Friday, 20 June 2014

5 cara mudah untuk tubuh kekal segar tanpa kafein

Untuk mendapatkan tubuh yang sentiasa segar, banyak orang mengambil kopi atau minuman berkafein yang lain. Walaupun ianya membuatkan badan bertenaga, kafein menimbulkan beberapa kesan sampingan seperti kehilangan selera makan, sakit di bahagian perut, degupan jantung tak teratur, menangis berlebihan, dan lain-lain. Jadi, bagaimana untuk mengurangkan rasa mengantuk ketika melakukan aktiviti di pejabat atau di tempat belajar anda?

Berikut adalah 5 tips berguna untuk tetap segar bugar tanpa pengambilan kafein!




✐1. Rehat sebentar

Ambil masa untuk berehat dan berjalan-jalan di luar bilik selama 5-10 minit. Rehatkan fikiran, mata, dan tubuh anda. Bila perlu, anda boleh melakukan regangan badan. Sebuah kajian menunjukkan bahawa sedikit gerakan semasa bekerja dapat memberi pengaruh terhadap ukurlilit pinggang, Body Mass Index (BMI), kadar trigliserida dan 2-h plasma glukosa. Ertinya, sebuah gerakan sederhana akan memberi kesan pada bentuk tubuh, berbanding dengan diam dalam kedudukan yang sama terus-menerus.

✐2. Cuci Muka dengan Air Sejuk

Air sejuk dapat menyegarkan badan serta membangunkan anda. Air sejuk pada kulit dapat merangsang peredaran di seluruh tubuh dan menghalau debu kotoran dari kulit. Cucilah muka anda dengan air ais beberapa kali sehari. Dijamin anda tetap segar selama melakukan aktiviti.

✐3. Minum Air

Air merupakan minuman tenaga dari alam yang dapat membantu anda tetap segar di pejabat. Minum cukup air boleh menjaga otak dan membuatkan tubuh penuh tenaga. Kajian menunjukkan manfaat air, yakni: membantu menurunkan berat badan, meningkatkan sistem imunisasi, meningkatkan tumpuan, dan mengubati sakit belakang serta sakit kepala.

✐4. Makan dengan Jumlah Lebih Sedikit, namun kerap

Buatlah jadual untuk makan setiap 3 atau 4 jam sekali. Kuantiti makan sedikit tetapi kerap dapat membantu menjaga keseimbangan tenaga sepanjang hari. Selain itu, pola makan demikian boleh mengisi otak anda dengan “bahan bakar” yang diperlukan dalam jumlah cukup.

✐5. Pengambilan Vitamin B dan C

Makanlah makanan yang kaya akan vitamin B jika ingin tetap segar. Vitamin B boleh membantu mengubah gula darah menjadi tenaga yang berguna. Contoh makanan yang kaya akan vitamin B: hati, daging lembu, tuna, oat, pisang, kentang, kefir, dan avokado.

Selain itu, Vitamin C juga bagus diambil. Makanlah beberapa potong limau kerana asid sitrik yang terkandung di dalamnya mampu menghalang keletihan kronik. Vitamin C juga membantu menyerap lebih banyak nutrien dari makanan. Di samping manfaat tersebut, aroma harum pelbagai limau (lemon, limau nipis) dapat membangkitkan deria anda dan kekal cerdas.

Jom dapatkan VITAMIN C Shaklee & VITAMIN B-Complex Shaklee sekarang:


 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...