Friday, 18 April 2014

Suami Pengsan dalam Labour Room Ketika Menanti Saat Kelahiran ?

Assalammualaikum & salam sejahtera buat rakan-rakan sekelian, 

Semoga anda sihat dan gembira disamping keluarga tersayang. 

Ha..jangan pulak anda tak tahu @ terkejut, ramai kaum lelaki yang begelar suami pengsan ketika melihat isterinya bersalin. Ini mungkin kerana tiada pengalaman, darah gemuruh atau pun terlalu takut..;-)

Wahai si suami...Tak perlulah takut.

Wahai si isteri....

Anda semua pasti tidak mahu melihat suami anda pengsan di dalam Labour Room bukan ? 

Jadi, untuk mengelak dari pekara ini berlaku si suami harus tahu serba sedikit peranan dan gambaran ketika menanti saat kelahiran di dalam labour room itu...
 
"PERANAN SUAMI KETIKA MENANTI SAAT KELAHIRAN" 

Inilah topik yang ingin saya kongsikan kepada rakan-rakan. Semoga info ini memberi sedikit sebanyak manfaat kepada bakal bapa di luar sana. Saya bersyukur kepadaNya kerana disaat saya ingin melahirkan semua anak-anak saya, suami saya berada disamping saya. Suami saya telah menunggu saat-saat manis ini dari waktu saya di masukkan ke kamar bersalin. Percayalah,bahawa kehadiran suami disaat-saat kelahiran ini amat dihargai oleh para isteri. Wahai para suami, jom kita lihat peranan anda disaat isteri anda ingin melahirkan zuriat buat anda.

Apabila isteri memasuki minggu terakhir kehamilan, kehidupan anda turut berubah. Kehidupan sosial semakin terhad, hubungan kelamin tidak sepenting dahulu dan perbualan anda dan isteri juga banyak berkisar tentang kehamilan dan kelahiran. Saat-saat itu anda sebagai suami perlu memainkan peranan sebaiknya.


• Kelas Antenatal
Teman isteri anda ke kelas antenatal yang biasanya bermula sekitar 32 minggu kehamilan. Di kelas tersebut, bakal ibu dan bakal bapa diberikan pelbagai maklumat tentang kehamilan, kelahiran dan keadaan selepas bersalin. Kelas ini turut memberi peluang kepada anda berkongsi pengalaman dengan bakal bapa yang lain. Mamamia & PapaMia juga menghadiri kelas ini sewaktu kandungan berusia 33minggu. Ianya diadakan di hospital-hospital kerajaan mahupun swasta. Bertanyalah pada jururawat di klinik/doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut.
 
• Berikan Sokongan
Anda mestilah sentiasa peka terhadap keperluan fizikal dan emosi pasangan dan tunjukkan simpati. Bermula dari hari pertama kehamilannya, tubuh isteri sedikit demi sedikit mengalami perubahan. Menjelang tiga bulan terakhir kehamilan, berat badannya semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan isteri tidak selesa dan sentiasa letih. Galakkan isteri meluahkan perasaannya. Bersabarlah sekiranya dalam tempoh tersebut isteri anda cepat marah dan sensitif. Semua ini berlaku disebabkan perubahan hormon yang dialaminya. Selain sokongan emosi, anda juga harus memberikan sokongan secara fizikal seperti membantunya menyiapkan kerja-kerja rumah tanpa diminta.
 
• Kelahiran
Setiap kelahiran bayi tidak sama. Oleh yang demikian, anda mestilah bersedia untuk menyambut kelahiran anak walaupun itu bukan bayi pertama anda. Di bilik bersalin, anda mestilah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan yang mendatang. Tugas utama anda ketika itu ialah :
•Memberikan sokongan padu pada isteri.
•Membantu isteri meredakan kesakitan yang dialaminya dengan menggosok-gosok bahagian belakangnya.
•Membantu isteri ke tandas.
•Menyediakan minuman untuknya.
•Memberitahu isteri tentang apa yang sedang berlaku.
•Memegang tangannya sambil menenangkannya.
 
Perkara yang sering dikhuatiri oleh setiap bakal bapa ialah bilakah isteri mereka akan bersalin. Sebagai jawapan kepada soalan tersebut, lihatlah tanda-tanda seperti yang tercatat ini.

• Air Ketuban Pecah
Cecair amniotik yang mengelilingi bayi akan keluar sebelum kelahiran bermula..
 
• Kontraksi Tetap
Apabila kontraksi semakin kerap iaitu di antara 15 hingga 20 minit sekali bermakna semakin hampir saat isteri anda untuk bersalin.Apabila serviks terbuka kira-kira seluas 10sm, maknanya tahap kelahiran bayi anda sudah sampai ke tahap kedua kelahiran. Keadaan ini bermaksud bayi anda sudah bersedia untuk keluar. Ketika ini, bantulah isteri mendapatkan kedudukan yang diingininya untuk melahirkan. Bermula dari saat ini, isteri anda akan mula meneran setiap kali berlakunya kontraksi. Inilah masanya isteri anda perlukan sokongan padu daripada anda. Sebaik sahaja bayi telah selamat dikeluarkan, doktor yang bertugas (di kebanyakan hospital swasta) mungkin akan menawarkan anda menggunting tali pusat anak.

Saat bayi dilahirkan selalunya menjadi saat yang paling menggembirakan anda. Kegembiraan itu juga biasanya disambut dengan linangan air mata yang hadir tanpa disedari. Sematkan saat-saat manis itu dalam kotak fikiran anda sebagai kenangan terindah ketika pertama kali bergelar papa.

saat kelahiran

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...