Tuesday, 8 April 2014

SET PERIOD PAIN SHAKLEE

Ada segelintir kaum wanita akan mengalami masalah senggugut semasa kedatangan haid (period) sejak daripada zaman remaja lagi. Ada yang terpaksa berehat sahaja kerana kesakitan yang amat sangat. Pelbagai faktor menjadi punca masalah senggugut. Selalunya bila period mesti sakit pinggang. Rasa macam nak patah. Betul tak? Ditambah lagi kalau ada senggugut. Memang merana. Senggugut ialah rasa sakit seperti rasa 'cramp' di bahagian tulang pinggul di belakang, di bahagian bawah perut dan sekitar ari-ari dan juga di pinggang.

Ada dua jenis sengugut yang dialami oleh wanita:

Primary Dysmenorrhea

Yang sepatutnya dialami oleh wanita yang haidnya normal . Gejala ini sering menimpa anak gadis dan wanita dalam lingkungan awal 20-an yang terutamanya belum kahwin. Ia disebabkan oleh kuncupan rahim yang kuat dan adakalanya memerlukan pengambilan ubat seperti ponstan atau synflex untuk meredakan kesakitan. Namun ada juga segelintir anak gadis yang tidak mengalami gejala senggut ini. Kesakitan ini pada kebiasaanya akan hilang selepas berkahwin dan juga selepas melahirkan. Jika ia tidak hilang ia mungkin merupakan sejenis senggugut yang berjenis lain yang dipanggil secondary (symptomatic) dysmenorrhea.

Secondary (Symptomatic) Dysmenorrhea.

Senggugut jenis ini memerlukan rawatan doktor kerana ia mungkin petanda kewujudan penyakit yang tidak merbahaya seperti endometriosis ataupun rahim yang terbalik retroverted uterus. Keadaan ini tidak membahayakan kesihatan tetapi boleh membawa kesan yang buruk dalam jangka masa yang panjang jika dibiarkan berlarutan. Jika simptom-simptom ini dibiarkan ia boleh menyebabkan rahim akhirnya dibuang melalui pembedahan kerana keadaan yang melarat ke organ peranakan.

Jadi, jika anda kerap senggugut, sila pastikan ianya jenis pertama atau kedua.
 

Apakah punca senggugut? 

Kesakitan yang kita alami itu adalah berpunca daripada pengeluaran hormon Prostaglandin yang menggalakkan pengecutan rahim untuk mengeluarkan darah haid dari rahim. Pengeluaran hormon Prostaglandin yang banyak akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan dan ini menyebabkan sakit, bukan saja pada bahagian bawah perut yang kuat, tetapi juga pada bahagian belakang pinggang.

Dalam kebanyakan kes, sakit yang terlalu kuat boleh juga disebabkan oleh masalah penyakit puan yang lebih serius seperti jangkitan kuman (Pelvic Inflammatory Disease), endometriosis dan fibroid. Tanda-tanda seseorang wanita itu mengalami masalah yang lebih serius adalah apabila seseorang wanita itu mengalami senggugut yang melampau pada setiap bulan, sehingga tidak mampu untuk melakukan kerja. Jika anda mengalami masalah senggugut yang serius, saya nasihatkan anda agar menjalani pemeriksaan doktor bagi mengesan masalah yang lebih serius, jika ada. Doktor akan melakukan pemeriksaa fizikal terutama pada bahagian kemaluan untuk memeriksa keadaan rahim anda. Pemeriksaan ultrasound juga mungkin dilakukan bagi mendapat gambaran imej struktur rahim anda.

Terdapat beberapa langkah yang boleh diamalkan untuk mengelakkan senggugut & sakit pinggang yang teruk semasa haid . 

Antaranya:
  • Melakukan senaman ringan.
Kajian menunjukkan bahawa wanita yang melakukan senaman ringan membantu melegakan bagi sakit senggugut yag kuat.
  • Mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat, dan mengambil suplemen yang mempunyai nutrisi vitamin B dan magnesium.
Makanan seimbang sememangnya penting bagi kesihatan kita.
  • Minum air secukupnya
Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.
  • Tuam
Tuam bahagian bawah perut menggunakan beg plastik atau beg kulit yang berisi air suam bagi mendapatkan kelegaan.
  • Ubat penahan sakit
Akhir sekali, anda boleh mengambil ubat tahan sakit yang ringan seperti acetaminophen dan paracetamol atau ubat penahan sakit yang lebih baik seperti ibuprofen atau naproxen, beberapa hari sebelum kedatangan haid.

Anda juga boleh mengambil Set Period Pain Shaklee bagi mengatasi masalah senggugut & sakit pinggang semasa haid. Dengan pengambilan yang berterusan, Insya Allah masalah senggugut anda akan hilang. set ini terdiri daripada GLA Complex , Ostematrix & B Complex.



Shaklee GLA Complex
Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis

Shaklee Ostematrix

Wanita yang mengambil calcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut. Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain.Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.

Shaklee B-complex
Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.

Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.

Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.

Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.

Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan



 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Shaklee Independent Distributor ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) dan jimat sehingga 15-25%.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...