Saturday 21 June 2014

JENIS-JENIS DAN FUNGSI VITAMIN

Cabaran 60 Hari - Day 4

Assalammualaikum & Selamat Berhujung minggu semua..

MamaLuv harap agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. Hari nie sekadar berkongsi ilmu dengan peminat-peminat MamaLuv tentang....


✿ JENIS-JENIS DAN FUNGSI VITAMIN ✿

Jom kita ketahui jenis-jenis dan juga fungsi vitamin serta kepentingannya kepada tubuh badan kita....

jenis-jenis dan fungsi vitamin

✿ LARUT DALAM LEMAK ✿


[✔]Vitamin A ➜Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.

[✔]Vitamin D ➜Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.

[✔]Vitamin E ➜Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

[✔]Vitamin K ➜Bagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.

✿LARUT DALAM AIR✿

[✔]Vitamin C ➜Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.

[✔]Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12)➜ Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.

APA AKAN TERJADI JIKA TIDAK AMBIL VITAMIN ?
==========================
==============
Semua orang digalakkan mengambil vitamin. Lebih-lebih lagi, anda yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging. Vitamin juga bagus untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien. Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan vitamin. Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara normal. Berbeza pula sekiranya anda yang tidak mengambil vitamin. Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit. Misalnya, rabun(kurang vitamin A) dan anemia(penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah) Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan vitamin B12 atau zat besi. Elakkan mengambil makanan segera terlalu kerap.


JOM AMALKAN VITALEA SHAKLEE - MULTIVITAMIN SEMULAJADI SUPAYA BADAN SIHAT, CERGAS & BERTENAGA!!

 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...