Air sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita. Dan semua orang sudah sedia maklum mengenainya.
Dan saya pasti anda pun tahu 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air bukan?
Mari kita ketahui apakah keajaiban air dalam memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.
Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga
sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih
kenyang dengan cepat. Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara
yang sama apabila anda makan diselangi dengan air. Anda akan rasa cepat
kenyang daripada biasa.Apabila anda minum air yang sejuk, badan anda akan cuba untuk
meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam
proses tersebut.
2. Air membantu meningkatkan tenaga anda.
Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana
badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih.Terutama sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging. Tidak
perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air sekiranya anda berasa
haus. Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu
bersusah payah untuk pam darah anda keseluruh badan.
3. Air mampu mengurangkan stres.
Seperti yang saya sebutkan, 70% hingga 80% badan anda terdiri
daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami dehidrasi
(kekurangan air), badan dan minda anda juga turut stres.Apabila anda berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang anda mengalami dehidrasi.Untuk memastikan anda kurangkan stres, sediakan segelas air di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.
Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan.Apabila anda minum air dengan cukup, anda mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.
Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum
air sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika anda
perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu
botol air suam bersama mereka. Tidak kira masa.Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan mempunyai kulit muka yang licin dan bersih.Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan
menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan,
menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik.Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.
Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu
melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui
saluran penghadaman.Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air
tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi
bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan.
Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang
kurang minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam
air kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk
kristal dan menyebabkan batu karang.Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak
pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air!
Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.
Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah.
Saya harap artikel ini dapat memberi manfaat buat anda ;)
"Be Healthy & Stay Healthy"
Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:
✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Shaklee Independent Distributor ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar)
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia
Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) dan jimat sehingga 15-25%.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment