Thursday, 4 September 2014

Mengatasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

Cabaran 60 Hari - Day 40

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan sihat selalu di samping keluarga tercinta. Siapa di kalangan anda menghadapi masalah rambut gugur,bersepah-sepah dan bergumpal-gumpal selepas bersalin ? Angkat tangan!! hehehehe..Okaylah masalah rambut gugur selepas bersalin memang tidak dapat kita elakkan, ini kerana ia berlaku atas faktor perubahan hormon selepas kita bersalin. Tetapi masalah rambut gugur selepas bersalin ini masih boleh kita kawal dan kurangkan ia sebelum melarat. Kenapa MamaLuv kata melarat? Ialah tak semua orang rambutnya lebat, malah ada yang sedia nipis dan halus. Jadi pada mereka yang rambutnya nipis dan menghadapi masalah keguguran rambut yang melampau ia akan mengakibatkan botak! Sanggupkah anda botak? Ohhh anda pasti tak sanggup bukan. Jadi hari nie MamaLuv nak celoteh sedikit info tentang masalah rambut gugur selepas bersalin..

Kenapa ia terjadi dan bagaimana untuk mengelakkannya

Apa yang anda perlu tahu...Keguguran rambut selepas bersalin adalah NORMAL.Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat. Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal. 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Ketika ini jugalah TEORI ORG TUA-TUA kata..benda ni terjadi di sebabkan ANAK MULA MENYEMBUR AIR LIUR! hehehehe..BETUL TAK ? Tapi secara logik dan scientifik ia tidak ada kena mengena. Masalah ini akan berterusan selama 3 hingga 6 bulan lamanya dan ada juga kemungkinan sehingga 9 bulan. Malah ada yang lebih dari ini juga. Ia bergantung kepada individu. Yang pasti ia bukan satu sebab atau kesan dari anda yang menyusukan bayi..




Kita boleh mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin ini dengan memotong rambut agar pendek sedikit untuk lebih mudah diurus. Rambut ibu yang panjang mungkin juga boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa. Anda juga di galakkan untuk menyikat rambut secara perlahan-lahan dan jangan menyikat rambut ketika basah. Tak perlu juga kita nak mengerintingkan dan mewarnakan rambut ketika ini. Yang paling penting jangan lupa, mengamalkan pemakanan yang lebih sihat, kaya dengan protien dan zat besi serta zinc secukupnya. Ambil vitamin tambahan jika perlu..;-)

Di sini MamaLuv nak share serba sedikit info tentang MAKANAN YANG BAGUS UNTUK KESIHATAN RAMBUT kita:

1. Ikan Salmon

- Kandungan omega 3 yang melimpah, ditambah lagi dengan kandungan protein, vitamin B12 & zat besi menjadikan kulit kepala kekal sihat.

2. Sayuran Hijau

- Ambil jenis sayuran hijau kerana terdapat zat besi dan serat yang amat diperlukan untuk pertumbuhan rambut.

Antaranya : bayam,brokolli,taugeh pun termasuk jugak

3.Kekacang

kaya dgn zat besi,zinc untuk pertumbuhan rambut yg kuat dan sihat

4.Telur

- telur kaya dengan protein dan vitamin B12 yang dapat memperkayakan rambut untuk kekal sihat dan bermaya.

5.Gandum

- menyumbang kepada tenaga positif seperti protein yang sangat baik untuk kekuatan rambut.

6.Beras Merah

- membuat rambut lebih berkilau dan bersinar cerah.

7. Vitamin C

- Vitamin C boleh didapati di dalam buah oren, nanas, strawberi, lemon, paprika, kubis brussel dan jambu batu. Selain sebagai penyumbang vitamin C, ia juga membantu menjaga folikel rambut, pembuluh darah dan kulit kepala agar kekal sihat.

8.Susu & produk tenusu rendah lemak

sumber Kalsium utk pertumbuhan rambut

- yogurt, cottage cheese

9. Lobak

kaya dgn vitamin A untuk kulit kepala yang sihat

Bagaimana pula Shaklee boleh membantu anda?

Di sini MamaLuv cadangkan suplemen yang bagus untuk masalah keguguran rambut adalah gabungan : ESP + B- Complex + Zinc atau yang budget : ESP + Zinc

Kenapa??

ESP merupakan sumber protein yang sangat baik dan tulen. Protein ialah makanan sel. Untuk menyihatkan tubuh kita..untuk rambut yg sihat, kita perlukan protein yg secukupnya. Proses memasak makanan boleh memusnahkan kandungan protein atau mengurangkannya. Maka, ESP membantu menutup kekurangan tersebut. Bukan je rambut sihat..BANYAK LAGI BONUS KESIHATAN lain!


B- Complex dan Zinc membantu untuk menyuburkan rambut serta membantu mengatasi stress yang juga menjadi penyumbang kepada keguguran rambut.

Sumber : Bacaan umum & pengalaman sendiri +
http://pama.karangkraf.com/petua/sumber-makanan-untuk-rambut-sihat-1.42872


"Be Healthy & Stay Healthy" 

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...