Kesihatan optimum bermakna menjalani kehidupan dengan vitaliti yang kuat, bebas gejala yang menyukarkan dan penyakit kronik. Ini harus menjadi matlamat utama setiap orang untuk menikmati kesihatan fizikal, mental, emosi, dan rohani. Pendek kata, kesihatan optimum bermakna mencapai kemungkinan menjadikan diri yang terbaik dan untuk mencapai potensi anda yang sepenuhnya.
Ia adalah keadaan yang memberi kesan kepada kesejahteraan keseluruhan diri dan untuk mencapainya, anda memerlukan suatu strategi seimbang, iaitu empat perkara penting - pemakanan, senaman, rehat dan sikap mental.
Pemakanan
Penampilan kita adalah hasil daripada apa yang kita makan. Disebabkan kegilaan rentak kehidupan moden, kita jarang dapat duduk bersama keluarga dan makan tiga sajian yang dimasak di rumah dalam sehari. Diet sihat menghasilkan tubuh sihat dan pemakanan yang teruk bukan sahaja menyebabkan rasa letih dan tidak bermaya tetapi menjadikan anda berisiko menghidap pelbagai penyakit.
Mengikut American Cancer Society antara 35 hingga 70 peratus barah boleh dikesan mengikut diet. Diet yang sihat dan seimbang mengandungi vitamin, mineral, protein, karbohidrat, lemak, serat dan fitofaktor, adalah penting untuk kesihatan yang baik. Pertimbangkan mengambil suplemen untuk memenuhi semua keperluan pemakanan anda.
Bersenam
Gaya hidup sekarang lebih banyak duduk, jadi kerap bersenam boleh menawarkan faedah kesihatan dan kecergasan tambahan. Bagaimanapun, anda seharusnya tidak memaksa diri mengikuti rutin senaman sukar yang memaksa tubuh anda sehingga melebihi hadnya. Pepatah no pain, no gain sudah tidak boleh digunakan lagi. Apa yang anda perlukan ialah senaman sederhana yang kerap iaitu 3 hingga 5 kali seminggu, yang turut menyenaraikan kegiatan kardiovaskular, latihan ketahanan atau berat badan dan meregang untuk fleksibiliti, bagi mengekalkan jantung kuat, membina otot dan mengurangkan kesan stres.
Rehat
Ramai tidak mengendahkan hal ini dengan kebanyakan orang mendapat minimum antara 7 hingga 9 jam tidur yang diperlukan untuk orang dewasa. Tanpa rehat yang mencukupi, keupayaan pembelajaran seseorang individu dan daya ingatan boleh terjejas kerana faedah tidur utama ialah untuk memulihkan otak serta menyegarkan tubuh. Ketika tidur, mekanisme pembaikan tubuh anda kembali berfungsi, memperbaharui sel daripada kerosakan dan serangan dipertahankan sepanjang hari supaya apabila anda terjaga, anda bagaikan seorang yang baru.
Sikap Mental
Berapa kali anda ditanya dengan soalan ini, Adakah gelas separuh kosong atau separuh penuh? Ini mungkin kelihatan seperti persoalan remeh tetapi ia adalah gambaran seimbas lalu pemikiran anda dan pandangan anda terhadap kehidupan. Kaitan antara fikiran dan tubuh memainkan peranan penting tentang cara tubuh menangani stress. Sikap mental yang sihat membolehkan anda menangani roda kehidupan yang sering berputar. Bersikap mental yang positif boleh membantu melegakan stress dan menangani kekecewaan dalam kehidupan.
Secara ringkasnya, walaupun mungkin tiada formula kukuh untuk mencapai kesihatan optimum, anda boleh memilih tabiat gaya hidup yang memperbaiki kesejahteraan anda dan membawa anda mencapai kesihatan optimum.
Oleh Dr Abdul Aziz Hj Kechil
Kepada pelanggan yang mahu mengamalkan gaya hidup sihat dengan Shaklee, FAMILY WELLNESS SET @ SET KESIHATAN OPTIMUM memang sangat sesuai. Set ini terdiri daripada ESP, VITALEA, B COMPLEX & VITAMIN C. Jika diamati, semua vitamin yang terdapat dalam set ini adalah vitamin-vitamin asas dalam setiap set Shaklee. Pendek kata, Family Wellness Set @ Set kesihatan Optimum ini adalah asas yang lengkap untuk memberi dan menjaga kesihatan tubuh sekeluarga yang optimum.
Mari kita kenali satu persatu setiap vitamin di dalam set ini.......
Mari kita kenali satu persatu setiap vitamin di dalam set ini.......
Setiap sel, tisu, otot dan tulang dalam tubuh badan kita dibina daripada protein untuk memastikan setiap sistem badan kita berfungsi dengan baik.Jadi, kita perlu membekalkan tubuh badan kita dengan protein yang secukupnya.Pemilihan protein yang betul harus dititikberatkan. ESP dihasilkan dari protein soya NON-GMO. Tidak semua soya baik untuk kesihatan, anda harus bijak membuat pemilihan yang betul.ESP membantu membekalkan tenaga, menguatkan rambut dan kuku, mencantikkan kulit, membaikpulih tisu badan yang rosak dan banyak lagi khasiatnya. ESP ini memang all time favorite bagi pelanggan kami.
2) VITALEA
Merupakan multivitamin semulajadi yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh kita sebagai pelengkap nutrisi harian.Antaranya Vitamin D, Beta Karotena, Vitamin E, Kalsium, Boron, Magnesium, Biotin etc.Vitalea dilengkapi dengan iron / zat besi dan juga disalut dengan spirulina.Mengandungi sistem penyerapan bioaktif.Tiada perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.....totally organik...Penyelesaian bagi masalah sering letih dan tidak bertenaga.
3) VITA C PLUS 500 mg SUSTAINED RELEASE
Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh.Juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan Vitamin C yang mencukupi.Pelepasan @ penyerapan perlahan-lahan 100 mg setiap jam selama 5 jam
Vita C Plus dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 7 1/2 biji buah oren.
Tiada perisa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Vita C Plus dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 7 1/2 biji buah oren.
Tiada perisa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Mengandungi kesemua 8 vitamin B-Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Niacin (B3), Pantothenic Acid (B5), Pyridoxine (B6), Cyanocobalamin (B12), Biotin (B7) dan Folic Acid (B9).Menggantikan fungsi Vitamin B yang musnah akibat tekanan, gula, alkohol, painkiller, antibiotik, pil perancang, rokok etc...Membantu mengatasi kelesuan, mencegah kemurungan dan stress.Memelihara kesihatan sistem saraf, meningkatkan daya tumpuan. Membantu menukarkan makanan kepada tenaga dengan cepat, maka anda akan kurang mengantuk setiap kali selepas makan.Tidak mengandungi pewarna, perisan atau bahan pengawet.
Istimewanya set ini ialah seluruh keluarga boleh menggunakan vitamin-vitamin dalam set ini, jadi satu keluarga boleh menikmati khasiatnya. Memang set yang berbaloi untuk dimiliki. Jagi jangan lepaskan peluang untuk memilikinya.
"Be Healthy & Stay Healthy"
"Be Healthy & Stay Healthy"
Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:
✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar)
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia
Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) dan jimat sehingga 15-25%.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment