Tuesday, 7 October 2014

Cabaran 7 hari Entry- Day 2 : Percutian Idaman Saya

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

Good Morning..;-) 

Semoga anda semua berada di dalam keadaan yang baik dan sihat hendak-Nya. Untuk pengetahuan pada pembaca dan peminat vitaminwithluv, mulai semalam dan untuk tempoh seminggu ini..MamaLuv menyahut cabaran 7 hari entry berblogging di anjurkan oleh Group Business kami "OB" di bawah kelolaan Pn Dilla Jalil kita , post entry untuk day 1 dah selamat di cerita iaitu 3 Fakta tentang MamaLuv. Yang belum baca..boleh lah klik di entry itu. Entry post untuk day 2 pula ialah tentang percutian idaman saya. MamaLuv yakin kita semua pasti mempunyai percutian idaman kan. Kalau ikutkan hati MamaLuv ni merata-rata tempat nak di lawati. Yerlah setelah penat kita bekerja..berhempas pulas kumpul duit, pasti nak pergi melancong dan merehatkan mindakan. Percutian idaman MamaLuv adalah ke Korea Selatan - Nami Island, Jeju Island dan Seoul. Sebab apa? dan mengapa? Of course sebab terpengaruhnya dengan drama-drama Korea..;-). Siapa disini yang suka mengikuti Drama Korea? Sila bagi komen anda di bawah nanti. Pasti adakan. Drama korea yang banyak mempengaruhi percutian idaman MamaLuv ini sudah pasti Drama Korea "Winter Sonata".;-).  Terpengaruh untuk kebaikan diri tak salah kan.Lokasi lakonannya dan permandangannya yang indah cukup membuat MamaLuv terpegun dan begitu teruja untuk melawat negara itu.

Cabaran 7 hari Entry- Day 2 : Percutian Idaman Saya

Cabaran 7 hari Entry- Day 2 : Percutian Idaman Saya

Cabaran 7 hari Entry- Day 2 : Percutian Idaman Saya

Lokasi 1 bila ke Korea Selatan sudah tentu ke Nami Island. Ia merupakan salah satu lokasi utama pengambaran yang di ambil untuk Drama korea ' Winter Sonata. Kalau boleh nak pergi ketika musim sejuk. Ada salji. Nak main salji. Terbayang sungguhlah berjalan di bawah pokok-pokok ini bersama orang-orang tersayang. Teringin juga nak bergambar dengan monument pelakon kegemaran ini. Feeling-feling romantik gitukan. Pasti bestkan.


Cabaran 7 hari Entry- Day 2 : Percutian Idaman Saya

Lokasi 2 bila ke Korea Selatan pasti nak ke Jeju Island juga. MamaLuv nie memang seorang pencinta alam, yang suka dengan pemandangan yang hijau, laut kebiruan dan mendengar burung-burung berkicauan. Rasa tenang je kan bila melihat dan mendengar semua ini. Ya Allah pasti indah dan nyaman ciptaan-Nya. Selalunya dengar jer cerita yang indah-indah dari sahabat handai dan saudara mara yang dah ke sana. Tetapi bila melihat gambar..memang dah pasang niat dalam hati..kena melawat tempat nie.



Cabaran 7 hari Entry- Day 2 : Percutian Idaman Saya

Lokasi 3 bila ke Korea Selatan mesti nak ke capital citynya Seoul. Bandar metropolitan ke 2 besar yang serba modern dan canggih. Bukan apa..nak merasa juga suasana hiruk piruk di sanakan sambil menimba pengalaman baru di negara orang kan.

Mudah-mudahan dengan harapan yang besar ini, memang dah ada pun dalam vision board kejayaan saya untuk ke sana. Tiada mustahil dalam hidup ini melainkan berusaha bersungguh-sungguh, berdoa pada-Nya dan yakin akan rezeki itu datangnya dari Allah swt. InshaaAllah satu hari nanti saya pasti akan sampai ke sana bersama orang-orang tersayang..dengan menggunakan hasil titik peluh saya sendiri dalam business Shaklee saya ini..Aminnn!!!



"Be Healthy & Stay Healthy" 

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...