Thursday, 26 June 2014

10 Perkara Yang Mempercepatkan Proses Penuaan

Bila bercerita tentang penuaan...sudah tentu yang paling tidak suka dan takut mesti kaum perempuankan. Kenapa nak takut...tak perlu takut..sebab sememangnya sudah menjadi hukum alam kita sebagai manusia. Yang muda pasti tua...Yang hidup pasti mati kan. Tetapi kita sebagai manusia mampu untuk menjaga kesihatan dan melambatkan proses penuaan itu. Petang nie MamaLuv nak share dengan anda semua tentang 10 PERKARA YANG MEMPERCEPATKAN PROSES PENUAAN

10 PERKARA YANG MEMPERCEPATKAN PROSES PENUAAN
1. Tidak cukup tidur atau terlebih tidur.
☛Apabila kita tidur, sistem badan kita automatik akan menjalankan tugasnya. Iaitu memperbaiki sistem badan yang rosak. Termasuklah kulit wajah dan badan. Pada jam 12-3pagi adalah waktu paling tepat sistem badan sedang menjalankan tugasnya.Jika tidak cukup tidur, toxin tidak
dapat dialirkan pada sistem limfa. Ini akan menyebabkan proses penuaan cepat berlaku. Namun jika terlebih tidur pula, bahan kumuh tidak akan dapat dialirkan pada waktu yang sepatutnya

2. Kurang minum air putih
☛ Minumlah 8 gelas sehari air masak/putih untuk membantu sistem limfa anda. Kekurangan minum air akan menyebabkan badan tidak dapat melakukan proses detox dengan sempurna. 80% tubuh kita terdiri daripada air. Jadi kekurangan air boleh menyebabkan dehydrasi. Sistem limfa akan tersumbat. Toxin tidak dapat dikeluarkan.

3. Tidak memakai tabir suria apabila keluar rumah.
☛ Tidak memakai perlindungan suncare akan menyebabkan kesan buruk daripada cahaya ultraviolet terus menembusi kulit. Ia akan merosakkan segala elastik dan collagen kulit yang akan menyebabkan jeragat,kedutan . Proses penuaan akan lebih cepat berlaku.

4. Malas menjaga kebersihan gigi.
☛ Banyak penyakit bermula dari masaalah kesihatan mulut anda. Kebanyakan orang tidak sedar masalah bakteria di dalam mulut boleh menyebabkan penyakit kadarvaskular. (penyakit jantung).
Bakteria dari dlm mulut,gigi yang rosak,atau jangkitan gusi boleh masuk dlm sistem badan dan boleh masuk pada sistem darah.

5. Kurang memperdulikan penjagaan rambut dan menggunakan terlalu banyak bahan kimia ke atas rambut anda.
☛ Apabila rambut tidak berada dlm keadaan yang baik,seseorang itu akan kelihatan jauh lebih tua dari usia sebenarnya.

6. Berfikiran negatif dan suka merungut.
☛ Secara tak langsung dia telah menjadikan dirinya seorang yang stress (tekanan). Dalam keadaan strees,tubuh akan merembes hormon cartisol steroid yang akan merosakkan sel-sel sihat.

7. Malas berjalan kaki dan tidak suka mengeluarkan peluh.
☛ Berjalan kaki adalah senaman yang paling mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Sekiranya anda lebih suke menonton tv daripada bergerak,makan tidak hairanlah anda kelihatan lebih tua dari usia sebenar.

8. Jarang buang air besar.
☛ Pembuangan air besar adalah satu proses yang amat penting kerana tubuh perlu membuang bahan2 yang tidak diperlukan lagi. Najis yang terkumpul di usus dan tidak dibuang,akan meresapi dinding usus semula dan melibatkan pelbagai jenis penyakit.

9. Tidak suka mempelajari sesuatu yang baru.
☛ Apabila minda tidak diaktifkan, proses penuaan berlaku dengan lebih cepat.

10. Tabiat meminum & memakan makanan segera.
☛ Makanan dan minuman segera kebanyakannya mengandungi bahan pengawet,pewarna,perasa seperti msg (mono /sodium /glutamate)(serbuk perasa).


*PERHATIAN*
Untuk maklumat lanjut tentang Penuaan dan Set Anti-Penuaan boleh klik disini

"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...