3. Industri Makanan Terproses yang berleluasa


Banyak makanan yang dijual sekarang - kebanyakkannya terproses samada di dedahkan pada cahaya, oksigen perubahan drastik suhu semasa pemprosessan - Ini akan merosakkan zat-zat yang terkandung dalam makanan.

Cuba fikir - Apa zat yang ada dalam Potato Chips yang anak-anak kita makan? atau whatever 'jajan' yang masuk dalam mulut.

#4: Proses Penyimpanan Makanan dan Transportation.


Siapa boleh confirmkan yang ayam kita makan di McD atau KFC tu ayam yang baru disembelih semalam? Seminggu? Sebulan atau 6 bulan lepas?

Daging burger tu bila di proses? Sebulan? Setahun? 2 tahun?

Semuanya telah ditambah dengan pengawet agar boleh tahan bertahun-tahun. Itulah kemajuan Food Industries!

#5: Home Storage Food.

Tadi kat McD dengan KFC, sekarang cuba tengok rumah kita sendiri. Berapa lama kita simpan sayur-sayuran dan buah-buahan kat rumah?

Setiap hari nutritional value akan semakin menurun walaupun kita simpan didalam peti ais. Apatah lagi sayur yang dah kita simpan lama, hatta ikan atau ayam yang dah sebulan? Nutrisi kian merudum.

#6. Pencemaran Alam Sekitar kita.


Setiap tahun 6 billion pounds bahan-bahan kimia di lepaskan dibumi.Ada yang masuk dalam udara - kita hidu. ada yang masuk dalam air - kita minum. Ada yang masuk dalam makanan - kita makan. Ada yang dipersekitaran - kita sentuh.

Kita tak banyak pilihan. Macamana nak elakkan semua tu? Duduk di pergunungan Himalaya? Tanam pokok sendiri. Minum air gunung. Hidu udara segar setiap hari. No fast food. No processed food. No stress. No traffic jem. Jika mampu - kita mungkin tidak perlu ambil sebarang suplements. Life is so ideal.

#7. Pengumpulan toksin dalam haiwan yang kita makan.


Ikan dicemari merkuri. Ayam di inject supaya cepat besar. Lembu diberi makanan 'chemical based' supaya banyak daging, cepat besar. Banyak produksi, banyak untung.

Kita yang makan ikan, ayam dan live stock yang mengandungi hormon dan antibiotik. Telur tak original pun ada. Huh.. macam-acam ada! Semua ini akan menggangu kesuburan kita, pembesaran anak-anak dan menyumbang kepada penyakit-penyakit kronik yang merbahaya.

#8. "Energy" pollution di sekeliling


Kanak-kanak pun dah ada hp. Radiasi dimana-mana. Setiap masa. Cuma kita tak namapk. Ia membantu tapi dalam masa menjadi radikal-radikal bebas yang sama membantu merosakkan sel-sel dalam tubuh kita.

#9. Stress dimana-mana.

Mana ada orang yang hidup tak ada stress. Hatta, orang yang duduk di hospital bahagia lagi stress bila kena electrical current treatment di kepala!

Stress yang kronik dan berulang-ulang akan menurunkan paras tenaga anda dan menghasilkan hormon yang seterusnya akan memberi impak negative kepada sistem imun anda dan mempercepatkan proses penuaan.

Sebab tu orang yang selalu senyum, ketawa berpada-pada nampak lebih muda 

#10. Merokok. Alkohol.

= Semua tabiat ini akan menghabiskan stok nutrisi dalam badan. Satu batang rokok akan drained off ~ 250mg vitamin c dalam badan. Satu hari hisap 10 batang. 2500mg vitamin c hilang setiap hari. Macamana nak ganti? 5 biji Vitamin C 500mg SR atau Makan 7 biji oren dengan kulit-kulitnya skali. Boleh? hihi


#11. Sistem Penghadaman yang tidak baik.


Sembelit. Gastric. Chron's disease. Selalu kembung. Banyak gas - semua ini masalah sistem penghadaman yang akan menggangu penyerapan nutrisi. Kita makan makanan yang berkualiti, organic tapi tak dapat nak diserap. Camner? anda perlukan pemakanan tambahan untuk memperbaiki sistem usus anda.

#12. Ubat-Ubatan
Badan kita adalah mesin kompleks. Ia akan saling bertindakbalas. Jika kita makan apa-apa ubat, ada yang mungkin akan berinterksi dengan supplements yang menyebabkan keperluan vitamin tersebut semakin meningkat. Contohnya :

Wanita yang mengambil pil perancang keluaraga - Anda perlu lebih Vit B6.

Pesakit Diabetes yang mengambil Gucophage - Anda perlu tingkatkan pengambilan calcium, B12 and folic acid.

Jika anda pesakit yang mengambil ubat Warfarin - Anda tidak memerlukan dos Omega atau Vitamin E yang tinggi. Ini boleh menyebabkan pendarahan.

Boleh ambil, tapi perlu berhati-hati.

#13. Special Group : Pregnancy, Breastfeeding, Children, Teenager, Elderly and Chronic disease or disorder.

Pengambilan makanan tambahan akan membantu golongan berisiko ini untuk mendapat nutrisi yang lebih lengkap untuk pertumbuhan dan kesihatan optimum.

BOTTOM LINE: Kehidupan dan gaya hidup sekarang mendedahkan kita kepada pelbagai penyakit. Dalam keluarga saya sendiri dan kawan-kawan pun, ramai yang darah tinggi pada usia muda. Ada yang meninggal akibat serangan jantung pada usia 30 tahun.

Terpulang pada kita di mana prioriti kita.

If you think health is expensive. Then, try sickness! ~ MamaLuv suka qoutes ni.

Kita berusaha. Kita cuba buat yang terbaik untuk menjaga jasad amanah Allah swt ini.
 

Share Jika Anda Prihatin. MamaLuv doakan anda yang sedang membaca article ini dikurniakan kesihatan yang terbaik di sepanjang hayat anda.

In shaa Allah. Aminnn


Ingin membuat pembelian produk-produk Shaklee. Boleh lah terus klik di bawah..


Klik Disini



"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...