Saturday, 13 September 2014

Mengatasi Masalah Gout Dengan Shaklee

Cabaran 60 Hari - Day 45

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan sihat selalu di samping keluarga tercinta. Beberapa hari yang lepas, MamaLuv ada terima panggilan dari customer yang bapanya ada masalah Gout. Jadi MamaLuv adalah membuat sedikit bacaan tentang Gout. Anda pernah dengar tentang penyakit Gout ? Jika tidak..hari ini MamaLuv ingin berkongsi tentang gout dan cara mengatasi masalah gout dengan Shaklee. 


Mengatasi Masalah Gout Dengan Shaklee

Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja. 

Sakit gout adalah sejenis penyakit sendi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sendi ekoran daripada kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah.Sakit gout akan membawa rasa sakit yang ketara, terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah akibat daripada radang. Jika dibiarkan, ia akan merebak ke sendi-sendi lain sementara menyebabkan hakisan pada permukaan dalaman sendi dan tumbuhnya tophi gout yang keras pada permukaan kulit.Masalah batu karang pada buah pinggang turut sering berlaku pada penghidap gout. Begitu juga dengan Risikosakit jantung turut bertambah bagi mereka mempunyai kandungan asid urik darah yang tinggi.
Serangan gout adalah kronik dan berpanjangan. Serangan gout tiba-tiba jenis ini dikenalpasti sebagai jenis sakit gout yang berulang-ulang. Semasa sakit itu, sendi akan menjadi bengkak dan rasa berdenyut-denyut, keadaan ini akan berterusan untuk tempoh lebih kurang satu minggu. 

Apakah punca gout?

1. Cara pemakanan – mereka yang banyak minum minuman manis, daging merah dan makanan laut. Begitu juga mereka yang banyak makan kekacang

2. Genetik – Gangguan genetik yang menyebabkan lebihan asid urik dalam badan dan kesukaran membuang asid urik. Mereka yang mengalami gout kemungkinan mempunyai anak yang mempunyai masalah gout juga.

3. Masalah kesihatan - Gout kerap berlaku dalam kombinasi dengan masalah perubatan lain. Antaranya sindrom metabolik, gabungan obesiti abdomen, tekanan darah tinggi, rintangan insulin dan tahap lipid yang tidak normal

4. Ubat-ubatan – pengambilan beberapa jenis ubat-ubatan seperti aspirin, nicotinic asid, diuretik turut boleh menimbulkan serangan sakit gout

Ramai yang bertanya saya suplemen apa yang boleh diambil jika mempunyai masalah GOUT. Ini saya listkan:

1) VITAMIN C - untuk mengurangkan uric acid di dalam badan, sekurang-kurangnya perlu ambil 3 biji sehari, iaitu 1500mg.

2) ALFALFA - Punca vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Ini dapat mengurangkan pembentukan baru uric acid.

Shaklee Alfalfa Complex (Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil)

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.Sumber semulajadi alfalfa.Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air sebagai minuman herba semulajadi.

PERHATIAN : Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini. Ibu hamil juga tidak digalakkan ambil produk ini.

Alfalfa dan Gout

Alfalfa dikatakan mengandungi tahap purines yang tinggi yang boleh membantu mengurangkan penghasilan asid urik dalam badan. Alfalfa berfungsi dengan membantu untuk meneutralkan dan mengurangkan tinggi paras asid urik dalam darah anda, ia juga mempunyai ciri-ciri anti-radang dan antioksidan semulajadi. Jadi ia adalah satu pilihan yang sangat baik untuk melegakan gout.

3) OMEGA GUARD - Mengurangkan dan mengelakkan inflammatory (bengkak) pada anggota yang terkena serangan GOUT.

4) PERFORMANCE DRINK - memastikan tubuh pesakit mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Selain itu, elakkan makan makanan berprotein seperti daging, makanan laut, kambing. Juga elakkan minuman manis dan bergas. Ais krim, butter dan keju juga perlu dielakkan. Pengambilan air + lemon secara berterusan juga boleh mengurangkan kadar uric acid di dalam badan.


"Be Healthy & Stay Healthy" 

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...