Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,
Good Morning
Wahai pembaca semua...
Buat kaum wanita yang baru bergelar ibu, ,menjaga kesihatan selepas bersalin adalah amat penting. Jangan sesekali mengambil langkah mudah untuk tidak berpantang. Amat merbahaya. Jadi hari nie MamaLuv nak share dengan anda semua tentang beberapa masalah dan tips kesihatan ibu selepas bersalin dan sedikit tips. 7 masalah kesihatan yang sering melanda ibu selepas bersalin ialah
1) Luka bsalin lambat baik
2) sembelit
3) keletihan melampau @ stress
4) sakit kepala
5) bentan
6) anemia
7) sakit pinggang & belakang
Tips-tips untuk menjaga kesihatan ibu selepas bersalin adalah seperti berikut :-
1)Luka bersalin
Anda bersalin normal atau C-zer? Kedua-duanya pun tetap ada kesan luka kan? Tapi lagi payah utk menjaga luka bersalin c-zer. Sebelum luka itu betul-betul ok, mereka yang bersalin secara c-zer tidak dibenarkan sama sekali untuk mengiring..so,ada yang akan mengalami masalah nak menyusukan baby. Luka bersalin normal biasanya akan sembuh dalam masa 10-14 hari dan ini bergantung kepada cara penjagaan diri dan kebersihan diri lah yer. Luka c-zer biasaanya mengambil masa lebih lama untuk ok..yang bahagian luar biasanya cepat kering, tapi yang bahagin dalam tu yang lambat nak ok.
Macam mana nak cepatkan luka bersalin ni sembuh?
Biasanya orang tua akan menyuruh kita makan ikan haruan atau minum pati ikan haruan , tak kurang juga yang suruh makan ikan yu ,kan? Selain daripada itu..nak share sedikit yang MamaLuv ada buat ketika dalam pantang dulu dan melalui pengalaman kawan-kawan terdekat
Bersalin normal -
1) rendam punggung dlm air bergaram 2-3 kali sehari selama seminggu
2)pastikan luka kering selepas ke tandas..kalau ngilu nak keringkan dengan towel, gunakan tisu..tekap-tekap sehingga comfirm kering..ini SANGAT PENTING
3)JGN DUDUK terlalu lama atau bersila apatah lagi mencangkung
4)pastikan pengambilan serat secukupnya & air jugak mesti cukup (PENTING! Jika tidak..sembelit nanti..sakit woo)
5)sapu lotion kuning yg dibekalkan
Bsalin C-zer -
1) selepas mandi pastikan luka dikeringkan betul-betul
2)lepas luka kering, sapukan ubat atau lotion yang diberi oleh pihak hospital
3)elakkan sapu gel-gel atau minyak yang pelik-pelik untuk elak jangkitan (tapi kalau confident..terpulang)
2) Sembelit
Masalah sembelit secara alaminya diatasi dengan mengamalkan meminum air secukupnya. Org dulu-dulu ada yg tak bagi kita minum air dengan kuantiti yang banyak, katanya nanti kembanglah dan luka lambat kering. Sebenarnya, kita perlu minum air secukupnya, minum dengan kerap dan bukan sekali minum terus banyak. Air ni penting untuk proses penyembuhan dan menggalakkan susu ibu dihasilkan.
INGAT! Minum kerap bukan sekali minum terus 1 liter ye..
Makanan pula, banyakkan makan sayur-sayuran & buah-buahan, cuma elakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang sejuk. Buah oren sesuai untuk di amalkan ketika berpantang. Sayur pula cuba amalkan sawi, pegaga, cekur dan lobak putih.
Oh yer lagi satu,kalau rasa nak buang air besar, terus ke bilik air, jangan di tahan sebab nanti jadi lagi susah nak membuang. Seriau...
3) keletihan melampau @ stress
Sentiasa bertenang dan berzikir.
Buat kerja dan pengurusan rumah ikut kemampuan anda, jangan memaksa diri.
Dapatkan bantuan untuk penjagaan anda. Amalkan pengambilan supplemen untuk membantu anda bertenaga.
Pastikan pengambilan makanan seimbang dan minum air secukupnya.
4) Sakit kepala
Tidur terlentang boleh membantu kurangkan sakit kepala. Makan secara teratur,jangan ikat-ikat perut. Makan dengan kerap biar ada tenaga..bukan makan dgn banyak (PENTING! Bagi yg nk turunkan berat badan dgn cepat).
5) Bentan
Jaga pemakanan & elakkan mandi dgn air sejuk terutamanya pada minggu-minggu awal lepas bersalin. Ada yg kata ok jer dia mandi pakai air sejuk..terpulang. Badan masing-masing kan..rasa nak pakai badan tu lama? Jaga sendiri elok-elok yer :-)
Sentiasa pakai stoking & jangan tersepak benda-benda keras.
Pakai juga baju sejuk untuk elakkan angin yang boleh juga sebabkan sakit kepala.
6) Anemia
Makan makanan berkhasiat yang kaya dengan zat besi,asid folik dan vitamin B12 . Masa pantang kena pastikan menu yg diambil seimbang. Sangat penting sebab org yang anemia ni akan jadi tak bertenaga dan lemah seluruh badan. Ia jugak boleh jadi lagi parah kalau tak dijaga dengan betul
7) Sakit pinggang & belakang
Pastikan badan kita dalam posisi yang betul bila berjalan atau berdiri.
Berjalan-jalan boleh kurangkan rasa sakit ni..tapi jalanlah perlahan yer..dah nama pun tengah berpantang kan?
Kalau nak angkat barang, bengkokkan lutut & jangan membongkok
Berurut
Mandi air suam
Kalau perlu, tuam la kawasan yang sakit tu
Anda masih mencari Set Bersalin yang SELAMAT untuk anda dan bayi anda ? Suplemen Shaklee ada menyediakan SET yang bersesuai untuk ibu selepas bersalin ini..
Vita-Lea: Multi-vitamin yang menyediakan 28 vitamin & mineral penting serta mengandungi zat besi yang penting untuk pembinaan sel darah merah.
Sustained Released Vita-C: Mempunyai sistem kawalan pelepasan secara semulajadi dgn penyaluran yang melepaskan vitamin C perlahan-lahan dalam masa 5 jam. ianya amat penting dalam membantu proses penyembuhan luka & penyerapan zat besi.
B-complex : mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh badan kite. Ianya penting untuk keseluruhan fungsi badan yang baik. Ia juga membantu penukaran makanan kepada tenaga dengan lebih efektif dan membantu melawan stress.
Zinc Complex : membantu mempercepatkan penyembuhan luka & mencegah keguguran rambut.
Add on : Alfalfa & Ostematrix
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut lagi tentang Set Bersalin Shaklee ini bolehlah klik disini
Berminat untuk mendapatkan produk SET BERSALIN Shaklee, anda boleh hubungi saya Emma Kartika 012-2285484 atau klik saja icon di bawah
Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.
"Be Healthy & Stay Healthy"
Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar)
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia
Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) & jimat sehingga 15-25%.