Tuesday, 30 September 2014

Tip Bina Keyakinan Diri Anak

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

Minggu ini MamaLuv rasa nak share je semua tips yang MamaLuv tahu. Bila kita banyak membaca nie..ilmu pengetahuan pun banyak..rasa macam rugi jer kalau tak sharekan. Bak kata omputih Sharing is Caringkan. Jadi hari nie MamaLuv nak share dengan anda semua tentang tip bagaimana nak membina keyakinan diri anak kita.Keyakinan dibentuk dari kecil. Bagaimana mereka mengharungi zaman kanak-kanak banyak mempengaruhi karekter seseorang itu. Sebagai seorang ibu atau bapa kita memainkan peranan yang penting dalam memupuk jati diri anak kita. Kita diberi amanah yang sangat besar oleh Allah s.w.t. untuk menjadikan anak kita seorang insan yang terbaik.




Tips Bina Keyakinan Diri Anak Kita
Tip Cara Membina Keyakinan Diri Anak Kita:
1. Ajar anak anda mengenal Allah dan Rasulullah s.a.w. Jangan menakut-nakutkan anak anda dengan perkara-perkara yang tahyul seperti hantu dan sebagainya sebaliknya ajarkan anak anda supaya hanya takut kepada Allah dan mencontohi Rasulullah s.a.w. Ceritakan kepada anak anda tentang keperibadian Rasulullah agar satu hari nanti dia akan mencontohi keberanian baginda.

2. Contoh melalui teladan. Kanak-kanak sering belajar melalui pengamatan dan tentu sekali mereka akan mencontohi orang yang terdekat dengan mereka iaitu kedua orang tuanya. Tunjukkan keyakinan diri yang tinggi di hadapan anak anda agar ia boleh dicontohi oleh mereka. Ingat, yakin diri tidak sama dengan meninggi diri! Tunjukkan keyakinan di hadapan anak anda tetapi elakkan dari berkelakuan sombong dan meninggi diri.

3. Beri galakkan kepada anak anda. Ini termasuklah menggalakkan dia supaya berkawan dan bermain dengan rakan-rakan sebaya. Sokong anak anda jika dia ingin melakukan sesuatu hobi yang bermanfaat untuknya. Jangan sekat potensi mereka selagi perkara itu tidak bertentangan dengan agama dan moral kita.

4. Beri ganjaran kepada mereka. Iktiraf kejayaan mereka. Tentu ada sebabnya mengapa kanak-kanak tadika diberikan “bintang” oleh guru-guru mereka apabila mereka melakukan sesuatu perkara yang baik. Ia merupakan sejenis “ganjaran” atas sesuatu yang dilakukan mereka. Ganjaran ini dapat memberikan mereka rasa percaya diri yang tinggi dan dapat membentuk karekter mereka. Berikan ganjaran kepada anak anda. Tidak perlu yang mahal-mahal kadangkala perkataan “tahniah!” sudah memadai.

5. Beri mereka tanggungjawab. Amanah ataupun tanggungjawab merupakan satu cara yang baik untuk meningkatkan keyakinan diri seorang kanak-kanak. Tanggungjawab yang anda berikan kepada mereka dapat membuatkan mereka berasa dipercayai oleh ibu-bapa mereka sekaligus melonjakkan keyakinan diri mereka. Mungkin anda boleh beri tanggungjawab untuk mengemas bilik mereka setiap hari. Pastikan anda sentiasa mengawal dan sekali sekala berikan hadiah kepada mereka sebagai pembakar semangat.

6. Hormati orang lain. Ajar anak anda supaya menghormati orang lain terutama orang yang lebih tua. Pastikan anda tidak menunjukkan sikap yang tidak baik seperti mengata atau mencaci orang lain di hadapan anak anda. Merendah-rendahkan orang lain adalah satu tanda bahawa seseorang itu tidak mempunyai keyakinan diri.

7. Biarkan anak anda gagal! Mungkin point yang terakhir ini agak ekstrem tetapi cara ini dapat memupuk keyakinan seseorang untuk lebih berusaha. Anda sebagai seorang ibu atau bapa harus memberikan galakan supaya anak anda mencuba lagi sehingga berjaya. Elakkan dari mengejek atau mentertawakan kegagalan mereka. Jadilah seorang ibu-bapa yang positif yang menanam sikap positif ke dalam fikiran anda anda.

Ingin mencari makanan tambahan/supplement untuk anak anda?


"Be Healthy & Stay Healthy" 

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.


Sunday, 28 September 2014

Tips Mendidik Anak Soleh dan Solehah

Cabaran 60 Hari - Day 51

Assalammualaikum dan salam hujung minggu kepada pembaca semua,

Good Morning..;-)

Semalam MamaLuv share dengan pembaca semua tips melahirkan anak pintar. Hari ini MamaLuv nak share dengan anda semua tips mendidik anak soleh dan solehah. Apakah yang perlu dilakukan oleh kita sebagai ibubapa, perkara yang perlu dielakkan dan pelbagai lagi tips menjadikan permata hati anugerah Allah swt..harta dunia dan akhirat yang berguna untuk kita. MamaLuv harap ianya serba sedikit dapat memberi panduan dan idea kepada kita semua.Teruskan membaca di bawah....


Tips Mendidik Anak Soleh dan Solehah


Jom kita sama-sama amalkan Tips mendidik anak soleh dan solehah..

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w.

    “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akanmembuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

"Be Healthy & Stay Healthy" 

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.

Saturday, 27 September 2014

Tips Lahir Anak Pintar

Cabaran 60 Hari - Day 50

Assalammualaikum dan salam hujung minggu kepada pembaca semua,

Good Morning..;-)

Best info ni, MamaLuv nak share tip lahir anak pintar. Apakah yang perlu dilakukan oleh kita sebagai ibubapa, perkara yang perlu dielakkan dan pelbagai lagi tip lahir anak pintar yang berguna untuk kita. MamaLuv harap ianya serba sedikit dapat memberi panduan dan idea kepada kita semua.Teruskan membaca di bawah....


Tips Lahir Anak Pintar

Tips lahir anak pintar yang PERTAMA

Aktiviti yang perlu dilakukan oleh si ibu apabila sedang mengandung ialah dengan sentiasa membaca al-Quran,berselawat dan berzikir kepada Allah.percaya atau tidak minda anak anda didalam kandungan akan dirangsang pada tahap minimum apabila menyebut nama Allah. Selain itu kita juga boleh merangsang minda anak nada dengan mendengar alunan muzik yang relax,tenang dan seterusnya dapat merehatkan si anak di dalam kandungan.

Tips lahir anak pintar yang KEDUA

Biasakan membuat kerja-kerja yang memerlukan anda berfikir seperti menyelesaikan kerja matematik.Ianya sangat membantu dalam melahirkan anak yang genius.buktinya mengapa kaum yahudi sangat pintar(walaupun dilaknat Allah)kerana semasa dalam kandungan ibu yang melahirkan anak akan membuat seberapa banyak kerja matematik kerana ingin anaknya menjadi genius.bukan niat menyuruh untuk meniru cara yahudi tetapi apa yang diamalkan mereka adalah general boleh dilakukan oleh sesiapa dan tidak melanggar syariat islam.

Tips lahir anak pintar yang KETIGA

Biasakan si ibu untuk meminum susu,kekacang terutama badam serta kurma.Ianya mempunyai khasiat yang sangat tinggi dan sangat baik untuk kandungan anak anda.selain itu si ibu juga perlu mengamalkan mengambil pil minyak ikan kerana kandungan khasiatnya yang sangat baik.amalan memakan ikan juga perlu kerana ikan sangat baik untuk tumbesaran anak anda.ini kerana ikan dapat mengembangkan sel-sel di dalam otak.tapi harus ingat JANGAN sesekali memakan KEPALA IKAN!ini dapat merosakkan sel dalam otak anak kita.Kajian mendapati kepala ikan mengandungi sejenis kimia yang dapat merosakkan sel-sel otak anak dalam kandungan anda. Jadi berhati-hati

Tips lahir anak pintar yang KEEMPAT

JANGAN MEROKOK! merokok akan menjamin anak dalam kandungan anda bodoh dan lembam.kandungan beratus-ratus kimia berbahaya dalam rokok dapat memnbantutkan timbesaran anak anda.sialap haribulan anak yang bakal dilahirkan akan CACAT! MamaLuv pasti kita tidak inginkan perkara itu berlaku bukan?j adi elakkan dari merokok sama ada si ibu mahupun si bapa.

Tips lahir anak pintar yang KELIMA

JANGAN MAKAN MAKANAN SEGERA! dalam proses melahirkan anak yang pintar kita perlu mengelakkan dari makan makanan segera,snack-snack ringan,minuman berkarbonat serta adik-beradik mereka =) kandungan dalam makanan segera tidak elok untuk anak dalam kandungan.banyakkan makan sayuran,buahan,ikan,kekacang dan susu.

Anda ingin/sedang mencari makanan tambahan@suplement untuk melengkapkan nutrisi semasa hamil? 

Shaklee adalah pilihan yang tepat. Vitamin yang bersumber semulajadi yang bebas toksin dan tiada kesan sampingan. Klik disini utk maklumat lanjut.


"Be Healthy & Stay Healthy" 

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.

Friday, 26 September 2014

Kenapa Bayi Bawah 6 Bulan Tidak Boleh Di Beri Makan

Cabaran 60 Hari - Day 49

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

Salam Petang..;-)

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan sihat selalu di samping keluarga tercinta. Hari nie MamaLuv nak kongsi dengan anda semua sebab-sebab kenapa bayi bawah 6 bulan tidak boleh di beri makan ! MamaLuv cukup tidak setuju dengan sesetengah ibu yang suka memberi bayinya yang bawah usia 6 bulan makan makanan pepejal. Tahukah anda perkara ini boleh memudaratkan bayi anda, jika bukan sekarang..tetapi pada masa yang akan datang juga. Kebiasaannya bagi orang-orang yang lebih tua dari kita melazimkan bayi sekecil sebulan umurnya agar diberi makanan berupa pisang lecek atau bijirin bayi. Walaupun sudah tertera pada label bijirin tersebut ‘hanya untuk 6 bulan ke atas sahaja’ tapi masih ramai yang mengamalkan pemberian bijirin lebih awal. Malah, ada yang mencampurkan bijirin tersebut di dalam botol susu agar mudah untuk diberikan kepada bayi.

Kenapa Bayi Bawah 6 Bulan Tidak Boleh Di Beri Makan

WHO mencadangkan agar bayi diberi makan pada usia 6 bulan (tahun 2001), begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom, dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan ibu menyusukan anaknya secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain, mahupun air masak) selama 6 bulan.

Namun, masih ramai yang tidak mengikuti polisi dan recommendation di atas kerana beberapa sebab:

-Anggapan bahawa bayi kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mencicip-cicip.
-Anggapan bahawa bayi lapar.
-Anggapan bahawa perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih awal.
-Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan.

Sayangnya anggapan di atas SALAH SAMA SEKALI ! Ini kerana

 1. SISTEM PENGHADAMAN YANG BELUM MATANG

Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.

Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza).

Tidakkah anda berasa kasihan dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya?

2. MASALAH KESIHATAN JANGKA MASA PANJANG

Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya?

Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal.

Tidakkah anda menyayangi anak anda dan masa depannya?

3. MASALAH DALAM PENYUSUAN

Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak.
Fikir-fikirkanlah tentang masa depan anak-anak kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena kencing bayi laki-laki di bawah usia 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.

Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun.

Sayangilah masa depan anak-anak kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita ‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya.

"Be Healthy & Stay Healthy" 

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.

Sunday, 21 September 2014

5 Tips Untuk Wanita Kekal Cantik Dan Sihat

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan sihat selalu di samping keluarga tercinta. Memandangkan bulan nie boleh di katakan bulan kecantikan, jadi hari nie MamaLuv nak share dengan anda semua 5 Tips Untuk Wanita Kekal Cantik Dan Sihat.  



5 Tips Untuk Wanita Kekal Cantik Dan Sihat

Pernahkah anda terfikir apa yang anda amalkan sewaktu muda akan mempengaruhi kecantikan dan kesihatan anda apabila usia meningkat? Kenyataannya, pemakanan dan penjagaan diri yang baik sepanjang hidup akan membentuk personaliti yang lebih sihat di usia tua.

Berikut merupakan 5 perkara berguna yang patut diambil berat dari usia muda belia:



1) Senaman membina peribadi positif – Bersenam akan meningkatkan hormon endorfin yang membantu anda mengurangkan tekanan. Dengan bersenam, risiko untuk mendapat penyakit kronik juga akan berkurangan. Di samping itu, bersenam akan membantu pengaliran darah yang lebih lancar ke permukaan kulit yang menyebabkan kulit mendapat oksigen secukupnya. Hasilnya, kulit lebih cantik dan berseri-seri. Bonus yang lain, berat badan ideal akan dikecapi sepanjang hayat.



2) Merokok menambah usia wajah anda – Tar dan nikotin dalam rokok bukan sahaja akan memberikan kesan buruk kepada paru-paru anda, malah ia mengakibatkan kulit berkedut dan kendur. Setiap kali anda menghisap sebatang rokok, bahan-bahan kimia merbahaya tersebut akan memusnahkan kapilari darah halus yang mengelakkan oksigen dan nutrien dalam darah menghampiri kulit anda.



3) Makanan berlemak akan menghantui anda di usia tua – Walaupun berat badan anda tidak bertambah sepanjang anda menikmati makanan berlemak, kesannya akan lebih ketara apabila usia anda meningkat. Ini kerana lemak tepu yang biasanya melekat pada salur darah akan meningkat dengan meningkatnya usia anda. Penyelidikan telah membuktikan lebih 90% penyakit jantung dapat dielakkan jika anda mengamalkan pemakanan sihat sejak dari usia muda.



4) Perkembangan tulang wanita akan berhenti pada usia 35 tahun – Siapa kata hanya kanak-kanak sahaja yang memerlukan susu untuk tulang yang sihat dan kuat. Sebagai wanita, penjagaan tulang anda sama penting dengan penjagaan wajah. Pengambilan harian kalsium dan vitamin D di usia 20-an dan 30-an sangat penting untuk mengelakkan keretakan tulang akibat tulang reput. Jika susah untuk anda komited pada pengambilan susu setiap hari, multivitamin dengan kandungan kandungan kalsium dan vitamin D juga memadai. Amalkan juga senaman seperti joging untuk menguatkan tulang.

5) Sayangi diri anda lebih dari orang lain – Sebagai isteri dan ibu yang berkarier, saya sering meletakkan keperluan suami dan anak sebagai perkara utama. Situasi ini tidak salah, tetapi keperluan peribadi juga sangat penting untuk kesihatan anda. Keperluan peribadi yang dimaksudkan adalah seperti rehat yang mencukupi, bersenam dan masa untuk melakukan hobi anda. Ketiga-tiga perkara ini akan mengelakkan stres dalam hidup anda sehari-hari. Jangan cuba untuk menjadi “superwoman” yang boleh melakukan semua perkara. Belajar untuk katakan TIDAK pada perkara-perkara remeh yang boleh mencuri masa santai anda. Sokongan dan bantuan suami amat penting untuk anda merealitikan masa berkualiti untuk diri sendiri.

Untuk dapatkan keterangan lebih lanjut tentang SET KECANTIKAN SHAKLEE. Klik disini

Untuk dapatkan keterangan lebih lanjut tentang SET KESIHATAN WANITA. Klik disini


Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, anda boleh hubungi saya Emma Kartika 012-2285484 atau klik saja icon di bawah 

Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:


➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782

 Email : ikka1979@gmail.com 

✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 

➲ Cash On Delivery (COD) : Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 

 Penghantaran ke seluruh Malaysia


Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) & jimat sehingga 15-25%.

Friday, 19 September 2014

Kepentingan Kalsium & Kesan Kekurangan Kalsium : Pentingnya Ostematrix

Cabaran 60 Hari - Day 47

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

Good Morning..;-)

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan sihat selalu di samping keluarga tercinta. Hari nie MamaLuv nak bercerita sedikit tentang kalsium. Mesti bila MamaLuv sebut je pasal kalsium..pekara yang pertama sekali yang terlintas di fikiran anda semua mesti susukan..hehehe..ini kerana kebanyakan orang hanya tahu dengan minum susu kita akan memperolehi kalsium. Rata-rata iklan di televisyen, radio, surat khabar, majalah semua akan terpampang jelas..menyatakan minum susu segelas sehari untuk dapatkan kalsium...bla...bla..bla.. Betul tak ? Dari MamaLuv kecil sehingga lah dah beranak 3 nie..MamaLuv sentiasa di didik mengenai betapa pentingnya kalsium dalam kehidupan seharian. Kenapa? 

Kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat serta gusi yang sihat. Ia juga amat penting untuk menstabilkan degupan jantung dan penghantaran isyarat saraf. Kalsium merendahkan kadar kolesterol dan membantu mencegah penyakit kardiovaskular. Ia diperlukan untuk pembentukan dan kontraksi otot bagi mengelakkan kekejangan otot.

Bukan itu saja, kalsium penting untuk pembekuan darah dan mencegah kanser. Ia menurunkan tekanan darah dan mengelakkan kehilangan jisim tulang. Kalsiummembekalkan tenaga dan terlibat dalam penstrukturan RNA dan DNA protein.

Kalsium juga terlibat dalam mengaktifan beberapa enzim, misalnya lipase yakni enzim pemecah lemak. Kalsium turut terlibat dalam memastikan kadar penyerapan nutrien oleh membran sel.

Malah kalsium juga membantu menjaga kesihatan kulit dan mengelakkan pre-eklampsia semasa mengandung. Ibu mengandung yang mengalami darah tinggi boleh mengambil kalsium bagi menurunkan darah tinggi semasa hamil.

Kesan-kesan kekurangan kalsium, cuba periksa adakah anda mengalami:
  • Sakit sendi
  • Kuku senang patah
  • Ekzema
  • Kenaikan paras kolesterol dalam darah
  • Tekanan darah tinggi
  • Insomnia
  • Kekejangan otot
  • Kebas tangan dan kaki
  • Gemuruh
  • Rheumatoid arthritis
  • Gigi mereput
  • Depresi
  • Hyperaktif


Kalsium boleh diperolehi dari makanan harian seperti susu, yogurt, kacang soya, kubis, keju, buah tin, asparagus, badam, whey dan sebagainya.

Kalsium memerlukan Vitamin D untuk diserap oleh badan.

Apakah Ostematrix?

Ostematrix adalah gabungan Kalsium, Magnesium, Vitamin D dan mineral2 lain seperti Boron dan sebagainya bagi membina matriks tulang yang kuat.


Kenapa Ostematrix? 

Kerana badan kita bukan saja perlukan tulang yang kuat, tapi MATRIKS tulang yang kuat umpama sebuah bangunan yang berdiri teguh.

Kalsium sahaja akan membina tulang sahaja, jadi kita perlukan mineral-mineral seperti Boron tadi untuk membina 'simen' yang menyambung tulang2 kalsium tadi.


Kepentingan Kalsium & Kesan Kekurangan Kalsium : Pentingnya Ostematrix
Info Tambahan
  • Asid amino Lysine diperlukan untuk penyerapan kalsium. 
  • Atlit wanita, wanita menopos dan ibu menyusu memerlukan kalsium tambahan keranatahap estrogen mereka adalah rendah. Estrogen menjaga sistem tulang rangka dengan 'menempatkan' kalsium dalam tulang. Bila estrogen menurun, kadar penempatan ini menjadi rendah.
  • Kalsium TIDAK BOLEH diambil bersama zat besi kerana mereka akan bergabung bersama, menjadikan penyerapan keduanya terganggu.
  • Oxalic acid dalam beberapa sayuran mengganggu penyerapan kalsium.
  • Ada dua cara mengambil kalsium,  500 mg setiap kali pengambilan (dua kali ambil, siang dan malam) ATAU 1000 mg sekali sehari sebelum tidurAnda boleh ambil yang mana2 anda selesa kerana mengikut pakar nutrisi, kedua-duanya boleh.


"Be Healthy & Stay Healthy" 

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.


Monday, 15 September 2014

Bagaimana OmegaGuard Membantu Mencegah & Mengurangkan Serangan Asma

Cabaran 60 Hari - Day 46

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan sihat selalu di samping keluarga tercinta. Hari nie MamaLuv nak bercerita tentang salah satu produk kegemaran MamaLuv sekeluarga iaitu minyak ikan "OmegaGuard Shaklee" . Ia bukan sahaja untuk kesihatan minda, jantung dan mengawal berat badan malah ia dapat membantu mencegah dan mengurangkan serangan penyakit asma. Di sini MamaLuv nak terangkan dahulu apa itu penyakit asma. Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit. Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi. Malah, pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan. Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.


Bagaimana OmegaGuard Membantu Mencegah & Mengurangkan Serangan Asma

Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih daripada 100 juta penghidap asma di seluruh dunia. Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun. Pengurus Besar Total Health Concept, Jagdev Singh berkata, kajian Institut Strategik dan Pengajian Antarabangsa (ISIS) dan Persatuan Thorasik Malaysia mendapati asma adalah penyebab utama kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana sakit.

Statistik menunjukkan lebih dari 53 peratus kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana masalah paru-paru dari September hingga November 2001.

Malah, ibu bapa juga terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk kos perubatan seperti ubat, lawatan ke doktor dan penginapan di hospital.


Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut.

Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan,” katanya.Menurut beliau, hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan.

Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil. Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.

Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA). Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya,” jelasnya.

Tambah Jagdev, antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel.

Antara ubatan yg biasa dicadangkan oleh doctor utk merawat asma adalah steroid. Tp kita tahu steroid memberi kesan sampingan dalam jangka masa panjang. For info, kandungan omega 3 mampu bertindak seperti steroid tapi ianya tidak akan memberikan kesan sampingan seperti mana steroid. Bonus kepada ibu menyusu kerana kandungan DHA dlm Omega Guard akan disalurkan kepada anak (DHA baik utk otak anak).Kajian juga menunjukkan mereka yang menghidap penyakit berkaitan inflamasi seperti asma mempunyai kandungan Omega-3 yang rendah.Pengambilan Omega-3 dari minyak ikan terbaik Omega Guard membantu meredakan inflamasi.


Mengapa Omega Guard Shaklee berbanding minyak ikan lain?

1. Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.

2. Ultratulen & Bergred Farmaseutikal
Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

3. 50% lebih pekat dari mana2 produk di pasaran

Jadi dapatkan sekarang! Berikan yg terbaik buat anda dan anak anda!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm

"Be Healthy & Stay Healthy" 

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:



➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782

✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv

✉ Email : ikka1979@gmail.com

✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484

➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...