Cabaran 60 Hari - Day 43
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,
MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan sihat selalu di samping keluarga tercinta. Hari ini MamaLuv ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai kitaran haid
dan waktu subur bagi wanita. MamaLuv pasti maklumat ini sangat penting dan amat
wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betul.Terutamanya kepada
sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan zuriat.
Untuk apa kita perlu tahu waktu subur seorang wanita ?
Ada 2 sebab utama :-
Untuk apa kita perlu tahu waktu subur seorang wanita ?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting.Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan
dan digunakan secara praktikal. Mari kita sama-sama fahamkan tentang kitaran haid seorang wanita. MamaLuv cuba permudahkan sebab kitaran
haid ni agak kompleks dan agar sukar sikit untuk di paham. Tetapi kita cuba fahamkan. Kitaran haid
wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita
masing-masing ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari.
Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Kita perlu memahami fasa
ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah
haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia
adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu
ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda
setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh
mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat.
Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal
untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam
bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur
akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis
hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak
disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia
akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan
dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada
sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal.
Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka
dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan
mengalami kitaran semula pada hari 1.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk
bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika
itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14
hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.**
(14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)
Ada yang masih tak faham? Okay begini. Katakan lah anda period 28 hari, maka hari subur ialah
28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah
period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur
bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21
adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14
hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi
waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya.
Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira
waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah
mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah
celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini
adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Kini kita boleh dapatkan kit untuk
mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita di mana-mana farmasi atau klinik-klinik
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang,
iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat
adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain
pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki
adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna,
sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas
waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup
lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam
(atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15,
16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda
datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak
berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu
bersama anda.
MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin
mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko
dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira,
atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari
dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim
(ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan
adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa
menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini
lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang
saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang
tersendiri.
Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar
waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada
bersama.
Anda ada masalah kesuburan dan ingin mendapatkan SET KESUBURAN SHAKLEE. Klik disini
"Be Healthy & Stay Healthy"
Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:
✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia
**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.
No comments:
Post a Comment