Monday, 20 October 2014

6 Cara Atasi Masalah Rambut Beruban di Usia Muda

Wahai pembaca semua...

Rambut beruban di usia muda bukan satu perkara yang pelik lagi di zaman sekarang. Betul tak ? Pasti ada di kalangan keluarga anda atau sahabat anda yang sudah beruban di usia muda. Jadi hari nie MamaLuv nak share dengan anda semua 6 Cara Atasi Masalah Rambut Beruban di Usia Muda. Selalunya punca utama adalah disebabkan keturunan. Jika ada ahli keluarga sama ada ayah atau emak yang mempunyai uban sewaktu muda, kebarangkalian anak-anak untuk beruban juga tinggi. Ini disebabkan gen yang berpengaruh ada didalam tubuh badan seseorang itu. Ia akan menyebabkan rambut yang hitam bertukar keputihan. Ramai yang alami kini dan membuatkan mereka rasa bimbang keadaan itu.


Pelbagai faktor lain juga yang menyebabkan masalah rambut beruban di usia muda. 

Faktor-faktornya :-

1. Merokok- kerana kandungan nikotin di dalam darah yang cenderung menghapuskan zat dan gizi yang diperlukan dalam rambut.

2. Produk pewarna rambut dan syampu di pasaran - penggunaan bahan-bahan chemical yang kuat dan tidak betul untuk kesihatan rambut. Jika tidak tahu bahan yang digunakan, jangan sesekali mencuba produk itu dan berhati-hati memilih syampu yang sesuai. Kekerapan dalam menggunakan pewarna rambut akan meresap ke dalam pigmen rambut dan jangan sesekali menggunakan sembarangan produk tanpa memikirkan baik buruknya di kemudian hari.

3. Stress atau tekanan perasaan - Tekanan menyebabkan vitamin B berkurangan dalam badan, sekali gus menyebabkan uban tumbuh. Namun jangan terlalu bimbang kerana keadaan itu akan kembali normal semula jika tahap stres anda dapat dikawal dengan baik.

4. Kekurangan vitamin B - kerana vitamin B adalah sumber penting kepada kesihatan rambut manusia terutama buat mereka yang masih muda. Kurangnya vitamin B dalam tubuh badan, akan menyebabkan terjadinya pigmen pada rambut mereka. Kepentingan vitamin B juga dapat menjaga keseimbangan air dalam tubuh badan, membantu penyerapan lemak dalam usus dan membantu dalam kestabilan metabolisme badan. Bagi mengatasi masalah rambut beruban ini, remaja boleh mengambil banyak makanan seperti beras merah, kuning telur, susu, jantung dan hati ayam, gandum dan kacang hijau untuk menambahkan vitamin B dalam badan terutamanya kepada kesihatan rambut. Anda juga boleh mengamalkan B-Complex Shaklee sehari sebagai alternatif untuk memenuhi keperluan semua makanan yang saya sebut di atas. Hanya menelan 1 biji sehari anda akan dapat ke semua 8 jenis vitamin B yang lengkap.

6 cara atasi masalah rambut beruban di usia muda


1. Mencegah Tekanan

Tekanan yang sering dialami remaja pada zaman moden kini adalah salah satu penyebab munculnya uban kerana tekanan daripada pelajaran di sekolah atau di kolej. Dibebani dengan masalah-masalah tidak dapat menyiapkan bebanan tugasan kolej. Stres adalah faktor penyebab timbulnya penuaan pada rambut. Remaja perlulah lebih santai dalam mengatasi dengan itu dapat mencegah uban daripada terus timbul sebelum waktunya.

2. Menjaga kebersihan kulit kepala

Menggunakan syampu yang sesuai untuk rambut agar kulit kepala dan rambut lebih sihat. Penggunaan syampu anti penuaan dan limau purut mampu mengatasi masalah rambut beruban.

3. Corak pemakanan yang sihat

Nutrisi adalah salah satu penyebab timbulnya uban atau penuaan pada rambut. Diet secara berlebihan mengakibatkan kurangnya kandungan gizi yang diperlukan dalam badan dan ini menyebabkan tumbuhnya uban pada rambut. Cuba aturkan pola pemakanan yang baik dan seimbang supaya dapat mencegah masalah rambut beruban ini dengan cepat.

4. Keperluan zat besi

Tubuh badan manusia memerlukan zat besi yang tinggi dan apabila kurangnya zat besi akan munculnya uban pada rambut. Zat besi membantu memberikan zat warna pada rambut lalu rambut akan tumbuh dengan subur dan kehitaman. Makanan yang seperti sayur bayam dan buah lemon membantu anda mendapatkan kandungan zat besi yang tinggi dalam badan.

5. Rawatan yang teratur

Tidak perlu ke salun kecantikan rambut untuk mendapatkan rawatan ini kerana dengan rawatan sendiri juga mampu mencegah rambut daripada penuaan. Usap campuran labu dan minyak kelapa pada rambut sekurang-kurangnya lebih satu jam pada rambut kemudian bilas. Lakukan secara teratur agar dapat mencegah terjadinya tumbuh uban pada rambut anda.

6. Rahsia penggunaan daun kari pada rambut

Orang India menggunakan daun kari untuk menjaga keindahan rambut mereka. Sebab itu bila kita lihat rambut masyarakat India tumbuh dengan sihat dan hitam bersinar. Gosokkan rambut dengan beberapa helaian daun kari dan campurkan sedikit dengan air suam lalu sapukan daun itu ke rambut anda akan dapat hasilnya yang memuaskan. 

Selamat mencuba!

kredit : Majalah rapi

Harus diingatkan supaya tidak mencabut uban yang tubuh melata di rambut, MamaLuv pernah terbaca atau terdengar petua orang tua-tua dulu, kalau tumbuh uban jangan dicabut ­kerana uban akan lebih banyak tumbuh. Lebih ­menakutkan lagi akan mengalami masalah rambut botak kerana kerap mencabut uban yang gatal. Wallahualam..

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, anda boleh hubungi saya Emma Kartika 012-2285484 atau klik saja icon di bawah 

KLIK DISINI
Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.


 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:


➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782

 Email : ikka1979@gmail.com 

✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 

➲ Cash On Delivery (COD) : Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 

 Penghantaran ke seluruh Malaysia

Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) & jimat sehingga 15-25%.




3 comments:

  1. Saya ada kawan yng beruban ms skolah menengah lagi. Dia kuat makan maggie. Tapi tak tahulah betullan tak fakta makan maggie blh buat rambut beruban

    ReplyDelete
  2. Masalahnya, tangan ni gatal je nk cabit kalau terjumpa tercacak sehelai dua kt atas pale ni..makin bertambah la jwbnya kan..

    Http://lovesihat.com

    ReplyDelete
  3. vivix pun salah satu penyelesaian rmabut uban ni :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...