Tuesday, 10 June 2014

Sekilas Fakta Vitamin E

Assalammualaikum & Selamat Petang semua..

Harapan MamaLuv agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik. Hari nie MamaLuv nak share tentang Vitamin E Complex. Adakah anda tahu kenapa Vitamin E penting untuk kita juga.
Vitamin E ComplexVitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Berdasarkan kajian,vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit. Ianya larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot. Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.Vitamin E dikira dalam unit IU (international units) yakni 1 IU bersamaan 1mg. Vitamin E terdiri dari 8 komponen dalam 2 kelas utama : tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari komponen2, alpha, beta, gamma dan delta. Vitamin E yang lengkap sepatutnya mengandungi kesemua 8 komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yang paling aktif, malah IU dikira berdasarla alpha-tocopherols.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.

Khasiat Vitamin E :

· Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.

. Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara

· Melindungi paru-paru dari pencemaran udara.

· Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

· Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.

· Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

· Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).

· Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.

· Merendahkan kadar kolesterol.

· Membantu mencegah kanser.

· Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.

· Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.

Sumber makanan Vitamin E: 


minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum

Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan: Mudah radang,penuaan kulit sebelum masa,rambut gugur,anemia

 Fungsi Vitamin E :

~ Membantu melambatkan penuaan sel.
~ Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
~ Antioksidan yang potensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan. .
~ Membantu sel-sel memperolehi lebih oksigen.
~ Penyelidikan menunjukkan vitamin E mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien.
~ Merangsang beberapa bahagian sistem imun menjadikan badan kita menentangi kejangkitan dengan lebih effisien. .
~ Melindung menentangi beberapa pencemar dalam persekitaran kita.

Panduan Memilih Vitamin E :


~ Penyelidikan menunjukkan peranannya dalam mencegah kanser.
~ Keluaran vitamin E yang baik harus mengandungi d-alfa-tokoferol yang merupakan bentuk vitamin E yang paling asli dan paling aktif .
~ la harus mengandungi ahli-ahli lain dalam keluarga topoferol bagi membolehkan penggunaan maksimum.
~ Vitamin E akan menjadi lebih berkesan jika ia juga mengandungi mineral selenium. Salah satu sumber selenium yang unggul ialah yis. 


 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...