Saturday 28 June 2014

Fungsi dan Pentingnya Collagen ?

Cabaran 60 Hari - Day 11


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

Semoga anda sentiasa bergembira bersama keluarga tersayang. Disini MamaLuv nak kongsikan bersama tentang satu artikel tentang kolagen.

Apakah yang anda tahu mengenai kolagen? 

Mungkin ada diantara kita fikir bahawa kolagen adalah berkaitan dengan kulit dan kecantikan sahaja. Namun sebenarnya, kolagen adalah lebih dari itu. 

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buah pinggang,jantung serta sistem limfatik.
Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.
  • Kolagen I : terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
  • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
  • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.
FUNGSI KOLAGEN
  1. menghasilkan asid amino  penting seperti :
  2. lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  3. hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.
  4. alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  5. arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  6. mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  7. melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  8. menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  9. menampung air dalam tubuh.
  10. meningkatkan penyerapan kalsium.
  11. menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  12. meningkatkan isyarat induksi
  13. menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik
KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN

  1. memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  2. memelihara kelembapan kulit
  3. menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  4. menguatkan otot dan tulang
  5. membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  6. memelihara  kelenturan sendi
  7. mengurangkan keradangan(inflammation)
  8. memberi tenaga
  9. membantu pola tidur
  10. memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
TANDA TANDA PENUAAN
  1. kulit kusam
  2. tak bermaya
  3. tiada seri
  4. kulit kedut dan mula kendur
  5. pigmentasi kulit
  6. cepat letih dan lesu
  7. sakit badan dan sendi
  8. mudah lupa
  9. kurang penglihatan
KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit
==============================================================
SUMBER INFO : http://www.classiccollagen.com/collagen_Page.html
==============================================================
 Keistimewaan Collagen Powder Shaklee

Apakah keistimewaan Shaklee Collagen Powder ni?

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.

Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Berminat untuk mencuba Shaklee Collagen Powder ?

"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...