KHASIAT & RAHSIA BUAH-BUAHAN
Negara kita amat bertuah kerana para peladang, petani dan jabatan
Pertanian kita mampu mengekalkan dan menyokong penanaman buah-buahan
tempatan sendiri. Setiap buah-buahan mempunyai kebaikan - kebaikan
tersendiri yang mungkin dapat atau telah membantu mengekalkan kesihatan
tanpa perlu bergantung kepada ubat-ubatan tambahan.
Dari aspek botani, buah adalah hasil daripada
tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga. Definisi atau
takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi yang wujud dari
bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga (buah
epal, strawberi ), brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel
(nenas). Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah
hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan
yang enak.
Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya
mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat
galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai
jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan
masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat
desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat
mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.
1. Delima
Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk
menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing
gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin,
delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga
mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium,
vitamin A dan vitamin C. Zat besi yang terdapat dalam buah delima
dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang
yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.
Buah
delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan
bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah
batuk. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk
cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Walaupun begitu
buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan
cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima
mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.
2. Kurma - Hindar Gangguan Usus
Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus,
sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali
sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi
mengubati gangguan usus yang kronik, di mana ketidakserasian dengan
gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang
penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan
protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa
yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil.
3. Pisang - Merawat Kudis dan Luka
Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan
tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan
juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga
mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim
dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam
perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk
menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan
berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh
dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga
digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis
atau radang perut.
4. Mangga - Penawar Penyakit Hernia
Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari
keluarga Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk
mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk
menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit
yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi
bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan,
boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu,
yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan
bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai
kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang
mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan
kulat.
5. Nanas - Penawar Penyakit Batu Karang
Nanas
sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas
cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dan mengandungi kandungam
gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas
merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan,
terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka.
Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan
perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan,
pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang
penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas
terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana
kandungan enzimnya yang tinggi.
6. Belimbing - Merawat Kencing Manis / Darah Tinggi
Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh
dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini
bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing
besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan
oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap
kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga
dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi,
gingivitis atau radang gusi.
7. Lemon Berkesan Merawat Tonsilitis
Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca
daripada serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan
berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum atau nama saintifiknya
Citrus limon. Lemon yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium,
kalsium dan fosforus berkesan merangsangkan sistem pelalian untuk
membunuh kuman streptokokus.
Serabut atau bulu-bulu putih yang
terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan limau-limau sitrus yang lain
mengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untuk kesihatan. Oleh itu
serabut itu perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur dengan isi
lemon sebelum dikisar halus. Lemon juga dengan vitamin B kompleksnya
juga bertindak membunuh sejenis kuman bakteria dikenali sebagai
stafilokokus. Ia turut berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit
kelamin seperti gonorea, sifilis dan klamidia.
8. Pala Melegakan Kembung Perut
Pala sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan.
Kulit arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa
yang disebut salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sakit
kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi. Ia berasal
dari keluarga myristicaceae, yang dikenali dengan nama saintifiknya
Myristica fragrans juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya,
pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Ia
juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya pula
mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai
salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai
jenis penyakit.
9. Pinang - dengan Pelbagai khasiat
Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama saintifiknya Areca catecu Linn
dan berasal dari keluarga Arecaceae. Buah dan biji pinang bernilai
tinggi dari segi perubatan. Biji pinang dikunyah bersama-sama daun sirih
seperti yang lazimnya diamalkan oleh orang-orang tua sebagai salah satu
petua untuk menguatkan gusi serta menghapuskan masalah mulut berbau
busuk. Bagaimanapun, amalan memakan terlalu banyak pinang boleh
memudaratkan kesihatan. Biji pinang juga mengandungi sejenis bahan yang
boleh mencegah barah. Sabutnya pula digunakan oleh masyarakat zaman dulu
untuk merawat cirit-birit. Ia juga berkesan untuk mengubati penyakit
kulit seperti panau.
10. Pisang Kaki - Turunkan Tekanan Darah Tinggi
Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C,
glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan.
Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat
pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah
sembelit dan meredakan sedu. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan
berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai
pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup
dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang
terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya
dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru
dan jantung.
"Be Healthy & Stay Healthy"
Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:
✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar)
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia