Friday, 10 October 2014

Cabaran 7 Hari Entry - Day 5 : Resepi Homemade | Ayam Panggang ala Kenny Rogers

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

Semoga anda semua berada di dalam keadaan yang baik dan sihat hendak-Nya. Topik entry post hari inilah yang paling MamaLuv suka. Kenapa ? Sebab ia ada kena mengena dengan memasak. Hobi MamaLuv memang suka memasak. Resepi homemade yang MamaLuv nak kongsikan dengan anda semua hari ini ialah Ayam Panggang ala Kenny Rogers...;-). Ha..siapa suka makan ayam panggang? MamaLuv pasti semua orang sukakan..sebab majoriti memang semua orang suka makan ayam. Keluarga MamaLuv memang suka makan ayam..jadi Mamaluv sentiasa kena pelbagaikan resepi masakan berasaskan ayam ini. Jika tidak pasti bosan..asyik-asyik masak lauk itu jer..asyik-asyik resepi selera tekak melayu jer....jadi sekali sekala kenalah tukar ke arah masakan barat..;-). MamaLuv tunjuk gambar dulu...jeng..jeng..jeng...Sedap tak ? pasti terliurkan.

Cabaran 7 Hari Entry - Day 5 : Resepi Homemade | Ayam Panggang ala Kenny Rogers

Resepi Ayam Panggang ala Kenny Rogers (untuk 4 org)

Bahan-Bahannya :

1 ekor ayam ( di kerat 4)
1 paket daun rosemary
1 paket daun Dill
1 botol rempah Mixed Herbs ( boleh dapat di pasaraya besar)
6 biji kentang
6 ulas bawang besar
3 biji lada bangala (warna kuning, merah, dan hijau)
10 butir cendawan butang
Sedikit Butter
4 sudu besar olive oil
1 sudu besar serbuk lada hitam
Sedikit garam

Bahan-bahan untuk side dishnya :

*Coslow ala kfc

1 biji Kobis
1 btg Carrot
Mayonis

*Macaroni Cheese ( instant jer - beli yang ada jual dalam paket dan masak seperti yang di arah)

Cara-cara penyediaannya :

Untuk Ayam

Setelah ayam di bersihkan, perapkan ayam bersama mixed herbs, daun rosemary, daun dill, sedikit olive oil dan sedikit butter. Taburkan sedikit lada hitam (jika nak rasa sedikit pedas) dan sedikit garam utk perasa. Perapkan ayam selama min. 1 jam. Makin lama di perap..makin terasa sedapnya. Setelah itu bakar selama 30 minit ke 45 minit ( disini MamaLuv memanggang ayam menggunakan magic pan). Jangan lupa di balik-balikkan tau..nanti takut ayamnya tak masak dengan sempurna. Boleh masukkan kentang, bawang besar, lada bangala dan cendawan butang tadi untuk di panggangkan bersama (tak perlu di panggang begitu lama setakat empuk sahaja)

Cabaran 7 Hari Entry - Day 5 : Resepi Homemade | Ayam Panggang ala Kenny Rogers


Untuk coslow ala kfc

Kobis dan karot di racik/sagat halus. Di gaul dengan mayonis dan diletakkan sedikit susu segar. Taburkan garam utk perasa. 

Untuk sos/kuahnya

Mamaluv menggunakan sos/kuah instant juga. Ada jual di pasaraya (instant gravy). Bancuh jer..;-)

Ha..simple dan mudahkan. Kalau ada yang teringin sangat nak makan ayam panggang ala kenny rogers nie..boleh buat sendiri.  Bila buat sendiri lebih puas hati..jimat pun jimatkan..;-).Kalau ada yang tak paham sangat dengan penerangan MamaLuv tentang resepi dan cara masaknya..sudi-sudi lah menghubungi MamaLuv..;-)

Oh ya PERINGATAN KERAS nie...sebelum makan ayam panggang sedap nie, jangan lupa telan 2 biji phytocol-ST dan selepas makan jangan lupa telan 3 biji lecithin , 3 biji OmegaGuard dan 4 biji Herblax. Bukan apa untuk mengawal dan menyeimbangi semula kadar kolestrol dan lemak td..;-). Biar sedap di tekak dan sedap di perut juga..hehehehe. Nak beli 4 jenis vitamin tadi boleh lah hubungi MamaLuv secara personal okay..details ada di bawah...

"Be Healthy & Stay Healthy" 

Untuk Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar), Shah Alam dan Setia Alam
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...