Vitamin C, adalah salah satu suplemen yang wajib ada dalam simpanan saya sejak 2 tahun yang lalu.
Nak share pengalaman yang baru-baru ini..
Minggu lepas sebelum tidur saya dah mula rasa tak sedap badan hidung pula dah mula nak selesema, apa lagi cepat-cepat saya ambil sebiji vitamin c. Yang bestnya apa tau, esok pagi dah mula rasa kurang selesemanya. Hari kedua dah hilang terus hilang selesema. Alhamdulillah...sehingga hari ini saya non-stop ambil vitamin c ni. Nak kekal rasa sihat, tak nak tunggu sakit baru nak cari segala macam ubatkan...hehehe
Bukan setakat tu sahaja, sebenarnya vitamin c ni banyak kebaikannya tau kalau kita amalkan pengambilannnya. Saya ada senaraikan kebaikan vitamin c seperti di bawah:
KEBAIKAN VITAMIN C
★ Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
★ Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
★ Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
★ Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
★ Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
★ Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
★ Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.
Oleh kerana vitamin C merupakan sejenis vitamin larut air, ia tidak dapat disimpan oleh tubuh. Ini bermakna, kita perlu mengambil vitamin C dari masa ke semasa bagi membolehkan fungsi tubuh yang memerlukan vitamin ini berada pada tahap yang optimum. Sebagaimana yang kita pelajari dalam subjek sains di bangku sekolah, kekurangan vitamin c menyebabkan skurvi. Bagaimana pun, skurvi merupakan tanda terakhir yang menunjukkan kekurangan vitamin C. Terdapat satu jurang yang luas antara mendapat vitamin C yang mencukupi bagi mengelakkan dari penyakit skurvi dan juga keperluan vitamin C bagi mengekalkan kesihatan pada tahap yang paling optimum. Dengan kata lain, seseorang yang tidak mengambil vitamin C yang mencukupi mungkin tidak dijangkiti skurvi, tetapi kesihatannya tidak berada pada tahap yang paling baik. Antara simptom-simptom kekurangan vitamin c yang sering berlaku adalah seperti
SIMPTON JIKA KEKURANGAN VITAMIN C DALAM TUBUH BADAN
· Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah
· Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
· Luka yang lambat sembuh
· Mudah selsema / bersin
· Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
· Mudah dapat ulser
· Mudah demam / antibodi tak kuat
· Gusi berdarah
· Salur darah mengecil
· Sakit sendi
· Tanda lebam pada badan
· Weight loss (bukan kurus sihat tapi kurus yang tak sihat, lemah dan kusam)
SIAPA YANG MEMERLUKAN VITAMIN C
· Perokok
· Orang yang mudah stress (stress akan memusnahkan vitamin D dalam badan)
· Orang yang makan pil perancang (pil perancang juga akan serap vitamin C dan akibatnya vitamin C cepat musnah dalam badan)
· Orang yang nak cantik kulit atau yang ada masalah kulit berjerawat atau eczema perlukan vitamin C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan perbaiki tisu kulit
· Semua orang yang inginkan kesihatan yang baik sebab vitamin C menyokong sistem imun dalam badan dan mengurangkan demam selsema yang berpanjangan. Sebab tu dalam set family wellness ada termasuk vitamin C antara vitamin yang perlu diambil untuk semua orang kerana vitamin C bersifat larut air.
AMARAN/PERINGATAN
· 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin C
· Keresahan / stress akan percepatkan penyusutan vitamin C
· Kontraseptif, pil penahan sakit dan pil perancang antara pil yang akan menyusutkan vitamin c yang banyak
· Terlebih dos vitamin C (melebihi 12 biji sehari) akan menyebabkan sedikit cirit birit
Nak tahu vitamin c yang mana menjadi pilihan saya.? tentu lah Vita-C Plus Sustained Release dari Shaklee, nak tahu kenapa saya memilih yang ni, sebabnya ia berbeza dari vitamin c yang lain seperti yang saya nyatakan di bawah:
PERBEZAAN VITA-C PLUS SUSTAINED RELEASE DENGAN VITAMIN C YANG LAIN
· Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
· Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam. Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.
· Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)
· Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah
· Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan kedalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan.
"Be Healthy & Stay Healthy"
Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:
✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Shaklee Independent Distributor ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar)
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia
Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) dan jimat sehingga 15-25%.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment