Assalammualaikum & Selamat Pagi semua..
Harapan
MamaLuv agar anda
semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik. Hari nie
MamaLuv nak share pengalaman MamaLuv dalam dunia kehamilan. Setiap awal kehamilan saya akan mengalami morning sickness yang amat teruk. Setiap hari akan Muntah@Loya dan pening. Setiap kali itu juga saya pasti admitted di hospital kerana mengalami masalah dehidrate dan kencing kotor.
Kenapa kita menghadapi Morning Sickness?
Muntah dan loya di waktu pagi berpunca daripada turunnya kadar gula dalam darah dan ketidakseimbangan hormon kehamilan, dan tidak ada penawar muktamad untuknya setakat ini.
Tips untuk mengatasi muntah@loya..
• Kerap makan snek. Makan sedikit setiap dua atau tiga jam. Perut anda akan sentiasa kenyang. Jika anda tidak berkesempatan untuk makan, minum air barli atau glukos.
• Adalah menjadi kebiasaan untuk anda mengalami kadar gula dalam darah yang rendah kerana anda belum mengambil apa-apa makanan di waktu pagi. Jika anda berasa loya di waktu pagi, cubalah makan sedikit biskut atau buah pisang sebelum bangun dari katil. Makan sedikit snek sebelum tdur mungkin dapat membantu.
• Pilih makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti roti gandum, biskut kraker, nasi dan kentang. Makanlah makanan yang tidak mengandungi asid seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makanan berlemak seperti daging dan makanan bergoreng.
• Ambillah vitamin pra-hamil anda selepas makan dan sebelum masuk tidur
• Makanlah mengikut keinginan anda, asalkan anda mengawal diet anda dengan sihat. Anda mungkin juga teringin untuk makan makanan yang tidak pernah anda makan. Ini adalah perkara normal.
• Cuba dapatkan tidur yang nyenyak di waktu malam, dan kalau boleh, tidur sebentar di waktu siang. Elakkan stres. Kebanyakan wanita hamil berasa amat letih semasa minggu-minggu awal kehamilan, dan ini boleh mengakibatkan loya dan muntah.
• Minum banyak air, jus buah-buahan dan susu. Elakkan kopi dan alkohol.
• Jika anda jenis yang mabuk laut atau mabuk di dalam kereta, cuba elakkan berkereta dengan jarak yang jauh atau menaiki bot. Ini akan memburukkan lagi muntah dan loya anda.
• Elakkan asap rokok dan asap kenderaan kerana ia mendorong anda loya atau muntah.
• Halia adalah ubat loya yang diketahui umum. Teh halia sesuai untuk anda dan banyak dijual di farmasi atau di pasaraya. Anda juga boleh mencuba biskut halia atau minuman halia untuk kes-kes loya yang biasa.
Jika semua di atas tidak dapat mengurangkan muntah dan loya anda, ketahuilah bahawa loya dan muntah pada waktu pagi adalah proses kehamilan yang normal dan sihat. Ia akan berkurangan dalam 14-16 minggu kehamilan. Mungkin ini tidak banyak membantu, tetapi anda perlu berasa bertuah menantikan kehadiran cahaya mata anda!
Produk Shaklee yang membantu mengurangkan morning sickness / alahan ketika hamil....
Peppermint-Ginger Plus
Terdiri daripada 4 bahan herba utama iaitu peppermint, ginger, fennel dan anise, Peppermint-Ginger Plus dapat membantu anda seperti berikut:
- Melegakan senak perut
- Membantu proses penghadaman
- Menyamankan perut
- Mengurangkan mual dan muntah
- Membuang angin dalam badan
- Mengurangkan sakit gastrik
- Mengurangkan kesan mabuk perjalanan (bot, kereta, kapal terbang, etc.)
Kebaikan Performance Drink
- Meningkatkan Tenaga dan Daya Ketahanan Badan
- - Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat.
- - Menggantikan air yang hilang akibat muntah.
- - Meningkatkan daya tahan otot.
mengurang Dehidrasi @ sebagai 'kekurangan air yang banyak dalam badan'. Seseorang ibu yang hamil, perlu memastikan dirinya tidak dehidrasi. Ini adalah kerana, air sangat penting dalam membantu hati dan ginjal membuang kumuhan daripada badan si ibu dan bayi dalam kandungannya.
Nak cuba menyelesaikan masalah anda...
"Be Healthy & Stay Healthy"
Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:
✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar)
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment