Assalammualaikum & salam sejahtera kepada semua,
Semoga anda
gembira bersama keluarga dan di kuniakan kesihatan yang baik.
Hari ini saya ingin berkongsi tentang tips penjagaan bayi baru lahir. Tips ini saya peroleh dari Majalah Pa&Ma. Semoga dengan tips ini anda
akan lebih yakin untuk menguruskan bayi anda.
Bayi yang baru lahir amat sensitif terhadap persekitarannya.
Sesetengah bayi memerlukan penjagaan rapi selepas dilahirkan terutamanya
bagi yang dilahirkan pramatang. Bayi pramatang memerlukan penjagaan
khusus untuk memastikannya membesar seperti bayi normal. Kebiasaannya,
ada beberapa perkara yang anda perlu ketahui tentang penjagaan bayi baru
lahir. Ketika baru dilahirkan, sistem tubuh bayi anda masih belum
berfungsi dengan sempurna. Dia memerlukan tempoh beberapa minggu untuk
menyesuaikan diri dengan suasana baru setelah kira-kira 40 minggu berada
di dalam kandungan.
Jangan terkejut jika kaki dan tangan bayi anda berasa sejuk
semasa anda memegangnya. Hal ini berlaku kerana sistem peredaran
darahnya belum sempurna. Warna kulit bayi anda juga akan berubah dari
masa ke semasa. Ketahuilah bahawa kebanyakan kulit bayi baru lahir akan
mengalami kekeringan dan pengelupasan. Ini adalah proses semula jadi dan
terjadi kerana kandungan minyak yang dihasilkan oleh kulit bayi belum
stabil.
Pada masa yang sama, bulu-bulu halus yang ada pada tubuh bayi anda
akan gugur sedikit demi sedikit. Anda juga akan dapat melihat
tompok-tompok merah seperti ruam pada hidung dan beberapa bahagian lain
pada tubuh yang lain. Jangan bimbang kerana kesemua ini akan hilang
apabila bayi anda semakin membesar.
Selain itu, pusat bayi baru lahir perlu dijaga rapi. Cuci tunggul pusat bayi anda dengan *spirit lotion (yang diberikan oleh doctor) dan pastikannya selalu bersih dan kering. Tali pusat tersebut akan tertanggal dengan sendirinya selepas lapan ke 12 hari kelahirannya. Adalah menjadi kebiasaan sekiranya tali pusat tersebut berdarah atau berbau sedikit.
Lazimnya, bayi baru lahir akan turun berat badannya selepas tiga
atau empat hari dilahirkan. Walau bagaimanapun, bayi anda akan mendapat
kembali berat badan asalnya selepas dua minggu dilahirkan. Pastikan juga
bayi anda mendapat suntikan imunisasi seperti yang disyorkan doktor
pediatrik untuk mengelakkan penyakit berbahaya. Ketika ini juga, doktor
pediatrik anda akan merekodkan perkembangan fizikal dan mental bayi anda
seperti berat badan, tinggi dan pergerakan yang sepatutnya bayi anda
lakukan.
Kepada ibu bapa baru, setelah mengetahui perkara-perkara asas tentang
bayi baru lahir anda, janganlah takut untuk memegang atau membelainya.
Bayi amat suka disentuh dan dibelai. Namun, anda haruslah berhati-hati
agar tidak mencederakannya. Jangan panik jika bayi anda menangis.
Carilah punca mengapa dia menangis. Biasanya bayi menangis kerana dia
lapar, lampinnya basah, dia rasa mengantuk atau rasa tidak selesa.
Ketika bersama bayi, eloklah anda berbual-bual, senyum dan bermain-main
dengannya untuk merangsang deria anak dan membangkitkan rasa kasih
sayang antara anda berdua.
Tip Penjagaan Bayi Baru Lahir- Mandikan bayi anda dengan air suam untuk mengelakkan bayi sejuk.
- Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya hingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan ubat yang diberikan doktor.
- Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan bayi mengalami kerengsaan dan terkena ruam lampin.
- Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa.
- Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkan dia kembung atau muntah.
"Be Healthy & Stay Healthy"
✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Shaklee Independent Distributor ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar)
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia
Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) dan jimat sehingga 15-25%.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar)
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia
Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) dan jimat sehingga 15-25%.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment