Thursday, 24 July 2014

10 Tips Sebelum Balik Kampung Berhari Raya

Cabaran 60 Hari - Day 27

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta.Bagaimana dengan persiapan Hari Raya tahun ini? Barangkali sudah ramai yang telah membeli pakaian, kuih dan lain-lain lagi. Bagi mereka yang belum membuat persiapan Hari Raya, jangan bimbang kerana masa masih ada. Beribu-ribu tempat seperti bazar, kedai kain dan shopping complex yang menjual persiapan Hari Raya.

In Sha Allah minggu hadapan kita bakal meraikan Aidilfitri 2014. Tidak sabar menunggu saat itu. Apatah lagi bagi mereka yang tinggal jauh di perantauan, sudah pasti saat untuk balik ke kampung halaman merupakan saat yang mengujakan.

Di samping kita memikirkan persiapan untuk menyambut Hari Raya, jangan lupa persiapan sebelum balik ke kampung. Saya juga merupakan salah seorang perantau yang bakal pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya.

Oleh itu, hari ini saya ingin kongsikan 10 Tips  Sebelum Balik Kampung Berhari Raya. Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan kepada sesiapa sahaja yang perlu.



10 Tips Sebelum Balik Kampung Berhari Raya
10 Tips Sebelum Balik Kampung Berhari Raya

1.Pemeriksaan kenderaan - Tidak kiralah sama ada kita menaiki kereta atau motorsikal, kita perlu membuat pemeriksaan terhadap kenderaan kita. Terutama sekali bagi mereka yang akan berjalan jauh. Bolehlah hantar kenderaan kita ke pusat servis yang berdekatan atau periksa sendiri bagi mereka yang berkemahiran. Boleh jimat duit dan simpan untuk bersedekah nanti.

2.Peralatan penting - Bagi mereka yang memandu kereta, jangan lupa membawa jek kereta, tayar spare dan alatan yang lain. Biasanya, dalam kereta sudah tersedia sebuah beg yang mengandungi peralatan seperti player, spanar, skrew dan lain lagi. Ya, beg itu mesti diletakkan dalam bonet kereta. Kepada penunggang motosikal sediakan tiub tayar dan alatan untuk menukarkan tayar jika bocor.

3.Bawa air kosong - Air kosong ini bukan untuk di minum tetapi persediaan kalau radiator kereta jadi panas sehingga menyebabkan kereta jem. Sedialah 2 atau 3 botol 1 liter air.

4.Bawa CD atau pendrive - Bagi pemandu kereta, saya cadangkan bawalah CD atau pendrive yang mengandungi Al-Quran, Zikir, Qasidah atau nasyid. Sekurang-kurangnya dapat pahala.

5.Spek mata hitam - Bagi perjalan di siang hari, mungkin berdepan dengan kepanasan matahari atau silau. Jadi boleh guna spek mata hitam sebagai perlindungan.

6.Duit kecil atau Kad TouchNgo - Bagi mereka yang ada kad touchNgo isilah duit siap-siap supaya tidak kalut apabila sampai di tol. Duit kecil adalah perlu bagi mereka yang tidak ada kad TouchNgo.

7.Doa naik kenderaan - Doa merupakan perkara penting yang perlu kita ingat sentiasa. Doa naik kenderaan bukan sahaja perlu dihafal dan dibaca ketika hendak balik kampung sahaja tetapi setiap kali kita menaiki kenderaan.

8.Pakaian raya dan kelengkapan anak - Semua persiapan yang kita buat ini memang untuk berhari raya, jangan lupa bawa balik baju raya. Kalau tertinggal pakailah apa yang ada. Kalau sempat, beli dekat kampung. Hahahahaha!!!

9.Kelengkapan anak
- Bagi yang ada anak kecil susu dan pampers mereka jangan tertinggal pula.

10. Yang paling penting - "SUPLEMENT SHAKLEE & UBAT-UBATAN" . Kesihatan juga harus di jaga..jangan di abaikan.

Mudah-mudahan kita semua diberkati dan dirahmati. Selamat bercuti dan berhari Raya. Berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang.

  
"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...